Archive for the Bodoh Category

Kangkung, Ngangkung, Ngengkang, Ngangkang

Posted in Bebel, Bodoh, Gomen on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Rupa-rupanya kangkung ni bayam erk? Water spinach dalam bahasa orang kampung. Aku suka sayur tapi tak berapa gemar bayam, but kangkung memang aku sangat suka. Especially kalau goreng belacan dan ikan masin. Perghhh…!

Jadi isu besar lak ipomoea aquatica ni sekarang. Betul ke PM Najib ada umumkan tentang penurunan harga kangkung ni hari tu? Aku ni jenis tak ambil pusing hal camtu. Katak bawah tempurung aircon… eheks… Dalam FB pun kecoh. Ada yang terus sindir-sindir manja pasal kangkung. Ada yang kata kenapalah isu kangkung pun nak dibesar-besarkan macam tak ada kerja. Lorrr… Dah yang memula declare pasal kangkung ni bukan sembarangan orang – PM tu… Orang nombor satu Malaysia yang declare pasal kangkung, ofkoz le isu besar, kan? Bukan ke? Ke? Kalau aku yang declare pasal kangkung tu lain ceritalah… Atau kalau yang declare tu kongkang ke, atau yang menguruskan ekonomi negara tu spesis kongkang ke, memang le tak berbaloi nak jadi isu… Kan? Bukan ke? Ke…? Tahu ke kongkang tu haper? Nycticebus. Tahu tak…?

Anyways, hari tu baru je nonton untuk ke sekian kalinya filem Ngangkung kat Astro. Dan dah lama tak ngangkang. Berbulan dah… Kalau ngangkang lepas ni kompem jalan ngengkangTu memang jauh lebih best daripada cerita isu kangkung. Tapi tak boleh celen betapa lazatnya bercerita tentang filem Ngangkung, aktiviti ngangkang sampai ngengkang sambil ratah kangkung belacan… Mmmmm…

Datang Dari Mana Erk…?

Posted in Bodoh, Gomen on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Kat Malaysia pernah jadi tak? Entahlah… Cuba tanya Indah Water. Dia orang biasa ketemu hal macam ni tak di loji, atau saluran kumbahan, atau semasa buat khidmat sedutan? Tanyalah… Cer tanya… Cer tanya…

Anyways, harap-harapnya tak jadi kepada kita. Tu nasib baik sempat nampak dulu. Kalau dibuatnya masa tu emergency? Angkat toilet seat, tak tenung tak tengok lagi dah, punggung terus landing je… broootttt…! Ceplum! Sssssssss……….! Tetiba je “Adoi..! Adoi…! Adoi…!” Kebas buntut. Taik berterabur keluar pun tak terasa dah. Bisa dah merayap. Kalau jari jemari awek yang merayap kat situ tak apa juga…

Dan kalau dibuatnya haiwan tu ngap telur ke… buah ke… batang ke… Adeh!

Dan yang ni gambar di PJ. Bukan Paya Jaras daaa… Bukan Padang Jawa, Pandan Jaya mahupun Putrajaya. Ni Petaling Jaya. Menggunakan kamera henpon murah aku ni, boleh gak nampak dua biji cahaya merah tu lebih besar daripada biji-biji cahaya merah yang lain yang lebih kecil tu. Dengan mata kasar hari tu, merah-merah tu semua sama warna dan sama besar. Sebenarnya yang besar tu traffic light. sedang merah. Yang kecil-kecil tu tanglung. Pun sedang merah. Kalau orang tak biasa jalan ni, alahai… Bandaraya ni tau… bukan kampung. Awal tahun 2014 ni duit masih berlambak-lambak agaknya. Tu yang setiap roundabout dalam bandaraya ni habis dibina tugu-tugu baru. Entah apa guna tugu-tugu tu untuk pembayar cukai pintu dan cukai tanah ni… Dan juga tanglung-tanglung merah barcahaya tu…

Yang Tak Jelas Tak Halal

Posted in Bodoh, Fiqh, Gomen, Islam on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Isu ni le kan yang kecoh sekejap (yup… sekejap je…) dalam media massa hari tu kan? Logo HALAL JAKIM pada tin arak. Dah tentu-tentu orang tahu tu arak, dan arak memang tak halal kan? Bukan ke? Ke…?

Sebelum ni kecoh pasal logo HALAL palsu juga, tapi atas produk yang JAKIM tak pernah certify sebagai HALAL. Yang tu lagi berat sebenarnya, pada pandangan aku yang rabun ni le. Pandangan orang cerdik aku tak tahu le. Aku bukan orang cerdik.

Dan sebagai orang tak cerdik sangat ni, aku ulangi buat kesekian kali cadangan aku hampir 20 tahun dulu — wajibkan produk tak halal dapatkan certification TAK HALAL daripada JAKIM atau pihak berkuasa lain. Sebaliknya produk yang HALAL tak perlu dapatkan apa-apa certification. Maknanya, bagi produk makanan, sebelum boleh dijual, go through JAKIM atau mana-manapihak berkuasa dilantik untuk certify ia halal. Restoran, kasut, selipar, pakaian, aksesori pakaian, barangan daripada produk organis, bla bla bla… sebelum boleh masuk pasaran, JAKIM check dulu. Macam ubat. Sebelum boleh masuk pasaran, Kementerian Kesihatan kena certify dulu.

Boleh…?

“Kenapa Mesti Ada Bulu?”

Posted in Bebel, Bodoh, Feminin, Matang on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Ye lorrr… Hampir semua heroin novel Najwa Aiman mesti ada “bulu roma halus di lengan.” Kenapa? Tak boleh ke? Habis tu dah tak ada penulis lain nak buat heroin dia orang ada bulu roma kat lengan, akulah yang buat. Tak boleh? Ekekekekeke…

Saja… Inspirasi. Menjadikan wanita sebagai sumber ilham dalam novel? Tu bukan ke manipulasi seks? Mempergunakan wanita sebagai alat? Huh? Really…? Betul ke?

Entahlah… Kadang-kadang aku… Akulah… Kau orang tak kut sebab aku tak semulia kau orang… Kadang-kadang aku rasa macam melampau-lampau pula pejuang hak asasi ni. Tak kiralah hak asasi seks ke, hak asasi manusia sejagat ke, hak asasi binatang ternakan ke, mahupun hak asasi binatang liar. Galak sungguh menentang apa yang dia orang gelar manipulasi seks — mempergunakan daya tarikan seks wanita untuk melariskan produk. Hmmm… Dah kalau wanita yang jadi peragawati dalam iklan tu sendiri yang gunakan hak dia untuk buat keputusan bagi diri sendiri nak gunakan daya tarikan dia sendiri secara rela, tu bukan hak asasi ke?

Tu le natijahnya bila sempadan setiap sesuatu tu hanya berlandaskan takrif ciptaan manusia. Hah… tolak lagi kewujudan Tuhan. Nafikan lagi kebenaran hukumNya… Gaduhlah kau orang. Aku nak tidur… Ada daya tarikan seks tak nak masuk tidur ni…?

“It’s (Not That) Complicated”

Posted in Bebel, Bodoh on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Suatu ketika dulu sambil minum-minum petang, ada sorang staf kat sebuah company cerita pasal staf dia yang keberatan nak datang kerja bila disuruh datang pada suatu hari.

“Dia kata dia bercuti hari tu,” explain minah ni. “Tapi aku perlu dia datang ofis. Aku pun bercuti. Tapi aku boleh je datang. Staf aku tu banyak pula songel tak boleh datang! Kalau aku sebagai bos boleh, kenapa dia tak boleh?”

Sebab kau bos. Dan agak pelik frasa “kalau aku boleh, kenapa dia tak boleh?” diungkap oleh seorang bos terhadap staf bawahan. Kan…? No, we’re not talking about special skills or tasks that require special knowledge here. Bukan. Kita bercakap tentang kerja-kerja biasa — misalnya datang kerja pada hari bercuti.

There is a difference between UNABLE to do dengan INCAPABLE of doing… kan? Bukan ke? Ke…? Besides… why do you think you are paid very much higher than your staff? Huh…?

Manifesto Manifesoto

Posted in Bodoh, Ekonomi, Gomen, Politik, Sumber on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

Dapat ni dari FB sahabat, dan aku share kat FB aku. Memang betul ke ada laporn ni dulu? Rasa-rasanya macam pernah dengar antara statement ni dalam kempen puak-puak BN dulu. Well… syukur alhamdulillah Tuhan bayar cash… kan? Bukan ke? Ke…? By the way, klik atas gamabr kat atas tu kalau nak saiz besar sikit.

Ad-Darkil Asfali Minan Naar

Posted in Bebel, Bodoh on 27 Disember 2013 by Najwa Aiman

Salah satu tanda munafiq ialah tak tepati janji, selain daripada menipu macam Siput Babi. Dan munafiq tempatnya paling bawah dalam neraka. Orang kafir pun atas daripada tu lagi. Teruk sangat ke kesalahan mungkir janji ni?

Ofkoz laaa… Bila kita berjanji pada seseorang, maka orang tu pun ada peranan yang dia perlu laksanakan untuk capai objektif yang sama daripada perjanjian tu. Kita tak tahu susah payah, perit-jerih dan azab sengsara yang terpaksa dia lalui demi untuk laksanakan peranan dia dalam mencapai objektif perjanjian tu. Perjanjian tu mungkin melibatkan duit dalam jumlah tertentu yang dia perlu dapatkan. Mungkin melibatkan tempoh tertentu yang dia perlu kejar sampai terjelir-jelir lidah mengah separuh mati.

Jadi bila dia berusaha laksanakan peranan dia, tetiba kita mungkir janji kita. Mungkir pula tak semetinya dari segi tak menunaikan kehendak perjanjian. Mungkin mungkir dari segi mengubah jumlah wang tunai yang diperlukan atau tempoh yang dijanjikan. Dan perit-jerih kawan tu? Azab sengsara dia? Tak mencarut kawan tu dibuatnya? Entah apa yang digadai dan dijual bahkan mungkin dipajak untuk laksanakan peranan dia. Senang-senang aje kita ubah terma pula. Yahudi betul…

Jadi kalau sekali dua kita dah bagi peluang dan bagi muka kat puak-puak munafiq ni, maka takkan nak bagi lagi, kan? Bukan ke? Ke…? Haruskah kita serang balas sampai dia orang mati? Perlu ke kita pun jadi jahat macam Yahudi juga? Perlu ke guna semua sumber, kuasa, network dan apa juga resources lain yang kita ada untuk literally “bunuh” dia orang? Sebenarnya memang pernah ada orang mati akibat stress yang melampau sebab anak bini dia kebulur lebih dua tahun kerana laki bini tak dapat kerja dalam negara Malaysia ni walau di mana pun. Akhirnya mati si lelaki tu akibat komplikasi kardio dan emotional breakdown. Kasihan, maka “sumpahan” ke atas bini dia diangkat. Dapatlah bini dia kerja semula. Begitu penangan orang yang menganiaya rupa-rupanya…

Patutkah…? Haruskah…? Considering… Thinking… Tempting… Susah sikit kaedah tu berbanding ambil pistol dan tembak je tapi kaedah yang susah tu untraceable… clean… neat… secured…

p/s: Gambar-gambar sekadar hiasan je tau…!