Archive for the Pendidikan Category

Mukasurat 2 = Sekolah Hari 1

Posted in Budak, Pendidikan, Quips on 2 Januari 2014 by Najwa Aiman

Kengkawan Whatsapp group ATUDISMA hantar gambar-gamabr kerenah bebudak masuk sekolah. Tak tahu up-to-date ke tak gambar-gambar tu but the point is, ada gambarnya, ada le kejadiannya. Ada member lain kata may be sebab bebudak tu tak pernah jumpa kerusi yang macam kat sekolah tu di rumah masing-masing. Ya tak ya gak kut…? Entahlah…

Kesian bebudak ni boleh jadi camni. Sahabat ATUDISMA kata sekarang school chairs have safety issues… ekekekekeke… Adoi laaa…

Silap position duduk. Masuk terbalik ni kut…

Yang ni rasa-rasanya memang bukan eksiden. Ni memang bakal stuntman atau bakal pengkarya kreatif nih… ekekekekeke…

Dan bukan bebudak baru start sekolah je yang jarang jumpa kerusi sekolah. Tak heran langsunglah kalau haiwan ni pun tersalahguna kerusi… walau apa jenis kerusi pun… Kan?

Tapi… Takkan Guru Besor pun tak pernah guna kerusi? Erk…? Atau Guru Besor nak experience apa perasaan anak-anak murid dia yang tersangkut kat kerusi tu? Atau… eh…? Ye ke ni Guru Besor…?

Walau Apa Pun, Bersedia Sajalah…

Posted in Bencana, Islam, Pendidikan, Semasa on 26 Disember 2013 by Najwa Aiman

Isu fenomena cuaca kat Johor ni dah reda kan? Atau belum? Anyways, pakar kaji cuaca kata ni bukan tornado. Bukan puting beliung. Ni hanya watersprout. Belalai air. Pelik juga istilah bahasa Melayu untuk fenomena cuaca ni erk? Puting la… Belalai laaa… Belalai air tak sama dengan belalai berair kan? Bukan ke? Ke…? aiyaaarrrkkksss…!

Tapi suatu ketika dulu pernah baca artikel kat bawah ni. Klik atas gambar tu untuk besarkan. Pernah baca dulu pasal khutub bumi berubah bukan perkara pelik. Katanya memang pernah berlaku ribuan atau mungkin jutaan tahun dulu dan tak mustahil akan berlaku lagi. Penyebabnya paksi bumi berubah. Bumi terpusing dari paksi sekarang. Antara tanda-tanda perubahan kutub ni yang aku baca tu ialah perubahan cuaca yang mendadak. Patutlah turun salji di Vietnam hari tu. Kan? Kan…?

Dan puting serta belalai ni? Gempa bumi di tempat yang sebelum ni tak pernah gempa? Gunung berapi meletup di tempat yang asalnya tak ada gunung berapi? Tsunami yang semakin kerap?

Atau kiamat…? Walau apa pun, bersedia ajelah kan? Kalau tak kiamat pun tak semestinya kita takkan mati…

Kepada Makhluk Yang Aku Cintai

Posted in Feminin, Iklan, Pendidikan, Sosial on 5 Mac 2012 by Najwa Aiman

Kepada makhluk Allah SWT yang paling cantik dan indah… Sungguh this is GOOD for YOU. Buat pertahan diri daripada orang jahat. Pertahan diri daripada aku sendiri pun tak apa… uhuk!

Klik untuk besarkan. Kalau berminat untuk course ni sila telefon Ms Aisyah tau. Jangan telefon aku. Aku bagi intercourse je.

Seriously, this is good for you!

Mumtaz? Siapa Tu?

Posted in Famili, Pendidikan on 17 November 2011 by Najwa Aiman

Aku nak minta maaf bebanyak kalau-kalau ada antara kalian yang terpaksa mencarut-carut kepada sebuah van hijau yang kurang hajau di jalan raya antara PBD dan PJ antara jam 11:30 AM dan 11:45 AM ek… Mungkin yang pegang stereng van bongok tu ialah aku… ohhh… Hari tu memang aku memandu sesekejap macam drebar rally, sesekejap macam drebar F1, sesekejap macam drebar lori, tapi kesemuanya macam drebar tak siuman. Bila tiba di sekolah kebangsaan Aiman, Permaisuri dah ada kat. Dia pun menjadi pemandu buli dari ofis dia tadi, katanya, dan dah tiba hampir sejam lebih awal daripada aku dari Subang Jaya.

Dewan teramat penuh semasa dia tiba tadi, katanya, sampai tak ada tempat duduk kosong langsung. Sepatutnya acara penyerahan duit RM100 dulu diikuti keputusan UPSR. Menunggu YB sebagai jemputan VIP yang tak kunjung tiba sebab sibuk teramat sampai terlupa tentang jadual nak hadir ke sebuah sekolah kecil barangkali, lantas Guru Besar mulakan dulu majlis menyerahkan duit RM100. Penyerahan slip keputusan UPSR ditangguh dulu sampai YB datang.

Tapi sebab YB tak kunjung jelma sampai ke sudah, penyerahan keputusan UPSR terpaksa dimulakan juga. Dewan tu dah macam bebudak universiti selesai final year. Kosong teramat. Mak bapak semua dah hilang. Siapa nak tolong pegang dan simpan dengan selamat slip keputusan UPSR anak-anak dia orang tu?

Alhamdulillah dan tahniah buat Aiman. Tak tahu macam mana dia di peringkat menengah nanti tapi Permaisuri memang gembira dan bahagia teramat. Jelas dari rias wajah dia yang tak menjemukan aku tu. Kami ke sekolah agama pula tapi Guru Besar kata petang nanti baru keputusan akan diserahkan kepada murid-murid, tapi dia setuju nak bagi tahu kami keputusan Aiman dengan syarat mesti dirahsiakan supaya tak spoil surprise dan suspens Aiman dan kengkawan dia petang nanti. Aiman dapat Mumtaz. Mumtaz? Siapa tu?

“Mumtaz tu kalau di sekolah kebangsaan kira-kiranya macam 5A jugalah,” Guru Besar yang baik hati dan lemah lembut tu explain. Ooo… Aku dulu manalah ada masuk sekolah rendah agama macam bebudak sekarang… Kalau tak mesti aku ni tergolong dalam golongan AJK masjid setiap tahun tau! Kan? Kan? Bukan ke? Ke? Aharks…

Kita Tetap Disayangi Dalam Tidur

Posted in Islam, Pendidikan, Perubatan, Sumber on 20 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dalam fasa terakhir RáMáDáN ál-MúBáRáK ni, Rasulullah SAW dah mula tak tidur malam. Baginda beribadat sepanjang malam untuk dapatkan keredaan Allah SWT masuk ke syurgaNya — walaupun baginda memang dah kompem akan masuk punya. Tak tidur selama 10 hari? Mampu ke kita…? Kajian sains perubatan kata semakin tua semakin banyak lena dan semakin susah nak bangun tidur. Patutlah orang muda lebih banyak aktiviti malam hari ek…? Eheks…

Anyways, makin susah nak bangun dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah SWT, maka dikira makin beratlah dugaannya tu kan? Kan? Dan makin berat dugaannya, kira makin besarlah ganjaran kan? Satu dugaan yang amat ringaa bagi orang muda tetapi amat berat bagi orang tua (yang pada masa tu dianggap semakin dekat dengan mati). Subhanallah! Sungguh Allah Maha Pengasih dan amat-amat menyayangi hamba-hambaNya…! Subhanallaah…!

Bangunan Saja Yang Terpelajar

Posted in Bodoh, Gomen, Pendidikan on 21 Jun 2011 by Najwa Aiman

Tahun ni report card boleh diambil bermula dari jam 8:00 pagi. Sebelum ni boleh lebih awal daripada tu. Sekarang macam tak dilayan. Peraturan sekolah mana ni? Ni peraturan sekolah kebangsaan bawah Kementerian Pelajaran Kerajaan Persekutuan, sekolah agama bawah Majlis Agama Islam Selangor Kerajaan Negeri, dan juga… alahai… tadika persendirian. Hari nak ambil report card? Weekdays!

Dan seperti biasa, masing-masing ikut selera masing-masing nak tetapkan hari apa untuk mak bapak datang ambil report card. Tadika tetapkan hari Isnin. Sekolah kebangsaan tetapkan hari Khamis. Sekolah agama tetapkan hari Jumaat. Berapa lama masa diperlukan untuk ambil report card? Bergantung kepada barisan dan bebelan ibu bapa dan guru masing-masing. Mak bapak yang kerja makan gaji tapi nak ambil report card anak, sila ambil cuti tahunan untuk tiga hari tu sebab anak masing-masing bersekolah pagi pun ada, petang pun ada.

Apa? Bos tak bagi cuti? Well… macamlah kau orang tak tahu bahawa para bos-bos spesies tu, anak-anak dia orang termasuk ke dalam salah satu daripada dua kategori saja — Anak bongsu dia dah khatam semua jenis sekolah yang perlukan report card; atau, anak-anak dia orang tu anak-anak liar yang terbiar.

Cempedak Atau Nangka…?

Posted in Pendidikan, Santap on 14 April 2011 by Najwa Aiman

Dalam Facebook pun aku letak benda ni. Sampai sekarang aku memang tak reti nak bezakan cempedak dengan nangka. Ni buah apa sebenarnya ek…?

Anyways, kata Ira sahabat beta di Facebook, buah nangka duri di kulitnya tajam-tajam. Buah cempedak pula duri di kulitnya besar-besar dan tak tajam sangat. Sahabat-sahabat lain suruh k0pek dulu dan tengk isinya baru boleh kompem cempedak atau nangka. Wallaweh…! Kalau masa tu aku nak beli cempedak kat kedai yang jual dua-dua buah ni, mahu ke tauke kedai tu bagi aku kopek sebelum decide nak beli ke tak? Cet…! Sahabat lain pula kata sekarang dah ada klon cempedak nangka. ‘Daka’ namanya… Betul ke ni…? Macam duku, dokong dengan langsat le ni ek…?

Apa-apa hal pun, nanti aku kopeklah bila dah cukup ranum nanti. Kalau cempedak, aku bancuh tepung lazat buat goreng. Kalau nangka, aku buat gulai, atau bak kata Ira, buat pengat. Pengat? Ni first time. Nanti nak tanya Ira resepinya.