Archive for the Etnik Category

Impian dan Idaman Tak Sama?

Posted in Etnik, Famili, Sosial on 15 Disember 2013 by Najwa Aiman

Ni Penang. Ya… dari segi traffic jam tak ada beza dengan KL. Tapi may be dari segi hemah dan perangai pemandu tu agak berbeza. Rasa-rasanya di KL tahap hemah pemandu ada sikit atas kut? Kan? Bukan ke? Ke…?

Dan definitely aku nak mengelak daripada bermastautin di Penang bila bersara nanti. So? Retirement plan aku untuk bermastautin di mana ya? Aharks…! Mana boleh cakap… Sendiri mau ingatlah… Ni hal peribadi aku… Tapi kalau dapat buat dan tinggal dalam rumah macam tu bila bersara nanti… Alhamdulillaah…!

Bukan Masanya

Posted in Etnik, Sejarah, Sosial on 13 Mei 2013 by Najwa Aiman

Lebih 40 tahun dulu tarikh hari ni sangat hitam sejarahnya untuk negara yang berbilang bangsa ni. Jangan diulangi tau. Tak ada janji syurga bagi mereka yang mati dalam perjuangan atas nama bangsa dan kaum. Yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT ialah mati dalam perjuangan atas nama agama Allah SWT. Dan agama Allah SWT, yakni Islam, tak pernah kata bahawa Islam tu hanya untuk sesuatu bangsa atau kaum saja. Islam untuk semua kan — Arab, Melayu, Cina, India, Orang Puteh, Orang Coklat, Orang Ungu, Eskimo, Hindustan, Afrika… sesiapa sajalah… Kan? Kan…?

KUL-BKI-SDK-KUL

Posted in Budaya, Etnik, SíPúT, Sosial on 7 April 2013 by Najwa Aiman

Dan akhirnya aku dapat membawa diri ke Malaysia Timur. 3 haribulan hari tu aku ke Kota Kinabalu bah…

Errr… yup… pesawat baru lepas melepasi Semenanjung Malaysia. Dan yes, di bawah tu Laut Cina Selatan yang luas tu. Dan yes… Aku dah seram sejuk!!! Duhai sahabat! Demi Tuhan aku sangat berharap kau sebenarnya sekarang di sisi aku untuk beri aku keberanian dan kekuatan!

Tiba kat KK dah malam. Check in kat hotel yang buat tetiba rasa rindu teramat kat KL. Sungguh KK masih nampak meriah dan cantik malam-malam. Errr… Memang genit-genit awex Sabah bah!

Jam 5:30 AM aku bangun dari tidur. Mandi, solat Subuh. Tengok jam dah 6:00 AM (ya… aku mandi tak lama. Ingat aku mandi wajib ke?) Sebab dah lengkap berpakaian dan tak telanjang aku pun bukalah tirai jendela hotel. Mak ai…!!! Betul ke jam 6:00 pagi nih??? Alamak…! Lupa bah! Aku di tempat yang waktunya lebih kurang sejam awal! Habis… Subuh aku tadi tu dikira apa…?

Dan dari BKI (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) aku naik MASwings). Pramugari Roseanne ni memang menepati cita rasa – kecik molek. Macam Nora Danish pun ada… Aduhai Sabah… Tapi kenapa pramugari MASwings ni lebih lawa-lawa mengancam daripada yang MAS punya erk…? Oh ya… flight aku ke Sandakan ni delay 3 jam! Apa daaa…

Dan aku tiba juga ke SDK (Lapangan Terbang Sandakan). Dah tengah hari, so pergi lunch dulu. Check in kat hotel untuk freshen up. Dan ya, kutahu sudah orang-orang Sandakan adalah orang yang paling bersih dalam Malaysia! Kedai makannya sangat bersih! Dan orang-orang Sandakan… well… orang Semenanjung macam aku susah nak bezakan puak dan suku dia orang ni sebab ada banyak puak dan suku kat sini. Yang nampak ganas tu dia orang kata orang Suluk (Sulu le tu). Sampai yang pandu kereta ala orang KL (sebab potong queue) dia orang akan cakap “Haaa… Tu Suluk tuh bah!” Aharks…

Sangat cantik tempat aku tinggal ni. Tu Pasar Umum Sandakan. Tepi laut. Nelayan bawa naik tangkapan kat jeti tu terus jual kat pasar tu juga seawal 3:00 pagi. Ketam sekilo RM11.00. Orang Sandakan kata mahal tu sebab sebelum ni boleh dapat RM5.00 sekilo. Ikan kerapu RM25.00 sekilo, pun dia orang kata mahal. Kalau dia orang datang Semenanjung agaknya mati kat pasar kat Semenanjung ni sebab sakit jantung tengok harga ketam dan ikan kerapu kat Semenanjung.

Yup… tu kapal Tentera Laut. Sentiasa bersedia menjaga keamanan rakyat jelata. Pengorbananmu dikenang duhai perwira. Aku masuk bank nak keluar duit dari ATM siang tu, ada 5 orang ATM gak (Angkatan Tentera Malaysia daaa) dari army siap berbaju celoreng dan bersenjata api berat, pun tengah keluarkan duit kat ATM. Never felt safer doing business in banks before… hehehehe…

Gambar diambil dari sebelah hotel je ni. Cantik? May be. Tapi yang nyata, bersih! Bukan lautnya, tapi daratnya.

Sebelah hotel gak. Dan memang ramai orang suka melepak kat sini all the time. Kau orang tak suka ke kalau macam ni? Kat tebing bawah tu sebenarnya ramai gak orang mancing. Mr. Gafaro mesti suka ni kan…? Dan awex Sabah… aduh… Hmmm…

Perkarangan hotel ialah pemandangan ni. Ya tuan-tuan dan puan-puan, itu adalah Lautan Pasifik. Dalam tu siot! Dan ya, aku takkan pergi dekat!

Nasib baik dia orang tak letak katil sebelah tingkap! Adoi… Dan nasib baik bilik aku ni kat tingkat 18. Tapi melihat ke luar tu… Adeh…! Sahabat… aku nak kau kat sini! Tolong kuatkan aku!

Dinner malam tu tuan rumah bawa pergi Ocean King. Well… kat Sandakan ni memang mewah seafood le. Dan yes, aku teringat Sang Siput le ofkoz. Dan salah satu menu tu ialah… uhuk! Aku memang tak makan siput, tapi…

…ni apa ni…??? Dia orang panggil siput tarik. Erkhhh…! Dia orang suruh aku cuba gak. Bertahun-tahun aku memang tak boleh makan siput walaupun siput sedut atau siput belitung tu. Tapi sebab elemen Sang Siput maka aku berjaya makan siput belitung hari tu. Dan siput tarik ni? Aku makan 6 ekor! Tapi aku rasa aku takkan jamah siput lagi sampai mati lepas ni…

Weh! Ni swimming pool hotel weh! Alahai… kenapalah aku tak bawa swimsuit… Kalau aku pakai swimsuit dan berenang kat sini kompem semua orang lari dan pool ni aku sorang yang punye!

Dan 5 haribulan aku kembali ke KUL (KLIA laaa…). Mengharapkan kegembiraan dan keterujaan bila dapat kembali ke Semenanjung sebab dapat dekat semula dengan orang yang sentiasa di hati. Tinggi sungguh harapan dan keterujaan pagi sebelum bertolak dari SDK hari tu. Tapi…

Dan aku pun tak tahu nak mengharapkan apa untuk menguatkan semangat aku yang dah cair hilang sepanjang penerbangan sebab mengetahui kat bawah tu seluas-luasnya Laut Cina Selatan… Takut sangat… Dan dah tak ada tempat pergantungan pula… Ya Tuhan beri aku faham erti sabar…

Bukan Kampung Je Beraya

Posted in Budaya, Etnik, Sosial on 25 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap dari blog Jalan-Jalan Cari Objek. Suka banget gambar-gambar kat dalam blog tu!

Pagi ni bilangan kenderaan macam kurang je daripada biasa. Dah ramai makhluk yang bercuti ke? Kau orang semua dah balik kampung ek? Best kan? Tahun ni kat KL je. Bukan Kuala Lipis daaa… Tu Datuk K yang beraya kat sana. Bukan Kuala Langat gak. Kuala Lumpur le…

Dulu-dulu beraya kat KL ni lengang sunyi jek. Boleh bersetubuh kat tengah-tengah Jalan TAR tu sampai 15 kali multiple orgasm kan? Tapi sekarang hari raya pun KL sesak dengan Indon, Myanmar, Bangla, dan entah-entah sekarang ni Vietnam, Eskimo, Russia, Korea pun ada agaknya ek…? Eloklah beraya di kampung. Tak apalah berebut-rebut antara 20 orang tua dan bebudak di pagi raya nak guna jamban dan bilik air. Tidur berhimpit-himpit dengan kaki tangan bersilang atas muka kepala orang lain. Setidak-tidaknya keluarga sendiri. Atau kau orang nak berebut-rebut dan bersilang kaki dengan pemastautin KL yang berasal dari negara lain? Kalau berlainan jantina, aku okey jek… Aharks… Aiyaaarrrkkksss…! Puasa belum habis lagi ek…? Aiyaaarrrkkksss…!!!

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá

Teknik “Separuh Suap”

Posted in Etnik, Quips on 15 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Selain lidah Melayu, suku mana lagi ek yang mengajar guna teknik separuh suap? Ingatkan cikgu yang mengajar bebudak je yang guna teknik ni. Tapi ustaz-ustaz yang mengajar orang dewasa dan orang tua pun guna teknik ni tau. Misalnya, dalam bulan puasa ni, kalau bicara hal yang membatalkan puasa, dia orang akan kata; “Kalau kita bersetubuh di siang hari maka puasa kita akan baaaa…?” Lepas tu dia akan pause sekejap dalam dua tiga saat, dan kemudian dia akan sambung; “…taaaaaaaalll.” Pastu dia akan sambung lagi; “Maka kita kena apa? Kena bayar fid…?” dia pause lagi dua tiga saat, dan kemudian sambung; “…yaaaaaaaaaaah.”

Masa pause dua tiga saat tu nampak macam nak suruh kita sambung denganjawapan, tapi balik-balik dia yang sambung bagi jawapan, kan? Kan? Ni teknik dalam pedagogy atau andragogy ni ek?

p/s: Bukanlah… gambar atas tu bukan ceramah agama. Bertuah kalau dapat ramai macam tu untuk majlis ilmu. Tu ceramah politik.

Datuk Sifu Tu Melayu

Posted in Budaya, Etnik, Hiburan on 27 Mac 2011 by Najwa Aiman

Kenapa aku teramat respek Datuk Sifu M. Nasir? Memanglah bukan sebab personalitinya, tapi sebab apa yang telah dia buat. Macam-macam dia dah buat. Dan oleh kerana kita belajar apa yang kita belajar, maka antara apa yang aku belajar daripada beliau ialah untuk kenal lagu irama Melayu. Biarpun dah dimodenkan. Daripada aku jenis yang semasa zaman belum baligh dulu cukup menyampah dengar lagu tradisi Melayu sampai boleh blah dari depan TV bila tersiar dalam filem Melayu, sehingga aku jadi tertarik dan nak amati irama dan lirik setiap lagu Melayu yang tersiar. Terima kasih kepada dua sifu besar — Tan Sri Allahyarham P. Ramlee dan… Datuk Sifu M. Nasir.

inang bujang dan dara mp3 | lyrics

Maceh Tan Sri Seniman Agung dan Datuk Sifu! Maceh kerana memancang umbiku kembali ke bumi Melayu!

p/s: Datuk Sifu… sowi sebab terpaksa curi lagu ni dari web tu… Tak reti camne nak masukkan lagu dari kaset ori yang ada ni dalam bentuk audio je ke sini… Betullah! Memang ada kaset ori ni… cet…!

1…???

Posted in Etnik, Sosial on 8 Mac 2011 by Najwa Aiman

1Malaysia ni apa ek? Etnik yang pelbagai bergabung jadi satu etnik tunggal? Ya ke? Entahlah… Anyways, peredaran zaman pun menuju kepada ‘SATU’… kan? Bukan ke? Ke? Apa yang aku merepek ni? Well… oleh kerana aku mengantuk ni, maka marilah kita merapu… Gini…

Dulu pakar telefon dan pakar komputer berjarak. Telefon ialah telefon, dan komputer ialah komputer. Tak sama. Sekarang pakar telefon perlukan teknologi komputer, dan komputer perlukan mekanisma telefon untuk boleh dijual. Maka jadilah telekomunikasi. Dulu 2. Sekarang 1.

Dulu Malaysia ada 3 etnik besar yang masing-masing berjarak. Tak sama. Sekarang etnik-etnik tu memerlukan satu sama lain. Macamlah dulu dia orang tak perlukan satu sama lain. Maka berkahwinlah mereka sesama etnik tu. Zuriat yang terhasil (kalau tak dibuang ke sungai, tong sampah, longkang, parit, tepi kubur, tepi surau, tepi pejabat, bla bla bla…) maka jadilah satu bangsa baru — bangsa 1Malaysia

Habis tu kenapa dia orang marah aku semata-mata sebab selera aku cenderung kepada amoi Cina dan bukan kepada awek Melayu? Salah ek interpretasi aku tu…?