Archive for the Quips Category

Loyar Apa?

Posted in Nostalgia, Quips, Undang-undang on 6 Januari 2014 by Najwa Aiman

“Why don’t you continue practicing law?” Fedup dah le weh dengar soalan tu. Boleh tak kalau tak nak jawab? Suka hati akulah. Sebab, kalau aku jawab, kompem jawapan aku tu akan mengundang perdebatan politik dan sosial. Yang bukan loyar pun nanti tetiba jadi pakar guaman, perundangan dan kehakiman sebab nak tumpang berdebat punya pasal. Yang seumur hidup tak pernah dengar pasal Civil PC, Criminal PC dan Evidence Act pun tetiba boleh berhujah tentang admissible dan inadmissible evidence in court! Tu dia…!

“Apa ingredient for a legally binding contract?”

“Huh? Ingredient apa pulak? Ni bukan resepi!”

“Hari-hari setiap orang berkontrak sejak kecil sampai dah tua nak mampus ni pun masih tak tahu benda basic ni? Pastu macam mana nak determine evidence yang menepati standard of proof dalam court? Dah! Aku nak tidur!”

Dan ya! Spek aku masa tu memang besar macam cermin depan bas persiaran! So what? Mengganggu ketenteraman awam dan peribadi ke…? Do I breach any of my duty of care and caused damages to you? Huh…!

Mukasurat 2 = Sekolah Hari 1

Posted in Budak, Pendidikan, Quips on 2 Januari 2014 by Najwa Aiman

Kengkawan Whatsapp group ATUDISMA hantar gambar-gamabr kerenah bebudak masuk sekolah. Tak tahu up-to-date ke tak gambar-gambar tu but the point is, ada gambarnya, ada le kejadiannya. Ada member lain kata may be sebab bebudak tu tak pernah jumpa kerusi yang macam kat sekolah tu di rumah masing-masing. Ya tak ya gak kut…? Entahlah…

Kesian bebudak ni boleh jadi camni. Sahabat ATUDISMA kata sekarang school chairs have safety issues… ekekekekeke… Adoi laaa…

Silap position duduk. Masuk terbalik ni kut…

Yang ni rasa-rasanya memang bukan eksiden. Ni memang bakal stuntman atau bakal pengkarya kreatif nih… ekekekekeke…

Dan bukan bebudak baru start sekolah je yang jarang jumpa kerusi sekolah. Tak heran langsunglah kalau haiwan ni pun tersalahguna kerusi… walau apa jenis kerusi pun… Kan?

Tapi… Takkan Guru Besor pun tak pernah guna kerusi? Erk…? Atau Guru Besor nak experience apa perasaan anak-anak murid dia yang tersangkut kat kerusi tu? Atau… eh…? Ye ke ni Guru Besor…?

Kengkawan… Binawe Betul… Aharks!

Posted in Nostalgia, Quips, Sosial on 23 Disember 2013 by Najwa Aiman

Hari tu buat alumni mikro dengan kengkawan dari GMI dulu. Dan dialog famous daripada Aini terus menerpa kepala otak aku — “Kengkawan dah la tak ramai. Yang ada pun semua gila!” Aharks… Dan dialog tu aku abadikan dalam novel Untuk Kau Dan Aku. Entah bilalah nak sembuh sawan gila Ramzi nih… Dan Liza… yup… Kau masih macam dulu. Tak berubah. Errr… bukan saiz atau shape, tapi tabiat blur kau tu… Ekekekekeke… Aiyaaarrrkkksss…! Dan nope! Aku tak sakitlah gambir! Sihat wal’afiat zahir dan batin weh!

Dan dua Jumaat yang lepas, Lotus (ya, Lotus, bukan Proton) Note Pak Ngah akhirnya memasinkan mulut dan naluri aku — tak boleh start. Eloklah pula selepas solat Jumaat le pulok. Tambah eloklah lagi aku ada meeting jam 3:00 hari tu. Dan bertambah-tambah elok sebab selepas bertungkus-lumus, akhirnya kami berempat menapak dari masjid ke Kedai Tembok Cium Duit. Sambil menapak tu elok sangatlah kita nyanyi reramai dalam mode koir—

La la la la la la la la la la laaa…
La la la la la la la la laaa…

Pok pok pok… Bujang Lapok
Ada mancis tak ada rokok
Jalan jauh tersengguk-sengguk
Tumit melecet hai lutut terbengkok

Pok pok pok… Bujang Lapok
Poket kosong hai penuh habuk
Makan nasi nyekek cencaluk
Sampai mmm…mmm terlupa cebok

Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk
Jalan lurus jangan belok-belok
Aku dah penat terbatuk-batuk
Bau asyem ketiak siapa busuk
La la la la la la la…

Pok pok pok… Bujang Lapok
Kena bantai tulang rusuk
Jalan jauh terhangguk-hangguk
Jumpa doktor tampal koyok

Dan memang petang tu aku demam sampai dua hari…! Binawe…

Apa Pandang-Pandang…?

Posted in Quips on 15 Disember 2013 by Najwa Aiman

Apa? Aku tak layak ke pakai kereta camni…?

Awex Macam Artis…?

Posted in Feminin, Hiburan, Nostalgia, Quips on 9 Disember 2013 by Najwa Aiman

Betul ke lelaki ada kecenderungan untuk samakan awex dia orang macam artis atau selebriti? Katanya awex dia orang tu akan ada iras-iras muka selebriti tertentu. Honestly aku tak pernah terfikir pula macam tu. But interesting gak. Well… Kalau aku nak samakan muka aweks sebenar dan juga aweks orang lain tapi aku minat kononnya dia orang tu aweks aku (uhuk! Errr… Tipulah kalau kau orang tak pernah ada pengalaman macam ni! Cet!), maka I think they would go like these—

Awek first masa sekolah. Yup… lebih kurang gini la ada iras-irasnya. Ni Yati Octavia, pelakon Indo zaman 70’an.

Dan masa di MRSM aku tak ada awek, but then aku minat sorang tu dari jauh. Minat tengok muka dia je tapi bukanlah nak buat awek. Sebab? Sebab memang masa tu muka dia ada iras Raja Ema zaman tu. Zaman kurus.

Honestly aku tak pernah samakan awek aku masa kolej dulu dengan dia ni, tapi dia sendiri yang kata muka dia iras penyanyi cun dan comel 80’an dan 90’an ni. But come to think of it, well, giving her the benefits of the doubt, she might be right bila Fauziah Latiff senyum. Masa senyum tu memang ada iras macam dalam pic ni.

Mulanya memang aku tak pernah samakan awek ke tiga aku dengan sesiapa. But bila Liyana Jasmay mula dikenali, then I realized… Ye lorrr… Tapi ofkoz Liyana Jasmay muncul lama selepas aku kenal awek aku tu.

Dan dia ni? Actually bukan pada wajahnya. Tak ada iras pun kecuali pada bibirnya aje. Cuma bila tengok Rita Rudaini berlakon dalam siri apa entah kat TV tu dulu, yang bergandingan dengan Adi Putra tu, perawakannya ada sikit-sikit.

But one thing for sure — untuk Permaisuri beta memang tak ada iras selebriti mana-mana. She’s one of a kind. May be sebab tu dia akhirnya yang jadi Permaisuri beta… ekekekekeke… Walaupun masa tu memang dia jadi rebutan, tapi dia pilih muka aku ni. Huh??? Muka aku yang tak hensem tetapi ayu dan manja ni yang dia pilih…? Aharks…! Best!

Aku Jawab Boleh?

Posted in Quips on 7 Disember 2013 by Najwa Aiman

Masa kat Kota Kinabalu hari tu, member Whatsapp group pos gambar tu. Ekekekekekeke… Aku nak try jawab boleh?

Dear Mr. Bean

  1. Once we “started”, we don’t “stop”.

  2. We have Macrohard Words though. You want some for free?

  3. You must be either an unemployed or have no balanced life. People do work at offices and spend time with family and not computers at homes.

  4. He is an idiot. He didn’t finish his college.

-Bill Gates’ PA- 

(Jokiiiiiiiinggg…! Ekekekekekeke…)

“You’re Welcome”

Posted in Bahasa, Quips on 7 Disember 2013 by Najwa Aiman

Dulu Pan Pacific KLIA. Sekarang Sama-Sama Hotel bila Malaysia Airports Holdings Berhad dah beli daripada Pan Pacific. Yup aku pernah duduk sini beberapa kali. May be insyaAllah akan duduk sini lagi kalau ada rezeki. Nak kata best tu taklah tapi personally aku suka ambience dan suasananya.

Cuma… eheks… sekali tu masa lalu depan hotel ni aku terpandang bangunan tu dari luar. Logo hotel ni macam rama-rama hinggap mengiring. Tapi sebenarnya lebih kepada abjad ‘S’ berwarna oren merah kan? Tu kat puncak bangunan hotel tu. Dan tetiba terlintas kat kepala kalau pelancong asing tanya: “How do I find Sama-Sama Hotel?”

Honestly yang pertama sekali terlintas kat kepala aku ialah “Look for a building with a big red ‘S’ on top of it.” Dan selepas tu aku rasa pelik. Big red S…??? Errr… abjad ‘S’ kan? Bukan “ass” kan…? Kan? Bukan ke? Ke…?

Adoi laaa… mungkin pengurusan Sama-Sama nak consider tukar logo…? By the way, “Sama-Sama” tu bermaksud “You’re welcome” sebagai balasan kepada “Thank you” kan?