Apo Ko Bondo kháyáL ni?

Semasa kháyáL memula dibuat di blogspot pada 25 Mei 2005 dulu tujuannya sekadar saja-saja je nak practice menulis atau meluah perasaan atau bincang apa-apa topik pun daripada Tuan-Tuan Tanah kháyáL. kháyáL ada enam belas Tuan Tanah sebelum tetiba aja buat keputusan nak magik lalu ghaib pada 10 Disember 2008. Okeylah tu dapat bertahan tiga tahun. Aku pun tak tau berapa ratus entri dah ada kat kháyáL masa tu, tapi memang banyaklah. Majoritinya merapu… ekekekeke… kan? Kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Ramai juga blog di blogspot mengalami masalah serupa rupa-rupanya. Blogspot cannot be spotted… eheks! Tuan-Tuan Tanah kháyáL dah cuba mana yang terdaya nak kembalikan kháyáL asal, tapi so far masih tak ada hasil wal hasil balik asal masuk angin keluar asap. Jadi kháyáL baru dibuatlah di sini. WordPress taklah fleksibel macam Blogspot, bahkan kalau nak edit CSS kena bayar le pulok… ekekekeke… Manalah Tuan Tanah kháyáL ni ada duit nak bayar sekadar blog merapu ni. Tapi tak apalah. Lalu kháyáL WordPress ni dibukalah pada 11 Disember 2008 dengan entri permulaannya Salamzzz.

kháyáL ni bukan website lucah le tapi walaupun kadang-kadang tu memang ada entri tentang persetubuhan ke, inzal ke, seks ke, jantina ke, seks ke, seks ke, seks ke… eh? Berapa kali ulang daaa… hehehe… Anyways, tak payah describe sangat le tentang blog kháyáL ni ek? Kalau kau orang suka, tak ada siapa larang kau orang baca semua yang ada kat sini. Kalau kau orang tak suka, pun sama juga, tak ada siapa larang kau orang kutuk. Apatah lagi nak paksa kau orang terus baca. Takde punye…

Macam juga kháyáL yang asal, apa jua komen yang kau orang nak tinggalkan di mana-mana entri, kita orang tak pernah delete kecuali kalau komen-komen kau orang tu iklan yang entah haper-haper, atau keterlaluan sangat dalam menyentuh peribadi orang yang bukan public figure. Kalau orang yang dikomen tu public figure normally Tuan Tanah takkan usik pun komen kau orang tu… eheks!

Terima kasih sebab sudi bertandang. Maafkan ajalah kalau terasa hati. Kalau kau orang gembira, maaf jugalah sebab tak dapat nak tumpang kongsi sebab manalah kita orang Tauke-Tauke kháyáL ni nampak kau orang kat sana tu. Kalau kita orang nampak memang kompem kita orang akan mengurat punya! Ekekekeke… Eh? Errr… yang sedang membaca ni perempuan ke lelaki? Dah kahwin ke belum? Ayaarrkk…!!!

6 Respons to “Apo Ko Bondo kháyáL ni?”

  1. rosalie abdullah Says:

    sangat jujur, saya suka….betullah tu…ini blog awak…suka hati nak tulis apa…..kalau kontrol2 sgt….kurang perasaannya….memang x best nak baca…

  2. najwa aiman!
    saya ada baca and beli some of your novel!
    🙂

  3. Najwa Aiman seorang penulis ye? saya rasa saya pernah nampak novel awak di library Singapura, kerana saya ni bekas librarian, tapi saya tak pernah baca pulak,

    Salam dari
    Singapura

Tinggalkan Jawapan kepada Najwa Aiman Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: