Awex Macam Artis…?

Betul ke lelaki ada kecenderungan untuk samakan awex dia orang macam artis atau selebriti? Katanya awex dia orang tu akan ada iras-iras muka selebriti tertentu. Honestly aku tak pernah terfikir pula macam tu. But interesting gak. Well… Kalau aku nak samakan muka aweks sebenar dan juga aweks orang lain tapi aku minat kononnya dia orang tu aweks aku (uhuk! Errr… Tipulah kalau kau orang tak pernah ada pengalaman macam ni! Cet!), maka I think they would go like these—

Awek first masa sekolah. Yup… lebih kurang gini la ada iras-irasnya. Ni Yati Octavia, pelakon Indo zaman 70’an.

Dan masa di MRSM aku tak ada awek, but then aku minat sorang tu dari jauh. Minat tengok muka dia je tapi bukanlah nak buat awek. Sebab? Sebab memang masa tu muka dia ada iras Raja Ema zaman tu. Zaman kurus.

Honestly aku tak pernah samakan awek aku masa kolej dulu dengan dia ni, tapi dia sendiri yang kata muka dia iras penyanyi cun dan comel 80’an dan 90’an ni. But come to think of it, well, giving her the benefits of the doubt, she might be right bila Fauziah Latiff senyum. Masa senyum tu memang ada iras macam dalam pic ni.

Mulanya memang aku tak pernah samakan awek ke tiga aku dengan sesiapa. But bila Liyana Jasmay mula dikenali, then I realized… Ye lorrr… Tapi ofkoz Liyana Jasmay muncul lama selepas aku kenal awek aku tu.

Dan dia ni? Actually bukan pada wajahnya. Tak ada iras pun kecuali pada bibirnya aje. Cuma bila tengok Rita Rudaini berlakon dalam siri apa entah kat TV tu dulu, yang bergandingan dengan Adi Putra tu, perawakannya ada sikit-sikit.

But one thing for sure — untuk Permaisuri beta memang tak ada iras selebriti mana-mana. She’s one of a kind. May be sebab tu dia akhirnya yang jadi Permaisuri beta… ekekekekeke… Walaupun masa tu memang dia jadi rebutan, tapi dia pilih muka aku ni. Huh??? Muka aku yang tak hensem tetapi ayu dan manja ni yang dia pilih…? Aharks…! Best!

2 Respons to “Awex Macam Artis…?”

  1. Dulu ada lecturer aku muka macam Winona Ryder, pakai tudung. Comel weh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: