Archive for the Bebel Category

Dan Jijiknya Insan Yang Menipu…

Posted in Bebel, Famili, Sosial on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Setiap hari dok fikir macam mana cara nak ajar Putera dan Puteri dua perkara — JUJUR dan BALAS BUDI. Zaman makin kejam. Masa dunia makin singkat. Bukan senang nak ketemu orang yang ikhlas menolong. Apatah lagi berkorban demi kita. Suami atau isteri sendiri pun belum tentu sanggup buat tu semua untuk kita, apatah lagi orang lain.

Jadi bila ketemu orang yang ada untuk kita tatkala kita memerlukan, walaupun mungkin bukan sentiasa, tapi biasanya dia ada dan dengan ikhlas dan rela sanggup membantu malah berkorban segala-galanya yang dia ada untuk kita, maka berlaku jujurlah dengan dia, dan balaslah budinya sedaya upaya. Jangan sakiti dia walau sedikit. Bukan sebab kita nak dia terus menerus membantu dan berkorban untuk kita, tapi sebab kita mahu mudah-mudahan Allah SWT akan tunjukkan kepada kita jalan dan beri kita kekuatan untuk buat perkara yang sama demi mendapat ganjaranNya, insyaAllah…

Putera dan Puteriku… jauhilah oleh kamu insan yang menipu dan memperdaya. Sesungguhnya mereka teramat jijik, dan kebejatan serta kejelekan mereka boleh terpalit kepadamu!

Kangkung, Ngangkung, Ngengkang, Ngangkang

Posted in Bebel, Bodoh, Gomen on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Rupa-rupanya kangkung ni bayam erk? Water spinach dalam bahasa orang kampung. Aku suka sayur tapi tak berapa gemar bayam, but kangkung memang aku sangat suka. Especially kalau goreng belacan dan ikan masin. Perghhh…!

Jadi isu besar lak ipomoea aquatica ni sekarang. Betul ke PM Najib ada umumkan tentang penurunan harga kangkung ni hari tu? Aku ni jenis tak ambil pusing hal camtu. Katak bawah tempurung aircon… eheks… Dalam FB pun kecoh. Ada yang terus sindir-sindir manja pasal kangkung. Ada yang kata kenapalah isu kangkung pun nak dibesar-besarkan macam tak ada kerja. Lorrr… Dah yang memula declare pasal kangkung ni bukan sembarangan orang – PM tu… Orang nombor satu Malaysia yang declare pasal kangkung, ofkoz le isu besar, kan? Bukan ke? Ke? Kalau aku yang declare pasal kangkung tu lain ceritalah… Atau kalau yang declare tu kongkang ke, atau yang menguruskan ekonomi negara tu spesis kongkang ke, memang le tak berbaloi nak jadi isu… Kan? Bukan ke? Ke…? Tahu ke kongkang tu haper? Nycticebus. Tahu tak…?

Anyways, hari tu baru je nonton untuk ke sekian kalinya filem Ngangkung kat Astro. Dan dah lama tak ngangkang. Berbulan dah… Kalau ngangkang lepas ni kompem jalan ngengkangTu memang jauh lebih best daripada cerita isu kangkung. Tapi tak boleh celen betapa lazatnya bercerita tentang filem Ngangkung, aktiviti ngangkang sampai ngengkang sambil ratah kangkung belacan… Mmmmm…

“Ada Apa Sakiiiittt…?”

Posted in Bebel, Nostalgia, Perubatan on 7 Januari 2014 by Najwa Aiman

Dah 7 Januari 2014 dan aku masih belum masuk ofis tahun ni… Adoi laaa… Doktor suruh duduk rumah kurung diri dulu. Starting the new year with sickness. Apa da Dzam… At times like these, teringat waktu muda-muda setiap kali jumpa doktor. 90% setiap kali jumpa doktor for whatever reason, doktor akan cakap something like this “You’re young and as healthy as a horse.” Lepas tu doktor tak tanya apa-apa lagi dah. Tarak!

Sekarang… Adeh… Tak ada dah doktor nak cakap “You’re still young.” Instead, asal jumpa doktor je, memula doktor akan diam sekejap sambil study info diri aku dalam fail yang terbentang depan dia. Lepas tu doktor akan tanya soalan-soalan standard, “Ada darah tinggi? Ada sakit jantung? Ada sesak nafas? Ada alergi dan pantang makan? Ada diabetes? Pernah undergo surgery of any kind?” Bla… bla… bla…

Yup… I’m not only getting older, but I’m actually old. And worse, I actually look old! Cet…! So… lantaklah kau orang nak kata apa pun, aku nak letak gambar aku semasa aku masih sihat wal’afiat bila tak ada doktor pun akan tanya apa penyakit aku setiap kali aku jumpa doktor dulu-dulu. It’s my entry, to remind me that I’m no longer that healthy young dude anymore. So… insaf… insaf… insaf…

p/s: My favourite t-shirt, that is. Where the hell is it now? Hmmm… Dan ya, aku memang tak suka pakai minyak rambut atau sikat rambut sejak dulu. So…? Mengganggu kau orang ke?

“Best ke Jadi Jahat..?”

Posted in Bebel, Islam, Nostalgia on 6 Januari 2014 by Najwa Aiman

Nak aku carut atau nak aku kapak kaki kau sebelah? Dua-dua belah? Nyesal aku cerita tentang sejarah silam yang disimpan sekian lama kedap. Antara aku dengan Tuhan dan beberapa sahabat saja. Boleh tanya best ke jadi jahat? Kalau tak kerana aku berusaha nak jadi baik, kompem sama ada kau dah hilang sebelah tangan atau mati terkangkang kat situ. I did it before. Don’t temp me…

Ekekekeke… ofkoz la orang tak percaya kan kalau aku ugut camtu. Alhamdulillah… Sebab kalau orang masih boleh percaya, maknanya penghijrahan belum cukup. Istighfar… Istighfar… Istighfar…

Semasa mendengar kengkawan bercerita tentang kelazatan iman, tak sama dengan menikmati kelazatan iman tu sendiri. Macam bersetubuh laaa… Sekadar tengok porno orang bersetubuh dengan sendiri bersetubuh mana nak sama lazatnya. Hanya orang yang pernah bersetubuh je yang akan faham nikmatnya. Hanya orang yang pernah muntah hijau bila first time kapak tangan orang sampai putus je yang tahu best ke tak jadi jahat. Dan hanya orang yang selepas muntah hijau camtu, dah tak muntah-muntah lagi bila buat benda yang sama kali yang ke seterusnya je yang layak bercerita tentang best atau tak jadi jahat. Malah orang yang dulu kapak tangan orang sampai putus sampai diri sendiri muntah hijau, selepas tu bukan sekadar tak muntah malah boleh kerat empat jari orang dengan pisau tumpul tanpa rasa apa-apa je malah enjoying it pulak lagi yang layak kata jadi jahat tu best.

Tapi bukan senang nak kembali ke pangkal jalan kalau dah sampai ke tahap tu. Azab sengsara kena tempuh dalam perjalanan nak cari dan susuri ke jalan yang betul semula. Jadi jangan persiakan semua usaha tu! Jangan persiakan… Jangan persiakan…

Istighfar… Istighfar… Istighfar… Allah masih beri peluang kerana Allah Maha Penyayang… Jangan persendakan peluang yang Allah beri ni. Dibuatnya ni peluang terakhir daripada Allah macam mana? Istighfar… Istighfar… Istighfar…

“Kenapa Mesti Ada Bulu?”

Posted in Bebel, Bodoh, Feminin, Matang on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Ye lorrr… Hampir semua heroin novel Najwa Aiman mesti ada “bulu roma halus di lengan.” Kenapa? Tak boleh ke? Habis tu dah tak ada penulis lain nak buat heroin dia orang ada bulu roma kat lengan, akulah yang buat. Tak boleh? Ekekekekeke…

Saja… Inspirasi. Menjadikan wanita sebagai sumber ilham dalam novel? Tu bukan ke manipulasi seks? Mempergunakan wanita sebagai alat? Huh? Really…? Betul ke?

Entahlah… Kadang-kadang aku… Akulah… Kau orang tak kut sebab aku tak semulia kau orang… Kadang-kadang aku rasa macam melampau-lampau pula pejuang hak asasi ni. Tak kiralah hak asasi seks ke, hak asasi manusia sejagat ke, hak asasi binatang ternakan ke, mahupun hak asasi binatang liar. Galak sungguh menentang apa yang dia orang gelar manipulasi seks — mempergunakan daya tarikan seks wanita untuk melariskan produk. Hmmm… Dah kalau wanita yang jadi peragawati dalam iklan tu sendiri yang gunakan hak dia untuk buat keputusan bagi diri sendiri nak gunakan daya tarikan dia sendiri secara rela, tu bukan hak asasi ke?

Tu le natijahnya bila sempadan setiap sesuatu tu hanya berlandaskan takrif ciptaan manusia. Hah… tolak lagi kewujudan Tuhan. Nafikan lagi kebenaran hukumNya… Gaduhlah kau orang. Aku nak tidur… Ada daya tarikan seks tak nak masuk tidur ni…?

“It’s (Not That) Complicated”

Posted in Bebel, Bodoh on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Suatu ketika dulu sambil minum-minum petang, ada sorang staf kat sebuah company cerita pasal staf dia yang keberatan nak datang kerja bila disuruh datang pada suatu hari.

“Dia kata dia bercuti hari tu,” explain minah ni. “Tapi aku perlu dia datang ofis. Aku pun bercuti. Tapi aku boleh je datang. Staf aku tu banyak pula songel tak boleh datang! Kalau aku sebagai bos boleh, kenapa dia tak boleh?”

Sebab kau bos. Dan agak pelik frasa “kalau aku boleh, kenapa dia tak boleh?” diungkap oleh seorang bos terhadap staf bawahan. Kan…? No, we’re not talking about special skills or tasks that require special knowledge here. Bukan. Kita bercakap tentang kerja-kerja biasa — misalnya datang kerja pada hari bercuti.

There is a difference between UNABLE to do dengan INCAPABLE of doing… kan? Bukan ke? Ke…? Besides… why do you think you are paid very much higher than your staff? Huh…?

Reminiscence Prelude… Again…

Posted in Bebel, Ekonomi, Gomen, Idea on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

It’s almost the finale of 2013. And yes I too have a few objectives I’d love to realize in 2014. Should I use the SMART concept that will subsequently be supplemented with SMARTER? Poyo je kut… Uhuk!

There will be, insyaAllah, a new member for the family. Which means that I have to find ways to manage family finance more efficiently cogitating the severe economic inflationary escalation rate next year. Change lifestyle, say the foolhardy nincompoop from upstairs. Oh yes, I will change mine. And yours? It’s easy for you to say when every sen you spend comes from the hard-earned money payable as taxes for the people upstairs to maintain their and their families profligate lifestyles. Yup… Up yours! Ask not what the country can do for you because the country is nothing but a piece of soil on the face of the earth. Ask the people who manage that piece of soil then. What the heck are they doing to that small piece of soil upon which they share their livelihoods with other decent natural beings?

Okay Dzam, stop complaining. It’s time to get on with life – yours and your beloved ones. The ultimate purpose of life is demise anyway. Now that is the greater purpose, which I am yet to prepare, for myself and those whose undertakings and liabilities are upon me. Yet I am increasing the number of my responsibilities by an addition! Aiyaaarrrkkksss…! But fear not for such could also be syafa’at for me, right? If, and only if, I lead them well. Dang…

Change, or be changed, or be THE CHANGE. Live in the now. Cherish the past. And for the future, bring’em on!