Archive for the Feminin Category

Maaf

Posted in Orkid, Uncategorized on 3 Julai 2016 by Najwa Aiman

Engkau

Posted in Feminin, Orkid on 30 Mac 2015 by Najwa Aiman

Aku Tahu Kau Tak Percaya

Posted in Feminin, Puisi on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Ilham pokok orkid yang herot—


Yang Ni Pun Boleh Kempis

Posted in Famili, SíPúT on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Yang mengandung dah pun bersalin. Dan ya, sebab isi perut tu dah keluar, maka kempislah perut tu. Menggelebeh sikit kut sebab kulit dok tegang sembilan lepas. Tapi biasanya memang ada cara nak kasi tegang balik. Apa-apa pun, yang penting bukan perut tu, tapi isinya yang dah keluar. Pastikan sihat, sempurna, dan akan disediakan dengan apa-apa yang patut buat bekalnya di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Yang masih menanti untuk dilahirkan, amalkan semua yang dah dipetua dan dipesan sejak bertahun dulu. Yang ni diri sendiri je yang boleh tolong sebab yang kena mengamalkan ialah diri sendiri. Orang lain tak boleh nak tolong amalkan. Harap-harapnya diamalkan. Yang menanti untuk Irdina hadir ke dunia bukan Irdina sorang je tau… Allah sempurnakan sifat dan akhlaq diri, isteri, suami, anak-anak dan zuriat, insyaAllah…

Biar Betikkk…???

Posted in Feminin, Maskulin, Matang on 10 Januari 2014 by Najwa Aiman

Huh??? Macam-macam betullah dia orang nih… Dapat dari Whatsapp group nih… Hari tu ada terbaca tentang workout. Possibly workout di gym. Katanya workout 10 minit akan membakar gula dan karbohidrat dalam badan. Workout 30 minit baru bakar lemak. So sesiapa yang nak kuruskan badan kena workout dalam gym minimum 30 minit.

Kalau dah macam ni, mana-mana jantan yang nak kurus boleh tenung payudara 10 minit. Nak kurus lagi tenung lebih lama lagi… Gitu erk..? Aiyaaarrrkkksss…!

Errr… saiz payudara akan memainkan peranan tak? Macam mana pula kalau payudara pondan? May be dua kali ganda lebih kurus kut? Sebab lepas tenung kompem jantan akan lari lintang-pukang. Sihat tu!

Riwayat Baru Yang Jadi Hikayat

Posted in Islam, Nostalgia, SíPúT, Sejarah on 1 Januari 2014 by Najwa Aiman

Sejam tadi dah berlalu 2013. It’s just a number, tapi melewati usia, kan? So… kepada mereka yang tak mabuk sebab kalau mabuk kau orang takkan boleh baca ni… eheks…! Okey… Kalau tak mabuk, macam mana planning 2014? Terasa macam lain sikit sambutan tahun baru kali ni. Macam ada benda besar akan berlaku tahun 2014 ni. Selain daripada harga, apa lagi erk? Yang aku tahu kebanyakan negara yang rakyatnya semakin terhimpit biasanya memang akan berlaku benda-benda besar — demonstrasi besar, rusuhan besar, kematian besar, dan sesetengahnya kematian orang besar-besar dan orang-orang besar… Hmmm… Macam best jek… Macam best jek… Macam best jek…

Suka duka 2013? Well… I know I like one thing — result survey ni:

Dah terbukti kan? Pengganas antarabangsa yang diberi lesen mengganas oleh dunia… Ekekekekeke… Adeh… Adoi laaa… Dan lagi apa?

Well… Kalau berkaitan biologi, aku belajar bahawa haiwan SíPúT sememangnya spesis binatang. Fitrah binatang, apa binatang pun, akan buat apa saja, makan apa saja, peralatkan apa saja, berhelah dan menipu daya demi untuk terus hidup. Persetanlah kepada mangsa-mangsa binatang SíPúT itu. Tak apalah… Dapat buat SíPúT terus hidup dengan anak-anak SíPúT tu dah memadai sebagai amalan baik. Moga Allah mengambil kira sebagai amalan baik aku. Moga Allah beri ganjaran kepada aku jua.

Runtuhan bangunan ni pun kira peristiwa penting gak. Mujur tak ada yang cedera atau mati. Seriau aku bila dikhabarkan kisah runtuhan batu kat bangunan tu. Kalau kena kereta baru Alza hitam tu… Tak sanggup gak sebenarnya melihat penderitaan walaupun penderitaan yang pura-pura belaka. It’s still kerosakan harta benda berupa aset yang payah nak diperolehi. Baru pula tu. Alhamdulillah tak ada kerosakan.

Rezeki amat ketat pada tahun 2013. Tapi dalam ketat tu juga masih berusaha nak menolong. Maka memikirkan kebajikan dan kebahagiaan makhluk, walaupun amat berat, berhijrah gak. Harapannya ialah nak mencapai hasrat ikhlas yang Allah saja yang tahu untuk membela orang-orang yang aku sangka teraniaya. Rupa-rupanya… Adoi laaa… SíPúT… SíPúT… Tak apalah… Moga Allah beri ganjaran kepada aku. Ya Allah segala puji-pujian bagiMu yang mengajar hambaMu ini dengan kebijaksanaanMu…

Penghijrahan ni Allah berikan hikmahnya juga. Betul juga pengajaran Sang SíPúT — Allah beri ribut taufan sebab nanti lepas tu Allah akan beri pelangi. Walaupun pelangi yang diharapkan rupa-rupanya bukan pelangi yang sama, tapi tetap pelangi. Memang benar… apalah gunanya pelangi di gunung kalau yang diidamkan ialah pelangi di laut, kan? Alhamdulillah… Kadang-kadang pelangi tak bawa erti dan guna pun. Yang berguna ialah langit yang cerah. Dan biasanya langit paling cerah ialah sejurus selepas seriatnya hujan yang teramat lebat. Dan aku mahu langit yang cerah.

Walau apa pun, 2014 ialah novel baru. Sahabat lama forward gambar ni kat Whatsapp. Sekeping gambar ni je, tapi sangat menusuk kalbuku… cewah! Ekekekeke… But seriously, a picture speaks a thousand words. True. Gambar yang dia beri ni mengingatkan aku agar terus berusaha tinggalkan apa-apa juga yang tak baik — sama ada kejahatan diri sendiri, mahupun kejahatan orang lain, apatah lagi orang-orang jahat dan binatang-binatang yang sanggup tergamak buat apa saja demi untuk dia terus hidup. It’s going to be a new life for me, dan kita semua yang masih ada perikemanusiaan, insyaAllah. Benda busuk kalau ditutup macam mana pun, lambat-laun terbau juga. Bila yang terbau tu pula jenis orang yang yang cakap tak kira ikut suka hati je, memang terbongkar habislah. Isu duduk salah meja masa annual dinner pun boleh jadi asbab terbukanya topeng lantas mendedahkan bau yang semakin tengik… Adoi laaa… Moga sempat Allah kembalikan ke jalanNya… insyaAllah…

Selamat Menghayati Kehidupan Yang Semakin Pendek dan Perjalanan Yang Semakin Hampir Kepada Allah…

“Kenapa Mesti Ada Bulu?”

Posted in Bebel, Bodoh, Feminin, Matang on 31 Disember 2013 by Najwa Aiman

Ye lorrr… Hampir semua heroin novel Najwa Aiman mesti ada “bulu roma halus di lengan.” Kenapa? Tak boleh ke? Habis tu dah tak ada penulis lain nak buat heroin dia orang ada bulu roma kat lengan, akulah yang buat. Tak boleh? Ekekekekeke…

Saja… Inspirasi. Menjadikan wanita sebagai sumber ilham dalam novel? Tu bukan ke manipulasi seks? Mempergunakan wanita sebagai alat? Huh? Really…? Betul ke?

Entahlah… Kadang-kadang aku… Akulah… Kau orang tak kut sebab aku tak semulia kau orang… Kadang-kadang aku rasa macam melampau-lampau pula pejuang hak asasi ni. Tak kiralah hak asasi seks ke, hak asasi manusia sejagat ke, hak asasi binatang ternakan ke, mahupun hak asasi binatang liar. Galak sungguh menentang apa yang dia orang gelar manipulasi seks — mempergunakan daya tarikan seks wanita untuk melariskan produk. Hmmm… Dah kalau wanita yang jadi peragawati dalam iklan tu sendiri yang gunakan hak dia untuk buat keputusan bagi diri sendiri nak gunakan daya tarikan dia sendiri secara rela, tu bukan hak asasi ke?

Tu le natijahnya bila sempadan setiap sesuatu tu hanya berlandaskan takrif ciptaan manusia. Hah… tolak lagi kewujudan Tuhan. Nafikan lagi kebenaran hukumNya… Gaduhlah kau orang. Aku nak tidur… Ada daya tarikan seks tak nak masuk tidur ni…?