Kata-Kata Kenangan Terakhir

Malam tadi kengkawan lama zaman sekolah bersembang pasal nostalgia kenangan terindah mahupun terpahit zaman bercinta dulu. Apa yang jadi kenangannya? “Kata-kata terakhir semasa berpisah,” aku sampuk. “Diucapkan betul-betul pada saat berpisah selama-lamanya tu. Kalau boleh ingat sampai sekarang, tu le dia kenangan terindah atau terpahit.” Dan kami pun merepek dengan kreativiti mengarut mencipta ayat dan frasa.

Dan kata-kata terakhir yang bukan saja dilafazkan pada saat berpisah, malah menjadi kalimat pemisah yang nyata bagi aku ialah;

Sampainya hati… Hilang lenyap kata-kata. Kelu lidah membatu. Fikiran seakan beku. Segala makhluk dalam dunia tetiba bisu. Sunyi senyap sekeliling dibuatnya waktu tu. Jantung seakan terhenti. Kaki yang menampung tubuh tetiba lemah. Aku yang baru je bangun berdiri dari bangku nak ke masjid masa tu, terduduk semula di bangku tu. Seluruh tenaga dalam batang tubuh macam kering-kontang terserap keluar.

Yup… Kenangan yang takkan mungkin dilupakan sampai ajal tiba. Ditujukan kepada aku. Dan aku pun faham. Lantas aku pun akur. Berkubur jadi debu sampah segala-galanya yang dicurah sebelum tu. Ditamatkan segala-galanya dengan kalimat yang macam tu… Bisa teramat siot kata-kata tu! Bisa teramat… Bak disiat-siat hati. Padan muka aku tak sedar-sedar diri… Dan itulah kenangan terakhir yang tinggal antara aku dengan dia. Melekat dalam kepala dan hati. Terngiang-ngiang di telinga setiap kali mata celik jaga dari tidur. Terbayang-bayang dalam igauan yang membangunkan aku saban malam sejak hari tu sampai kini. Tak mungkin aku akan lupa sampai mati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: