Archive for the Novel Category

Gusti Putri Retno Dumilah

Posted in Budaya, Estetika, Hiburan, Novel, Sejarah on 28 Disember 2013 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap daripada Deviantart.com karya byako0x.

Memang sambil nonton Puteri Gunung Ledang (Tiara Jacquelina yang cun) ni. Laksamana Hang Tuah (Sifu M. Nasir) memang macho. Tetiba teringat Hikayat Hang Tuah karya Tun Sri Lanang. Dihikayatkan bahawa bila Sultan Melaka hantar rombongan meminang ke Gunung Ledang, Puteri Gunung Ledang yang sampai la ni tak ada sesiapa pun tahu nama sebenar dia termasuklah rombongan meminang tu (tapi dalam versi Tiara Jacquelina nama dia Gusti Putri Retno Dumilah le pulok) , letak syarat peminangan begini—

  1. Jambatan emas sebagai laluan Sang Puteri dari Gunung Ledang ke Melaka (tak sebut pasal tol)
  2. Jambatan perak sebagai laluan Sang Puteri dari Melaka pulang ke Gunung Ledang (pun tak sebut pasal tol)
  3. 7 tong air mata anak dara buat air mandian Sang Puteri
  4. 7 tong air pinang muda pun untuk buat air mandian Sang Puteri
  5. 7 dulang hati kuman (tak tahu la dia nak buat apa hati kuman ni)
  6. 7 dulang hati nyamuk (pun tak tahu gak nak dibuat apanya)
  7. 1 mangkuk perak berisi darah Putera Sultan Melaka (vampire gamaknya Puteri Gunung Ledang ni? Nasib baik bukan 7 mangkuk weh!)

Kreatif betul Tun Sri Lanang. Pengajarannya apa ya? Kita belajar apa yang kita belajar. Bagi aku yang tak pandai macam penulis dewa ni, pengajarannya ialah untuk para awek yang nak menolak pinangan jantan yang dia tak suka atau tak berminat, haaa… beginilah caranya. Letak syarat merapu macam tu.

Anyways, macam yang aku pernah tulis dulu, Hikayat Hang Tuah ialah sebuah novel fiksyen karya penulis dan penglipur lara Melayu antara yang hebat — Tun Sri Lanang. tu pendapat aku le… Dalam entri aku tu pun ramai gak yang membangkang dulu. Sampai nak berpencak silat pun ada mempertahankan kewujudan Hang Tuah lima bersaudara. Keturunan Hang Tuah lima bersaudara pun masih ramai sekarang ni. Berhijrah ke utara. Antaranya  — Hang lapaq ka, Hang dah makan, Hang nak pi mana, Hang marah aku ka, Hang pelaq la, Hang loklaq betui… bla bla bla… “macam-macam Hang ada kat sini” kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok.

Maka bagi aku juga, Puteri Gunung Ledang tak wujud. Kalau dia Melayu, apa kejadahnya hang Tuah dan Tun Mamat tak jumpa mak bapak Puteri Gunung Ledang tu untuk meminang? Kalau dia Puteri, dah tentu bapak dia raja. Raja mana? Raja Kapor? Atau Raja Gunung Ledang? Siapa? Negeri apa Gunung Ledang tu?

Yup… Tu Puteri Gunung Ledang mandi kat Sungai Ledang. Dan ya, masih tetap pakai perhiasan emasnya dalam sungai. Dalam adegan tu bila dia bangun, loket emas besar sebagak tu masih di dada. Moralnya: zaman tu emas memang teramat mahal, walaupun bagi seorang anak raja, apatah lagi anak raja yang tinggal dalam hutan atas gunung. So tak boleh tanggalkan dan letak suka-suka kat tebing.

Dan kalau dia bukan Melayu, malah Hindu pula mengikut teori filem Tiara Jacquelina tu, patutlah dia tak nak kahwin dengan Sultan Melaka yang masa tu Muslim. Susah nak jumpa Hindu sanggup masuk Islam tau. Especially zaman tu sebab Tanah Melayu asalnya diasaskan atas landasan Hindu bila Parameswara buka Melaka. Jiran sekeliling yang merupakan kerajaan besar, hebat dan gagah perkasa pun Hindu — Majapahit, Acheh, Siam. Agaknya semasa Islam mula menguasai pemerintahan Tanah Melayu, segelintir Hindu tegar berhijrah keluar dari Melaka. Antaranya panjat Gunung Ledang. Mungkin Puteri Gunung Ledang tu salah sorang atau keturunan daripada salah sorang yang berhijrah dan buka negeri Hindu di sana. Anak sami Hindu agaknya dia…

Pesta Buku 2012 Aku…

Posted in Bahasa, Feminin, Novel, Semasa, Sosial on 6 Mei 2012 by Najwa Aiman

Ni tentang aku — ya… aku, Najwa Aiman — kat Pesta Buku Antarabangsa 2012. Nak baca, silakan. Tak nak tahu, tak paksa pun… ekekekeke…

So apa yang aku hadapi dalam Pesta Buku tahun ni…? Well… as usual…

Aku duty macam biasa. Sain autograf dengan tagline Najwa Aiman mengikut tahun dan musim kepada mereka yang mahu autograf Najwa Aiman…

Dan ofkoz aku akan tumpang minta include camera aku juga bila ada pembaca yang minta izin nak bergambar dengan Najwa Aiman dengan kamera dia orang… hehehehehe…

Dan sesungguhnya, bulan takkan mungkin bersinar tanpa mentari. Promoter ni semualah mentari, sedangkan penulis macam aku, especially yang gerhana macam aku, hanya sekadar menumpang cahaya mereka untuk bersinar menerangi bumi di malam hari… Yup… Penulis macam aku sekadar menjadi ejen kepada matahari untuk syif malam.

But ofkoz… bulan pun di angkasa juga duduknya walaupun tak sejauh matahari. So bulan pun mestilah nak kadang-kala berada dekat dengan matahari kan…? Kan…?

Dan matahari tu hanya sebutir daripada jutaan bintang. Antaranya bersinar membawa karektor baru untuk heroin baru Najwa Aiman. Yup… Deskripsi heroin yang tetiba muncul dalam realiti. Tapi penampilan je laaa… Perawakan dan sifat, nope… Not yet…

Dan di Pesta Buku ni juga aku kena pukul dek Optimus Prime. Bengong… Dah le datang negara orang, nak pukul orang tempatan pula… Apa dia ingat dia tu siapa…? Hmmm… Macam tuju kat orang tertentu je ayat aku tu kan…? Kan…? Bukan ke…? Ke…?

Dan aku juga telah ditikam… oh! Bisanya…! Oleh seekor robot ntahapenama yang penuh dengan tatoo tulisan Jepun. Ni robot apa ek…?

Apa-apa hal pun, terima kasih kepada Creative Enterprise sebab masih lagi jemput aku duty kat Pesta Buku 2012 ni walaupun dah bertahun Najwa Aiman tak ada buku baru. Buku dalam proses. Sebenarnya draf manuskrip novel Tentang Lina yang masih belum siap tu dah dihantar kepada penerbit untuk tujuan preliminary assessment — menilai sama ada layak terbit atau tak bahasa dan pendekatan gitu. Aku malaslah nak bersusah payah habiskan manuskrip yang akhirnya nanti tak diterima khalayak atas sebab-sebab yang akan buat aku mencarut. Maka eloklah biar ada preliminary assessment dulu sebelum aku teruskan. Let’s wait and see…

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 PWTC

Posted in Bahasa, Iklan, Novel on 28 April 2012 by Najwa Aiman

Hari/Jam

10.00am-4.00pm

4.00pm-9.00 pm

27 April 2012 (Jumaat)

Haslinda Ismail

28 April 2012 (Sabtu)

Haslinda Ismail

Najwa Aiman

29 April 2012 (Ahad)

Najwa Aiman

Haslinda Ismail

1 Mei 2012 (Selasa)

Najwa Aiman

Zuraidah Othman

5 Mei 2012 (Sabtu)

Najwa Aiman

Zuraidah Othman

6 Mei 2012 (Ahad)

Haslinda Ismail

Zuraidah Othman

Kecewa

Posted in Idea, Novel on 27 Jun 2011 by Najwa Aiman

Tak Pernah Bersedia

Posted in Idea, Novel on 1 Jun 2011 by Najwa Aiman

Ada perkara yang kita bersedia untuk hadapinya dan bila ia melanda, kita tak tergugat. Misalnya hujan lebat.

Ada perkara yang kita fikir kita dah bersedia nak hadapinya tapi bila ia melanda, rupa-rupanya kita binasa jua. Misalnya gempa bumi.

Ada perkara yang kita tahu bahawa kita takkan mampu menghadapinya walau apa jua persediaan yang kita buat dan bina. Misalnya tsunami.

Ada perkara yang kita mahu sangat-sangat bersedia menghadapinya tetapi kita tahu bahawa takkan ada apa pun persediaan yang mampu menghalang kita daripada menderita tatkala ia melanda. Misalnya bila dia kembali.

Perbezaan Kita…

Posted in Idea, Novel on 31 Mei 2011 by Najwa Aiman

“Kau lebih utamakan dia daripada aku?”

“Ya.”

“Kau lebih sayangkan dia daripada aku..!”

“Tidak.”

“Bagaimana mungkin…???”

“Mengutamakan dia tak bermakna aku lebih sayangkan dia daripada kamu. Mengutamakan dia lebih daripada kamu kerana tanggungjawab aku. Menyayangi kamu lebih daripada dia kerana itulah yang dibisikkan oleh kehendak hati aku. Yang datang dari hati sememangnya sentiasa ikhlas. Sedangkan yang aku buat nampak di mata belum tentu apa yang aku mahukan dalam hati. Di situlah kau dan aku berbeza…”

“Kenapa kita berbeza?”

“Kerana kau lebih utamakan dia sebab kau memang lebih sayangkan dia daripada aku. Bisikan kehendak hatimu memang mahu sayangi dia melebihi kau menyayangi aku. Sedang aku tak demikian. Kita berbeza kerana kau bijak, sedang aku terus dalam kebodohan…”

Tentang Lina (Siri 55) – Serius Antarabangsa

Posted in Novel, Siri on 8 Februari 2011 by Najwa Aiman

PAGI. Di Malaysia. Tak sejuk macam kat UK. Aku tak pakai baju. Sekadar berseluar cerut sambil mop lantai. Ya… memang aku rajin. Aku tau. Tak payah puji, nanti aku malu… aharks…! Tiba-tiba abang posmen sibuk bunyikan hon motor dia yang bunyi macam anak burung enggang tersepit tu.

Aku pun bergegas ke pintu pagar. Nak apalah abang posmen ni pagi-pagi lagi dah menjerit-jerit melalak. Bukan ke sepatutnya dia hantar surat lambat lagi?

“Tolong sain sini,” dia kata sambil menunjukkan pada aku sehelai borang. Sambil tu dia serahkan kepada aku… errr… sebuah… atau sekeping… atau… apa pulalah penjodoh bilangan yang aku nak gunakan untuk benda ni? Sekepinglah! Senang cerita.

Pagi tu sebenarnya aku terima sekeping surat yang sebenarnya sebuah bungkusan daripada UK. Kalau daripada UK tu memang tak ada orang lainlah yang hantar tu. Mestilah Basheeran Zaman. Eh? Bukan ek? Oh… bukan rupa-rupanya… hehehe… Bungkusan tu daripada Liza.

Apa benda ni ya? Aku bergegas masuk ke rumah semula. Memang dah terlupa langsung dah tentang lantai yang masih belum habis mop tu. Pantas tangan aku buka bungkusan. Apa benda yang Liza bagi ni? Keras semacam aje. Pinggan ke?

Oh…! CD rupa-rupanya… Melihat cover CD tu serta-merta buat aku teringat pada salah satu sembang aku dengan dia sebelum ni tapi aku tak ingat sama ada sembang di telefon atau dalam surat. Yang aku ingat, memang dia dengan aku pernah sembang tentang muzik. Well… sebenarnya topik muzik tu memang salah satu topik yang kita orang kerap sembang sama ada dalam telefon atau surat. Bercerita tentang muzik yang diminati, dan, yang paling lazim sangat, masing-masing-masing berteori tentang cerita dan maksud di sebalik lirik lagu-lagu yang jadi topik perbahasan tu. Biasanya lagu Inggerislah, sebab Liza seorang siswa kesusasteraan Inggeris. Aku? Aku bukan hebat sangat berbahasa Inggeris tapi apa topik pun kalau sembang dengan awek aku mesti akan cuba masuk jugalah. Nak tunjuk handallah konon-kononnya kan… eheks…!

Anyways… CD tu ialah CD Celine Dion. Memang aku pernah cakap kat Liza dulu bahawa antara penyanyi orang putih yang aku minat ialah Celine Dion. Sememangnya semasa aku baru nak berangkat balik ke tanah air tu ada ura-ura Celine Dion nak keluarkan satu CD baru. Pernah gak cakap pada Liza bahawa next CD Celine keluar, kalau aku masih kat UK, aku akan cuba beli.

“Kat Malaysia pun boleh beli, kan?” dia kata.

“Kat Malaysia mahal,” aku balas. “Sekeping CD tu harganya boleh buat bekalan makanan seminggu tau.”

Dan sememangnya Liza bersetuju dengan aku sebab harga CD kat UK boleh dianggap amat murah berbanding di Malaysia. Malah boleh beli second hand lagi. Biasanya dengan harga 0.99 p, yang pada masa tu lebih kurang RM8.00 aje. Try cari CD harga tu kat Malaysia zaman tu kalau kau orang hebat sangat… aharks!

Tapi, seperti yang telah dijangkakan pun, memang aku tak sempat nak beli CD Celine tu. Bagi aku dah kira melepaslah tu. Zaman tu memang belum ada lagi kaedah nak download lagu secara haram dalam format MP3 ke, WMA ke, apa ke… Dan atas sebab tu aku terima dengan rela ajelah nasib aku yang tak ada rezeki nak beli CD Celine Dion tu.

Tapi barangkali betullah kata orang… bila kita reda pada suatu kehilangan, kita akan diberikan rezeki terkejut! Dan aku dapat CD terkejut! Astaga wa esta bagadud… Rezeki terkejut bagi aku tu bukanlah CD Celine Dion tu sangat sebenarnya. Rezeki terkejut tu ialah Liza yang masih ingat tentang aku! Adoi laaa

Ini memang satu benda serius beb! Ini bukan serius calang-calang beb… Ini serius antarabangsa beb!

Dan aku tiba-tiba jadi takut… Takut banget! Takut memikirkan apa sebenarnya yang ada dalam hati Liza. Takut memikirkan perasaan Liza yang sebenarnya terhadap aku. Sedangkan aku dah berada begitu amat jauh beribu-ribu kilometer daripada dia, dan dia masih ingat pada aku sampai sanggup belikan dan pos CD Celine Dion ni kepada aku! Weh! Aku dah bertekad sebelum ni akan jadi baik dan takkan mempermainkan hati dan perasaan perempuan walaupun perempuan dah mempermainkan hati dan perasaan aku macam produk Toys-R-Us. Lebih-lebih lagi hati dan perasaan perempuan seperti Liza. Oh tidak! Tidak! No! No! No! Bukan Liza! Aku tak mahu lukakan hati awek seperti Liza. Tak mahu!

Tapi aku kat Malaysia sekarang ni tengah sibuk nak kejar dan tawan hati gadis comel dan menarik bernama Zah. Gadis yang berjaya menawan lantas mengurung aku dalam Alcatraz emosi yang sungguh bertahap maximum security. Hujung minggu ni aku akan ikut dia ke Seremban. Jumpa kakak dia pula tu. Kakak bukan sebarang kakak tau. Ni kakak sulung dia tau! Yang dah ada empat orang anak tau! Alahai… Macam mana ni…???

Sebenarnya apa dia perasaan Liza terhadap aku ni? Apa? Boleh ke aku buat tanggapan yang Liza sayangkan aku dan anggap aku kekasih dia semata-mata sebab dia ingat tentang cita rasa muzik aku dan berbelanja wang beli CD dan pos nak menghantar CD Celine Dion terbaru kepada aku kat Malaysia ni? Hanya sebab tu? Kalau aku fikir dia anggap aku kekasih hanya atas sebab tu, aku layak jadi jantan perasan tak?

Tapi kalau aku tak anggap macam tu, aku layak dianggap jantan kejam pula tak? Jantan yang mempermainkan hati dan perasaan gadis sebaik dan setulus Liza?

So macam mana ni? Perlu tak aku balas surat panjang yang mengiringi CD dia tu dengan pertanyaan “What am I to you, Liza?” Patut ke?

Dan kalau dia balas “You’re someone I love,” aku nak buat macam mana lepas tu? Tunggu Liza kembali ke tanah air dan lupakan Zah yang — sama ada Zah sendiri sedar atau tak — dah tawan hati aku sejak sebelum aku ke UK lagi? Zah yang aku tak dapat nak buang dari imaginasi dan ingatan walau macam mana pun aku cuba? Zah yang sentiasa sambut aku datang dengan senyuman mesra dan manisnya walau penat macam mana pun dia? Zah yang sehingga ke saat tu tak pernah lagi aku nampak wajah dia tanpa senyuman, atau diukir kemarahan, kesedihan mahupun keseriusan?

Dan kalau aku tunggu dengan setia kepulangan Liza, dan tanamkan cinta dan kasih kepada dia (yang sememangnya pernah aku fikir dan inginkan macam tu pun sebelum ni), ada jaminan ke yang aku lepas tu akan dapat lupakan Zah? Sedangkan semasa masih dengan Lina H dulu pun aku tak dapat buang Zah, inikan pula… adoi laaa

Apa patut aku buat ni…? Waktu untuk ikut Zah ke Seremban tak lama aje akan berkunjung dalam dua tiga hari lagi ni. Patut aku ikut aje Zah ke Seremban dan buat keputusan berdasarkan apa yang berlaku kat sana nanti? Atau aku buat keputusan sekarang dan putuskan sama ada patut ikut Zah ke Seremban atau tak?

Oh… kepada siapa aku nak mengadu hal ni…? Sebelum ni aku mengadu kat siapa ek? Tak ada siapa pun. Aku handle sendiri aje. Tapi kali ni…?

Kena rujuk kepada Garn, Kid dan Shagul ke…? Ajak dia orang datang rumah sambil main kucing dengan aku? Eh? Main kucing?

Wallaweh! Hal serius ni weh! Nak main-main pula ek? Main kucing pula tu! Tapi bila ajak dia orang datang rumah, dan bila dah lepak dengan dia orang, memang aku takkan keluarkan masalah aku punya. Sesi tu akan jadi sesi lepak sesama jantan punya. Dan aku —macam biasa — akan rasa terhina amat kalau aku terpaksa rujuk kat orang tentang masalah emosi aku… adeh!

Aku nak tanya siapa ni…? Dan patut ke aku teruskan rancangan aku membalas surat Liza dengan pertanyaan tulus ikhlas aku tu? Dan bersedia ke aku dengan respons yang sewajarnya nanti?

Dan… jauh di sudut paling dalam di hati aku ni, perasaan apa sebenarnya yang aku ada terhadap Liza…? Hmmm… perasaan apa ek…?

Aku kena buat muhasabah diri ni. Kena buat penilaian sendiri ni. Mesti!

Bahawa aku memang ada keinginan untuk jadikan Liza teman sehati sejiwa aku? Gadis seperti Liza tu?

Ya.

Bahawa aku amat berharap Liza sayang pada aku dan mahukan aku sebagai kekasih dia?

Ya.

Bahawa aku akan bahagia kalau Liza ada bersama aku?

Ya.

Bahawa aku akan selesa setiap kali di sisi Liza?

Ya.

Bahawa aku tak boleh nak rasa marah bila ditemani Liza?

Ya.

Alamak! Ini memang isu serius antarabangsa beb…!!!

Bersambung…

Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…

Tentang Lina (Siri 54) – Tapak Pertama, Langkah Ke Berapa…?

Posted in Novel, Siri on 6 Februari 2011 by Najwa Aiman

LENCUN. Satu perkataan tu aje yang aku boleh gambarkan keadaan tubuh badan aku bila kembali ke tanah air. Alam semula jadi memang dah demikian ditentukan fitrahnya oleh Tuhan, agaknya ya? Bila dah bertahun tubuh badan mengadaptasi diri dengan iklim sejuk beku peti ais, nak laras semula tubuh badan kepada iklim tempat tumpah darah ni memang seksa sikitlah mula-mula tu. Orang lain elok relaks aje, aku pula rasa panas bahang berpeluh-peluh berlengas-lengas seluruh badan sampai ke celah-celah kangkang. Kalau macam ni kena tambah stok seluar dalam nampaknya ni… adoi laaa… Tak pun tak payah pakai seluar dalam kut? Pakai kain pelekat aje…?

Anyways… yang penting aku dah berada di Malaysia. Tubuh badan nak sesuaikan diri dengan iklim tropika ni tak sepenuhnya dalam kawalan aku. Faktor biologi dan semula jadi pun jadi syarat taklukan. Dulu menyumpah-nyumpah sebab cuaca sejuk teramat. Sekarang merungut-rungut sebab waktu malam pun rasa panas bangat. Dasar manusia tak reti nak bersyukur ke aku ni ek? Aduhai…

Tapi ada satu elemen lain yang aku kena sesuaikan diri juga — elemen rutin. Yang ni memang dalam kawalan aku, tapi bukan senang nak ubah juga weh!

Bila dah terbiasa bersembang di telefon hampir setiap malam dengan Liza dulu, rasa kekok juga sikit bila malam muncul di langit Malaysia ni tanpa rutin sembang dengan Liza. Pulak dah… Surat? Poskad? Entahlah… Memang aku ada bagi Liza alamat rumah aku kat tanah air hari tu bila dia minta. Tapi tak tahulah sama ada dia akan hantar surat atau tak.

You don’t have to remember me if you don’t want to,” kata Liza semasa kat airport hari tu. Tersentak juga aku sekejap bila dia cakap macam tu.

“Kenapa cakap macam tu?” aku tanya dia dengan jujur dan ikhlas. Terkejut aku pun belum hilang lagi.

“Manalah tau kan…” dia balas. “Orang dah jauh… Dah tempuh alam baru. Alam kerja.”

Entah apalah agaknya yang berlegar-legar dalam kepala dia semasa dia cakap macam tu. Aku boleh buat spekulasi tapi aku tak gamak nak buat. Takut nak buat spekulasi pun ada gak sebenarnya.

Anyways… memang dah lama benar sangat banget aku tak fikir dan tak ingat pasal Lina H. Aku dah nyaris terlupa pun fasal dia sehinggalah tiba suatu hari tu masa kelas CLP kat Brickfields, salah sorang kawan sekelas CLP yang dulu sama-sama buat A-Level kat Shamelin cakap “Lina mungkin nak masuk sini buat CLP gak.”

Huh? Kenapa pula? Sekarang ni dia buat CLP ke? Dia buat kat mana? Aku tak tanyalah soalan tu tapi sorang member lain tanya.

“Sekarang dia buat kat UM. Tak tahulah kenapa dia nak tukar buat kat sini pula.”

Ada-ada aje… Lantaklah… Tak ada kena mengena dengan aku. Tak berminat nak tahu pun. Tapi dalam tak berminat nak tahu tu, kepala otak aku menjelajah ke alam teori jugalah. Pelik rasanya kalau dah dapat buat CLP kat institusi yang memang reputasi jurusan perundangannya begitu tersohor gitu, tiba-tiba nak tukar ke kolej swasta yang… yang… well… tersohor juga sebenarnya…

Dan teori aku tak dapat elak daripada mengaitkan Mr. Biawak dalam hal ni. Barangkali kat Brickfields tu lebih mudah nak jumpa Mr. Biawak sebab kalau UM, mungkin susah Mr. Biawak nak masuk dan keluar. Begitu juga dengan Lina sendiri. Barangkalilah…

Dan kebarangkalian tu memang betul sebab suatu petang tu selepas habis kelas, macam biasa aku tunggu bas kat Jalan Traverse. Ya… masa tu memang ada bus stop kat depan kuarters KTM tu. Dan ya, dulu memang ada kuarters KTM kat situ. Sekarang dah ada KL Sentral kat situ. Sebiji pun kuarters tu dah tak tinggal dah. Semasa aku baik punya rehat tunggu bas kat bus stop yang reka bentuknya memang dah tak wujud lagi sekarang ni kecuali kat kampung-kampung, tiba-tiba aku nampak Lina H pun berjalan datang hampir ke bus stop tu. Ooo… dia pun naik bas sari situ ek? Dan beberapa ketika lepas tu, Mr. Biawak pun datang gak sambil kunyah roti bun. Kelaparanlah tu agaknya. Pun tunggu bas kat situ ek? Destinasi yang sama kut. Dah kahwin agaknya dia orang tu.

Anyways… kelibat Lina H yang kelihatan depan mata kepala aku sendiri masa tu dah tak mencetuskan apa-apa emosi pun dalam hati dan perasaan jiwa ni. Tak payahlah susah-susah nak analisa petanda. Aku tau dah apa petandanya — aku dah tak hairan langsung dah kat Lina H… aharks!

Tapi berbeza dengan awek sorang lagi ni. Awek sorang lagi ni masih mencetuskan sikit emosi dalam jiwa aku biarpun dia tak ada depan mata. Awek tu cuma tukar abjad N kepada Z aje… eheks…! Awek tu ialah Liza.

Aku sangka Liza dah jadi salah satu topik sejarah riwayat hidup aku ni. Aku fikir semasa di London Heathrow hari tu Liza ucapkan ‘Selamat jalan’ yang disertai ‘Selamat tinggal’ kepada aku selain daripada ‘bon voyage’ yang menyayat hati aku. Oleh sebab tu aku pun mulakan proses yang penuh kesakitan ni untuk sikit demi sikit delete fail dia dari dalam memori kepala otak aku ni. Tapi…

Hari tu posmen hantar surat macam biasa, tapi sebagai penghuni rumah yang waktu siangnya tak ada apa-apa aktiviti selain makan free dan tidur free, maka akulah orangnya yang jadi tukang kutip surat dari dalam peti surat dan bawa masuk rumah. Memang tak pernah dapat surat untuk aku daripada sesiapa pun waima surat minta hutang daripada penaja pelajaran aku sekalipun.

Tapi hari tu, dalam beberapa keping surat rasmi yang ada tu, sekeping daripadanya nampak sungguhlah amat tak rasminya. Sampulnya warna hijau cair. Tebalnya lain macam. Dan setemnya — daripada UK! Dialamatkan kepada aku!

Dan dari tulisan tangan yang elok molek atas sampul tu aku dah tau siapa yang hantar — Liza! Adoi…!

Panjang suratnya. Beberapa helaian jugalah. Patutlah tebal. Walaupun masih belum dapat pecahkan rekod ‘watikah pelantikan’ yang  aku karang untuk Zah dan Lina W dulu, tapi tetap panjang dan teballah juga surat Liza ni. Dan membaca suratnya tu seolah-olah aku dapat tengok dan dengar dia berceloteh dengan penuh keletah di depan mata kepala aku sendiri. Imbasan kenangan tatkala dia datang mengejut ke rumah aku di Leeds sambil buat lawatan dan lintasan hormat kat bilik tidur aku dulu menerpa bayangan — lesung pipitnya, gelak ketawanya, dan ‘entah’nya…

Aku tak pasti sama ada aku patut layan atau tak hubungan dengan Liza ni bila pada masa yang sama aku dah berada hampir dengan Zah. Dan aku tak boleh nafikan bahawasanya hati aku lebih menjurus kepada Zah. Ada tarikan yang amat misteri yang tak dapat aku huraikan tentang Zah ni. Sejak dulu sampai sekarang aku tak faham dan tak dapat nak huraikan tentang tarikan yang ada pada diri Zah ni. Memandang dia — wajahnya, senyumannya, gerak-gerinya, lenggok kepala dan badannya, semuanya — akan mempesonakan aku dan aku tak dapat nak describe dan huraikan macam mana dan kenapa… entahlah…

Aku tak tahu lagi macam mana nak dapatkan confirmation daripada Zah ni. Patut ke aku dapatkan confirmation dia ek? Akan menjadi ke? Kalau dah dapat confirmation Zah, maknanya… hmmm… maknanya apa ek…? Adoi laaa

Maka aku kena buat rancangan nampak gayanya ni. Kena ajak Zah keluar dating. Cari masa dan lokasi yang sesuai. Lepas tu… lepas tu apa ya…? Tanya dia direct? Macam orang bodoh aje aku nanti… isy…

Apa-apa hal pun aku kena balas surat Liza dulu. Dan memang aku balas. Bercerita tentang betapa panasnya cuaca kat Malaysia ni. Betapa berlengasnya tubuh badan sementara nak sesuaikan diri dengan iklim Khatulistiwa. Tentang kelas CLP. Tentang naik bas mini setiap petang pergi dan balik ke kelas CLP. Tentang Mr. Ng. Yang jadi salah sorang lecturer CLP tu sebenarnya ialah DPP yang sering namanya masuk akhbar. Tentang Mr. Karpal Singh yang bersopan-santun dalam mahkamah tapi ganas brutal dalam Parlimen. Tentang restoran seniwati Rubiah Suparman yang tersohor dengan watak Dayang Suhana tak jauh dari kolej CLP tu. Tentang kaum perempuan yang kita orang tercuri-curi dengar sembang-sembang dia orang kat restoran tu bercerita tentang setokin yang dipakai oleh Mr. Ng… macam-macam ceritalah…

Pada masa yang sama, kepala aku sentiasa dok fikirkan rancangan nak berjumpa dengan Zah. Sejak balik ke Malaysia ni, aku sekadar sembang kat telefon aje dengan dia. Tak pernah bersua muka lagi. Kenapa?

Takut…

Ya bang… takut…

Takut kalau-kalau bila berjumpa dengan dia, dia tak semesra sebelum aku berangkat ke UK dulu. Takut kalau-kalau aku ternampak dia dengan balak mana-mana entah. Takut kalau-kalau dia akan bagi tau aku apa yang aku dok khuatir selama ni… alahai…

Nak bertemu Zah ni macam nak masuk pertandingan gusti pula ek? Kena buat persediaan fizikal dan mental. Mental, nak pastikan aku kuat terima apa saja natijah daripada kata-kata dia nanti. Fizikal, nak pastikan aku tetap nampak seksi walaupun hati bakal kecewa… ekekekeke… alahai…

Maka untuk kekuatan mental tu, aku suka lepak-lepak dengan kawan-kawan dan para sahabat. Dan macam biasa juga, bila lepak-lepak macam tu, aku lebih banyak diam dan dengar daripada bercakap. Macam-macam idea dapat bila duduk diam dan dengar tu. Kalau zaman tu dah ada blog, dah tentu semua topik sembang tu aku dah masukkan dalam blog… aharks…!

Jadi apa rencana aku dengan Zah ni ek? Macam menyejukkan pinggan yang panas kut? Tak boleh terus siram air. Nanti retak. Hati umpama pinggan kaca… amboi… Falsafah lagi ke ni…?

Jadi aku mulakan dengan melawat dia di ofis dia tu. Pagi tu aku masak nasi goreng. Masukkan dalam bekas dan aku naik bas bawa bekalan nasi tu ke ofis dia. Agak-agak tengah hari aku tiba ke hospital tu. Terus cari dia dan tawarkan diri untuk teman dia makan tengah hari.

Memang dia terkejut nampak aku tiba-tiba tercongok kat ofis hari tu. Tapi pada masa yang sama, dia ukir senyuman yang selama ni buat aku khayal terawang-awang… oh… betapa manis dan anggun senyumannya sejak dulu hingga kini… oh… Alangkah bertuahnya jantan yang jadi suami dia nanti… Hati dalam keadaan mendidih pun boleh sejuk bila nampak dia senyum…

Waktu makan tengah hari tu kami ke kafeteria hospital. Dia ke kaunter beli air dan ambil dua biji pinggan untuk berkongsi nasi goreng yang aku masak tu.

“Sedap,” dia puji. Tak tahulah sama ada beli jiwa atau memang ikhlas. Tapi aku rasa dia ikhlaslah sebab bila aku rasa nasi goreng yang aku sendiri masak tu, aku sendiri pun rasa agak lazat gak nasi goreng tu… hehehehe errr… jangan marah hah…

“Malulah Zah macam ni,” dia kata lagi.

“Kenapa? Zah masak tak sedap ke?”

Dia tak jawab, tapi dia sekadar tergelak kecil. Manis bunyi gelaknya. Oh… syahdu lagi aku…

Dan aku segera ambil peluang bertemu dia hari tu untuk buat next appointment. Temu janji berikut yang sepatutnya lebih signifikan. Temu janji yang aku harap akan beri kata penentu. Penentu masa depan ke? Well… begitulah cadangnya. Dia setuju ke agaknya? Boleh ke dia jumpa aku? Atau dia dah ada temu janji lain? Alamak!

“Nak keluar dengan Dzam weekend ni?” aku tanya terus terang. Apa nak jadi, jadilah.

“Zah ingat weekend ni nak pergi Seremban,” dia balas.

Seremban?

“Nak pergi rumah kakak,” dia sambung sebelum sempat aku suarakan pertanyaan dalam kepala otak aku tadi.

Oh… rumah kakak dia… Ada sesuatu menerpa kepala aku masa tu. Teringat semula sewaktu aku kerja kereta api dulu. Aku masih ingat lagi dia terus menumpang kereta api dari KL dan turun di Seremban.

“Dzam ikut Zah pergi Seremban nak?”

Pelawaan tu membuatkan nasi goreng lazat yang aku masak tu terlekat sekejap kat kerongkong. Uhuk! Dia ajak aku pergi Seremban jumpa kakak dia?

“Boleh ke…?” aku tanya lepas meneguk air hampir suku gelas.

“Boleh! Dzam ikut ya?”

Macam mana? Ikut ke tak? Berani betul dia ajak aku pergi jumpa kakak dia ek…? Hmmm… Ni dah masuk kategori berat ni. Aku ikut dia pergi Seremban?

“Tidur sana ke?” aku tanya.

“Kalau nak, boleh juga,” dia jawab. “Kalau nak, kita pergi hari Sabtu lepas Zah kerja, balik KL hari Ahad.”

Alamak! Gatal mulut aku ni! Tapi… tapi… isy… Bagi Zah, ajak lelaki asing macam aku jumpa dan bermalam di rumah kakak dia ni dianggap perkara biasa, atau bagi dia aku lelaki luar biasa yang calang-calang boleh diajak bermalam di rumah kakak dia? Yang mana satu? Dan kenapa?

Kalau minta dia bagi jawapan kepada persoalan aku masa tu memang sahihlah aku ni bangang, kan? Apa ke jadahnya? Kalau aku nak jawapan tu, aku kena ikut rencana dia tadi. Ikut dia ke rumah kakak dia di Seremban tu. Aku nak buat apa sebenarnya ikut dia ke rumah kakak dia tu ya? Berkenalan dengan keluarga kakak dia?

Ini petanda juga ke? Petanda bahawa pintu untuk aku dipelawa masuk ke dalam keluarga dia telah dibuka? Betul ke apa yang aku baca ni…? Barangkali ini petanda yang menyatakan bahawa aku antara lelaki yang boleh diterimanya untuk masuk ke mahligai hatinya? Benar ke? Mungkin ini tapak pertama untuk aku mengatur langkah yang selanjutnya…?

Bersambung…

Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…

Tentang Lina (Siri 53) – Selamat Tinggal

Posted in Novel, Siri on 30 Januari 2011 by Najwa Aiman

HARI yang menjelang tiba saban waktu terasa bagaikan macam jarum peniti saiz sembilan mencucuk hati dan perasaan. Ada pedih, ada bisa. Sesekali ada geli-geli sikit. Sesekali rasa ngilu pun ya juga. Setiap kali celik mata pada waktu pagi, aku akan terpandang satu demi satu barang-barang peribadi aku yang dah makin hilang dari dalam bilik tidur comel aku tu. Sikit demi sikit dah masuk ke dalam kotak besar yang memang muat sangat kalau nak isi mayat yang tak payah dikerat-kerat. Dan kotak-kotak tu akan merasa berlayar atas kapal laut di samudera nan luas dalam kontena besi.

Apa-apa hal pun, kotak tu kena jalan dulu sebelum aku. Kalau tak nanti siapa pula nak menguruskan dan memastikan kotak-kotak berisi harta aku yang tak bernilai tu akan berangkat ke Malaysia? Nak suruh Tahir tuan rumah Paki kita orang tu? Gila ke apa?

Tapi sebenarnya setiap kali aku ternampak bilik aku yang makin lapang dan luas dari barang-barang yang entah apa-apa selama ni tu, semakin aku rasa pilu. Pilu bukan sebab nak meninggalkan UK. Bukan… Aku tak kisah nak tinggalkan UK ni… Malah rasa macam suka pula nak kembali berpeluh-peluh dan berlengas-lengas dalam gigitan cuaca panas Malaysia tu.

Aku pilu sebab setiap kali teringat yang aku akan tinggalkan UK, maka tak semena-mena akan muncul dalam kepala aku ni wajah yang aku tak boleh nak tangkis buang — wajah Zah… dan… adoi laaa… wajah Liza…

Yup… wajah Liza juga. Pelik pula… Entah kenapa semakin aku nak tinggalkan UK, semakin kerap pula dia datang bertandang dalam imaginasi aku. Semakin kerap pula dia melintas di depan pintu hati. Sesekali dia berhenti dan menjenguk-jenguk seolah-olah nak tinjau siapa yang ada di dalam. Kenapa ni?

Teori aku ialah sebab aku rasa macam semakin rapat dan intim dengan dia. Mana taknya kalau hampir setiap hari dan malam aku dengar suara dia yang keletah berbicara, gelak ketawa, gurau senda, sesekali marah, sesekali sayu, sesekali meriah, sesekali serius, dan yang tak pernah tinggal… trademark “entah” dia tu. Dan wajah dua orang gadis itulah yang buat aku sayu nak tinggalkan UK dan balik ke Malaysia.

Sayu mengenangkan wajah Zah sebab aku macam terbayang-bayang akan nampak dia bersama jejaka lain bila aku pulang ke tanah air nanti. Gadis yang cun dan berperawakan menarik serta jadi rebutan burung-burung pelbagai spesies macam dia tak mungkin akan kekal solo dalam tempoh yang lama. Aku dapat rasa hati aku tersiat macam kertas kajang yang tersangkut kat mesin fotostat ditarik ganas bila ternampak dia dalam keadaan macam tu. Kalau aku tak nampak pun, aku macam terdengar-dengar suara dia bagi tau aku tentang hal tu bila aku jumpa dia nanti… adoi laaa

Dan aku sayu nak tinggalkan UK sebab… sebab… alahai… Takkan aku dah jatuh hati kat Liza juga? Ya ke? Betul ke sebab aku dah jatuh hati kat Liza maka aku sayu nak tinggalkan dia dalam jarak ribuan kilometer ni? Atau sayu sebab aku tinggalkan dia semata-mata untuk berjumpa Zah dan menerima berita bahawa Zah dah bukan solo lagi lantas aku terlepas kedua-duanya? Sekali lagi, adoi laaa

Tapi katalah kalau betul aku jatuh hati pada Liza. Liza pula macam mana? Dia ada hati pada aku ke? Tak pernah pun selama ni ada buat apa-apa deklarasi mahupun deklamasi. Apatah lagi konfirmasi (perkataan ‘konfirmasi’ tu sengaja dicondongkan sebab ia tak wujud dalam Kamus Dewan walaupun adik-beradik dia yang lain seperti ‘deklarasi’ dan ‘deklamasi’ tu wujud pula… isy, isy, isy… Memang sifat dewa ni susah nak difahami… kan? Kan…?)

Macam mana dengan petanda-petanda selama ni? Apa petandanya Liza suka kat aku? Apa petandanya Zah pun begitu? Macam tak ada aje… Atau ada, tapi cuma aku yang tak nampak…? Entah…

Saat-saat akhir nak berangkat pulang ni aku malas nak fikir hal ni. Aku sibuk merayau-rayau bandar raya Leeds buat menangkap kenangan untuk disimpan sambil-sambil membeli-belah barang-barang ringan dan kecil-kecil dengan saki baki duit yang tinggal ni sebagai cenderahati. Aku banyak beli coklat. Sebahagiannya untuk Zah, tentunya. Tapi membeli coklat kat UK ni agak seksa gak sebenarnya. Jenuh nak meneliti senarai ramuan kat kotak coklat tu yang semuanya dalam bentuk kod. Kat Eropah ni semua ramuan kena guna kod — E471 la, E471e la, itu la, ini la… Dan dalam dompet aku sentiasa ada sepotong kertas kecil dengan tulisan tangan aku yang cantik bergaya dalam fon paling kecil senarai maksud semua kod ramuan tu. Ada antaranya yang tak halal. Ada lemak babilah, kulit babilah, lemak lembulah, lemak oranglah, nasi lemaklah… Sibuk pula aku nak tengok kandungan ramuan dalam coklat ek? Dalam bir tak nak tengok?

Jadi bila tiba hari yang dah disuratkan tu, aku pakai pakaian yang paling simple yang termampu ditanggung badan. Jaket kena ada sementara nak naik kapal terbang. Kita orang ambil transit dari Manchester. Maknanya pagi tu sewa teksi dari Leeds ke Manchester airport. Naik pesawat dari Manchester ke London Heathrow dan tukar pesawat di sana. Ikut jadual, kena transit kat London Heathrow dalam sejam kalau tak silap ingatan aku ni.

“Liza tunggu kau kat Heathrow tak?” tiba-tiba Garn bertanya aku soalan yang buat aku rasa macam nak terkencing tu semasa kita orang dalam penerbangan ke Heathrow.

“Tak adalah,” aku jawab. “Apa ke jadahnya dia nak datang dari Portsmouth tu dan tunggu aku kat Heathrow?”

Garn mencebik bibir dan menggeleng-geleng. Tu tanda dia tak setuju dengan akulah tu.

“Aku rasa dia tunggu kau kat Heathrow,” Garn cakap penuh lagak. Tapi lagak orang yang yakinlah. Yakin dengan diri sendiri…

“Bukannya awek aku…” ujar aku selamba. Tapi kali ni Garn bagi aku sengihan cebik yang mendarabkan tahap lagaknya sebanyak sepuluh kali ganda. Isy… Aku benci betul kalau dia bagi aku tenungan dan riak wajah macam tu. Pengalaman aku bersahabat dengan dia selama dekat lima tahun sehingga ke saat tu biasanya menunjukkan lapan puluh peratus kata-kata dan teori dia tu tepat! Isy…! Lahanat

Tapi walaupun aku rasa Garn mungkin betul, aku tak persiapkan diri untuk tempuh benda tu. Sebabnya? Sebab masa tu aku fikir teori Garn akan masuk kategori yang dua puluh peratus — teori tak tepat dan tak benar. Aku ada sebab yang kukuh lagi jitu kenapa aku pilih keputusan tu. Sebabnya, Liza ada beritahu aku sebelum ni bahawa pada tarikh aku nak berangkat ke tanah air tu, dia dah pelan nak pergi bercuti dan melancong ke seluruh pelosok UK dan mungkin juga Eropah dengan kawan-kawan dia. Takkan ada masa dia nak ke Heathrow semata-mata nak jumpa aku.

Jadi aku dismiss aje teori Garn tu. Tak boleh pakai.

Bila dah tiba di Heathrow, kita orang tunggu kat luar airport kejap. Dah tak sejuk sangat masa tu jadi bolehlah lepak ambil asap kat luar. Sambil-sambil tu dok perhati sekeliling. Tak lepas peluanglah. Belum tentu entah bila lagi ada peluang tenung minah-minah pucat kuning dan hitam berkilat secara dekat lepas ni.

Sambil lepak kat bangku depan airport tu, Garn tepuk bahu aku. Lepas tu dia bisik kat aku; “I told you so,” dalam nada yang sungguh teramat keji! Huh?

Alamak…!!! Lahanat… Macam mana teori Garn boleh betul juga kali ni weh!!! Tu ha… Liza dengan Nani dok tersengih-sengih datang dekat… Adoi! Adoi ! Adoi!

Dan Garn serta Dol dan yang lain-lain tu dengan sengaja pula tinggalkan aku melayan Liza sorang-sorang kat situ. Wallaweh! Sebenarnya kau orang memang dah komplot buat benda ni ke atau memang sesungguhnya secara kebetulan aje ni? Ptuih! Sungguh keji dia orang ni kan?

Sebagai seorang yang teramat gemar beruang jenama Friends Forever, dah tentu Liza beri aku sesuatu daripada jenama tu. Dan mujur juga Liza seorang yang educated dan intelligent. (Sejujurnya selama perkenalan dengan Liza, aku dapat rasakan yang Liza jauh lebih intelligent daripada Lina H). Dia beri aku satu cenderahati yang kecil molek serta sekeping kad. Memang selama ni pun dia pernah utus kad kat aku — pun jenama Friends Forever gak. Kalau dia bagi cenderahati besar memang jenuhlah aku nak bawa masuk ke pesawat nanti.

Dan aku? Aku bagi apa kat dia? Manalah aku ada bagi apa-apa! Manalah aku tau yang dia betul-betul nak datang ke Heathrow tu hari tu! Alahai Liza… kenapalah kau asyik bagi peluang aje pada Garn untuk terus bagi kat aku sengihan keji dia yang amat menusuk tu? Kenapalah hari tu kau bercakap seolah-olah macam memang kompem kau takkan terpacul kat Heathrow hari ni? Kau memang sengaja nak pekena aku ek? Kau memang dah komplot dengan Garn ke? Kau dengan Garn memang ada skandal ek?

Aku habiskan masa sekejap aje sebenarnya dengan dia kat airport tu. Memang pun dia nak melancong. Memang pun hari tu dia sepatutnya pergi melancong. Tapi dia rancang hari tu sebegitu rupa supaya sempat jumpa aku walau sekejap kat Heathrow. Dia memang nak ucap selamat jalan kat aku. Dia nak wish good bye. Lepas tu dia dengan Nani bergegas nak teruskan perjalanan melancong sebab kawan-kawan dia yang lain memang dok tunggu dalam kereta yang entah kat mana-mana depa parking masa tu.

Jadi memang sekejap sangat pertemuan dengan dia. Tak sampai pun lima minit. Dia menangis ke? Depan aku tu taklah. Tapi sejujurnya aku nampak mata dia menggenang air jernih. Dan bila dia berlalu, sambil berjalan bersaingan dengan Nani, aku nampak tangannya menyapu pipi dan Nani memaut serta menggosok-gosok bahunya sambil bercakap-cakap sesuatu. Macam sedang memujuk.

Dalam jarak kejauhan aku nampak dia menoleh ke belakang semula. Aku lambai kepada dia. Masa tu juga Garn seru aku. Masa untuk masuk ke balai berlepas. Kalau tak mahu kena tinggal kapal terbang, kena masuk sekarang. Kalau tak, beli tiket sendirilah nak balik ke Malaysia.

Maka aku pun masuk ke balai berlepas. Yang pasti, aku akan mengucapkan “Selamat tinggal” kepada bumi sejuk beku peti ais United Kingdom dan kepada semua yang telah menjahit dan menyulam warna-warna hidup aku selama kat situ. Selamat tinggal warna hitam hadiah daripada Lina H. Selamat tinggal warna bahagia hadiah daripada Liza. Dan warna-warna pelangi yang berbaur membentuk isi langit dan bumi…

Yang aku masih tak tahu sebenarnya ialah antara Liza dengan aku, siapa yang mengucapkan “Selamat tinggal” kepada siapa sebenarnya… Aku tinggalkan dia…? Atau dia yang tinggalkan aku…?

Bersambung…

Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…

Tentang Lina (Siri 52) – Sayang…

Posted in Novel, Siri on 27 Januari 2011 by Najwa Aiman

SAYANG seribu kali sayang. Buah kepayang jatuh ke longkang. Buah hati disambar orang. Buah sendiri tersepit di kangkang. Apa yang aku merepek ni? Merepek tentang sayanglah. Saban hari dok fikir pasal ni tau. Kau orang tak pernah fikir ke pasal sayang ni?

Anyways, hari-hari yang ditempuh sepanjang peperiksaan akhir memang menyeksa sungguh. Amat terseksa zahir dan batin dibuatnya. Walau bagaimanapun alhamdulillah… dapat juga ditempuh. Tu yang terasa amat merdeka bila dah selesai peperiksaan. Tapi merdeka pun belum tentu aman. Malaya dulu pun terpaksa tempuh keadaan penuh suspens dan tragik selepas merdeka akibat ancaman komunis, kan? Aku? Aku pun macam tulah juga. Lepas merdeka daripada exam, rasa suspens nak tunggu result le pulok… adoi laaa

Tapi sementara tunggu result tu, tak bolehlah persiakan tempoh melancong percuma tu kan? Kan? Dah alang-alang berada di bumi United Kingdom kan? Maka melanconglah aku, kan? Ya sangatlah melancong! Duitnya? Duitnya mana? Kalau setakat melencong ke rumah Ani kat sebelah tu bolehlah tak pakai duit! Cet…!

Tapi dia orang yang lain memang sungguh-sungguh dengan sepenuh perasaan menghabiskan sisa-sisa akhir kat UK tu dengan melancong — sama ada dalam UK, tapi kebanyakannya ke Eropah. Tu dia! Siapa lagi yang pergi Eropah? Garn pergi Eropah. Entah ke mana-manalah dia pergi tu. Ke Holland dah barang tentu. Nak kirim beli orang tak daripada dia bila dia ke Holland? Nak beli dengan apa? Tak payah… tak payah…

Dol pun tak duduk rumah. Aku tak pasti dia ke mana. UK ke, Eropah ke, atau mungkin sekadar dalam Leeds juga tapi kat celah mana-mana rumah orang lain kut. Aku? Hmmm… Aku sajalah yang tinggal kat rumah tu. Paling jauh pun sekadar dalam UK ajelah. Nak ke mana sangat pun? Carilah kawan-kawan lain yang ada dari serata Leeds dan UK tu dan ajak lepak atau jalan-jalan ke mana-mana, okey tak?

Lepas dapat result ialah merdeka yang sebenar-benarnya le kan? Kan? Terutamanya yang luluslah, kan? Kan? Sejujurnya, semasa aku dapat keputusan tu, perkara pertama yang melintas kat fikiran aku ialah ketakutan. Ya… takut… Aik? Dah lulus peperiksaan pun takut?

Bukanlah! Takut ni tak ada kena mengena dengan peperiksaan. Ni takut lain. Sebenarnya bila tau aje yang aku dah lulus, yang pertama sekali melintas kat kepala aku bukannya sama ada nak buat Bar di UK atau di Malaysia. Sebaliknya yang melintas kat kepala aku — pertama sekali yang melintas — ialah bila balik ke Malaysia nanti, patut ke aku naiktarafkan status hubungan aku dengan Zah. Aduh… aduh… aduh… Tu yang buat aku takut tu!

Apa sebenarnya yang aku akan temui bila aku balik ke tanah air nanti ek? Aku akan temui Zah yang single ke? Atau aku akan temui Zah berjalan berdua-duaan dengan jantan macho ala-ala kacak tampan dan mungkin iras-iras DJ Dave atau Amy Search? Mungkin juga dengan jantan yang iras-iras Razis Ismail juga. Tak pun dengan TC tu balik! Dah rujuk pulak! Alahai…

Ya tuan-tuan, puan-puan, bapak-bapak, ibu-ibu… aku teramat takut… Sangat takut…

Lepas tu barulah terfikir pasal nak buat Bar kat UK. Huh? Serius ke aku ni? Tak serik-serik lagi nak duduk kat negara sejuk beku peti ais ni ke? Well… alah bisa tegal biasa kut…? Apa salahnya, kan? Tapi… sanggup ke aku berjauhan untuk tempoh setahun lagi kat sini dan tinggalkan Zah kat sana? But then again, siapalah aku kepada Zah untuk aku terus nak berada di sisi dia? Macam aku kata tadi, entah-entah dia tengah bahagia dengan balak baru kalau pun tak rujuk semula dengan balak lama TC dia yang buat aku terus teringat bau kereta api tu… alahai…

Selain daripada tu, perkara kedua yang melintas kat benak aku ialah tentang Lina H — aku sure yang dia pun lulus peperiksaan akhir ni. Dan aku sure — memandangkan dia memang lebih intelligent daripada aku — yang dia lulus dengan cemerlang. Dan aku terfikir sama ada dia akan buat Bar di UK atau balik ke Malaysia. Teori aku, dia akan balik. Sebabnya? Sebab Mr. Biawak bukan budak law. Mr. Biawak pun tamat pengajian tahun ni, dan tak perlu buat Bar. Maka Mr. Biawak akan balik Malaysia. Takkan dia orang nak terpisah jauh beribu kilometer untuk tempoh setahun lagi? Nope. Aku rasa Lina H akan balik ke Malaysia dengan Mr. Biawak. Lepas tu kahwin.

Jadi apa aku nak buat antara waktu lepas dapat result dan tarikh terbang balik ke tanah air ni? Dok kira-kira gak duit yang masih berbaki. Rasa-rasanya masih boleh kut kalau nak pergi shopping barang-barang cenderamata dan cenderahati untuk keluarga. Barangkali masih berbaki juga untuk buat beli cederamata dan cenderahati untuk Zah… hehehehe… Tak kiralah sama ada dia dah ada balak atau tak, aku akan belikan juga sesuatu untuk dia. Tapi apa ya…? Hmmm

Tapi saat-saat akhir sebelum berangkat balik ni pun bukannya tak best. Best juga tau! Oleh sebab dia orang yang duduk kat asrama dan penginapan yang disediakan universiti terpaksa keluar dari penginapan dia orang tu sebab universiti dah nak tutup, maka bertaburanlah dia orang tu mencari-cari rumah kawan-kawan yang duduk menyewa buat menumpang sementara nak balik ke tanah air. Maka antara rumah penginapan yang dah transform jadi rumah tumpangan ialah rumah kita orang nilah. Sesak macam botol cencaluk. Mula-mula kaum jantan datang menumpang. Kalau tak silap aku dalam empat atau lima orang. Maka jadilah rumah tu macam rumah flat kat Shah Alam yang disewa dek pendatang asing yang kerja kat restoran atau kilang.

Dah tu? Best apanya kalau jantan-jantan ni semua datang menumpang kat rumah aku ni? Oh… itu cerita jantan… Yang best ialah cerita awek yang duduk kat rumah aku… eheks! Al-kisahnya awek-awek junior kita orang yang sebelum ni duduk kat asrama universiti, sekarang tiba-tiba tergerak hati teringin nak duduk rumah sewa. Baru dia orang tau ek…? Maka jantan macho paling handsome dalam rumah kita orang tu — Mr. Dol — telah berjaya membuat marketing yang berkesan lantas dapatlah dia secure sekumpulan awek untuk take over menyewa rumah kami tu selepas kami ni semua berhambus ke tanah air. Oh… sungguh amat cekap lagi berperisa tinggi kau Dol!

Dan oleh sebab asrama universiti dah tutup, dan budak-budak perempuan tu semua tak teringin nak pergi melancong, maka dia orang pun minta nak masuk dulu ke rumah sewa tu walaupun kita orang para jantan yang masih boleh tegak dan tegang sepenuhnya dengan sebegitu amat mudah lagi sensitifnya masih lagi belum berhambus keluar. So? Apa so? Bagi ajelah!

Maka untuk tempoh tertentu sebelum aku berangkat balik ke tanah air, dapatlah pula aku duduk serumah dan sebumbung dengan awek-awek yang agak cun jelita weh! Ekekekekeke… Aduhai… Dah lama banget rasanya aku tinggalkan pengalaman duduk sebumbung dengan awek ni. Maka bila datang balik pengalaman tu, rasa macam kekok sekejap. Tapi sekejap ajelah. Lepas tu… hmmm… rasa macam tak cukup aje setakat serumah sebumbung tapi tak sekatil… aiyarrrkkk…!

Kongsi bilik air, kongsi jamban, kongsi mangkuk tandas… pergh…! Lazat gak kongsi mangkuk tandas dengan awek ni. Kalau boleh pagi-pagi tu tahan dulu berak sebab nak bagi awek masuk bilik air dulu. Bagi dia berak dulu. Elok dia habis berak aje, aku pula masuk dan… well… beraklah! Semua proses tu mesti dilakukan dalam tempoh seberapa segera sebelum kehangatan yang dia orang tinggalkan atas mangkuk tandas tu hilang! Aharks! Senonoh kan? Senonoh laaa

Dan selama tu jugalah rumah aku sentiasa berbau harum kan? Kan? Nak duduk kat dapur merangkap ruang tamu merangkap bilik TV tu pun rasa best aje. Dah tak peduli dah rancangan apa tersiar kat TV. Bukannya aku nak tengok TV sangat pun! Weh! Awek junior tu semua tu! Kalau-kalau ada yang boleh sangkut jadi awek cinta hati aku, why not?

Tapi… tapi… alahai… Memang kompem aku takkan boleh ambil mana-mana dia orang jadi awek cinta hati aku. Sebabnya, setiap malam dia orang nampak dan tahu yang aku akan bergayut kat telefon… dengan Liza! Siap boleh tanya aku lagi siapakah gerangan awek yang selalu menelefon aku hingga menyebabkan orang lain dah tak boleh guna telefon malam-malam. Alahai… habislah peluang nak mengurat… Tak boleh nak mengurat dah pun… alahai… Kalau tak, dah tentu boleh tangkap cintan salah sorang, kan? Kan? Boleh ke? Laku ke aku ni? Hmmm

Tapi kan… bukan ke sesuatu yang dianggap permainan sebelum ni, sekarang sepatutnya dah diambil serius? Bukan ke perempuan yang sebelum ni sekadar awek, buat stok geli-geli dan basah-basah, sekarang sepatutnya diisi dengan perasaan yang tulus ikhlas dan murni?

Bukan ke — sebagai langkah mula ke dunia baru — perempuan yang aku akan pilih sebagai awek aku masa tu, seharusnya perempuan yang aku usahakan untuk menjadi isteri aku?

Bererti, perempuan yang aku akan pilih jadi awek nanti tu, ialah perempuan yang kepadanya aku ada rasa ‘sayang’. SAYANG.

Dan bila terfikir hal tu, entah kenapa, dan tak semena-mena, sekonyong-konyong tanpa dapat dielakkan lagi, pastilah tentu bayangan wajah Zah juga yang akan datang menerpa imaginasi aku. Lebih-lebih lagi, imaginasi wajah Zah tu semakin membaja dan menyuburkan harapan aku…

Petanda juga ke ni…?

Walau apa jua pun… ini adalah saat-saat akhir sisa-sisa waktu aku sebagai pelajar di bumi sejuk beku peti ais UK ni. Keputusan aku dah bulat untuk pulang ke Malaysia. UK bukan tempat indah yang menyuburkan kenangan manis bagi aku sangat. Barangkali sebab tu le agaknya banyak benda tentang UK ni yang aku tak ingat… aharks!

Memanglah serba sikit ada kenangan manis. Bahkan memang banyak kenangan manis. Tapi kenangan yang pahit tu — walaupun sekadar sepalit cuma — sungguh ia sebegitu amat pahit hingga pedih dan peritnya bisa menenggelamkan kelazatan manis yang dirasa. Kejam sungguh orang yang memalitkan kepahitan tu. Keji sungguh perbuatannya kerana dilakukan pada ketika aku sepatutnya mengumpul semua yang manis-manis belaka. Barangkali balasan Tuhan kepada aku kut? Mungkin juga kasih sayangNya terhadap hambaNya…

Kalau semua tu satu penganiayaan terhadap aku, bererti aku orang yang teraniaya. Kalau semua tu adalah peringatan… well… selagi masih hidup dan bernyawa, semua yang berlaku adalah peringatan, tak gitu?

Apa-apa hal pun, setiap yang dilalui ada hikmah tersendiri. Esok lusa aku akan tinggalkan bumi UK ni. Sebelum aku tinggalkan UK ni, biarlah aku cuba sedaya upaya untuk mengumpul seberapa banyak kemanisan. Setidak-tidaknya, aku takkan pulang ke tanah air dengan palitan kotor yang mendugalkan dari apa yang telah ditinggal dan diwasiatkan oleh Lina H kepada aku tatkala di UK ni. Biarlah selama tiga tahun kami bersama sebelum tu tak ada erti dan makna bagi dia. Aku dah tak peduli lagi. Dan aku lebih-lebih lagi tak mahu dia rosakkan pengalaman julung-julung kali seumur hidup aku dapat bertapak di bumi sejuk beku peti ais ni dengan kepahitan yang dia palitkan sebagai balasan terhadap semua pengalaman yang kami lalui bersama selama tiga tahun sebelum tu.

Aku akan kumpulkan kemanisan di sini. Kejutan pun aku nak kumpulkan juga. Misalnya kejutan yang Liza berikan hari tu bila dia tiba-tiba muncul tercongok kat depan… well… sebenarnya belakang rumah aku tu. Kejutan yang ditambahnya pula dengan debaran bila nak melawat bilik aku! Adoi laaa

Rupa-rupanya gadis comel dan cute serta manis lagi peramah dan keletah ni masih ada kejutan buat aku. Sungguh aku tak menjangka kejutan terakhir yang kau akan berikan ni Liza. Dan buat ke sekian kalinya, Garn dapat peluang dan kepuasan sekali lagi untuk lemparkan kepada aku senyuman dan sengihan dia yang tak cantik tu… cet!

Bersambung…

Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…