Aidil Fitri 2013M 1434H

Dimulai 1 Syawal dengan tradisi family yang biasa – family raya pics! Eheks… Adoi… InsyaAllah tahun depan kamera kena jarak jauh sikit. Ada ‘tambahan’ ahli… Ehem…!

Raya kedua balik SP, Kedah. Bertolak jam 3:00am dari KL nak elak traffic jam. Guess what? Tiba di SP jam 6:30am. Ahah! Tu pun sempat berhenti sebab tangki penuh. Kena buang sikit. Dan 2 Syawal tu juga pergi rumah Kak Yati. Ada BBQ + sate. Bagi kerja lebih sikit kat IWK Aloq Staq… ekekekekeke…

Dah tu? Dah tiba dari KL jam 6:30 pagi kan? Mana tak lentuknya kami. Kat rumah Kak Yati tu juga terlelap berdua. Nasib baik kat rumah orang. Kalau tak… Emmm… Emmm…

Ofkoz takkan miss rumah Kak Mah. The best Chef in the family. Kali ni nasi tomato + ikan jenahak bakar yang depa kail sendiri. Perghhh…! Kompem lazat! Memang semua puteri Tok Melah hebat-hebat belaka dalam memasak. Tu yang kena selalu kontrol makan bila Permaisuri masak… hehehehehe…

Tapi sebab aku tak ada baju raya sangat kecuali untuk solat raya hari tu, maka by this time dah tak pakai baju raya. Jadilah… Bukan pakaian yang matters sangat kan? Teringat lagu Eddy Nor Ali ‘”Manusia… miskin kaya… semua… bergembira… Aku miskin hina… berselubung muka…” Huhuhuhu…

Dan ofkoz, di rumah Kak Ani pula next day mana boleh tidak mesti ada capati homemade! Kak Ani memang expert masak capati ni dan so far memang kat lidah aku dan juga Permaisuri tak ada capati yang kami boleh makan berkeping-keping kecuali capati Kak Ani. Memang lazat. Kak Ani pun memang meniaga makanan… burrrppp… alhamdulillah… Adoi… Kat mana nak timbang berat badan kat kampung ni…?

4 Syawal pergi Lata Bayu Kedah. Kenduri sedara. Dan juga rumah mamat yang pernah gila-gila minat kat Permaisuri dulu. Adoi… Dan memang dah agak, dia bagi layanan first class kat Permaisuri. Permaisuri pun minta je la apa-apa pun, kompem dapat punya – sup, buboq, ayam, sambal, nasi, Porsche – minta je! Aku pun tumpang sekilometer le… eheks… Tapi… emmm… Sempat gak mamat tu cubit pipi aku. Cute sangat erk aku ni? Ofkoz la… kalau tak takkan Permaisuri pilih aku… Kan? Bukan ke? Ke…?

5 Syawal kita ke Yan Kedah. Rumah Tok Wan yang dah berusia 113 tahun! Tapi masih kenal orang. Tu dia…! Takut aku… Maknanya Permaisuri beta ada gen umur panjang tu. Dan… kuat ingatan! Perghhh… bahaya… bahaya…

Oya! Kat sana sempat la kacau pulut kacau. Bahasa saintifiknya ‘wajik’. Gitu cara membuatnya erk. Ni pulut kacau untuk hantaran rombongan merisik anak sedara. Jauh ke Perlis tu. Okeylah SP – Perlis. Gaduh gak le nak balik beraya nanti tapi okeylah… Tu my MIL jadi supervisor aku mengacau wajik. Lazat weh wajik Tok Melah – Masterchef in the family.

Dan aku diperkenalkan oleh Permaisuri dengan buah ni. Buah jentik-jentik. Kat KL tak jumpa ni. Jentik-jentik nyamuk aedes banyak le kat KL tapi buah jentik-jentik ni tak ada. Permaisuri siap demo lagi kenapa dipanggil jentik-jentik. Sebab bila jentik buah tu, kulitnya terlerai pergi dan tinggallah isinya bergantungan di tangkai sedia untuk dipetik dan dimakan. Subhanallah…!

Balik ke KL 5 Syawal. Bertolak jam 3:00am dan tiba jam 6:30am. Tak berhenti kat mana-mana pun. Tapi tak macam ke SP hari tu, kenderaan lebih sikit masa nak balik KL ni especially tang Tapah, Sg Perak, dan seterusnya ke KL tu. Permaisuri dah tahu trick nak travel waktu musim cuti sekarang. Parahlah aku tak cukup tidur lepas ni… Ekekekeke… Dan di KL, life is back to normal…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: