Jasadnya Terkubur, Belangnya Bertabur

Puas aku mencari dah. Agak lama juga. Bertahun-tahun. Dalam internet pun tak ada. Dalam biodata dan Wikipedia Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain pun tak tersenarai. Kenapa ya…?

Tapi aku sure sangat-sangat tentang buku ni — P. Ramlee: Jasadnya Terkubur, Belangnya Bertabur karya Abdullah Hussain. Kali pertama (dan juga terakhir) aku baca buku ni ialah pada tahun 1985. Sambil nak rehatkan kepala otak selepas study di perpustakaan Asrama Yayasan Selangor di Kg. Pandan tu dulu, aku terjumpa buku ni. Memula aku ambil dan baca saja-saja kat perpustakaan tu. Tapi sebab aku teramat hormat dan sanjung Allahyarham P. Ramlee, aku terus pinjam buku tu. Agak tebal. Biografi Allahyarham P. Ramlee dari sejak beliau lahir hinggalah ke saat ajal beliau. Sebak. Sedih. Marah. Geram. Kelakar. Gembira. Bangga. Semua emosi ada dalam buku tu walaupun ia sebuah biografi.

Tapi tu le kali terakhir aku nampak dan dengar tentang buku tu. Laman bersawang… eh… laman sesawang pun tak jumpa. PNM, DBP, Google… Tarak! Kenapa ya…? Kalau masa tu aku bukan student dan ada duit sendiri, memang aku dah keluar cari dan beli. Adoi laaa…

Anyways… in case kalau kau orang tahu kat mana ada sumber buku ni, please info. Tengkiyu I luv you too…! Dan kepada orang Melayu Gen Y, Gen X, apatah lagi Baby Boomers, digalakkan baca tentang riwayat hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, especially Gen Y ni. Dia orang bukan kenal sangat P. Ramlee macam generasi terdahulu. Tak berminat pun agaknya. But believe me, sangat tinggi nilainya untuk ketahui riwayat hidup Seniman Agung ni. Buku terakhir yang aku baca tentang Allahyarham ialah P. Ramlee Yang Saya Kenal karya Yusnor EF. Yusnor EF adalah antara orang yang pernah bertemu dan bekerja dengan Allahyarham P. Ramlee dulu. Beliau antara penulis lirik lagu-lagu ciptaan Allahyarham P. Ramlee. Dan beliau juga adalah antara personal close friends Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Bukan politician saja yang menyumbang jasa besar kepada negara. Menyusuri riwayat hidup Allahyarham P. Ramlee, kita mungkin tersedar bahawa politician barangkali antara golongan yang jadi penyebab terbantutnya perkembangan talent dan kebolehan ajaib pribumi dan warga negara… Adoi laaa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: