Archive for the Bahasa Category

Jasadnya Terkubur, Belangnya Bertabur

Posted in Bahasa, Estetika, Filem, Hiburan, Sejarah on 7 Januari 2014 by Najwa Aiman

Puas aku mencari dah. Agak lama juga. Bertahun-tahun. Dalam internet pun tak ada. Dalam biodata dan Wikipedia Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain pun tak tersenarai. Kenapa ya…?

Tapi aku sure sangat-sangat tentang buku ni — P. Ramlee: Jasadnya Terkubur, Belangnya Bertabur karya Abdullah Hussain. Kali pertama (dan juga terakhir) aku baca buku ni ialah pada tahun 1985. Sambil nak rehatkan kepala otak selepas study di perpustakaan Asrama Yayasan Selangor di Kg. Pandan tu dulu, aku terjumpa buku ni. Memula aku ambil dan baca saja-saja kat perpustakaan tu. Tapi sebab aku teramat hormat dan sanjung Allahyarham P. Ramlee, aku terus pinjam buku tu. Agak tebal. Biografi Allahyarham P. Ramlee dari sejak beliau lahir hinggalah ke saat ajal beliau. Sebak. Sedih. Marah. Geram. Kelakar. Gembira. Bangga. Semua emosi ada dalam buku tu walaupun ia sebuah biografi.

Tapi tu le kali terakhir aku nampak dan dengar tentang buku tu. Laman bersawang… eh… laman sesawang pun tak jumpa. PNM, DBP, Google… Tarak! Kenapa ya…? Kalau masa tu aku bukan student dan ada duit sendiri, memang aku dah keluar cari dan beli. Adoi laaa…

Anyways… in case kalau kau orang tahu kat mana ada sumber buku ni, please info. Tengkiyu I luv you too…! Dan kepada orang Melayu Gen Y, Gen X, apatah lagi Baby Boomers, digalakkan baca tentang riwayat hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, especially Gen Y ni. Dia orang bukan kenal sangat P. Ramlee macam generasi terdahulu. Tak berminat pun agaknya. But believe me, sangat tinggi nilainya untuk ketahui riwayat hidup Seniman Agung ni. Buku terakhir yang aku baca tentang Allahyarham ialah P. Ramlee Yang Saya Kenal karya Yusnor EF. Yusnor EF adalah antara orang yang pernah bertemu dan bekerja dengan Allahyarham P. Ramlee dulu. Beliau antara penulis lirik lagu-lagu ciptaan Allahyarham P. Ramlee. Dan beliau juga adalah antara personal close friends Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Bukan politician saja yang menyumbang jasa besar kepada negara. Menyusuri riwayat hidup Allahyarham P. Ramlee, kita mungkin tersedar bahawa politician barangkali antara golongan yang jadi penyebab terbantutnya perkembangan talent dan kebolehan ajaib pribumi dan warga negara… Adoi laaa…

“You’re Welcome”

Posted in Bahasa, Quips on 7 Disember 2013 by Najwa Aiman

Dulu Pan Pacific KLIA. Sekarang Sama-Sama Hotel bila Malaysia Airports Holdings Berhad dah beli daripada Pan Pacific. Yup aku pernah duduk sini beberapa kali. May be insyaAllah akan duduk sini lagi kalau ada rezeki. Nak kata best tu taklah tapi personally aku suka ambience dan suasananya.

Cuma… eheks… sekali tu masa lalu depan hotel ni aku terpandang bangunan tu dari luar. Logo hotel ni macam rama-rama hinggap mengiring. Tapi sebenarnya lebih kepada abjad ‘S’ berwarna oren merah kan? Tu kat puncak bangunan hotel tu. Dan tetiba terlintas kat kepala kalau pelancong asing tanya: “How do I find Sama-Sama Hotel?”

Honestly yang pertama sekali terlintas kat kepala aku ialah “Look for a building with a big red ‘S’ on top of it.” Dan selepas tu aku rasa pelik. Big red S…??? Errr… abjad ‘S’ kan? Bukan “ass” kan…? Kan? Bukan ke? Ke…?

Adoi laaa… mungkin pengurusan Sama-Sama nak consider tukar logo…? By the way, “Sama-Sama” tu bermaksud “You’re welcome” sebagai balasan kepada “Thank you” kan?

Evolusi Bahasa… Ahah!

Posted in Bahasa on 30 November 2013 by Najwa Aiman

Kau orang dah dapat gambar-gambar ni. Menarik cara dia orang eja perkataan harian kita, kan? Bukan ke? Ke? Ekekekeke… Pakar  bahasa (ya ke pakar?) dan pencinta bahasa (ya ke cinta?) mesti sangat marah punya ni… Hmmm…

Anyways, kaedah dia orang ni ada linguistic rules yang baru — sebutan yang terbuka yang mengikuti atau menuruti satu sebutan terbuka yang lain, maka sebutan terbuka yang menuruti itu dimulai dengan “V”. Dan setiap perkataan yang dimulai dengan “T” mesti disebut dengan lidah terjelir keluar sikit melalui gigi menjadi “th”. Misalnya, “teh – o” = “thevo”. Ekekekekeke… Apa lagi? “Thadivamat mau thevovais thapivamat thada doit. Saiya thumbuk mukavamat laaa sampaivamat vera-vera thapi kincin thada juga…”.

Dan ya, aku tak pernah dakwa aku pakar mahupun pencinta bahasa, tapi aku amat suka bahasa yang sentiasa berubah dan berevolusi sehingga kaya budaya… Best tau!

Tahi Takpe…

Posted in Bahasa, Bebel, Bodoh on 10 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Berak ni nikmat, kan? Bayangkan kalau tak boleh berak… Amacam? Dan memang ada penyakit susah nak berak. Sembelit, kata orang kampung kau. Constipation, kata orang kampung aku. Sesetengah orang diberi nikmat berak mudah — setiap hari mesti berak. Teran sikit je dah booowwwooossshhh…! Habis licin boliaw semua yang diisi sepanjang semalam. Settle dah untuk sepanjang hari ini. Sesetengahnya regular seminggu sekali. Hari yang sama setiap minggu. Masa yang sama juga. Bagus… bagus…

Maka marilah kita berak. Janganlah segan-silu dengan hal berak ni. Yang patut segan ialah bila berak tak bertempat, atau sengaja berak kat orang lain. Tabur taik merata-rata lepas tu tak mengaku tu taik dia. Worse, dia sendiri tak sedar yang dia dah berak, dan langsung tak tahu tu taik dia. Cuci punggung apatah lagi. Uwekkk…!

Dan kenapalah ‘U’ dengan ‘I’ atas QWERTY keyboard ni sebelah menyebelah, termasuk kat BlackBerry yang keypadnya sungguhlah amat kecik… Acapkali send perkataan “tahi” sedangkan yang dimaksudkan ialah “tahu”. Bodohlah weh…!

Pesta Buku 2012 Aku…

Posted in Bahasa, Feminin, Novel, Semasa, Sosial on 6 Mei 2012 by Najwa Aiman

Ni tentang aku — ya… aku, Najwa Aiman — kat Pesta Buku Antarabangsa 2012. Nak baca, silakan. Tak nak tahu, tak paksa pun… ekekekeke…

So apa yang aku hadapi dalam Pesta Buku tahun ni…? Well… as usual…

Aku duty macam biasa. Sain autograf dengan tagline Najwa Aiman mengikut tahun dan musim kepada mereka yang mahu autograf Najwa Aiman…

Dan ofkoz aku akan tumpang minta include camera aku juga bila ada pembaca yang minta izin nak bergambar dengan Najwa Aiman dengan kamera dia orang… hehehehehe…

Dan sesungguhnya, bulan takkan mungkin bersinar tanpa mentari. Promoter ni semualah mentari, sedangkan penulis macam aku, especially yang gerhana macam aku, hanya sekadar menumpang cahaya mereka untuk bersinar menerangi bumi di malam hari… Yup… Penulis macam aku sekadar menjadi ejen kepada matahari untuk syif malam.

But ofkoz… bulan pun di angkasa juga duduknya walaupun tak sejauh matahari. So bulan pun mestilah nak kadang-kala berada dekat dengan matahari kan…? Kan…?

Dan matahari tu hanya sebutir daripada jutaan bintang. Antaranya bersinar membawa karektor baru untuk heroin baru Najwa Aiman. Yup… Deskripsi heroin yang tetiba muncul dalam realiti. Tapi penampilan je laaa… Perawakan dan sifat, nope… Not yet…

Dan di Pesta Buku ni juga aku kena pukul dek Optimus Prime. Bengong… Dah le datang negara orang, nak pukul orang tempatan pula… Apa dia ingat dia tu siapa…? Hmmm… Macam tuju kat orang tertentu je ayat aku tu kan…? Kan…? Bukan ke…? Ke…?

Dan aku juga telah ditikam… oh! Bisanya…! Oleh seekor robot ntahapenama yang penuh dengan tatoo tulisan Jepun. Ni robot apa ek…?

Apa-apa hal pun, terima kasih kepada Creative Enterprise sebab masih lagi jemput aku duty kat Pesta Buku 2012 ni walaupun dah bertahun Najwa Aiman tak ada buku baru. Buku dalam proses. Sebenarnya draf manuskrip novel Tentang Lina yang masih belum siap tu dah dihantar kepada penerbit untuk tujuan preliminary assessment — menilai sama ada layak terbit atau tak bahasa dan pendekatan gitu. Aku malaslah nak bersusah payah habiskan manuskrip yang akhirnya nanti tak diterima khalayak atas sebab-sebab yang akan buat aku mencarut. Maka eloklah biar ada preliminary assessment dulu sebelum aku teruskan. Let’s wait and see…

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 PWTC

Posted in Bahasa, Iklan, Novel on 28 April 2012 by Najwa Aiman

Hari/Jam

10.00am-4.00pm

4.00pm-9.00 pm

27 April 2012 (Jumaat)

Haslinda Ismail

28 April 2012 (Sabtu)

Haslinda Ismail

Najwa Aiman

29 April 2012 (Ahad)

Najwa Aiman

Haslinda Ismail

1 Mei 2012 (Selasa)

Najwa Aiman

Zuraidah Othman

5 Mei 2012 (Sabtu)

Najwa Aiman

Zuraidah Othman

6 Mei 2012 (Ahad)

Haslinda Ismail

Zuraidah Othman

Variasi Ni…

Posted in Bahasa, Budaya on 7 Februari 2012 by Najwa Aiman

Ternampak beg plastik ni digantung di pagar rumah. Ada orang pernah pergi Indonesia dan shopping kat kedai nama Paten ni ek? Tapi sebenarnya produk pengeluar Paten ni apa ek? Teng Teng? Ping Ping? Makanan atau pistol?