Archive for the Gomen Category

Kangkung, Ngangkung, Ngengkang, Ngangkang

Posted in Bebel, Bodoh, Gomen on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Rupa-rupanya kangkung ni bayam erk? Water spinach dalam bahasa orang kampung. Aku suka sayur tapi tak berapa gemar bayam, but kangkung memang aku sangat suka. Especially kalau goreng belacan dan ikan masin. Perghhh…!

Jadi isu besar lak ipomoea aquatica ni sekarang. Betul ke PM Najib ada umumkan tentang penurunan harga kangkung ni hari tu? Aku ni jenis tak ambil pusing hal camtu. Katak bawah tempurung aircon… eheks… Dalam FB pun kecoh. Ada yang terus sindir-sindir manja pasal kangkung. Ada yang kata kenapalah isu kangkung pun nak dibesar-besarkan macam tak ada kerja. Lorrr… Dah yang memula declare pasal kangkung ni bukan sembarangan orang – PM tu… Orang nombor satu Malaysia yang declare pasal kangkung, ofkoz le isu besar, kan? Bukan ke? Ke? Kalau aku yang declare pasal kangkung tu lain ceritalah… Atau kalau yang declare tu kongkang ke, atau yang menguruskan ekonomi negara tu spesis kongkang ke, memang le tak berbaloi nak jadi isu… Kan? Bukan ke? Ke…? Tahu ke kongkang tu haper? Nycticebus. Tahu tak…?

Anyways, hari tu baru je nonton untuk ke sekian kalinya filem Ngangkung kat Astro. Dan dah lama tak ngangkang. Berbulan dah… Kalau ngangkang lepas ni kompem jalan ngengkangTu memang jauh lebih best daripada cerita isu kangkung. Tapi tak boleh celen betapa lazatnya bercerita tentang filem Ngangkung, aktiviti ngangkang sampai ngengkang sambil ratah kangkung belacan… Mmmmm…

Datang Dari Mana Erk…?

Posted in Bodoh, Gomen on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Kat Malaysia pernah jadi tak? Entahlah… Cuba tanya Indah Water. Dia orang biasa ketemu hal macam ni tak di loji, atau saluran kumbahan, atau semasa buat khidmat sedutan? Tanyalah… Cer tanya… Cer tanya…

Anyways, harap-harapnya tak jadi kepada kita. Tu nasib baik sempat nampak dulu. Kalau dibuatnya masa tu emergency? Angkat toilet seat, tak tenung tak tengok lagi dah, punggung terus landing je… broootttt…! Ceplum! Sssssssss……….! Tetiba je “Adoi..! Adoi…! Adoi…!” Kebas buntut. Taik berterabur keluar pun tak terasa dah. Bisa dah merayap. Kalau jari jemari awek yang merayap kat situ tak apa juga…

Dan kalau dibuatnya haiwan tu ngap telur ke… buah ke… batang ke… Adeh!

Dan yang ni gambar di PJ. Bukan Paya Jaras daaa… Bukan Padang Jawa, Pandan Jaya mahupun Putrajaya. Ni Petaling Jaya. Menggunakan kamera henpon murah aku ni, boleh gak nampak dua biji cahaya merah tu lebih besar daripada biji-biji cahaya merah yang lain yang lebih kecil tu. Dengan mata kasar hari tu, merah-merah tu semua sama warna dan sama besar. Sebenarnya yang besar tu traffic light. sedang merah. Yang kecil-kecil tu tanglung. Pun sedang merah. Kalau orang tak biasa jalan ni, alahai… Bandaraya ni tau… bukan kampung. Awal tahun 2014 ni duit masih berlambak-lambak agaknya. Tu yang setiap roundabout dalam bandaraya ni habis dibina tugu-tugu baru. Entah apa guna tugu-tugu tu untuk pembayar cukai pintu dan cukai tanah ni… Dan juga tanglung-tanglung merah barcahaya tu…

Yang Tak Jelas Tak Halal

Posted in Bodoh, Fiqh, Gomen, Islam on 12 Januari 2014 by Najwa Aiman

Isu ni le kan yang kecoh sekejap (yup… sekejap je…) dalam media massa hari tu kan? Logo HALAL JAKIM pada tin arak. Dah tentu-tentu orang tahu tu arak, dan arak memang tak halal kan? Bukan ke? Ke…?

Sebelum ni kecoh pasal logo HALAL palsu juga, tapi atas produk yang JAKIM tak pernah certify sebagai HALAL. Yang tu lagi berat sebenarnya, pada pandangan aku yang rabun ni le. Pandangan orang cerdik aku tak tahu le. Aku bukan orang cerdik.

Dan sebagai orang tak cerdik sangat ni, aku ulangi buat kesekian kali cadangan aku hampir 20 tahun dulu — wajibkan produk tak halal dapatkan certification TAK HALAL daripada JAKIM atau pihak berkuasa lain. Sebaliknya produk yang HALAL tak perlu dapatkan apa-apa certification. Maknanya, bagi produk makanan, sebelum boleh dijual, go through JAKIM atau mana-manapihak berkuasa dilantik untuk certify ia halal. Restoran, kasut, selipar, pakaian, aksesori pakaian, barangan daripada produk organis, bla bla bla… sebelum boleh masuk pasaran, JAKIM check dulu. Macam ubat. Sebelum boleh masuk pasaran, Kementerian Kesihatan kena certify dulu.

Boleh…?

Reminiscence Prelude… Again…

Posted in Bebel, Ekonomi, Gomen, Idea on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

It’s almost the finale of 2013. And yes I too have a few objectives I’d love to realize in 2014. Should I use the SMART concept that will subsequently be supplemented with SMARTER? Poyo je kut… Uhuk!

There will be, insyaAllah, a new member for the family. Which means that I have to find ways to manage family finance more efficiently cogitating the severe economic inflationary escalation rate next year. Change lifestyle, say the foolhardy nincompoop from upstairs. Oh yes, I will change mine. And yours? It’s easy for you to say when every sen you spend comes from the hard-earned money payable as taxes for the people upstairs to maintain their and their families profligate lifestyles. Yup… Up yours! Ask not what the country can do for you because the country is nothing but a piece of soil on the face of the earth. Ask the people who manage that piece of soil then. What the heck are they doing to that small piece of soil upon which they share their livelihoods with other decent natural beings?

Okay Dzam, stop complaining. It’s time to get on with life – yours and your beloved ones. The ultimate purpose of life is demise anyway. Now that is the greater purpose, which I am yet to prepare, for myself and those whose undertakings and liabilities are upon me. Yet I am increasing the number of my responsibilities by an addition! Aiyaaarrrkkksss…! But fear not for such could also be syafa’at for me, right? If, and only if, I lead them well. Dang…

Change, or be changed, or be THE CHANGE. Live in the now. Cherish the past. And for the future, bring’em on!

Manifesto Manifesoto

Posted in Bodoh, Ekonomi, Gomen, Politik, Sumber on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

Dapat ni dari FB sahabat, dan aku share kat FB aku. Memang betul ke ada laporn ni dulu? Rasa-rasanya macam pernah dengar antara statement ni dalam kempen puak-puak BN dulu. Well… syukur alhamdulillah Tuhan bayar cash… kan? Bukan ke? Ke…? By the way, klik atas gamabr kat atas tu kalau nak saiz besar sikit.

Kepada Datuk Menteri

Posted in Ekonomi, Gomen, Kapitalis, Politik on 27 Disember 2013 by Najwa Aiman
You walk the talk first by marina mahathir from Zainul Z Abidin

Perfume dan Topeng

Posted in Bencana, Gomen, Semasa, Sumber on 17 Disember 2013 by Najwa Aiman

Bermula malam ni hampir 1 juta penduduk Malaysia di KL dan Selangor putus bekalan air selama 6 hari. Kurang sehari je nak seminggu. Dan sebagai pemastautin yang dah seumur hidup tinggal kat Lembah Klang ni, biasanya bekalan air akan sampai setelah 3 hingga 8 jam daripada apa yang dijadualkan. Ye lorrr… Air tu nak ambil masa gak bergerak dari loji, lalu paip besar bawah tanah tu, dan akhirnya sampai ke paip rumah kan? Hmmm… Orang KL dan Selangor yang memang hari-hari naik LRT, RapidKL, Komuter, ERL, bla bla bla… kena beli perfume bebanyak kut? Dan tak lupa juga, topeng. Serkup hidung. Spray sikit topeng tu dengan perfume. In case ada yang memang tak biasa pakai perfume dalam public transport. Ramai weh… Bangun pagi tak mandi terus naik dan bergayut dalam LRT. Bau tilam jek…

Dan pagi tadi dengar kat radio hujan lebat akan mula turun semula di Pahang dan Pantai Timur Semenanjung untuk beberapa hari tak berhenti. Gelombang kedua banjir akan melanda nampaknya. Belah barat kering air sampai tak boleh nak mandi, belah timur berlambak air sampai bah… Seluruh negara ni diperintah dan ditadbir oleh satu kerajaan je kan? Bukan ke? Ke…?

Anyways… Errr… Ada sesiapa nak order mineral water? Berapa katon mahu? Nampaknya seminggu ni aku tak shave laaa… Kompem berjambang bermisai nih. Putih pula tu. Haaa… ada chance kerja part time kat mana-mana supermarket jadi Santa Claus nih!

Kita doakan Allah beri yang terbaik untuk kita semua buat ikhwan dan ikhwati sama ada di Pantai Timur yang bakal dilanda bah, begitu juga di Pantai Barat yang akan kemarau bekalan air. Moga Allah mengiringkan berkat dan rahmat di sebalik semua qada’ dan qadar ini… insyaAllah…