Kengkawan… Binawe Betul… Aharks!

Hari tu buat alumni mikro dengan kengkawan dari GMI dulu. Dan dialog famous daripada Aini terus menerpa kepala otak aku — “Kengkawan dah la tak ramai. Yang ada pun semua gila!” Aharks… Dan dialog tu aku abadikan dalam novel Untuk Kau Dan Aku. Entah bilalah nak sembuh sawan gila Ramzi nih… Dan Liza… yup… Kau masih macam dulu. Tak berubah. Errr… bukan saiz atau shape, tapi tabiat blur kau tu… Ekekekekeke… Aiyaaarrrkkksss…! Dan nope! Aku tak sakitlah gambir! Sihat wal’afiat zahir dan batin weh!

Dan dua Jumaat yang lepas, Lotus (ya, Lotus, bukan Proton) Note Pak Ngah akhirnya memasinkan mulut dan naluri aku — tak boleh start. Eloklah pula selepas solat Jumaat le pulok. Tambah eloklah lagi aku ada meeting jam 3:00 hari tu. Dan bertambah-tambah elok sebab selepas bertungkus-lumus, akhirnya kami berempat menapak dari masjid ke Kedai Tembok Cium Duit. Sambil menapak tu elok sangatlah kita nyanyi reramai dalam mode koir—

La la la la la la la la la la laaa…
La la la la la la la la laaa…

Pok pok pok… Bujang Lapok
Ada mancis tak ada rokok
Jalan jauh tersengguk-sengguk
Tumit melecet hai lutut terbengkok

Pok pok pok… Bujang Lapok
Poket kosong hai penuh habuk
Makan nasi nyekek cencaluk
Sampai mmm…mmm terlupa cebok

Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk
Jalan lurus jangan belok-belok
Aku dah penat terbatuk-batuk
Bau asyem ketiak siapa busuk
La la la la la la la…

Pok pok pok… Bujang Lapok
Kena bantai tulang rusuk
Jalan jauh terhangguk-hangguk
Jumpa doktor tampal koyok

Dan memang petang tu aku demam sampai dua hari…! Binawe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: