Arkib untuk Januari, 2014

Selamat Hadir Aimy Irdina

Posted in Famili on 31 Januari 2014 by Najwa Aiman

Bukan dirancang. Allah SWT akan beri apa saja mengikut kehendakNya yang sentiasa bersebab. Aiman Zulkifli, Aimy Najwa, Aiman Azizy, Aiman Haziq kini dapat kawan baru — Aimy Irdina, bequeathed 29 January 2014, 28 Rabi’ul Awwal 1435 at 12″05 PM. Aku dah hampir sangat ke ofis. Tergerak hati nak berhenti di R&R Dengkil. Tak tahu tujuan apa. Lepak minum Nescafe. Baru nak naik semula ke kereta, alerted.

Selamat hadir duhai puteri baru. Amanah daripada Allah… Sangat berat memikul amanah zuriat duhai Tuhan… Mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT akan kita semua. Semoga kita mati dalam Islam, dalam iman hendaknya… InsyaAllah…

Haziq dah tak boleh nak manja-manja sangat lagi, and he knows that. Dia dah start ngada-ngada minta perhatian… eheks!

Aiman tahu he has extra responsibilities now. Lving brother yang akan take good care of his brothers and sisters.

Najwa finally dah ada kawan. She has to be more feminine now and guide her little sister to be a lady.

 

Azizy dah ada little sister sekarang. Bukan sekadar big sister je. And being him, he will look after and entertain his younger siblings at whatever costs including sacrificing his own needs and interests.

P/s: Sowi Irdina Abah tak sempat lagilah nak puisikan kehadiranmu. InsyaAllah bebila abah dah relaks sikit erk…

Orkid

Posted in Puisi on 19 Januari 2014 by Najwa Aiman


Dan Jijiknya Insan Yang Menipu…

Posted in Bebel, Famili, Sosial on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Setiap hari dok fikir macam mana cara nak ajar Putera dan Puteri dua perkara — JUJUR dan BALAS BUDI. Zaman makin kejam. Masa dunia makin singkat. Bukan senang nak ketemu orang yang ikhlas menolong. Apatah lagi berkorban demi kita. Suami atau isteri sendiri pun belum tentu sanggup buat tu semua untuk kita, apatah lagi orang lain.

Jadi bila ketemu orang yang ada untuk kita tatkala kita memerlukan, walaupun mungkin bukan sentiasa, tapi biasanya dia ada dan dengan ikhlas dan rela sanggup membantu malah berkorban segala-galanya yang dia ada untuk kita, maka berlaku jujurlah dengan dia, dan balaslah budinya sedaya upaya. Jangan sakiti dia walau sedikit. Bukan sebab kita nak dia terus menerus membantu dan berkorban untuk kita, tapi sebab kita mahu mudah-mudahan Allah SWT akan tunjukkan kepada kita jalan dan beri kita kekuatan untuk buat perkara yang sama demi mendapat ganjaranNya, insyaAllah…

Putera dan Puteriku… jauhilah oleh kamu insan yang menipu dan memperdaya. Sesungguhnya mereka teramat jijik, dan kebejatan serta kejelekan mereka boleh terpalit kepadamu!

Tahun Empat

Posted in Sosial on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Dan hari ni, staf beta yang kesemuanya sahabat-sahabat beta buat surprise pulok. Adeh… Kenapa? Kenapa? Timkaiiii…? Nasib baik aku macho dan tak nangis… Ekekekekeke…

Tahun ni tahun empat. 2014 dan 44. Kalau ikut prophecy Cina, ni banyak sangat nombor mati ni. Aku mati dalam tahun ni ke? Entahlah… Adoi… Cukup ke bekalan? Dah dimaafkan ke semua dosa oleh manusia? Dah memaafkan ke dosa-dosa manusia ke atas aku? Dah diampunkan ke dosa-dosa aku terhadap Allah SWT? Entahlah… Yang pasti yang nombor dua tu. Aku belum memaafkan semua orang. Belum!

Terima kasih para sahabat sebab belikan kek tu. Sedap! Mana kau orang tahu bahawasanya aku suka — inter-alia — kek blueberry? Aku pernah kasi tahu ke? Macam tak pernah jek… Tapi kau orang tahu gak! Uks… Bahaya betullah kau orang ni. Takut aku! Anyways tengkiyu my frenz. Aku makan sikit je, as you all know.

It was fun! Walaupun surprise tu sebenarnya dah kurang thrill sebab aku macam dah agak ada sesuatu yang menanti. Kau orang belum cukup terer nak cover line. Tahu macam mana aku boleh syak? Pigi dah… Nak celen orang IR sezen macam aku erk. Ni kau orang punya blow—

  1. Selalunya kereta dah sampai depan masjid KLIA pun masih lagi tak berjawab soalan “Nak makan kat mana ni? Nak makan apa?” Tapi hari ni decision dah dibuat SEBELUM keluar ofis aku lagi! “Kita makan kat Al-Fidha la bos erk,” kata Radi. Erk…? Tetiba buat decision pantas tanpa ada sesiapa pun tanya… Choyyyy….!
  2. Nurul Maisara yang memang kalau dunia dah nak kiamat pun takkan ikut pergi breakfast atau lunch sebab takut bapak dia marah, tetiba hari ni join! Errr… ada mental problem ke dia atau… Hmmm… Something’s fishy…
  3. Semua… I repeat… SEMUA staf IR pergi lunch di luar, SERENTAK dan di tempat yang SAMA! Sanggup konvoi dua kereta lagi! Ni cuma akan berlaku bila IR ada official function je.
  4. Link to clue number 1 above. Tak pernah-pernah selama aku kerja kat sini, Radi buat keputusan tentang lokasi nak makan. Tak pernah beb! Dia akan biar orang lain decide kat mana nak makan. Tapi hari ni, tanpa bertanya sesiapa, out of the blue, dia pula yang buat keputusan! Ekekekekeke…

Lain kali nak cover line tanya akulah caranya weh! Sebab aku gemar tak nak cover line sendiri. Bukan tak reti, tapi tak thrill la cover line. Pengecut je yang suka cover line ketat-ketat macam Zahrain… Keluar dinner dengan bini orang staf Dept lain dan fikir orang tak tahu. Kat ofis buat macam tak kenal. Tapi dalam BBM, messaging, email, perghhh….! “Ayunya dia berbaju kurung..” Pigi dah! Ekekekekeke…

Anyways frenz… thank you so much sebab remind yang aku dah tua. Choy! Wokeh! You are the best! 400 over cases for the whole last year and you all managed with just 3 + 1 personnel! And that includes investigation, documentation and prosecution. Plus handling punishments and appeals. Wow! Average 100 cases per person. Frenz, kita cuma ada 365 days in a year (tu termasuk weekends, public holidays, rest days and off-days taw!) and you all thrived with 400 over cases! You are the best!

My friends, as of now I don’t just support you. I salute you!

Aku Tahu Kau Tak Percaya

Posted in Feminin, Puisi on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Ilham pokok orkid yang herot—


Kangkung, Ngangkung, Ngengkang, Ngangkang

Posted in Bebel, Bodoh, Gomen on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Rupa-rupanya kangkung ni bayam erk? Water spinach dalam bahasa orang kampung. Aku suka sayur tapi tak berapa gemar bayam, but kangkung memang aku sangat suka. Especially kalau goreng belacan dan ikan masin. Perghhh…!

Jadi isu besar lak ipomoea aquatica ni sekarang. Betul ke PM Najib ada umumkan tentang penurunan harga kangkung ni hari tu? Aku ni jenis tak ambil pusing hal camtu. Katak bawah tempurung aircon… eheks… Dalam FB pun kecoh. Ada yang terus sindir-sindir manja pasal kangkung. Ada yang kata kenapalah isu kangkung pun nak dibesar-besarkan macam tak ada kerja. Lorrr… Dah yang memula declare pasal kangkung ni bukan sembarangan orang – PM tu… Orang nombor satu Malaysia yang declare pasal kangkung, ofkoz le isu besar, kan? Bukan ke? Ke? Kalau aku yang declare pasal kangkung tu lain ceritalah… Atau kalau yang declare tu kongkang ke, atau yang menguruskan ekonomi negara tu spesis kongkang ke, memang le tak berbaloi nak jadi isu… Kan? Bukan ke? Ke…? Tahu ke kongkang tu haper? Nycticebus. Tahu tak…?

Anyways, hari tu baru je nonton untuk ke sekian kalinya filem Ngangkung kat Astro. Dan dah lama tak ngangkang. Berbulan dah… Kalau ngangkang lepas ni kompem jalan ngengkangTu memang jauh lebih best daripada cerita isu kangkung. Tapi tak boleh celen betapa lazatnya bercerita tentang filem Ngangkung, aktiviti ngangkang sampai ngengkang sambil ratah kangkung belacan… Mmmmm…

Sambil Dengar Keretapi Lalu

Posted in Ekonomi, Famili, Santap on 14 Januari 2014 by Najwa Aiman

Tak masak lunch hari ni. Kita cari makan jom! Mana? Well… I know a place. Never tried there before, so let’s go now.

Kat Pantai Dalam. Kalau dari Bangsar, menghala ke Taman Petaling dan PJ Old Town selepas stesen KTM Komuter, selepas blok-blok flat. Sebelah kanan jalan. Sebelah kiri jalan tu landasan kereta api mek oi…

Ini set untuk 4 orang makan. Ditambah dengan sepinggan nasi kuning. Air asing-asing. Macam-macam jenis air bebudak ni order taw! Choyyy…

Nampak menarik? Yup. Rasanya sedap tak? Verdict: Lazat gak! Tu ayam golek 5 bintang Mek Som yang famous tu. Mek Som pernah masuk TV program masak-masak RTM sebab resepi ni. Dan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah tiba dan certify tempat ni.

And yes… Kalau ada duit lebih aku akan bawa family, kengkawan, sedara mara datang makan kat sini lagi. Harga memang berpatutan. Serius! Dan rasanya memang boleh puas hati semua laaa… Meh laaa… Errr… Mek Som tak nak kasi diskaun terhebat kat saya ke untuk promosi ni? Ikhlas berbayar ni tau… Tau… Taw… Aharks…!