Susahnya Nak Bersihkan Hati

Dah masuk 2 Ramadan dan masih bertungkus-lumus cuba bersihkan hati. Demi Tuhan aku mahu sangat-sangat maafkan kamu. Tapi demi Tuhan masih belum mampu nak maafkan. Malah saban siang dan apatah lagi malam Ramadan ni semakin kerap tangan ditadah mendoakan segala yang laknat dan celaka belaka bagi dia dan zuriatnya. Terhadap yang tergamak menipu, memperdaya dan menganiaya dengan cara yang begitu amat kejam sekali sedangkan selama ni aku sekadar berusaha sedaya upaya bertungkus-lumus bergolok bergadai nyawa untuk berikan yang baik-baik belaka untuk kamu semua. Kotornya hati aku ni ya Allah…!!! Kekotoran apakah ni? Susahnya membersihkan hati ni ya Allah… Susahnya menyental luka, darah dan nanah dari hati ni. Beriku kekuatan untuk terus membersihkan hati ni ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui bahawa aku sangat-sangat mahu kembali mendoakan yang baik-baik belaka untuk mereka dan sangat mahu memaafkan dia. Tapi tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! Laknat dan celaka ke atas penipu, pendusta yang sengaja menganiaya!

Dalamnya teramat luka ni bila setiap pagi disambut di telinga “Menyemak je!” dan bayang-bayang yang dulu kerap bertandang di naluri dan kebisuan mulut serta kekerasan lidah pendusta kamu yang sengaja menyembunyikan apa yang lambat-laun mustahil ditutup daripada aku. Menipu pula lagi. Hidup-hidup menipu aku sesuka hati tak ada belas kasihan langsung. Apalah dosa aku pada kau dan anak-anak kau sebenarnya selama ni…?

Manusia macam manalah yang tergamak mengecap bahagia atas penipuan dan penganiayaan orang yang tulus ikhlas pada dia, dan bila dah dapat nikmat dan bahagia, boleh tergamak dilupus dan tak diendahkan langsung bak sampah. Langsung… Manusia apalah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: