Arkib untuk 12 Januari 2014

Yang Ni Pun Boleh Kempis

Posted in Famili, SíPúT on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Yang mengandung dah pun bersalin. Dan ya, sebab isi perut tu dah keluar, maka kempislah perut tu. Menggelebeh sikit kut sebab kulit dok tegang sembilan lepas. Tapi biasanya memang ada cara nak kasi tegang balik. Apa-apa pun, yang penting bukan perut tu, tapi isinya yang dah keluar. Pastikan sihat, sempurna, dan akan disediakan dengan apa-apa yang patut buat bekalnya di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Yang masih menanti untuk dilahirkan, amalkan semua yang dah dipetua dan dipesan sejak bertahun dulu. Yang ni diri sendiri je yang boleh tolong sebab yang kena mengamalkan ialah diri sendiri. Orang lain tak boleh nak tolong amalkan. Harap-harapnya diamalkan. Yang menanti untuk Irdina hadir ke dunia bukan Irdina sorang je tau… Allah sempurnakan sifat dan akhlaq diri, isteri, suami, anak-anak dan zuriat, insyaAllah…

Datang Dari Mana Erk…?

Posted in Bodoh, Gomen on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Kat Malaysia pernah jadi tak? Entahlah… Cuba tanya Indah Water. Dia orang biasa ketemu hal macam ni tak di loji, atau saluran kumbahan, atau semasa buat khidmat sedutan? Tanyalah… Cer tanya… Cer tanya…

Anyways, harap-harapnya tak jadi kepada kita. Tu nasib baik sempat nampak dulu. Kalau dibuatnya masa tu emergency? Angkat toilet seat, tak tenung tak tengok lagi dah, punggung terus landing je… broootttt…! Ceplum! Sssssssss……….! Tetiba je “Adoi..! Adoi…! Adoi…!” Kebas buntut. Taik berterabur keluar pun tak terasa dah. Bisa dah merayap. Kalau jari jemari awek yang merayap kat situ tak apa juga…

Dan kalau dibuatnya haiwan tu ngap telur ke… buah ke… batang ke… Adeh!

Dan yang ni gambar di PJ. Bukan Paya Jaras daaa… Bukan Padang Jawa, Pandan Jaya mahupun Putrajaya. Ni Petaling Jaya. Menggunakan kamera henpon murah aku ni, boleh gak nampak dua biji cahaya merah tu lebih besar daripada biji-biji cahaya merah yang lain yang lebih kecil tu. Dengan mata kasar hari tu, merah-merah tu semua sama warna dan sama besar. Sebenarnya yang besar tu traffic light. sedang merah. Yang kecil-kecil tu tanglung. Pun sedang merah. Kalau orang tak biasa jalan ni, alahai… Bandaraya ni tau… bukan kampung. Awal tahun 2014 ni duit masih berlambak-lambak agaknya. Tu yang setiap roundabout dalam bandaraya ni habis dibina tugu-tugu baru. Entah apa guna tugu-tugu tu untuk pembayar cukai pintu dan cukai tanah ni… Dan juga tanglung-tanglung merah barcahaya tu…

Yang Tak Jelas Tak Halal

Posted in Bodoh, Fiqh, Gomen, Islam on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Isu ni le kan yang kecoh sekejap (yup… sekejap je…) dalam media massa hari tu kan? Logo HALAL JAKIM pada tin arak. Dah tentu-tentu orang tahu tu arak, dan arak memang tak halal kan? Bukan ke? Ke…?

Sebelum ni kecoh pasal logo HALAL palsu juga, tapi atas produk yang JAKIM tak pernah certify sebagai HALAL. Yang tu lagi berat sebenarnya, pada pandangan aku yang rabun ni le. Pandangan orang cerdik aku tak tahu le. Aku bukan orang cerdik.

Dan sebagai orang tak cerdik sangat ni, aku ulangi buat kesekian kali cadangan aku hampir 20 tahun dulu — wajibkan produk tak halal dapatkan certification TAK HALAL daripada JAKIM atau pihak berkuasa lain. Sebaliknya produk yang HALAL tak perlu dapatkan apa-apa certification. Maknanya, bagi produk makanan, sebelum boleh dijual, go through JAKIM atau mana-manapihak berkuasa dilantik untuk certify ia halal. Restoran, kasut, selipar, pakaian, aksesori pakaian, barangan daripada produk organis, bla bla bla… sebelum boleh masuk pasaran, JAKIM check dulu. Macam ubat. Sebelum boleh masuk pasaran, Kementerian Kesihatan kena certify dulu.

Boleh…?