Arkib untuk Disember, 2013

“Kenapa Mesti Ada Bulu?”

Posted in Bebel, Bodoh, Feminin, Matang on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Ye lorrr… Hampir semua heroin novel Najwa Aiman mesti ada “bulu roma halus di lengan.” Kenapa? Tak boleh ke? Habis tu dah tak ada penulis lain nak buat heroin dia orang ada bulu roma kat lengan, akulah yang buat. Tak boleh? Ekekekekeke…

Saja… Inspirasi. Menjadikan wanita sebagai sumber ilham dalam novel? Tu bukan ke manipulasi seks? Mempergunakan wanita sebagai alat? Huh? Really…? Betul ke?

Entahlah… Kadang-kadang aku… Akulah… Kau orang tak kut sebab aku tak semulia kau orang… Kadang-kadang aku rasa macam melampau-lampau pula pejuang hak asasi ni. Tak kiralah hak asasi seks ke, hak asasi manusia sejagat ke, hak asasi binatang ternakan ke, mahupun hak asasi binatang liar. Galak sungguh menentang apa yang dia orang gelar manipulasi seks — mempergunakan daya tarikan seks wanita untuk melariskan produk. Hmmm… Dah kalau wanita yang jadi peragawati dalam iklan tu sendiri yang gunakan hak dia untuk buat keputusan bagi diri sendiri nak gunakan daya tarikan dia sendiri secara rela, tu bukan hak asasi ke?

Tu le natijahnya bila sempadan setiap sesuatu tu hanya berlandaskan takrif ciptaan manusia. Hah… tolak lagi kewujudan Tuhan. Nafikan lagi kebenaran hukumNya… Gaduhlah kau orang. Aku nak tidur… Ada daya tarikan seks tak nak masuk tidur ni…?

“It’s (Not That) Complicated”

Posted in Bebel, Bodoh on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Suatu ketika dulu sambil minum-minum petang, ada sorang staf kat sebuah company cerita pasal staf dia yang keberatan nak datang kerja bila disuruh datang pada suatu hari.

“Dia kata dia bercuti hari tu,” explain minah ni. “Tapi aku perlu dia datang ofis. Aku pun bercuti. Tapi aku boleh je datang. Staf aku tu banyak pula songel tak boleh datang! Kalau aku sebagai bos boleh, kenapa dia tak boleh?”

Sebab kau bos. Dan agak pelik frasa “kalau aku boleh, kenapa dia tak boleh?” diungkap oleh seorang bos terhadap staf bawahan. Kan…? No, we’re not talking about special skills or tasks that require special knowledge here. Bukan. Kita bercakap tentang kerja-kerja biasa — misalnya datang kerja pada hari bercuti.

There is a difference between UNABLE to do dengan INCAPABLE of doing… kan? Bukan ke? Ke…? Besides… why do you think you are paid very much higher than your staff? Huh…?

Reminiscence Prelude… Again…

Posted in Bebel, Ekonomi, Gomen, Idea on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

It’s almost the finale of 2013. And yes I too have a few objectives I’d love to realize in 2014. Should I use the SMART concept that will subsequently be supplemented with SMARTER? Poyo je kut… Uhuk!

There will be, insyaAllah, a new member for the family. Which means that I have to find ways to manage family finance more efficiently cogitating the severe economic inflationary escalation rate next year. Change lifestyle, say the foolhardy nincompoop from upstairs. Oh yes, I will change mine. And yours? It’s easy for you to say when every sen you spend comes from the hard-earned money payable as taxes for the people upstairs to maintain their and their families profligate lifestyles. Yup… Up yours! Ask not what the country can do for you because the country is nothing but a piece of soil on the face of the earth. Ask the people who manage that piece of soil then. What the heck are they doing to that small piece of soil upon which they share their livelihoods with other decent natural beings?

Okay Dzam, stop complaining. It’s time to get on with life – yours and your beloved ones. The ultimate purpose of life is demise anyway. Now that is the greater purpose, which I am yet to prepare, for myself and those whose undertakings and liabilities are upon me. Yet I am increasing the number of my responsibilities by an addition! Aiyaaarrrkkksss…! But fear not for such could also be syafa’at for me, right? If, and only if, I lead them well. Dang…

Change, or be changed, or be THE CHANGE. Live in the now. Cherish the past. And for the future, bring’em on!

Manifesto Manifesoto

Posted in Bodoh, Ekonomi, Gomen, Politik, Sumber on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

Dapat ni dari FB sahabat, dan aku share kat FB aku. Memang betul ke ada laporn ni dulu? Rasa-rasanya macam pernah dengar antara statement ni dalam kempen puak-puak BN dulu. Well… syukur alhamdulillah Tuhan bayar cash… kan? Bukan ke? Ke…? By the way, klik atas gamabr kat atas tu kalau nak saiz besar sikit.

Lain Hulu, Lain Parang

Posted in Bebel, Feminin, Hiburan, Maskulin on 28 Disember 2013 by Najwa Aiman

Okeylah… aku mengaku… Memang aku suka banget tengok Siti Nurhaliza dulu-dulu. Sekarang je yang aku tak berapa nak jeling pun. Sebab sekarang dah tak menepati cita rasa. Tapi dulu pun bukanlah sebab aku nak buat dia bini. Tapi kalau dia jadi bini aku… perghhh… Agak-agak kereta apa aku pakai sekarang erk? Dan rumah aku pula besar mana la agaknya…? Hmmm…

Anyways… Memang biasa dengar gak orang kutuk Siti Nurhaliza dulu. Kuku dia tak lawalah. Jari dia tak feminin la. Bla bla bla… Tapi semuanya dari mulut orang perempuan laaa… Well… Nak kata apa lagi kan?

Apa-apa hal pun, bila Tuhan tentukan jodoh dia dengan Datuk K, habis kecoh satu negara. Dah jadi isu kebangsaan le pulok. Tu baru betul national icon. Apa yang orang marah sebenarnya masa tu? Sebab dia kahwin dengan laki orang? Itu fakta tapi landasannya sentimen feminin. Disebabkan dia maka Datuk K bercerai? Itu spekulasi dan serkap jarang. Sebab lelaki yang dia kahwin tu orang yang jauh sangat tuanya daripada dia? Itu pun fakta tapi landasannya sentimen maskulin. Apa-apa ajelah alasanya orang nak marah, Datuk K tetap lelaki bertuah masa tu. Sama ada Siti Nurhaliza juga wanita bertuah, yang tu aku tak tahu sebab aku bukan perempuan dan tak tahu nak selami hati perempuan (ya… nak kutuk kata aku male chauvinist pig? Suka hati kau oranglah… aharks!)

None of my business. Yang aku tahu, memang aku suka banget Siti Nurhaliza dulu-dulu. Menepati cita rasa. Dulu-dulu. I repeat… dulu-dulu… Kau orang? Well… Lain hulu lain parang. Lain bulu lain orang. Dah aku nak tidur ni. Esok nak pergi bayar yuran tadika. Kat masjid. Dan oh yes… Piper Perabo is my taste. Nite… Sleep tight…  Zzzz…

Lelaki Sangat Mulia Tau!

Posted in Feminin, Maskulin on 28 Disember 2013 by Najwa Aiman

“Tak fahamlah kau orang ni! Nampak perempuan cantik je, mata terjojol macam nak telan! Tak ingat bini kat rumah ke?” kata dia. Adoi laaa… Tak apalah… “Women… You can never understand them,” kata dia tu pula. Naturally memang masing-masing tak faham satu sama lain kan? Tu la yang best tu! Aharks…

Siti Nurhaliza (dulu) memang cantik — paras rupa DAN potongan tubuh badan dia (again… I repeat… dulu). Susahlah nak jumpa lelaki yang kata dia tak cantik (reiterating… dulu). Tak kiralah lelaki bujang apatah lagi yang dah kahwin (okay… I have a feeling that my last sentence just now was somewhat not right for being terbalik one way or another… hmmm…)

Tapi dah memang tu sifat semula jadi lelaki. Alah… macam le orang perempuan pun tak gitu. Tengok jantan Korea dalam LRT pun boleh tegak bulu kening (bulu tempat lain tak boleh tegak sebab sama ada dah licin dicukur atau dah ditindih pakaian ketat-ketat). Yang cita rasa berbulu pula tengok Bangla pikul martol pun boleh khayal dalam imaginasi basah banjir… yieekkhh!

Kami orang lelaki memang semula jadi susah nak bercinta. Sebab? bagi lelaki cinta tu terlalu amat tinggi nilainya. Tak boleh sesuka hati diberi pada sesiapa je. Bila kami nampak perempuan cantik, memang kami sentak. Tapi tu bukan sebab bibit cinta. Tu disebabkan bibit syahwat. Yup… orang lelaki memang syahwat datang dulu. Cinta… well… kadang-kadang tak datang-datang. Sebab… I repeat… lelaki amat susah memberi cinta. Benda berharga memang susah kita nak dermakan dengan rela.

Jadi the next time lelaki terjojol dan sentak bila nampak perempuan cantik, janganlah risau. Kalau kau orang boifren dia, atau bini dia, cinta dia tetap untuk kau orang. Nafsu dia aje yang dia sangup dermakan. Sebab bagi lelaki, nafsu terlalu amat murah dan rendah nilainya. bahkan tak ada nilai langsung.

Tak cukup mulia ke lelaki…? Huh?

Gusti Putri Retno Dumilah

Posted in Budaya, Estetika, Hiburan, Novel, Sejarah on 28 Disember 2013 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap daripada Deviantart.com karya byako0x.

Memang sambil nonton Puteri Gunung Ledang (Tiara Jacquelina yang cun) ni. Laksamana Hang Tuah (Sifu M. Nasir) memang macho. Tetiba teringat Hikayat Hang Tuah karya Tun Sri Lanang. Dihikayatkan bahawa bila Sultan Melaka hantar rombongan meminang ke Gunung Ledang, Puteri Gunung Ledang yang sampai la ni tak ada sesiapa pun tahu nama sebenar dia termasuklah rombongan meminang tu (tapi dalam versi Tiara Jacquelina nama dia Gusti Putri Retno Dumilah le pulok) , letak syarat peminangan begini—

  1. Jambatan emas sebagai laluan Sang Puteri dari Gunung Ledang ke Melaka (tak sebut pasal tol)
  2. Jambatan perak sebagai laluan Sang Puteri dari Melaka pulang ke Gunung Ledang (pun tak sebut pasal tol)
  3. 7 tong air mata anak dara buat air mandian Sang Puteri
  4. 7 tong air pinang muda pun untuk buat air mandian Sang Puteri
  5. 7 dulang hati kuman (tak tahu la dia nak buat apa hati kuman ni)
  6. 7 dulang hati nyamuk (pun tak tahu gak nak dibuat apanya)
  7. 1 mangkuk perak berisi darah Putera Sultan Melaka (vampire gamaknya Puteri Gunung Ledang ni? Nasib baik bukan 7 mangkuk weh!)

Kreatif betul Tun Sri Lanang. Pengajarannya apa ya? Kita belajar apa yang kita belajar. Bagi aku yang tak pandai macam penulis dewa ni, pengajarannya ialah untuk para awek yang nak menolak pinangan jantan yang dia tak suka atau tak berminat, haaa… beginilah caranya. Letak syarat merapu macam tu.

Anyways, macam yang aku pernah tulis dulu, Hikayat Hang Tuah ialah sebuah novel fiksyen karya penulis dan penglipur lara Melayu antara yang hebat — Tun Sri Lanang. tu pendapat aku le… Dalam entri aku tu pun ramai gak yang membangkang dulu. Sampai nak berpencak silat pun ada mempertahankan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara. Keturunan Hang Tuah lima bersaudara pun masih ramai sekarang ni. Berhijrah ke utara. Antaranya  — Hang lapaq ka, Hang dah makan, Hang nak pi mana, Hang marah aku ka, Hang pelaq la, Hang loklaq betui… bla bla bla… “macam-macam Hang ada kat sini” kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok.

Maka bagi aku juga, Puteri Gunung Ledang tak wujud. Kalau dia Melayu, apa kejadahnya hang Tuah dan Tun Mamat tak jumpa mak bapak Puteri Gunung Ledang tu untuk meminang? Kalau dia Puteri, dah tentu bapak dia raja. Raja mana? Raja Kapor? Atau Raja Gunung Ledang? Siapa? Negeri apa Gunung Ledang tu?

Yup… Tu Puteri Gunung Ledang mandi kat Sungai Ledang. Dan ya, masih tetap pakai perhiasan emasnya dalam sungai. Dalam adegan tu bila dia bangun, loket emas besar sebagak tu masih di dada. Moralnya: zaman tu emas memang teramat mahal, walaupun bagi seorang anak raja, apatah lagi anak raja yang tinggal dalam hutan atas gunung. So tak boleh tanggalkan dan letak suka-suka kat tebing.

Dan kalau dia bukan Melayu, malah Hindu pula mengikut teori filem Tiara Jacquelina tu, patutlah dia tak nak kahwin dengan Sultan Melaka yang masa tu Muslim. Susah nak jumpa Hindu sanggup masuk Islam tau. Especially zaman tu sebab Tanah Melayu asalnya diasaskan atas landasan Hindu bila Parameswara buka Melaka. Jiran sekeliling yang merupakan kerajaan besar, hebat dan gagah perkasa pun Hindu — Majapahit, Acheh, Siam. Agaknya semasa Islam mula menguasai pemerintahan Tanah Melayu, segelintir Hindu tegar berhijrah keluar dari Melaka. Antaranya panjat Gunung Ledang. Mungkin Puteri Gunung Ledang tu salah sorang atau keturunan daripada salah sorang yang berhijrah dan buka negeri Hindu di sana. Anak sami Hindu agaknya dia…