Archive for the Muzik Category

Engkau Laksana Bulan

Posted in Islam, Muzik, Nostalgia, Novel on 5 November 2010 by Najwa Aiman

Ooo… Kau cabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah Kaubezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah manusia begitu

Teringat antara lagu kegemaran beta — Engkau Laksana Bulan (P. Ramlee) — yang aku selalu dengar masa baru baligh dulu. Gerun aku dengar lirik part korus tu. Lagu…? Hmmm… lagu yangaku ingat? Ayat al-Quran ada yang teringat tak? Eheks… Adoi laaa… Wahai aku… Sesungguhnya kau nyaris tersesat!

Sebenarnya kemaafan ialah yang terbaik bagi semua, tak gitu? Wahai diri dan jiwa yang hina… Kembalilah kepada mengingati Allah SWT dengan lebih kerap… Sudahkah aku lupa pada kelazatan iman? Sudahkah aku lupa pada kelazatan amal? Sudahkan aku lupa pada mati? Sesungguhnya mati itu benar. Neraka itu benar. Syurga itu juga benar… Dan di akhirat kelak kita akan dikumpulkan dan dihadapkan ke hadrat Allah ‘azzawajal atas segala amalan… Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun… Tidakkah aku juga harus memaaf dan mengampuni…?

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. ~ Surah ar-Raad ayat 28.

“Ketiak Siapa Busuk?”

Posted in Feminin, Hiburan, Muzik on 21 Januari 2010 by Najwa Aiman

Kerap gak aku dengar satu lagu Indo nyanyian Rossa ni. Ohhh… sungguh teramat banget menepati cita rasa beta si kecil molek dan cute banget Rossa… Ohhh… Dia masih available lagi kan sekarang? Ohhh…

Alah… melencong lak. Anyways, aku tak pasti judulnya tapi aku agak Hey Ladies kut? Sebab frasa tu ialah frasa pertama dalam korus dan fras tu kerap diulang-ulang. Biasanya orang bagi judul lagu style gitu le kan? Bukan ke? Ke? Eheks… Antara lirik yang agak lekat kat kepala aku sambil aku headbanging dalam kereta setiap pagi dan petang ialah yang bunyi lebih kurang “Memanglah tak semua laki-laki busuk”. Huh? Haper tu?

Selain tu, lirik yang berbunyi lebih kurang “Hey ladies sekarang cinta pakai otak”. Damn… Habislah sudah nilai cinta sebagai sesuatu yang letaknya di hati. It’s no longer emotion now… But then… best gak! Kebanyakan lelaki pun memang dah lama pakai kemaluan untuk cinta. Tak pakai hati pun. Kepala tu memang pakai la atpi bukan kepala otak… ekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!

Di penghujung lagu ada suara budak bertanya dalam bahasa Indo something like “Ladies tu apa?” Cute je bunyinya. Nasib baik dia tanya Rossa. Kalau dia tanya aku… hihihihihihi… eheks…!

Tapi Rossa memang menepati cita rasa… dan juga saiz aku… ohhh… Aku cinta padanya! Ohhh…

p/s: Aku sebenarnya agak-agak je yang penyanyi ni Rossa berdasarkan bunyi suara. Kalau silap minta sowi bebanyak dan sudi-sudilah betulkan ek.

p/s lagi: Aku suka sangat entri aku yang ni (ya… aku sendiri yang puji. Kenapa?) sebab ada gambar Rossa yahg teramat cute, cun dan manis banget!!! Aku suka dia! Aku suka dia! Aku sula dia! Eh… ada typo ek?

Tarik…!

Posted in Hiburan, Muzik on 11 Januari 2010 by Najwa Aiman

Aku tak tonton AJL malam tadi. Pagi tadi masa driving dengar kat radio rakaman persembahan kumpulan Search. Best! Dia orang nyanyi medley lagu Pawana dan Fantasia Bulan Madu. Aku suka! Untuk Fantasia Bulan Madu Amy nyanyi bahagian—

Buuu…lan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Buuu…lan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagiii…

Aku sangka dia nak sambung ke peak lagu tu yang Andai dipisah… Laut dan pantai… Teruja nak dengar Amy tarik bahagian tu. Tetiba aku realize aku yang terpekik sorang-sorang dalam kereta nyanyi part tu. Amy Search pula bawa balik lagu Pawana. Aik! Aiseymen…! Terencat stim kejap. Barangkali Amy pun dah tak larat nak tarik lagi ek? Tak apa le… kita sama-sama dewasa… eheks…

But I still luv u guys…! Best betul headbanging sensorang macam kena gigit makhluk asing kat dalam kereta kat traffic lights tadi. Awek misi yang cute-cute melintas jalan depan kereta aku tadi mesti tangkap cintan maut punye! Ekekekeke…

Di Jiwaku Malar Hijau

Posted in Hiburan, Muzik, Nostalgia on 10 Disember 2009 by Najwa Aiman

Lagu yang aku masih suka banget… sejak dulu… sampai kini… serius! Meh dengar sesama ek… Jom!

p/s: Kau orang boleh dengar ke lagunya? Sesetengah tempat tak boleh dengar. Nasib laaa… ekekekek…

A.Romzi and The Hooks – Lagu Tiga Kupang.mp3

get more free mp3 & video codes at www.musik-live.net

Irama Jiwa

Posted in Hiburan, Muzik, Nostalgia on 1 November 2009 by Najwa Aiman

Yes, I too, like everyone else, have my own collection of songs. Some of which reflect the renaissance of nostalgic memories indeed… eheks…

Apa ke jadah aku tulis dalam bahasa yang diharamkan para dewa pulok tu? Isy… anyways, kenapa sesetengah lagu tu jadi nostalgik bagi sesetengah kita? Ada ke sebab iramanya? Atau liriknya? Atau sebenarnya lagu tu jadi nostalgik kita sebab pada masa kita melalui peristiwa bersejarah dalam hidup kita tu, kebetulan lagu tu le yang famous seluruh negara masa tu? Hmmm… Ada possibility tak teori aku yang ketiga tu yang benar? Hmmm…

Anywas, aku nak hayati lagu memori aku sekarang. Dah! Pergi jauh! Jangan kacau aku!

Kalau Gelak Tu Lawak Le

Posted in Hiburan, Muzik, Nostalgia, Sumber on 1 November 2009 by Najwa Aiman

Ada lagi tak lagu lawak atau lagu jenaka zaman la ni? Selain daripada lagu Joget Di Manalah Jodoh daripada Ali Mamak tu le. Tapi tu lagu saduran sebenarnya kan? Aku cerita tentang lagu lawak original. Dicipta sejak asalnya sebagai lagu lawak. Macam lagu Hasan dan Hasnah nyanyian Ismail Mu Kasim dan Nona Asiah tu. Lagu tu dinyanyikan semula oleh Uji dan Hail tapi liriknya ditukar… adoi laaa… Aku suka banget lirik asalnya. First time dengar aku gelak siot… eheks… Kau orang tau tak lagunya macam mana? Lirik original rangkap pertama bunyi gini—

Hasan suka jaga lembu
Hari-hari curi jambu
Kalau nampak Tok Penghulu
Tentu engkau kena palu

Haaa… tau kan? Irama dan liriknya memang lawak. Ni baru betul lagu lawak,kan? Ada cerita dalam lagu tu. Seronok lelaki dan perempuan ni bergaduh, saling kata mengata dalam lagu. Memula si perempuan mengata lelaki dalam rangkap kat atas tu. Lepas tu lelaki tu mesti le balas—

Hasnah juga budak jahat
Suka curi ikan sepat
Kalau emak engkau lihat
Tentu engkau kena sebat

Ofkoz lepas tu saling balas membalas le. Tapi oleh kerana penciptaan lagu zaman tu dominasinya orang jantan, maka liriknya berbau daki le… eh…? Maksud aku berbau maskulin le… eheks… Asyik tepat mengena perempuan je. Rangkap nyanyian lelaki ada yang begini—

Gadis tidak tahu malu
Suka jalan hilir hulu
Masak nasi pun tak tahu
Nanti siapa yang mahu

Hasnah anak Tok Penghulu
Rupa dia macam hantu
Rambut dia menggerutu
Tentu banyak simpan kutu

Orang perempuan mesti pandai masak dan mesti pandai jaga diri. Tu mesejnya kan? Bukan ke? Anyways, aku suka banget satu rangkap (nyanyian yang lelaki ofkoz) dekat-dekat nak akhir bunyi gini—

Engkau bodoh macam lembu
Suruh belajar tak mahu
Nanti baru engkau malu
Alif sangka batang kayu

Sumpah aku gelak bila dengar stanza terakhir tu… ekekekekekeke… Kalau kau orang nak dengar lagu lengkap boleh ke YouTube ni. Kepada owner channel YouTube tu, mrcupan, I love your collection man! You make me happy! Thanks!

Kereta Lembu Helen Velu

Posted in Estetika, Hiburan, Muzik, Nostalgia on 23 Oktober 2009 by Najwa Aiman


Salah satu hobi zaman belum baligh dulu ialah mengerjakan turntable Alang… eheks… Turntable laaa… Record player… Pemain piring hitam… Piring hitam…? Alaaa… Yang rappers guna untuk buat bunyi ngilu-ngilu tu… Bunyi rekod rosak laaa… Isy!

Anyways, salah satu lagu favourite aku dulu ialah lagu Kereta Lembu nyanyian Helen Velu. Kereta lembu…? Yalah! Kereta lembu! Macam kereta kuda tu le… Tukarkan kuda dengan lembu je…! Isy…! Bebudak zaman sekarang ni kan… hmmm…

Jap… Helen Velu…? Siapakah itu Helen Velu? Well… Helen Velu tu analoginya ialah Jaclyn Victor zaman sekarang… hehehehe… Antara lagu Helen Velu yang jadi favourite aku gak masa tu ialah lagu Hot Pants dan satu lagu bahasa Sepanyol rasa-rasanya. Judul lagu Sepanyol tu lebih kurang Luna Lunera. Aku rasa macam aku hafal je lagu tu sampai sekarang… hmmm…