Archive for the Famili Category

Mimpi Untuk Yang Tidur Saja

Posted in Famili, Nostalgia on 10 Februari 2014 by Najwa Aiman

Orang kata, mesti berani bermimpi. Dare to dream. So? Ada berani…? Ekekekeke… Entah… Yang aku tahu mimpi dalam tidur ni datang ikut suka dia je. Tak suruh datang pun, datang juga. Kan…? Bukan ke? Ke…?

Apa-apa hal pun, you know what it really means kan? Aku memang bermimpi setiap hari both dalam tidur dan jaga. Mimpi dalam jaga tu yang masalahnya, sebab bila dalam jaga, mimpi mesti dijadikan nyata. Tu yang payah tu. Tapi kalau hidup tak bermimpi, sakit wooo… Umpama tidur tak bermimpi, boleh bawa mati wooo… Tak percaya? Tanya doktor. Aku tahulah. Aku kan doktor? Aharks…

Anyways, bila bawa Azizy dan Haziq ke taman mini belakang rumah semalam, bernostalgia le pulok tentang zaman aku belum baligh dulu. Jongkang-jongket zaman aku dulu daripada kayu. Tak ada spring. Masa turun ke tanah tu memang terjongkang dan terjongket sungguh dibuatnya. Tak ada srping nak jadi absorber. Zaman belum baligh dulu mana pakai spender. Jadi kalau terhentak time parking tak betul tu… Adeh…! Senak gak weh!

Tapi gelongsor zaman aku dulu tak best macam zaman sekarang. Sekarang boleh pusing-pusing. Dulu punya gelongsor panjat tangga belakang, turun gelongsor lurus ke bawah. Tu je. Kalau thrill pun sebab ada gelongsor yang tinggi. Tangga pusing-pusing. Tapi gelongsornya tetap lurus. Pun daripada kayu juga. Bahaya betul… sebab silap-silap buntut boleh masuk selumbar beb! Lasaknya bebudak zaman tu walaupun tak selasak zaman sebelum tu.

Jadilah tua. Tapi jangan berhenti bermain beb! Pada ketika kita berhenti bermain, kita dah pun mati di dunia…

Selamat Hadir Aimy Irdina

Posted in Famili on 31 Januari 2014 by Najwa Aiman

Bukan dirancang. Allah SWT akan beri apa saja mengikut kehendakNya yang sentiasa bersebab. Aiman Zulkifli, Aimy Najwa, Aiman Azizy, Aiman Haziq kini dapat kawan baru — Aimy Irdina, bequeathed 29 January 2014, 28 Rabi’ul Awwal 1435 at 12″05 PM. Aku dah hampir sangat ke ofis. Tergerak hati nak berhenti di R&R Dengkil. Tak tahu tujuan apa. Lepak minum Nescafe. Baru nak naik semula ke kereta, alerted.

Selamat hadir duhai puteri baru. Amanah daripada Allah… Sangat berat memikul amanah zuriat duhai Tuhan… Mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT akan kita semua. Semoga kita mati dalam Islam, dalam iman hendaknya… InsyaAllah…

Haziq dah tak boleh nak manja-manja sangat lagi, and he knows that. Dia dah start ngada-ngada minta perhatian… eheks!

Aiman tahu he has extra responsibilities now. Lving brother yang akan take good care of his brothers and sisters.

Najwa finally dah ada kawan. She has to be more feminine now and guide her little sister to be a lady.

 

Azizy dah ada little sister sekarang. Bukan sekadar big sister je. And being him, he will look after and entertain his younger siblings at whatever costs including sacrificing his own needs and interests.

P/s: Sowi Irdina Abah tak sempat lagilah nak puisikan kehadiranmu. InsyaAllah bebila abah dah relaks sikit erk…

Dan Jijiknya Insan Yang Menipu…

Posted in Bebel, Famili, Sosial on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Setiap hari dok fikir macam mana cara nak ajar Putera dan Puteri dua perkara — JUJUR dan BALAS BUDI. Zaman makin kejam. Masa dunia makin singkat. Bukan senang nak ketemu orang yang ikhlas menolong. Apatah lagi berkorban demi kita. Suami atau isteri sendiri pun belum tentu sanggup buat tu semua untuk kita, apatah lagi orang lain.

Jadi bila ketemu orang yang ada untuk kita tatkala kita memerlukan, walaupun mungkin bukan sentiasa, tapi biasanya dia ada dan dengan ikhlas dan rela sanggup membantu malah berkorban segala-galanya yang dia ada untuk kita, maka berlaku jujurlah dengan dia, dan balaslah budinya sedaya upaya. Jangan sakiti dia walau sedikit. Bukan sebab kita nak dia terus menerus membantu dan berkorban untuk kita, tapi sebab kita mahu mudah-mudahan Allah SWT akan tunjukkan kepada kita jalan dan beri kita kekuatan untuk buat perkara yang sama demi mendapat ganjaranNya, insyaAllah…

Putera dan Puteriku… jauhilah oleh kamu insan yang menipu dan memperdaya. Sesungguhnya mereka teramat jijik, dan kebejatan serta kejelekan mereka boleh terpalit kepadamu!

Sambil Dengar Keretapi Lalu

Posted in Ekonomi, Famili, Santap on 14 Januari 2014 by Najwa Aiman

Tak masak lunch hari ni. Kita cari makan jom! Mana? Well… I know a place. Never tried there before, so let’s go now.

Kat Pantai Dalam. Kalau dari Bangsar, menghala ke Taman Petaling dan PJ Old Town selepas stesen KTM Komuter, selepas blok-blok flat. Sebelah kanan jalan. Sebelah kiri jalan tu landasan kereta api mek oi…

Ini set untuk 4 orang makan. Ditambah dengan sepinggan nasi kuning. Air asing-asing. Macam-macam jenis air bebudak ni order taw! Choyyy…

Nampak menarik? Yup. Rasanya sedap tak? Verdict: Lazat gak! Tu ayam golek 5 bintang Mek Som yang famous tu. Mek Som pernah masuk TV program masak-masak RTM sebab resepi ni. Dan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah tiba dan certify tempat ni.

And yes… Kalau ada duit lebih aku akan bawa family, kengkawan, sedara mara datang makan kat sini lagi. Harga memang berpatutan. Serius! Dan rasanya memang boleh puas hati semua laaa… Meh laaa… Errr… Mek Som tak nak kasi diskaun terhebat kat saya ke untuk promosi ni? Ikhlas berbayar ni tau… Tau… Taw… Aharks…!

Yang Ni Pun Boleh Kempis

Posted in Famili, SíPúT on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Yang mengandung dah pun bersalin. Dan ya, sebab isi perut tu dah keluar, maka kempislah perut tu. Menggelebeh sikit kut sebab kulit dok tegang sembilan lepas. Tapi biasanya memang ada cara nak kasi tegang balik. Apa-apa pun, yang penting bukan perut tu, tapi isinya yang dah keluar. Pastikan sihat, sempurna, dan akan disediakan dengan apa-apa yang patut buat bekalnya di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Yang masih menanti untuk dilahirkan, amalkan semua yang dah dipetua dan dipesan sejak bertahun dulu. Yang ni diri sendiri je yang boleh tolong sebab yang kena mengamalkan ialah diri sendiri. Orang lain tak boleh nak tolong amalkan. Harap-harapnya diamalkan. Yang menanti untuk Irdina hadir ke dunia bukan Irdina sorang je tau… Allah sempurnakan sifat dan akhlaq diri, isteri, suami, anak-anak dan zuriat, insyaAllah…

You Okay, Irdina…?

Posted in Ekonomi, Famili, Santap on 24 Disember 2013 by Najwa Aiman

Apa ke namanya entah benda ni, lupa pula aku. Anyways, graf atas tu heartbeat. Graf bawah tu contraction. Dan antara kedua-duanya tu movement. Kenapa bila contraction, heartbeat Aimy Irdina drop secara drastik? Sampai nurse pun masuk. Tapi dengan pantas dan drastik juga heartbeat tu catch up. Dan movement pun bertambah gak. Apa-apa hal pun, Aimy Irdina is going to be one active girl! Adoi laaa… Jauh jarak usia dengan Ayahanda dan Bonda tu duhai Irdina… Dan Ayahanda dan Bonda mesti tak larat sangat macam masa muda-muda dulu bila Irdina meningkat remaja. Kritikal… Kritikal… Robbii yasser wa laaa tu’asser… Robbii hablii min ladunka dzurriyatan thoiyibah. Innakas samii’ud du’aaa…

Dan kerja tempat baru ni memang dikelilingi stewardess, retail outlet girls, sexy K-Pop passengers, stewardess, pilots, stewardess, aircrafts, stewardess… macam-macam lagi, antaranya, coklat. Hari tu dapat coklat mahal lagi. Sebelum tu Godiva. First time aku dengar nama coklat tu. Macam Godzilla je. Tapi dia orang kata coklat mahal tu kut. Entah aku tak tahu. Aku dapat free, so belasah je la kan? Tapi dari rasanya, aku percaya memang coklat mahal. Kiranya macam spesis ais krim Haagen Daas la. Sebab memang sedap Godiva nih! Lazat… Alhamdulillah…

Dan hari tu dapat coklat free lagi, pun yang mahal juga katanya, cuma tak semahal Godiva tu. Dan bila aku makan… well… pada lidah dan tekak aku memang logik gak dia orang kata coklat mahal yang ni tak semahal Godiva walaupun still coklat mahal. Lazat… alhamdulillah…

Bibik Balik Krismas

Posted in Budaya, Famili, Sosial on 23 Disember 2013 by Najwa Aiman

Haah… Sabtu hari tu Bibik nak balik kampung dia bercuti. Nak lawat anak dia. Dan gambar atas tu kargo yang dia nak bawa balik ke sana. Hai… ni macam nak balik terus je ni Bibik…? Jangan Bibik… Jangan… Aimy Irdina insyaAllah nak datang ni… Dan bungkusan petak-petak warna merah putih tu sebenarnya berisi segala macam jenis makanan dan minuman macam Milo, Nescafe, tepung buat kuih, bahan-bahan memasak… bla bla bla… Cita-cita Bibik nak buka restoran bila dia ‘pencen’ kerja jadi bibik kat rumah kami. Tu yang segala ilmu memasak dan tok nenek resepi pelik-pelik dia belajar daripada Permaisuri tu… Semoga tercapai cita-cita Bibik, insyaAllah… Dan di jeti feri Port Klang yang memang aku datang dalam tiga empat tahun sekali ni dah nampak macam pusat tahanan PATI pula. Tu dia! Dia orang ni sebenarnya orang sana yang nak pulang atau orang sini yang nak berjalang? Eh… Berjalan! Tetiba jadi Ganu pulok… uhuk! Yes, pun intended… Kargo Bibik tu berat tersangat pulok tadi… Kalau kat tempat kerja aku memang aku risau takut pesawat tak naik atau kalau dah naik nanti menjunam. Tapi kalau kat sini… adoi laaa… Aku memang takut laut beb!

Anyways, betapa pentingnya Human Capital Development kan? Maknanya bila ambil orang kerja, prepare apa yang sepatutnya skill and knowledge yang perlu kan? Especially communication skills. Misalnya “cuci luar dalam” ialah “basuh luar, vakum dalam,” kan?Bukan ke? Ke? Atau sembur je foam basah tu luar dan dalam kereta! Jenuhlah nak tunggu kering tu…