Bicara LGK

One Helang Hotel. Tepi airport je. Sunyi sepi sebab bukan musim melancong dan cuti sekolah. Macam tempat jin bertandang. Errr… selain iblis dan syaitan, jin kena rantai juga ke dalam bulan Ramadan ni…?

17 – 18 Julai ke LGK lagi. Ada perbicaraan untuk buang orang. Macam biasa untuk aktiviti macam ni hati aku tak keruan. Ingat aku suka ke nak buang orang? Cet! Tapi nak buat macam mana… Dan dalam keadaan hati tak keruan, ditambah lagi resah gelisah dari hati yang memang dah luka parah, aku tak cukup kuat. So mungkir juga janji sendiri. Lepas juga pesanan panjang berjela. Konon nak mencari kelegaan. Harapan ialah mudah-mudahan tak lagi dibuat macam sampah. But then again, aku silap juga. Masih juga sampah. Kacang lupakan kulit. Siput lupakan cengkerang. “Be natural,” antara pesanannya. Adoi… Bukan ke sememangnya begitulah aku naturally? Bila aku care for somebody — walau sebagai sahabat — that’s naturally what I am, naturally who I am. Macam tu lah… Tapi… Adoi… “I tak gemar you kerap call/msg.” Tak ada bezanya dengan “Menyemak je.” Menyemak macam sampah je bro…  Sampah bro… Sampah juga… Tolonglah faham bro… Sampah!

Anyways, berbekalkan RM20.00 dalam poket, RM13.00 lebih dalam bank, terpaksa juga ke LGK demi tanggungjawab yang dah diamanahkan. Entah macam manalah nak iftar dan sahur ni. Alhamdulillah Allah SWT kurniakan rezeki melalui hamba Allah yang pemurah. Takkan kulupa jasamu, saudara, dan insyaAllah akan kuusahakan membalasnya walau kutahu Allah SWT juga pasti akan memberi ganjaran bagimu dunia dan akhirat, insyaAllah…

Mewahnya iftar atas rezeki kurniaan Allah SWT melalui hamba Allah yang baik hati tu, ni menu pertama: Siakap 3 rasa. Aku pun tak tahu apa ketiga-tiga rasa tu. Aku cuma rasa satu je – syukur teramat.

Menu kedua: Siakap 2 rasa. Aku tahu apa dua rasa tu –  sweet & sour… eheks…!

Dan menu tambahan yang dah tinggal pinggan: Puyuh goreng kunyit, kailan belacan, udang goreng tepung… Apa entah lagi…

Walaupun menu sahur Allah SWT tak beri yang mewah, tapi alhamdulillah cukup dan memadai untuk menahan lapar… InsyaAllah… Hotel pun pandai bajet menu untuk tiga orang wakil muslimin kat hotel tu… eheks!

Yakinlah rezeki daripada Allah SWT. Dalam keadaan aku risau tak dapat makan, tu dia! Mewahnya rezeki yang Allah SWT beri… Alhamdulillah…!

Dan ronda-ronda petang di Hotel One Helang tu, tepi pool ada bar. Tak tahulah ada orang mabuk-mabuk ke tak sebab masa tu bar tu tutup.

Agak menarik hiasan kat bar ni. Ada seketul batu tergantung dan ada deskripsi pada visual pengunjung bar terhadap batu tu. Nice…

Dan masa nak berangkat semula ke KUL di LGK, sebelah aku duduklah pula awek ni yang pahanya memang menepati piawaian aku 100%. Weh! Kelemahan aku tu weh! Adoi… ujian Allah di bulan Ramadan…

Dan tuan punya badannya… well… Spesis CFFB bagi piawaian aku. Memang qualified criteria 100%… Adeh… Ampuni daku ya Tuhan… UjianMu sungguh keras setelah Kau kurniakan rezeki yang mewah malam tadi… Dan ya, aku sangat-sangat suka t-shirt ni. Value yang teramat tinggi dan selesa.

Acapkali aku renung kasut aku ni. Dah ada tingkap yang tak boleh ditutup lagi. Ingat bro… Ingat… Kau tu siapa? Sampah je… Maka syakartum… syakartum… la in syakartum la aziidan nakum…

Tapi kebodohan ke atau memang naturally bodoh aku ni? Tak sampai hati menanggung belas dan ihsan kepada Little Princess yang meminta refill Daim. Dan seperti sebelum ni apa saja yang ada dalam poket, aku seluk dan keluarkan begitu saja kerana hati teramat kasih dan ihsan. Tak fikir apa-apa lagi dah kecuali nak gembirakan Little Princess dan Mama. Nak bayar parking baru tersedar duit tak cukup. RM20.00 yang berbaki dalam poket hari tu dah tinggal RM2.00 lebih je. Tapi despite that… Well… Kepala tetap bongok. Diri tetap sampah… “I x gemar u asyik call/msg sepanjang masa, be natural je walaupun still frenz… sorry n tq for caring.” Dengan erti kata lain, “I rimas dengan u la! Menyemak je! Jangan ganggu boleh tak? Bukan kaulah! Bukan kau yang aku nak!”

Adoi laaa… nak tolong pun marah… Walhal Allah SWT Maha Mengetahui keikhlasan ni… Laki ada kat rumah kut dan takut laki buat alasan lagi untuk blah dan cari skandal dengan perempuan lain sekali lagi sebab fikir bini dia ada affair. Hukallooo… Kalau cakap yang sebenar  bukan ke lebih baik… Kejujuran ada ganjarannya. Percayalah aku bukan jenis yang buat skandal dengan bini orang, lagi-lagi kalau bini orang tu tak ada alasan untuk tak bahagia dalam rumahtangganya. Dah bahagia pun masih nak beri aku azab sengsara… Apa dosa aku pada kau sebenarnya…? Hai… Kalau dah sampah tu brader, memanglah sampah sampai mampus bro…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: