Archive for the Perubatan Category

“Ada Apa Sakiiiittt…?”

Posted in Bebel, Nostalgia, Perubatan on 7 Januari 2014 by Najwa Aiman

Dah 7 Januari 2014 dan aku masih belum masuk ofis tahun ni… Adoi laaa… Doktor suruh duduk rumah kurung diri dulu. Starting the new year with sickness. Apa da Dzam… At times like these, teringat waktu muda-muda setiap kali jumpa doktor. 90% setiap kali jumpa doktor for whatever reason, doktor akan cakap something like this “You’re young and as healthy as a horse.” Lepas tu doktor tak tanya apa-apa lagi dah. Tarak!

Sekarang… Adeh… Tak ada dah doktor nak cakap “You’re still young.” Instead, asal jumpa doktor je, memula doktor akan diam sekejap sambil study info diri aku dalam fail yang terbentang depan dia. Lepas tu doktor akan tanya soalan-soalan standard, “Ada darah tinggi? Ada sakit jantung? Ada sesak nafas? Ada alergi dan pantang makan? Ada diabetes? Pernah undergo surgery of any kind?” Bla… bla… bla…

Yup… I’m not only getting older, but I’m actually old. And worse, I actually look old! Cet…! So… lantaklah kau orang nak kata apa pun, aku nak letak gambar aku semasa aku masih sihat wal’afiat bila tak ada doktor pun akan tanya apa penyakit aku setiap kali aku jumpa doktor dulu-dulu. It’s my entry, to remind me that I’m no longer that healthy young dude anymore. So… insaf… insaf… insaf…

p/s: My favourite t-shirt, that is. Where the hell is it now? Hmmm… Dan ya, aku memang tak suka pakai minyak rambut atau sikat rambut sejak dulu. So…? Mengganggu kau orang ke?

“Are You Okay, Friend?”

Posted in Islam, Perubatan on 6 Januari 2014 by Najwa Aiman

“Dah bertahun-tahun sihat wal’afiat, kenapa BP kau tetiba naik ni? 134 ni.”

“Tak normal erk tu?”

“It’s an increase. What happened? Jaga dirilah. Dah tua-tua ni.”

“Macamlah aku takkan mati…”

“Betullah semua orang akan mati. The question is, how do you want to die? From a disease and sickness? Hopelessly finishing your last breath after being stuck in bed incapable of doing anything?”

Soalan yang sangat bagus dan relevan. How would you like to die? And most importantly, as a Muslim or otherwise? Die as a Muslim who at the time of death was fighting in the name of Allah? To do that, you need to be healthy, kan…? Bukan ke? Ke…? Thank you doctor. Thank you my friend for reminding me that. I definitely don’t want to die while lying in bed, especially in a very expensive and luxurious bed in a mansion or even a private jet valued at millions of ringgit. No way! Politicians can die like that. Not me! Ever! InsyaAllah…

Ingat Ke Sikit Jew…

Posted in Perubatan on 9 Disember 2013 by Najwa Aiman

Denial syndrome… Tak kut… Sikit je… Tak serius… But denying the facts will not change them. It’s a fact. Live with it!

“Get enough sleep,” kata doktor. Bengong. Mana nak boleh tidur camni? Okay… I admit that I’m scared…

Thanks for the strength Suri… and also the WiFi… hehehehehe…

Percaya Je Cakap Doktor

Posted in Perubatan, Sosial on 21 Julai 2013 by Najwa Aiman

Sebab dia terlalu persistent, maka aku akur je desakan sahabat masa belajar dulu yang sekarang pakar psikiatri. Jadi pergilah berjumpa dia semalam dan dibuatnya aku macam pesakit. Cet! Tak patut…

Suicidium, kata dia. Perlu cari causes sama ada physiological organic atau most probably psychology. Despair, most common problems, katanya. Dan terus buka soalan demi soalan yang mengalahkan loyar. Aku yang loyar beb, kau tu doktor.

“Percaya je la cakap doktor!” dia marah. “Aku doktor ke, kau yang doktor? Kau belajar kat mana dulu? Aku belajar kat mana?”

Siotlah lu brader… ekekekekekeke… Tapi lu sudah makin gemuklah sekarang. Kau masih terus suka makan sate perut dan minum limau ais taruh garam sikit tu ke? Brengsek rasa minuman tu macam petrollah weh! Tapi bukanlah sebab aku pernah minum petrol.

“Jangan mengada-ngada nak cuba!” tetiba dia jerkah aku. Cuba apa ni? Makan sate perut, minum limau ais taruh garam atau minum petrol? Sambil tu tangan dia pantas menulis atas note pad. “Kau jangan fikir pun pasal minum petrol ke haper ke. Ni dah masuk suicidal ideation phase pula ni. Pergi ke hospital ni. Cari doktor ni. Tunjuk kertas ni kat dia. Dia tahu apa nak buat.”

“Siapa nak bayar semua ni nanti? Aku papa kedana sekarang ni.”

Dia tenung aku. Masih aku ingat tenungan yang macam tu. Kemudian dia ambil semula note pad yang dia beri tadi dan dicoretkannya nota tambahan di bawah. Sumpah para doktor ni semua dulu masa sekolah belajar menulis tak habis. Entah apa-apa yang dia conteng. Tak reti aku nak baca.

“Kau pergi je. Jangan fikir pasal bayaran. Jangan fikir pasal apa-apa masalah. Dan tolonglah, jangan nakal-nakal sangat lagi. Kau tu bukan bebudak macam dulu-dulu.”

“Aku still manusia beb. Manusia mana yang tak ada perasaan? Kata tadi, doktor… Doktor kan…?”

Dia diam kejap. Kan? As usual, I always give the punch.

Laut China Selatan

Posted in Perubatan, SíPúT on 26 Mei 2013 by Najwa Aiman

Laut China Selatan… antara lautan di muka bumi ni yang amat luas dan besar. Bila lautan tu luas, bermakna ia juga amat dalam. Dan manusia thalassophobic takkan boleh describe dengan jelas dan nyata ketakutan apa yang mengancamnya dari dalam dasar lautan seluas tu. Selain mengelak daripada menempuh elemen-elemen fobia, sesetengah orang terpaksa menempuhnya juga demi rezeki anak-anak dan terpaksa mengatasi ketakutan dengan mencari semangat dan motivasi daripada orang-orang yang dipercayainya — keluarga, isteri, suami, sahabat, lain-lain…

Namun bila sahabat sudah menemui semula kebahagiaan sendiri yang selama ini berlaku kejam terhadapnya, tapi kini kembali sebagaimana yang diidam, diimpi dan dikejarnya, maka hanya kebahagiaan yang sudah ditemui semula itulah yang penting baginya.  Itu kehidupannya, Selain daripada itu tidak bermakna apa-apa lagi baginya. But then again… selama ni pun sebelum kebahagiaan yang diidam ditemui semula pun, memang Sang Bodoh ini tak bermakna apa-apa dan tak penting pun baginya. Maka ketakutan harus ditempuh sendirian. As usual…

Laut China Selatan… semoga diseberangi dengan selamat pergi dan balik. Don’t worry… Kalau masih selamat hidup dan kembali pun tidak akan ada gangguan lagi daripada Sang Bodoh sampah-sarap yang menyemak dan menyusahkan hidup yang selama ini memang diharap sangat-sangat pergi berhambus dan mampus.

Misi: VIP Treatment…Ehem…

Posted in Perubatan on 18 Disember 2012 by Najwa Aiman

Hospital ni mewah. Ya… hospital la ni… Bukan hotel. Baru. Tapi tak ramai pesakit. ER pun tak ramai. Macam tak kecemasan pun. Lokasi pun agak tersorok. Kalau waktu malam memang ada harapan ambulan menggagau mencari pintu masuk. Dan kerana tak ramai, aku suka…! Dapat VIP teatment. Bergantung pada doktor gak la. Ada gak doktor yang lebih elok bercakap dengan picagari daripada dengan manusia. Ada gak doktor yang ramah dan sweet.

Tapi sebab tak ramai pesakit, waktu malam kat sini sunyi sangat. Macam rumah mayat mewah le pulok… But then again, kita semua pun akan jadi mayat suatu hari nanti, kan? Kan? Bukan ke? Ke? Tapi kalau kau orang sakit ke, mengada-ngada ke, apa ke, datanglah ke sini. VIP treatment. Sementara orang tak ramai ni laaa… Kalau dah ramai orang, pesakit dan mayat nanti susah le sikit nak cerita kan?

Dan ubat ni. Prospan. Controlled medicine. Ekstrak daun ivy. Warnanya macam teh. Guess what…? Rasa pun macam teh. Tapi really strong beb. Malam makan ubat ni, sampai pagi esoknya masih high. Mujur aku ada Misi Suri yang tolong rawat pagi petang siang malam… Eh… Jap… siang takde. Dia syif malam je… Mmmm… Maceh Misi Suri… Jasamu amat dikenang… Nak sakit lagilah camni… Lambat sembuh pun tak apa. Boleh lama-lama sikit manja… aharks…!

Keempat-Empatnya Semua

Posted in Famili, Perubatan on 15 April 2012 by Najwa Aiman

Dan Aiman Haziq pun sama ikut jejak langkah alongnya Aiman Zulkifli, kakaknya Aimy Najwa dan abangnya Aiman Azizy. Haziq pun duduk hospital juga… Lung infection kata doktor. Microplasma test positive. Maka sejak Khamis 12 April 2012, masuklah dia ke ward paeds di SDMC tu.

Kena telanjang ek Ajiq... Kena buat sponging sebab demam dah panas sangat malam tu... Tak gamak aku tengok...

Hari pertama masuk wad excited ek...? Seronok ek...? Rasa macam stay kat hotel ek...? Tangan kena cucuk drip pun tak kisah ek? Tangan kanan pula tu... Macam mana nak buat homework kat dalam wad? Kalau kidal macam Ummi boleh le juga kan?

Amboi amboi... Macam tak sakit je... Dirawat oleh misi-misi yang lemah lembut pula tu... Mmmm... Syurga ek...?

Setiap empat jam kena "lei-bu-lai-zer". Aharks...! 'nebulizer' la Ajiq... Asal activate je nebulizer tu, dan-dan pejam mata, baring tersandar relaks, tak bergerak dah sampailah selesai.

Kesejukan ek Ajiq...? Sian dia... Comel banget macam Ayahanda dia... Mmmm... Uhuk! Mana Nurse Veron ni...? Ajiq dah tidur ni...

It's time to leave, Ajiq. Check out. Discharge. Continue medication kat rumah. Lama sangat kat hospital pun boring gak der kalau lu jenis belum mummaiz dan belum baligh tau...

Dan siang tadi barulah Haziq discharge. Empat hari dalam wad dijaga oleh Permaisuri yang sentiasa setia menemani dan menjaga Puteranya. Terima kasih kepada Permaisuri beta yang sentiasa sanggup berkorban apa saja demi Putera Puterinya. Kanda cuma jaga satu hari je Sabtu hari tu kan? Mujur Permaisuri memang memerintah salah satu wilayah berdekatan. Dan mujur berhampiran hujung minggu.

Penghargaan yang tak terhingga kepada Dr. Lee Eng Lam, pakar kanak-kanak yang memang semua orang kata beliau mempunyai magic touch. Memang sungguh bagai dikata. Terima kasih Doc. Dan kepada staf paeds ward A di SDMC yang gigih dan dedikasi serta amat profesional. Juga kepada staf housekeping dan F&B (tak apa der sebab wa tau chef terpaksa ikut spesifikasi menu untuk ward patient). Budi kalian amat tidak ternilai harganya. Terima kasih semua! Terima kasih sekali lagi yang amat tak terhingga untuk Dr. Lee Eng Lam!