Riwayat Baru Yang Jadi Hikayat

Sejam tadi dah berlalu 2013. It’s just a number, tapi melewati usia, kan? So… kepada mereka yang tak mabuk sebab kalau mabuk kau orang takkan boleh baca ni… eheks…! Okey… Kalau tak mabuk, macam mana planning 2014? Terasa macam lain sikit sambutan tahun baru kali ni. Macam ada benda besar akan berlaku tahun 2014 ni. Selain daripada harga, apa lagi erk? Yang aku tahu kebanyakan negara yang rakyatnya semakin terhimpit biasanya memang akan berlaku benda-benda besar — demonstrasi besar, rusuhan besar, kematian besar, dan sesetengahnya kematian orang besar-besar dan orang-orang besar… Hmmm… Macam best jek… Macam best jek… Macam best jek…

Suka duka 2013? Well… I know I like one thing — result survey ni:

Dah terbukti kan? Pengganas antarabangsa yang diberi lesen mengganas oleh dunia… Ekekekekeke… Adeh… Adoi laaa… Dan lagi apa?

Well… Kalau berkaitan biologi, aku belajar bahawa haiwan SíPúT sememangnya spesis binatang. Fitrah binatang, apa binatang pun, akan buat apa saja, makan apa saja, peralatkan apa saja, berhelah dan menipu daya demi untuk terus hidup. Persetanlah kepada mangsa-mangsa binatang SíPúT itu. Tak apalah… Dapat buat SíPúT terus hidup dengan anak-anak SíPúT tu dah memadai sebagai amalan baik. Moga Allah mengambil kira sebagai amalan baik aku. Moga Allah beri ganjaran kepada aku jua.

Runtuhan bangunan ni pun kira peristiwa penting gak. Mujur tak ada yang cedera atau mati. Seriau aku bila dikhabarkan kisah runtuhan batu kat bangunan tu. Kalau kena kereta baru Alza hitam tu… Tak sanggup gak sebenarnya melihat penderitaan walaupun penderitaan yang pura-pura belaka. It’s still kerosakan harta benda berupa aset yang payah nak diperolehi. Baru pula tu. Alhamdulillah tak ada kerosakan.

Rezeki amat ketat pada tahun 2013. Tapi dalam ketat tu juga masih berusaha nak menolong. Maka memikirkan kebajikan dan kebahagiaan makhluk, walaupun amat berat, berhijrah gak. Harapannya ialah nak mencapai hasrat ikhlas yang Allah saja yang tahu untuk membela orang-orang yang aku sangka teraniaya. Rupa-rupanya… Adoi laaa… SíPúT… SíPúT… Tak apalah… Moga Allah beri ganjaran kepada aku. Ya Allah segala puji-pujian bagiMu yang mengajar hambaMu ini dengan kebijaksanaanMu…

Penghijrahan ni Allah berikan hikmahnya juga. Betul juga pengajaran Sang SíPúT — Allah beri ribut taufan sebab nanti lepas tu Allah akan beri pelangi. Walaupun pelangi yang diharapkan rupa-rupanya bukan pelangi yang sama, tapi tetap pelangi. Memang benar… apalah gunanya pelangi di gunung kalau yang diidamkan ialah pelangi di laut, kan? Alhamdulillah… Kadang-kadang pelangi tak bawa erti dan guna pun. Yang berguna ialah langit yang cerah. Dan biasanya langit paling cerah ialah sejurus selepas seriatnya hujan yang teramat lebat. Dan aku mahu langit yang cerah.

Walau apa pun, 2014 ialah novel baru. Sahabat lama forward gambar ni kat Whatsapp. Sekeping gambar ni je, tapi sangat menusuk kalbuku… cewah! Ekekekeke… But seriously, a picture speaks a thousand words. True. Gambar yang dia beri ni mengingatkan aku agar terus berusaha tinggalkan apa-apa juga yang tak baik — sama ada kejahatan diri sendiri, mahupun kejahatan orang lain, apatah lagi orang-orang jahat dan binatang-binatang yang sanggup tergamak buat apa saja demi untuk dia terus hidup. It’s going to be a new life for me, dan kita semua yang masih ada perikemanusiaan, insyaAllah. Benda busuk kalau ditutup macam mana pun, lambat-laun terbau juga. Bila yang terbau tu pula jenis orang yang yang cakap tak kira ikut suka hati je, memang terbongkar habislah. Isu duduk salah meja masa annual dinner pun boleh jadi asbab terbukanya topeng lantas mendedahkan bau yang semakin tengik… Adoi laaa… Moga sempat Allah kembalikan ke jalanNya… insyaAllah…

Selamat Menghayati Kehidupan Yang Semakin Pendek dan Perjalanan Yang Semakin Hampir Kepada Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: