Bersabarlah Sayang

Mood raya dah? Bagusss…! Kekalkan kegembiraan dan keceriaan selagi ada. Bahagia bukan senang nak cari, brader… Aharks! Dan lagu-lagu raya dah berkumandang sana sini, kan? As usual, lagu raya retro masih gagah perkasa. Yang baru apa kurangnya. Tapi lebih best lagu retro yang sebahagiann… I repeat… sebahagiannya diberi nafas baru. Nafas lama tak ada Listerine zaman tu… ekekekekekeke… Tapi ni cuma di telinga akulah. Telinga kau orang, kau orang sendiri koreklah… Malam nantilah lepas iftar. Sekarang masih puasa tau.

Dan lagu raya favourite aku sekarang… buat masa sekarang ni… ialah yang retro ni. Bersabarlah Sayang daripada Sanisah Huri. Kompem kau orang pun tahu lagu ni…

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Dan kusangkakan tahun ni dah boleh bergembira penuh bahagia setelah dua tahun Aidil Fitri aku asyik menahan sebak dan rasa je. Penat dah weh nak berlakon depan orang! Ikut hati aku announce aje kisah diri sebenar ni… Aduhai aku dah tak larat nak sembunyi dan berlakon… Dan sungguh aku dah tak larat nak mengharap Sang Siput Comey… Tak sangka dia buat aku macam ni… Selamat Hari Raya duhai Sang Siput Comey. Kau sorang je satu-satnya yang tahu kisah sebenar. Tapi kau tak mampu… eh bukan… tak mahu jadi orang yang diceritakan sebagai teman yang memberi gembira dalam lagu Sanisah Huri tu… Ya Allah beri kekuatan kepadaku…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: