Kejar Atas… Huh?

Ni signboard jalan keluar dari LTAB Langkawi LGK. Yup… Memang ada Kg. Pandan kat Langkawi… hehehehe…

Kawasan ni mesti baru tambak ni. aknanya Langkawi makin besarlah kan? Membesar pada kadar yang lebih cepat daripada tumbesaran semulajadinya. Dan setahu aku Langkawi ialah pulau hidup. Secara semula jadi Langkawi ‘naik’ dari paras laut beberapa milimeter.

Memang pernah ke Langkawi sebelum ni tapi belum pernah duduk kat hotel sini. Banyak pula jenama ni kat pekan Kuah tu. Ada apa-apa ke? Dulu taukenya kerja sebagai engineer dengan LADA erk? Lepas tu…? Erm… Anyways, hotel jenama ni je aku nampak at least dua. Tu baru hotel. Belum lagi travel agency, bla bla bla…

Macam pekan koboi la. Baru buka ni. Apa entah nama tempat ni aku lupa laaa… Tengok kat FB aku. Kat sana aku upload immediately hari tu.

Nak meuju ke bilik hotel… Errr…. Kau orang tak nampak apa-apa yang pelik yang bukan semua orang boleh nampak dalam gambar ni kan? Kan…? Kan…?

Lubuk duit sebenarnya Langkawi ni. Antara nak berlaku adil atau tak je kan? Yang tu lebih baik tanya diri sendiri laaa… Kalau tanya orang lain karang boleh buat novel jawapan dia orang. Kalau tanya musuh boleh buat novel cerita ganas ngeri. Kalau tanya tukang bodek boleh buat novel motivasi. Kalau tanya aku… ermmm… aku rasa aku akan buat novel picisan je… eheks… Najwa Aiman je kannn… Kannnn….? Bukan ke? Ke?

Ni restoran steamboat. Masa ni RM100 satu set untuk berapa orang makan entah, tak ingat. Ofkoz aku tak makan kat sini… Mana mampu weh!

Dan di tengah pembangunan moden pekan Kuah, ni sungainya, dan tu semua alat utama meneruskan hidup diri dan anak-anak para penghuni asal Langkawi yang bertungkus-lumus menyalurkan rezeki kepada pelancing-pelancong kaya yang makan kat kedai-kedai macam kat gambar yang kat atas tu… Adoi laaa…

Tapi makanan tarak komplen punya. Akulah yang tarak komplen. Kau orang nak komplen ke nak haper ke, suka hatilah. Ada aku kisah? Aiyaaarrrkkksss…! Ekekekekeke… Lidah aku memang suka rasa utara. Eh jap… Oh ya laaa… Bukan lidah aku je yang suka rasa utara. Ada bahagian anatomi lain pun suka rasa utara gak… uhuk!

Ni kat Hammerbay Penang. Tu marka aku tengah makan dengan parka dia… ekekekeke… Menepati cita rasa… Mmm… Makananya la weh! Makanannya menepati cita rasa! Hangpa dok pikiaq apa?

Dari tingkat 15 ni. Masih teringat lagi jam 12:00 malam lebih aku masih kat tingkat 13 Wisma TNB, dan masa tu le terjadinya first Tsunami dulu. Weh! Tak boleh lupa itu pengalaman dalam building tinggi ketika Tsunami weh! Dan sekarang aku kat Penang gak. Tingkat 15 pulak…!!! Adeh…

Dan cakap pasal utara, hari tu pergi Penang juga. Dinner kat Hammerbay. First time makan kat situ. Ofkoz la memang nampak awek yang menepati cita rasa. Adeh! Dan ofkoz kalau aku ke Penang, never never ever lepaskan peluang untuk makan kari. Yeszzzz… Kari kari nasi kandar popodom. Kari Penang is still the bestest! Boleh ketagih wooo… Ada daun agaknya dalam kari tu erk?

2 Respons to “Kejar Atas… Huh?”

  1. Kg. Pandan kat Langkawi? Rumah aku kat Kg. Pandan mana lak ni? Hehehehe…

    Amoi.. Amoi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: