Archive for the Fiqh Category

Yang Tak Jelas Tak Halal

Posted in Bodoh, Fiqh, Gomen, Islam on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Isu ni le kan yang kecoh sekejap (yup… sekejap je…) dalam media massa hari tu kan? Logo HALAL JAKIM pada tin arak. Dah tentu-tentu orang tahu tu arak, dan arak memang tak halal kan? Bukan ke? Ke…?

Sebelum ni kecoh pasal logo HALAL palsu juga, tapi atas produk yang JAKIM tak pernah certify sebagai HALAL. Yang tu lagi berat sebenarnya, pada pandangan aku yang rabun ni le. Pandangan orang cerdik aku tak tahu le. Aku bukan orang cerdik.

Dan sebagai orang tak cerdik sangat ni, aku ulangi buat kesekian kali cadangan aku hampir 20 tahun dulu — wajibkan produk tak halal dapatkan certification TAK HALAL daripada JAKIM atau pihak berkuasa lain. Sebaliknya produk yang HALAL tak perlu dapatkan apa-apa certification. Maknanya, bagi produk makanan, sebelum boleh dijual, go through JAKIM atau mana-manapihak berkuasa dilantik untuk certify ia halal. Restoran, kasut, selipar, pakaian, aksesori pakaian, barangan daripada produk organis, bla bla bla… sebelum boleh masuk pasaran, JAKIM check dulu. Macam ubat. Sebelum boleh masuk pasaran, Kementerian Kesihatan kena certify dulu.

Boleh…?

Hikmah Gym

Posted in Fiqh, Islam on 7 Januari 2012 by Najwa Aiman

Sempat Lagi Ke Nak “Khuluk Dosa”?

Posted in Fiqh, Gomen, Islam on 24 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Merata-ratalah pula lagu-lagu raya sekarang ek? Tak ada ke pihak berkuasa tempatan ke, persekutuan ke, Bangsa-Bangsa Bersatu ke, haper ke, nak menghukumkan haram pasang lagu raya sekarang ni? Ada tak? Yang nak menghukumkan haram bertakbir raya sekarang ni sebelum tiba 1 Syawal ada tak? Ada? Hah… berfatwalah kalian mengejar nama… Aharks…!

Ada lebih kurang lima atau enam kali terawih lagi ni kan? Moga usia kita Allah SWT lanjutkan sampai ke saat terakhir Ramadan. Banyak nak dikejar ni, tapi masa makin suntuk, kudrat makin kering. Tapi kalau ditakdirkan Allah kita mati sebelum berakhir Ramadan, biarlah di saat-saat terakhir Ramadan masih bersisa supaya kita tetap dapat berkat dan fadilat Ramadan ni, dan supaya mati kita tak menyusahkan waris kita… insyaAllah…

Yang Penting, “Tunai”

Posted in Fiqh, Gomen, Islam on 12 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Sang rembulan di langit malam tadi dah hampir nak purnama. Malam ke 13 terawih hari ni. Baju raya, kasut raya, langsir raya, kusyen raya, spentot raya, stoking raya, hantu raya, awek raya, semua dah beli ke? Kuih raya, kacang raya, buah raya, lemang raya, ketupat raya, rendang raya, lauk-pauk raya dah order?

Kompeni bayar gaji awal ke bulan ni? Gomen dah dapat hadiah raya minimum RM500 tu. Kau orang dapat tak? Zakat dah bayar ke belum? Zakat fitrah beb. KL dan Selangor RM7.00 satu kepala. Masih sikit nilainya berbanding keperluan fakir miskin. Tapi aku masih panas hati dengan pihak berkuasa zakat. Berjuta-juta ringgit orang bayar zakat tapi masih ada gak Muslim sendiri yang terpaksa bergantung sumbangan daripada gereja sebab kecewa dengan pihak berkuasa zakat yang banyak songel…

Apa-apa hal pun, bayarlah zakat fitrah tu. TUNAIkan. Rukun keempat untuk jadi seorang Islam tau. Tak cukup rukun, tak jadi Islam tau, kan? Bukan ke? Ke? Dan kalau nak bayar zakat tu direct kepada penerima yang layak termasuk dalam lapan sanat lagi bagus kan? Sebelum solat Aidil fitri mesti dah TUNAIkan tu.TUNAIkan le zakat… secara TUNAI tau! Aharks…

Iftar Luar Atau Dalam?

Posted in Budaya, Fiqh, Islam on 25 Julai 2011 by Najwa Aiman

Macam biasa, hotel-hotel dah mula buat offer untuk iftar. Paling bangsat pun RM70.00. Entahlah… Kalau dalam bulan Sya’aban ni, sarapan aku biasanya dalam RM3.00, lunch dalam RM5.00 dan dinner… well… kalau makan luar biasanya dalam RM5.00 gak. Total makan sehari tanpa puasa ialah lebih kurang RM13.00.

Tapi bila puasa, sekali melantak 7 kali ganda harganya daripada melantak 3 kali pada hari tak puasa??? Hmmm… Tahniah wahai Mukmin dan Mukminah Malaysia… Aharks…!

Masalahnya, kengkawan dan para sahabat aku memang ada tradisi iftar ramai-ramai kat luar setiap tahun. Tak best le pulok kalau tak join. Dan masalahnya pula – seperti juga orang lain – so far kengkawan dan sahabat aku yang buat tradisi iftar reramai di luar ni ada beberapa group. So maknanya dalam sebulan tu dalam tiga empat kali gak la iftar kat luar…! Adoi laaa… Adoi… Tahniah gak kepada aku… Tahniah…! Adoi laaaaaaa…

Kalau Dia Yang Kejutkan Bini Untuk Berjimak Pula?

Posted in Bodoh, Fiqh, Islam, Sosial on 25 April 2011 by Najwa Aiman

Jarang baca paper sekarang, termasuk Harian Metro, tapi tadi terpandang berita yang amat menyedihkan ni—

Marah kejut solat Subuh
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh…

…“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat….

Ada ketikanya memang Permaisuri beta yang kejutkan pada waktu pagi dan sesekali waktu petang pun ada juga, untuk bersolat. Tapi kerapnya aku yang kejutkan dia pada tengah-tengah malam buta. Errr… bukan untuk bersolat le… But still masih untuk tujuan ibadat le juga weh… Aharks!

Bila Permaisuri kejutkan aku suruh bersolat, seingat aku tak pernah le aku marah dia. Cuma ada ketikanya bila aku kejutkan dia di tengah malam buta untuk tujuan ‘ibadat’ tu, dia taklah marah, cuma dia sengih senyum tapi mata terus pejam walaupun lengan mendepa nak menerima dakapan. Dia letihlah tu… Pun aku tak marah dia gak. Dan tak adalah pula aku beribadat sendirian… Aku lena balik je laaaa… Mana nak lazat kalau ‘beribadat’ dengan orang yang letih kan? Dan kuranglah afdhal kalau beribadat bukan secara berjemaah kan?

Lu fikirlah sendiri beb… Anyways, rasa macam berani gerenti — Harian Metro esok lu baca mesti ada temu ramah dengan tokoh agama dan masyarakat tentang berita kat atas tu. Mesti ada punyalah! Nak bet? Errr… kena marah tak kalau betting ni…?

Bakor! Bukan Poco-Poco!

Posted in Fiqh, Islam on 7 April 2011 by Najwa Aiman

No more poco-poco… in Perak. Sama macam no more smoking… in Selangor… dan KL. Joget lambak, strip dance, breakdance, slow dance, bla bla bla… yang tu tak pasti le pulak teman. Ghasa-ghasanye tak masuk le dalam kategori diharamkan fatwa negeghi lagi kut…? Entah… Mengkome caghi le sendighi… Teman bukan gheti menaghi pun. Sekadar sekali-sekala kalau kena majlisnya suka benor nak goyang-goyang badan, kaki, tangan, kepala, pinggang, lehior, tengkuk.. kekadang tu anu pun ikut sama nak bergoyang juge… Saja ngikut oghang lain yang menaghi tu haaa… Tapi disebabkan teman ni tak pandai benor taghe mana pun menaghinye, maka teman menaghi apa pun, ghopa lenggoknye macam tu le jugak. Teman menaghi zapin pun ghopa itu, menaghi joget pun ghopa itu, menaghi break dance pun ghopa itu, menaghi poco-poco pun ghopa itu.

Ate… kalau teman menaghi joget lambak tapi ghopa macam poco-poco, kighe haram jugak ke? Atau kalau teman nak menaghi poco-poco, tapi ghopa macam zapin, jadi tak haram pulak ke? Entahnye deme… Mengkome caghilah sendighi… Teman nak masuk bilik menaghi slow dance ni haaa… Tak tau le kalau bertukor pulak jadi breakdance mahupun yoga… Jeng jeng jeng…!