Archive for the Estetika Category

Jasadnya Terkubur, Belangnya Bertabur

Posted in Bahasa, Estetika, Filem, Hiburan, Sejarah on 7 Januari 2014 by Najwa Aiman

Puas aku mencari dah. Agak lama juga. Bertahun-tahun. Dalam internet pun tak ada. Dalam biodata dan Wikipedia Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain pun tak tersenarai. Kenapa ya…?

Tapi aku sure sangat-sangat tentang buku ni — P. Ramlee: Jasadnya Terkubur, Belangnya Bertabur karya Abdullah Hussain. Kali pertama (dan juga terakhir) aku baca buku ni ialah pada tahun 1985. Sambil nak rehatkan kepala otak selepas study di perpustakaan Asrama Yayasan Selangor di Kg. Pandan tu dulu, aku terjumpa buku ni. Memula aku ambil dan baca saja-saja kat perpustakaan tu. Tapi sebab aku teramat hormat dan sanjung Allahyarham P. Ramlee, aku terus pinjam buku tu. Agak tebal. Biografi Allahyarham P. Ramlee dari sejak beliau lahir hinggalah ke saat ajal beliau. Sebak. Sedih. Marah. Geram. Kelakar. Gembira. Bangga. Semua emosi ada dalam buku tu walaupun ia sebuah biografi.

Tapi tu le kali terakhir aku nampak dan dengar tentang buku tu. Laman bersawang… eh… laman sesawang pun tak jumpa. PNM, DBP, Google… Tarak! Kenapa ya…? Kalau masa tu aku bukan student dan ada duit sendiri, memang aku dah keluar cari dan beli. Adoi laaa…

Anyways… in case kalau kau orang tahu kat mana ada sumber buku ni, please info. Tengkiyu I luv you too…! Dan kepada orang Melayu Gen Y, Gen X, apatah lagi Baby Boomers, digalakkan baca tentang riwayat hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, especially Gen Y ni. Dia orang bukan kenal sangat P. Ramlee macam generasi terdahulu. Tak berminat pun agaknya. But believe me, sangat tinggi nilainya untuk ketahui riwayat hidup Seniman Agung ni. Buku terakhir yang aku baca tentang Allahyarham ialah P. Ramlee Yang Saya Kenal karya Yusnor EF. Yusnor EF adalah antara orang yang pernah bertemu dan bekerja dengan Allahyarham P. Ramlee dulu. Beliau antara penulis lirik lagu-lagu ciptaan Allahyarham P. Ramlee. Dan beliau juga adalah antara personal close friends Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Bukan politician saja yang menyumbang jasa besar kepada negara. Menyusuri riwayat hidup Allahyarham P. Ramlee, kita mungkin tersedar bahawa politician barangkali antara golongan yang jadi penyebab terbantutnya perkembangan talent dan kebolehan ajaib pribumi dan warga negara… Adoi laaa…

Muka Surat Satu

Posted in Estetika on 1 Januari 2014 by Najwa Aiman

Rasanya halaman pertama 2014 tak dimulakan dengan baik. The first thing I heard when opening my eyes this morning is a grudge. Okay. And then, throughout the day, I forgot the one thing I resolved to do — make at least one person sincerely smile. Yup… Make a person smile sincerely. You think that’s easy? Try laaa… aharks…!

Tapi tak apa sebab sesuatu cerita takkan menarik tanpa unexpected twist and turn. Cerita ni mesti ada konflik yang kusut masai semacam takkan terurai. Ada harapan yang kadang-kadang nampak macam takkan tercapai. Ada bahaya dan risiko yang sering nampak macam tak boleh dielakkan. Mesti ada kebijaksanaan yang ternampak dalam resolusi penguraian konflik, pencapaian harapan dan penyelesaian bahaya dan risiko. Dan yang paling penting… jeng jeng jeng… mesti ada satu kebodohan yang menerbitkan maki hamun dan carut-carut! Yup…! Ekekekekekeke… Kebodohan yang ketara, dalam tahap bangang yang amat tinggi. Kebodohan yang pada mata dan fikiran manusia marhain sesuatu yang takkan ada orang cukup bodoh nak buat… huhuuhuhu… Best!

Ada 364 hari lagi, provided of course aku tak mati laaa… So, get the keyboard ready. Meantime, usaha nak capai dua objektif 2014 dah bermula. Fasa demi fasa. InsyaAllah…

Gusti Putri Retno Dumilah

Posted in Budaya, Estetika, Hiburan, Novel, Sejarah on 28 Disember 2013 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap daripada Deviantart.com karya byako0x.

Memang sambil nonton Puteri Gunung Ledang (Tiara Jacquelina yang cun) ni. Laksamana Hang Tuah (Sifu M. Nasir) memang macho. Tetiba teringat Hikayat Hang Tuah karya Tun Sri Lanang. Dihikayatkan bahawa bila Sultan Melaka hantar rombongan meminang ke Gunung Ledang, Puteri Gunung Ledang yang sampai la ni tak ada sesiapa pun tahu nama sebenar dia termasuklah rombongan meminang tu (tapi dalam versi Tiara Jacquelina nama dia Gusti Putri Retno Dumilah le pulok) , letak syarat peminangan begini—

  1. Jambatan emas sebagai laluan Sang Puteri dari Gunung Ledang ke Melaka (tak sebut pasal tol)
  2. Jambatan perak sebagai laluan Sang Puteri dari Melaka pulang ke Gunung Ledang (pun tak sebut pasal tol)
  3. 7 tong air mata anak dara buat air mandian Sang Puteri
  4. 7 tong air pinang muda pun untuk buat air mandian Sang Puteri
  5. 7 dulang hati kuman (tak tahu la dia nak buat apa hati kuman ni)
  6. 7 dulang hati nyamuk (pun tak tahu gak nak dibuat apanya)
  7. 1 mangkuk perak berisi darah Putera Sultan Melaka (vampire gamaknya Puteri Gunung Ledang ni? Nasib baik bukan 7 mangkuk weh!)

Kreatif betul Tun Sri Lanang. Pengajarannya apa ya? Kita belajar apa yang kita belajar. Bagi aku yang tak pandai macam penulis dewa ni, pengajarannya ialah untuk para awek yang nak menolak pinangan jantan yang dia tak suka atau tak berminat, haaa… beginilah caranya. Letak syarat merapu macam tu.

Anyways, macam yang aku pernah tulis dulu, Hikayat Hang Tuah ialah sebuah novel fiksyen karya penulis dan penglipur lara Melayu antara yang hebat — Tun Sri Lanang. tu pendapat aku le… Dalam entri aku tu pun ramai gak yang membangkang dulu. Sampai nak berpencak silat pun ada mempertahankan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara. Keturunan Hang Tuah lima bersaudara pun masih ramai sekarang ni. Berhijrah ke utara. Antaranya  — Hang lapaq ka, Hang dah makan, Hang nak pi mana, Hang marah aku ka, Hang pelaq la, Hang loklaq betui… bla bla bla… “macam-macam Hang ada kat sini” kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok.

Maka bagi aku juga, Puteri Gunung Ledang tak wujud. Kalau dia Melayu, apa kejadahnya hang Tuah dan Tun Mamat tak jumpa mak bapak Puteri Gunung Ledang tu untuk meminang? Kalau dia Puteri, dah tentu bapak dia raja. Raja mana? Raja Kapor? Atau Raja Gunung Ledang? Siapa? Negeri apa Gunung Ledang tu?

Yup… Tu Puteri Gunung Ledang mandi kat Sungai Ledang. Dan ya, masih tetap pakai perhiasan emasnya dalam sungai. Dalam adegan tu bila dia bangun, loket emas besar sebagak tu masih di dada. Moralnya: zaman tu emas memang teramat mahal, walaupun bagi seorang anak raja, apatah lagi anak raja yang tinggal dalam hutan atas gunung. So tak boleh tanggalkan dan letak suka-suka kat tebing.

Dan kalau dia bukan Melayu, malah Hindu pula mengikut teori filem Tiara Jacquelina tu, patutlah dia tak nak kahwin dengan Sultan Melaka yang masa tu Muslim. Susah nak jumpa Hindu sanggup masuk Islam tau. Especially zaman tu sebab Tanah Melayu asalnya diasaskan atas landasan Hindu bila Parameswara buka Melaka. Jiran sekeliling yang merupakan kerajaan besar, hebat dan gagah perkasa pun Hindu — Majapahit, Acheh, Siam. Agaknya semasa Islam mula menguasai pemerintahan Tanah Melayu, segelintir Hindu tegar berhijrah keluar dari Melaka. Antaranya panjat Gunung Ledang. Mungkin Puteri Gunung Ledang tu salah sorang atau keturunan daripada salah sorang yang berhijrah dan buka negeri Hindu di sana. Anak sami Hindu agaknya dia…

Semuanya Hasil Tangan

Posted in Bebel, Estetika, Hiburan, Islam on 15 Disember 2013 by Najwa Aiman

Pengirim gambar tu kata ni di Kelantan. Entahlah. Is it real? Seems like so. Ukiran atau natural? Wallaahu a’lam bissawaab… Tak tahu tak payah jawab…

Yang pastinya ada antara kau orang dah start buat teori — anak derhaka kena sumpahlah… Pengamal ajaran sesat bertapa disumpahlah… bla bla bla… Kan? Kan?

Tapi konsep dua gambar yang di bawah ni aku suka. Ilusi optik. Gambar yang sama dari perspektif berbeza setelah diputarkan 180° anti clockwise—

Tapi kalau gambar macam kat bawah ni kau orang suka tak? Suka…??? Mmm… Something must be very wrong… Very very very wrong here… Mmm…

Peragawan Baju Raya

Posted in Estetika, Feminin, Fesyen, Maskulin, Sosial on 9 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Habis dah ke barang-barang raya kat KL diborong habis dek orang Selangor masa cuti Nuzul Quran hari tu? Anyways, baju Melayu, baju kurung, kebaya, bla bla bla… Dan juga baju nak buat berjalan ke rumah sedara mara dan kengkawan kan? Kan? Atau t-shirt je? Tu bagi orang KL. Yang majoriti kerja ofis setiap hari. Yang kerja kilang setiap hari pakai uniform mungkin ada yang beli baju kemeja yang orang kerja ofis pakai tu sebagai baju raya dia orang. Nampak macam nak pergi ofis pada hari raya.

Dan fesyen raya tahun ni pula agak-agaknya…? Well… teori aku — fesyen K-pop. Yup… Baru betul nampak macam orang Korea sambut raya. Tapi kalau sungguh macam tu, memang seronok banget raya aku tahun ni — pandang kiri kanan atas bawah depan belakang semua paha-paha belaka! Perghhh..! Aku suke! Aku suke..!

Ramai-ramai jantan pakai macam ni pepagi raya, masuk dalam masjid nak solat sunat Aidil fitri. wow…! Meriah masjid! Kena pula Tok Imam dan Tok Khatib serta Tok Bilal pun gila K-pop gak… perghhh…! Raya! Laya! Laye! Luit laye!

Dan para aweks pula gila pakai camni. Kompem aku gila! Paha! Paha! Mahu tergolek aku tepi jalan kalau semua pakai gini. Attack! Attack! Akulah yangkena attack. Bukan dia orang. Vulnerable betul… Selera paha amoy… Aiyaaarrrkkksss…!

Tapi kan… kan… kita bercakap pasal raya kat Malaysia ni… Raya yang majoritinya Melayu. Dan Melayu pula jenis yang makan nasi lemak, gulai lemak, roti canai, rendang ayam, rendang daging, serunding, bla bla bla… Dah bukan paha selera aku dah kalau camtu… Paha nasi lemak dah ni… Adoi…! Wallaweh! Alahai… Buat sakit hati aku je merenung tapi tak stim di pagi raya yang setan semua dah terlepas semula tu… Alahai kecewanya…

Kaca Bukan Permata

Posted in Estetika on 15 Jun 2011 by Najwa Aiman

Rupanya macam sama. Tapi kaca hanya pasir. Sedangkan permata ialah karbon — bahan utama dalam semua organisma yang hidup atas muka bumi ni. Sebab tu permata jauh lebih bernilai daripada kaca, kan? Kan?

Tapi kadang-kadang kita lebih tertarik kepada kaca walaupun kita tahu yang itu adalah kaca semata-mata. Kenapa ya? Well… teori aku yang tak berapa pandai macam golongan dewa-dewi ni — sebab kaca lebih mudah dibentuk mengikut cita rasa kita. Lebih rapuh dan mudah hancur, tetapi lebih banyak kedapatan di merata-rata. Lebih mudah disimpan sebab tak perlu penjagaan yang teramat rapi.

Tapi hakikatnya, kaca jauh lebih berguna daripada permata. Permata hanya berfungsi sebagai hiasan. Kalau tak ada pun tak apa. Tapi kaca — gelas, mangkuk, pinggan, cermin, bahkan hiasan juga. Jauh lebih banyak faedah dan kegunaannya. Jauh lebih banyak jasanya daripada permata. Malah kaca boleh dihancurkan semula menjadi pasir, dan dibentuk semula menjadi benda lain jika mahu.

Jadi kenapa kita mesti pilih permata dan bukan kaca? Kenapa? Tim kai…?

Datuk

Posted in Budaya, Estetika, Hiburan, Sosial on 25 Mac 2011 by Najwa Aiman

Sifu M. Nasir dapat anugerah ‘Datuk’ daripada Sultan Pahang. Lepas ni Datuk M. Nasir. Gelaran ‘Sifu’ masih maintain ke tak? Sifu tetap Sifu beb… kan? Seandainya gelaran ‘Datuk’ sesuatu yang amat bernilai tinggi, maka pendapat peribadi aku yang bias dan berat sebelah sebab aku sememangnya pemuja M. Nasir, sesungguhnya M. Nasir berhak dapat gelaran tu. Sekurang-kurangnya dapat anugerah tu semasa masih berhayat. Kalau tak nanti senasib dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee… adoi laaa…

Sesetengah orang memang tak mahu gelaran ‘Datuk’ ni tapi dah baginda Sultan nak bagi, kenalah ambil juga. Sesetengah orang berebut-rebut nak, lagi-lagi kalau dia tu kepala kompeni GLC. Tak kiralah kompeni apa pun, kan? Kenapa ya kebanyakan orang nak sangat gelaran ‘Datuk’ ni ek? Aku tau sorang kepala kompeni yang dulu tak ada gelaran ‘Datuk’. Bebaru ni dia dapat gelaran tu. Memang betullah gelaran ‘Datuk’ tu bawa perubahan kepada orangnya. Memang dia berubah sejak dapat ‘Datuk’. Dulu dia kepala kompeni yang besar. Sekarang dia kepala yang besar sementara kompeni dia makin nak jadi kecil… Kepala… kepala…

p/s: Lisa Surihani akan dapat gelaran gak ke? Kalau nak dapat pun, biarlah Datuk atau Tan Sri… tapi janganlah Datin atau Puan Sri…!!! Aiyaaarrrkkk…! Tidaaakkk…!!!