Archive for the Budak Category

Mukasurat 2 = Sekolah Hari 1

Posted in Budak, Pendidikan, Quips on 2 Januari 2014 by Najwa Aiman

Kengkawan Whatsapp group ATUDISMA hantar gambar-gamabr kerenah bebudak masuk sekolah. Tak tahu up-to-date ke tak gambar-gambar tu but the point is, ada gambarnya, ada le kejadiannya. Ada member lain kata may be sebab bebudak tu tak pernah jumpa kerusi yang macam kat sekolah tu di rumah masing-masing. Ya tak ya gak kut…? Entahlah…

Kesian bebudak ni boleh jadi camni. Sahabat ATUDISMA kata sekarang school chairs have safety issues… ekekekekeke… Adoi laaa…

Silap position duduk. Masuk terbalik ni kut…

Yang ni rasa-rasanya memang bukan eksiden. Ni memang bakal stuntman atau bakal pengkarya kreatif nih… ekekekekeke…

Dan bukan bebudak baru start sekolah je yang jarang jumpa kerusi sekolah. Tak heran langsunglah kalau haiwan ni pun tersalahguna kerusi… walau apa jenis kerusi pun… Kan?

Tapi… Takkan Guru Besor pun tak pernah guna kerusi? Erk…? Atau Guru Besor nak experience apa perasaan anak-anak murid dia yang tersangkut kat kerusi tu? Atau… eh…? Ye ke ni Guru Besor…?

Biar Bengkok Asal Bijak?

Posted in Bodoh, Budak, Pendidikan on 28 Jun 2010 by Najwa Aiman

Hari tu ada gak aku tulis tentang budak sekolah beg berat. Pagi tadi dalam Hot FM depa bincang isu ni. Aku tak dapat dengar habis. Apa kesudahannya ek? Yang aku sempat dengar ialah komen sorang pemanggil bernama Cikgu Ismail kalau tak silap. Antara komen Cikgu Ismail ialah “Berat beg tu melambangkan berat ilmu yang diperolehi.” Lebih kurang begitulah bunyinya. Maka kalau nak lebih banyak ilmu, maka kena datang sekolah dalam lori kan? Isi penuh lori tu dengan buku. Bawa tiga lori, atau bawa treler kontena 40 kaki. InsyaAllah anak-anak kita semua jadi pandai nanti walaupun masing-masing badan bengkok akibat scoliosis. Tak apalah kan badan bengkok asalkan pandai, kan? Bukan ke? Ke?

Blowjob Dalam Perisa Pilihan Anda!

Posted in Bencana, Bodoh, Budak on 30 April 2009 by Najwa Aiman

Aku bertandang ke entri Tweet-Tweet La Signora. Dia cerita pasal Tweeter. Dan aku tiba ke satu website namanya Bachelorette. Dalam bahasa Melayunya Beca Lorat… eheks… Lawak bodoh ek ni?

Anyways, memang setuju sangat dengan La Signora sampai aku naik risau sesangat. Zaman aku dah pandai romen selepas baligh dulu, bebudak yang belum baligh dah tau tentang coitus interruptus Sekarang?

So bebudak – baik lelaki mahupun perempuan – boleh dapat access penggunaan straw gini tak? Apa ni ek? Ilmu basic idea tentang blowjob ek? Adoi laaa…

La Signora, tak apa… Aku letak gak gambar ni dalam blog aku… eheks…

Cerpen Kisah Benar

Posted in Bencana, Bodoh, Budak, Semasa on 6 April 2009 by Najwa Aiman

Ada sesiapa yang kreatif menulis cerpen lucah? Ekekekeke… Ni ada tawaran hadiah yang aku terbaca dalam Harian Metro… eheks…

Cerpen lucah pelajar
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Dengan alasan mahu mencari wang saku tambahan, segelintir pelajar sekolah dikesan berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan cerpen lucah selepas tertarik dengan tawaran bayaran sehingga RM150 bagi setiap cerita pendek erotik terbaik dihasilkan.

Difahamkan, tawaran wang sagu hati itu diberikan syarikat penerbitan buku lucah berbahasa Melayu yang dikesan menerbit dan mengedarkan sekurang-kurangnya 10 judul novel lucah bersiri di pasaran.

Penerbit novel lucah berkenaan menetapkan syarat penulis yang berminat mendapatkan wang sagu hati itu perlu mengarang ‘kisah benar’ hubungan seks mereka tidak kurang 3,000 patah perkataan sebelum dihantar menerusi e-mel ke alamat ditetapkan…

Kalau untuk TV boleh masuk slot Kisah benar ni… best! Teringat siri TV Dallas dulu. Kau orang yang belum baligh ni mesti tak tahu pasal siri ni kan? Dallas ni anatara siri TV yang dianggap paling berjaya zaman 80’an dulu. Kisah keluarga oil tycoon di Dallas, Amerika. Antara pelakon utamanya ialah Larry Hagman yang pegang watak Jock Ewing Jr. yang lebih famous sebagai J.R. Salah satu faktor yang buat siri ni berjaya, pada pendapat aku yang tak genius ni, ialah watak J.R. tu. Kebijaksanaan penulis skrip siri ni berserta keberkesanan lakonan Larry Hagman membuatkan seluruh dunia benci pada J.R. Tapi kerana perasaan benci meluap-luap pada J.R. tu le yang membuatkan penonton nak sangat menonton siri Dallas ni. Sampai nangis-nangis tarik-tarik rambut tu kalau miss satu siri. Maklum le… dulu mana ada Astro yang tayang berulang-ulang kali.

Sekarang ni Astro tak teringin ke nak siarkan semula siri ni? Astro takut kena maki satu dunia kot kalau-kalau tengah dok seronok menonton tetiba “Services currently not available.” Ni baru betul ada orang bakar pejabat Astro nanti! Ekekekekeke…

Anyways, moralnya? Moralnya, dalam penulisan kreatif, watak yang buat orang sakit hati tu boleh jadi faktor yang menambah minat orang membaca. Aku dah cuba konsep ni dalam novel Untuk Kau Dan Aku. Yup… it works!

Oya…! Satu lagi… mana-mana pelajar perempuan yang nak hantar karya cerpen tu tapi tak ada pengalaman menarik untuk dijadikan idea boleh contact aku anytime! Kalau nak idea lebih mencengkam kita cari sama-sama kat Ipoh nanti! Kompem 30,000 perkataan pun tak cukup! Hehehehe… aiyaaarrrkkk…!!!

Nak Buat Apa Belajar?

Posted in Bebel, Budak, Pendidikan, Semasa on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Ikut laporan media, kejayaan SPM meningkat tahun ni ek? Ada yang dah dapat 20A. Tahniah kepada mereka semua yang telah lulus SPM tahun ni, terutamanya mereka yang lulus dengan cemerlang. Percayalah, mak dan ayah kalian rasa teramat bangga dengan kalian. Mungkin tak ditunjukkan di hadapan kalian, tapi dalam senyap-senyap ada air mata yang menitis meluahkan rasa hati yang sendat dengan gembira. Betapa emosi mak dan ayah sebenarnya sebu dengan rasa bangga kepada anaknya.

Anyways, aku cuba tak nak cerita panjang, tapi cuma nak kongsi info dan pendapat. Selepas SPM ni apa pula ya? Di mana kita ada SPM, di Singapura ada GCE O-Level. SPM disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. GCE O-Level Singapura disediakan oleh Singapore Examination and Assessment Board (SEAB), TETAPI tak seperti SPM, kertas soalan GCE O-Level disediakan dan disemak oleh University of Cambridge Local Examination Syndicate di UK nun. Kenapa ek? Pendidik di Singapura tak cukup layak untuk buat dan semak soalan peperiksaan ke? Atau Singapura, walaupun dah merdeka, masih lagi mengikat diri dengan sistem pendidikan dan penilaian dari luar dan bekas penjajahnya?

Well… mesti ada orang kita yang fikir dan berhujah gitu punya… biasalah… orang kita… ekekekeke… ayaarrkk…! Anyways, aku tak tahu sebab sebenar kenapa Singapura buat camtu, tapi aku boleh agak – untuk kebaikan anak-anak jati Singapura demi tanah air dia orang. You see, peperiksaan spesis GCE ni ialah kelayakan yang diiktiraf oleh hampir semua negara Komanwel dan beberapa negara lain di dunia, lebih-lebih lagi negara UK sendiri le kan? Kan? Jadi bebudak lepasan GCE O-Level kalau dapat capai kelayakan sewajarnya boleh lanjutkan pengajian di peringkat GCE A-Level yang akan membolehkan dia orang terus ke universiti-universiti yang mengiktiraf GCE A-Level di serata dunia.

So far, yang aku tau le, SPM hanya diiktiraf universiti tempatan. Pelajar yang dah lulus SPM dengan cemerlang, kalau nak sambung belajar ke universiti luar negara – misalnya UK – maka dia mesti duduk untuk peperiksaan GCE A-Level sebab universiti di UK tak iktiraf SPM. Maknanya pelajar kita yang nak ke universiti di UK akan ketinggalan dua tahun berbanding pelajar Singapura.

But then again, kenapa nak hantar anak-anak kita belajar kat UK atau kat luar negara? “Apa, universiti kat Malaysia tak cukup bagus ke? Hah? Apa universiti kat Malaysia ni koman sangat ke? Ijazah dari universiti di Malaysia ni tak laku ke? Berapa ramai jurutera O&G kita bekerja dengan syarikat O&G antarabangsa? Bekerja kat Dubailah, kat Arab Saudilah, kat Qatarlah! Hang cuba kira tengok kalau hang larat nak kira!”

Ya tak ya juga kan? Tapi dia orang tu, yang sebahagiannya lulusan universiti tempatan, dapat kerja di syarikat O&G antara bangsa atas dasar pengalaman kerja sebenarnya, bukan kelulusan akademik. Lagipun, bila depa kerja kat Dubai, kat Qatar tu semua, skill and knowledge dia orang tu termasuk hasil cukai pendapatan dia orang disumbangkan kepada syarikat sana tu, di negara sana tu. Tapi tak apalah sebab that is good for them. Bebaru ni ada statistik menunjukkan taraf IPTA dan IPTS Malaysia di peringkat dunia. Malaysia duduk di tangga… hmmm… aku pun tak ingat. Maklumlah otak aku ni bukan genius. Kalau angka tu lebih daripada dua digit otak aku dah susah nak ingat dah… eheks…

Jadi macam mana kita nak tolong anak-anak kita supaya lebih cerah peluang dia orang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi dengan mendapatkan kelayakan yang diiktiraf merata dunia? Tak sure sama ada kau rang tau ke tak, bahawa beberapa sekolah Cina di Malaysia mempunyai program yang membolehkan pelajar-pelajar dari kelas cemerlang ambil SPM DAN JUGA GCE O-Level Singapura (tapi peperiksaan tu dibuat di Malaysia la). Semuanya diuruskan oleh pihak sekolah. Bebudak tu cuma perlu ambil exam aja. Memanglah bebudak tu kena kerja dan belajar double daripada pelajar-pelajar lain. Sekolah Cina pun memang selama ni pelajar-pelajarnya belajar dan buat kerja at least dua kali ganda daripada sekolah lain. Kesian bebudak tu tak dapat join kengkawan dia orang bermain kan? Kesian juga kat kengkawan dia orang tu yang entah tengah dok main apa le sekarang. Main seks ke? Main dadah? Main rempit? Masuk persatuan samseng? Takkan kot…? Kan? Orang Melayu takkan nak buat benda-benda gitu. Orang Melayu kan ke bangsa terhormat, berbudi pekerti lagi bertamadun, apatah lagi orang Melayu adalah pendokong Islam nombor satu dunia? Kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Alahai… panjang juga tulisan aku kali ni nampaknya. Lantak kau orang le nak baca ke tidak… Anak-anak yang dah berjaya cemerlang tu make sure terus cemerlang supaya dapat kerja yang bergaji lumayan. Duit lebih tu boleh buat beli novel-novel Najwa Aiman untuk diri sendiri atau anak-anak kalian nanti. Mak bapak yang anak-anaknya dah berjaya dalam SPM tu hadiahkan le novel-novel Najwa Aiman dalam tiga ke empat belas naskhah setiap judul. Beli je. Tak baca pun tak apa janji beli… Novel-novel Najwa Aiman mana ada unsur-unsur pengajaran dan langsung tak Islamik pun, kan? Ekekekekekekeke… ayaaarrkkk…!

Cita Rasa Seks Makin Teruk

Posted in Bencana, Bodoh, Budak, Semasa, Undang-undang on 28 Februari 2009 by Najwa Aiman

Ada berani hantar anak perempuan (bahkan anak lelaki juga) ke pengasuh sekarang? Ada pula kes anak-anak teruna Si Pengasuh tak tahan stim. Kepala hotak tak boleh pakai. Tapi memang biasanya macam tu le perangai kaum majoriti dalam negara ni, kan? Kan? Apasal? Tak puas hati? Nak saman? Aku baca kat Harian Metro tentang anak-anak teruna pengasuh tu cabul budak perempuan umur setahun. Pedophile bangsat tu hodoh sangat gamaknya sampai tak terdaya nak dapatkan perempuan dewasa? Nak juga pergi tutuh budak umur setahun yang tak berdaya dan tak berdosa tu? Bangsat! Bukannya susah sangat nak dapatkan perempuan sekarang. Top up kredit henpon lima ringgit je dah boleh dapat persetubuhan haram a.k.a berzina beb. Pergi tanya Gafaro kat mana boleh dapat servis murah tu… eheks…

Pengasuh, dua anak ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes cabul kanak-kanak perempuan berusia setahun di Pangsapuri Melur, Sentul Timur, pada 18 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mereka yang ditahan ialah pengasuh kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun serta dua anak lelakinya, masing-masing berumur 25 dan 21 tahun…

Bongok! Excuse my carut please, thank you. Kalau berkenan kat ‘budak’ umur 15 tahun tu aku rasa masih boleh difahami le. Kalau perempuan umur 15 tahun bagi aku tak boleh dianggap budak lagi dah. Atas bawah dah serabai. Kalau disuntikkan sperma memang dah boleh mengandung. Cuma ikut undang-undang manusia je tak boleh. Tapi ni budak umur setahun??? Bongok! Bangang! Bahalul! Al-lahabau badiwol borobodos! Ehem… please, again, excuse my carut. Can’t help it. Aku tau seseorang tu belum dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah tapi dalam hal yang berkaitan dengan penganiayaan seks bebudak yang masih kecil sangat lagi tak tahu apa-apa gini aku tak boleh tahan le beb. Sowi ek…

Bersetubuh Semasa Muda

Posted in Bencana, Bodoh, Budak, Semasa on 17 Februari 2009 by Najwa Aiman

Di UK sorang budak lelaki umur 13 tahun dah jadi bapa hasil persetubuhan haram dia dengan sorang budak perempuan umur 15 tahun. Betullah! Aku tak tipu! Baca kat Perez Hilton.

Kalau kat Malaysia, budak lelaki tu baru je tamat sekolah rendah dan baru start tingkatan satu ek. Dah jadi bapa pula. Yuran sekolah pun agaknya masih bapa dia yang bayar. Eh? Kat UK yuran free kan? Ye ke? Entah?

Rasa-rasanya kat Malaysia dah berlaku ke benda cenggini? Ekekekekekeke… Weh! Berangan le kau orang kalau fikir belum berlaku! Piiiraahhh…!