Dulu Dua, Sekarang Satu

Bebudak sekarang yang lahir selepas 1981 mesti tak tahu yang negara Malaysia ni dulu ada dua waktu yang berbeza kan? Kan? Eheks… Zaman aku belum baligh dulu, TV hitam putih, program Warta Berita dimulakan dengan gambar dua buah jam. Sebelah kiri tunjuk pukul 7:59. Tu waktu Semenanjung. Sebelah kanan tunjuk pukul 8:29. Haaa… tu waktu Sabah & Sarawak. Jarum saat tepat synchro tu! Maknanya beza jarak waktu antara Semenanjung dengan Sabah & Sarawak ialah setengah jam la kan? Kan?

Bila Tun Mahathir jadi PM, antara yang pertama dia buat, synchronize waktu Sabah & Sarawak dengan Semenanjung. Maknanya semua orang di Sabah & Sarawak mesti lewatkan jam dia orang setengah jam… hehehehehe…

Dah beberapa kali aku ke Sabah tahun ni. Dan setiap kali aku pergi, waktu solat di sana selalunya satu jam lebih awal daripada Semenanjung. Hmmm… so, asal-usulnya selama ni waktu di Sabah & Sarawak lebih awal setengah jam atau satu jam sebenarnya erk…?

2 Respons to “Dulu Dua, Sekarang Satu”

  1. Masa aku bebudak dulu, asal balik Kelantan je mesti pelik. Kenapa ada orang yang selamba makan minum masa last day puasa. Rupanya orang Thai dtg lepak Kelantan utk raya. Hehehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: