Percaya Je Cakap Doktor

Sebab dia terlalu persistent, maka aku akur je desakan sahabat masa belajar dulu yang sekarang pakar psikiatri. Jadi pergilah berjumpa dia semalam dan dibuatnya aku macam pesakit. Cet! Tak patut…

Suicidium, kata dia. Perlu cari causes sama ada physiological organic atau most probably psychology. Despair, most common problems, katanya. Dan terus buka soalan demi soalan yang mengalahkan loyar. Aku yang loyar beb, kau tu doktor.

“Percaya je la cakap doktor!” dia marah. “Aku doktor ke, kau yang doktor? Kau belajar kat mana dulu? Aku belajar kat mana?”

Siotlah lu brader… ekekekekekeke… Tapi lu sudah makin gemuklah sekarang. Kau masih terus suka makan sate perut dan minum limau ais taruh garam sikit tu ke? Brengsek rasa minuman tu macam petrollah weh! Tapi bukanlah sebab aku pernah minum petrol.

“Jangan mengada-ngada nak cuba!” tetiba dia jerkah aku. Cuba apa ni? Makan sate perut, minum limau ais taruh garam atau minum petrol? Sambil tu tangan dia pantas menulis atas note pad. “Kau jangan fikir pun pasal minum petrol ke haper ke. Ni dah masuk suicidal ideation phase pula ni. Pergi ke hospital ni. Cari doktor ni. Tunjuk kertas ni kat dia. Dia tahu apa nak buat.”

“Siapa nak bayar semua ni nanti? Aku papa kedana sekarang ni.”

Dia tenung aku. Masih aku ingat tenungan yang macam tu. Kemudian dia ambil semula note pad yang dia beri tadi dan dicoretkannya nota tambahan di bawah. Sumpah para doktor ni semua dulu masa sekolah belajar menulis tak habis. Entah apa-apa yang dia conteng. Tak reti aku nak baca.

“Kau pergi je. Jangan fikir pasal bayaran. Jangan fikir pasal apa-apa masalah. Dan tolonglah, jangan nakal-nakal sangat lagi. Kau tu bukan bebudak macam dulu-dulu.”

“Aku still manusia beb. Manusia mana yang tak ada perasaan? Kata tadi, doktor… Doktor kan…?”

Dia diam kejap. Kan? As usual, I always give the punch.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: