Dan Jijiknya Insan Yang Menipu…

Setiap hari dok fikir macam mana cara nak ajar Putera dan Puteri dua perkara — JUJUR dan BALAS BUDI. Zaman makin kejam. Masa dunia makin singkat. Bukan senang nak ketemu orang yang ikhlas menolong. Apatah lagi berkorban demi kita. Suami atau isteri sendiri pun belum tentu sanggup buat tu semua untuk kita, apatah lagi orang lain.

Jadi bila ketemu orang yang ada untuk kita tatkala kita memerlukan, walaupun mungkin bukan sentiasa, tapi biasanya dia ada dan dengan ikhlas dan rela sanggup membantu malah berkorban segala-galanya yang dia ada untuk kita, maka berlaku jujurlah dengan dia, dan balaslah budinya sedaya upaya. Jangan sakiti dia walau sedikit. Bukan sebab kita nak dia terus menerus membantu dan berkorban untuk kita, tapi sebab kita mahu mudah-mudahan Allah SWT akan tunjukkan kepada kita jalan dan beri kita kekuatan untuk buat perkara yang sama demi mendapat ganjaranNya, insyaAllah…

Putera dan Puteriku… jauhilah oleh kamu insan yang menipu dan memperdaya. Sesungguhnya mereka teramat jijik, dan kebejatan serta kejelekan mereka boleh terpalit kepadamu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: