Berkali-Kali Itu Tanda Cinta, Dan Cinta Itu Rela

Suatu masa lamaaaa dulu al-marhumah Miza kata aku ni gullible. “Kau terlalu percaya kat orang.”

“Tak,” aku bidas. Masih nak berlagak gak tu. “Aku anggap semua orang baik-baik dan jujur.” Dan as expected, dia geleng kepala. Redup mata dia tenung aku. Senyum pun nak tak nak.

“Jangan sampai orang take advantage kat kau,” kata dia akhirnya. Dan dia cakap something yang aku tak pernah lupa sampai sekarang, “Walaupun kepala otak kau plastik, tapi hati kau organ sejati.” Dan aku ingat lagi nada gelak tawa dia lepas tu. Sweet.

Yes Miza sahabatku, kau lebih tahu aku daripada aku sendiri kan? As alwys. Dan macam yang aku selalu cakap pada kau, “I hate it when you are right!” Gullible, yes. Take advantage on me, apatah lagi yes yes yes… Adoi… Kenapa masih berat sangat nak cakap je terus terang kat aku? Kenapa nak berdolak-dalih lagi? Nak harap apa lagi daripada aku sebenarnya? Aku dah tak ada apa-apa nak diberi. Harta memang kompem langsai lunyai. Kredit kad semua sangkut. Kereta sangkut. Rumah sangkut. Wang tunai bukan setakat sangkut malah kering-kontang perabih bayar sikit-sikit yang tersangkut-sangkut tu semua.

Hati? Oh… dah tak ada hati yang boleh diberi. Dah carik-carik hancur berkecai-kecai tenggelam dalam limpahan dan banjir darah hati tu sendiri. Jadi apa lagi yang nak disorok daripada aku? Dengan apa tujuan sebenarnya? Percayalah hati aku dah tak boleh terluka lagi sebab hati tu dah tak ada. Dah hancur berkecai.

Tak tahu dah berapa bulan? Well… tak tahu dah berapa bulan bererti proses persenyawaan tu bukan sekali. Semestinya dah berkali-kali, dan dalam tempoh beberapa bulan. Kalau hanya sekali, then boleh kira je bila bersenyawa tu dan tak mungkin tak tahu dah berapa bulan. Dan bila berlaku berkali-kali maka tu bukan lagi benci, kan? Berkali-kali melakukannya bererti rela. Dan merelakan bererti cinta dan mahu sebenarnya. Bukan lagi sebagaimana yang diceritakan pada aku kononnya setiap hari didoakan dulu agar ditalakkan. Bukan lagi apa yang dulu diceritakan konon dia sengaja diberikan tayar buruk sampai eksiden masuk gaung supaya mati. Dan sama sekali, bila berkali-kali bersama, tak mungkin logik akal mengatakan isinya tak dikehendaki. Terfikir nak buang? Sedangkan persenyawaannya berkali-kali? Logik akal tak boleh terima tu. Tergamak cakap terfikir nak buang. Berani cakap tak nak anak tu. Masa buat berkali-kali dalam tempoh beberapa bulan dulu fikir apa? Kalau betul tak nak dan nak buang, tak ada apa nak menghalang pun walaupun dah busung boyot sebesar perdu pokok kelapa. Banyak saja alasan yang boleh diberikan. Bukan orang lain akan tahu alasan sebenarnya pun. Buanglah kalau betul tak nak. Dan sejak berkali-kali melakukannya dulu tak terfikir langsung tentang hati orang kut-kut nak beritahu macam yang dijanjikan? Taaaaaakkk… Lantaklah aku tahu ke tak… Peduli apa… Janji dia bahagia… Adoi laaa… Punyalah nak menganiaya aku dengan bohong yang tak sudah-sudah.. Dan aku pulak…? Aku anggap semua orang baik-baik dan jujur belaka, especially kalau orang tu aku anggap sahabat aku… Ya Allah… aku redho Kau ciptakan makhluk yang sebegitu demi menguji kesabaranku… “Hati tak meet quality standard kalau tak ada sabar,” kata Miza dulu. “Tu hati plastik!”

Jadi kenapa dihikayatkan cerita dongeng kepada aku? Gullible, katamu Miza. Ya Allah… Kenapalah sampai macam ni dianiaya aku?Kenapalah sampai macam ni diperlakukan aku? Dan kau lakukan ni semua kepada aku walaupun aku anggap kau sebagai sahabat aku? Dosa besar apakah yang aku dah buat kepada kau dan anak-anak kau sebenarnya? Dosa apa yang aku buat pada kau??? Tak terfikir ke bahawa the least kau boleh buat kalau betullah ikhlas berkawan dengan aku dulu sampai sekarang ialah menjelas dan membuka segala-galanya pada aku supaya aku tak rasa macam sampah. Sapa dengan ikhlas sekali-sekala supaya aku tahu aku bukan sampah. Kalau dah macam tu cakap ajelah dari dulu yang aku sampah. Adoi laaa… Bila aku cakap macam tu marah pula. Dinafikan pula. Diugut-ugut pula lagi. Tapi…? Nak cakap yang sebenar bahawa laki ada di sisi pun nak sembunyi… Kenapa? Bukan ke lebih baik aku tahu supaya aku tahu apa yang sepatutnya aku buat? Pelik… Pelik… Pelik… Dan aku? Aku pulak bodoh… Bodoh… Bodoh… Masih terus cuba terima dan memaafkan… Adoi laaa…  Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah…

Dulu aku ada kau, Miza, untuk mengadu dan melapangkan resah gelisah perasaan. Sekarang kau mungkin sekadar memerhatikan aku dari jauh di dunia baqa di sana. Agaknya, macam dulu gak, kau masih lagi menggeleng-geleng kepala kat aku erk…? Moga kau damai di sana duhai sahabat… Al-Fatihah yang tulus ikhlas daripadaku dari sisa hati yang masih berbaki. Sungguh aku teramat rindu pada kamu. Sempena Ramadan yang berkat ni sesungguhnya tak putus lagi doa ikhlas luhurku untuk kamu di alam sana… Dan sekarang aku makin kerap berdoa minta sungguh-sungguh pada Tuhan apa yang kau pernah cakap dalam bergurau dulu — “Orang gila masuk syurga tanpa hisab bang!” Kalau orang gila matikan diri sendiri memang dapat imuniti dari dosa besar membunuh kan? Kan? Bukan ke? Ke…? Nanti boleh kita buat appointment jumpa kau kat sana…

Ila hadhrotin nabiya Muhammadin SAW, wa-ila khushuusan ‘ala ruuhi Farhana Miza Mohd Faris al-Faatihah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: