Lain Hulu, Lain Parang

Okeylah… aku mengaku… Memang aku suka banget tengok Siti Nurhaliza dulu-dulu. Sekarang je yang aku tak berapa nak jeling pun. Sebab sekarang dah tak menepati cita rasa. Tapi dulu pun bukanlah sebab aku nak buat dia bini. Tapi kalau dia jadi bini aku… perghhh… Agak-agak kereta apa aku pakai sekarang erk? Dan rumah aku pula besar mana la agaknya…? Hmmm…

Anyways… Memang biasa dengar gak orang kutuk Siti Nurhaliza dulu. Kuku dia tak lawalah. Jari dia tak feminin la. Bla bla bla… Tapi semuanya dari mulut orang perempuan laaa… Well… Nak kata apa lagi kan?

Apa-apa hal pun, bila Tuhan tentukan jodoh dia dengan Datuk K, habis kecoh satu negara. Dah jadi isu kebangsaan le pulok. Tu baru betul national icon. Apa yang orang marah sebenarnya masa tu? Sebab dia kahwin dengan laki orang? Itu fakta tapi landasannya sentimen feminin. Disebabkan dia maka Datuk K bercerai? Itu spekulasi dan serkap jarang. Sebab lelaki yang dia kahwin tu orang yang jauh sangat tuanya daripada dia? Itu pun fakta tapi landasannya sentimen maskulin. Apa-apa ajelah alasanya orang nak marah, Datuk K tetap lelaki bertuah masa tu. Sama ada Siti Nurhaliza juga wanita bertuah, yang tu aku tak tahu sebab aku bukan perempuan dan tak tahu nak selami hati perempuan (ya… nak kutuk kata aku male chauvinist pig? Suka hati kau oranglah… aharks!)

None of my business. Yang aku tahu, memang aku suka banget Siti Nurhaliza dulu-dulu. Menepati cita rasa. Dulu-dulu. I repeat… dulu-dulu… Kau orang? Well… Lain hulu lain parang. Lain bulu lain orang. Dah aku nak tidur ni. Esok nak pergi bayar yuran tadika. Kat masjid. Dan oh yes… Piper Perabo is my taste. Nite… Sleep tight…  Zzzz…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: