Archive for the Semasa Category

Walau Apa Pun, Bersedia Sajalah…

Posted in Bencana, Islam, Pendidikan, Semasa on 26 Disember 2013 by Najwa Aiman

Isu fenomena cuaca kat Johor ni dah reda kan? Atau belum? Anyways, pakar kaji cuaca kata ni bukan tornado. Bukan puting beliung. Ni hanya watersprout. Belalai air. Pelik juga istilah bahasa Melayu untuk fenomena cuaca ni erk? Puting la… Belalai laaa… Belalai air tak sama dengan belalai berair kan? Bukan ke? Ke…? aiyaaarrrkkksss…!

Tapi suatu ketika dulu pernah baca artikel kat bawah ni. Klik atas gambar tu untuk besarkan. Pernah baca dulu pasal khutub bumi berubah bukan perkara pelik. Katanya memang pernah berlaku ribuan atau mungkin jutaan tahun dulu dan tak mustahil akan berlaku lagi. Penyebabnya paksi bumi berubah. Bumi terpusing dari paksi sekarang. Antara tanda-tanda perubahan kutub ni yang aku baca tu ialah perubahan cuaca yang mendadak. Patutlah turun salji di Vietnam hari tu. Kan? Kan…?

Dan puting serta belalai ni? Gempa bumi di tempat yang sebelum ni tak pernah gempa? Gunung berapi meletup di tempat yang asalnya tak ada gunung berapi? Tsunami yang semakin kerap?

Atau kiamat…? Walau apa pun, bersedia ajelah kan? Kalau tak kiamat pun tak semestinya kita takkan mati…

Bukan Sekadar Padamkan Api Tau!

Posted in Maskulin, Semasa, Sosial, Teknologi on 23 Disember 2013 by Najwa Aiman

Di Kota Kinabalu hari tu aku dihantar untuk satu tugasan yang agak berat gak sebenarnya — menaraf anggota bomba dan penyelamat lapangan terbang. Dan ni bukan sebarangan lapangan terbang. Ni lapangan terbang antarabangsa weh! Dan antara ujian fizikal penarafan yang dikenakan, selain daripada apa yang aku tak pernah tengokselama ni ni seumur hidup, ialah yang lazim aku tengok dan kadang-kadang buat — tekan tubi dan… apa ke namanya dalam bahasa kita ni erk? Sit up tu le… apa namanya?

Apa-apa ajelah… Anyways, yang penting tugas tu dah selesai dan pada pendapat aku yang berpendapatan tak setinggi mana ni, lancar. My opinion about the quality of our Airport & Fire Rescue Service staff? They know what they’re doing in time of needs more than any of us do. So, have faith in them. Improve further, but faithfully. Sebab tu tugasan aku tu berat. Kalau salah penarafan, bebila diperlukan dalamkecemasan, tetiba dia orang tak boleh perform untuk rescue kita semua ni… Hah! Camne tu? Adeh… Tapi dia orang ni semua qualified.

Kau orang tak yakin? Choy… Okey, wa cabar lu buat semua fizikal prosedur dalam ujian Individual Physical Proficiency Test tu! Eheks… Kalau lu orang at least setaraf dengan markah dia orang, then dipersilakan bercakap bongkak… ekekekekekekeke… Tapi kalau tak setaraf… well… imagine this — kalau tetiba pesawat kau orang tersilap landing atau brek pesawat tak makan atau pilot tetiba termasuk dalam fasa mikro-sleep semasa take off atau landing, kau orang tahu apa nak buat? Tak tahu? So… who you’re gonna call? Ghostbusters? Mythbusters? Punky Brewster? Tak kenal Punky Brewster? Maknanya lu orang gen-Y. Bila pesawat okey, poyo. Bila pesawat problem, dia terkencing dulu… uhuk!

By the way, jentera bomba AFRS tak sama dengan jentera bomba PBPM kan… Spec jauh berbeza. So training pun berbeza. Basic aje sama. Tak percaya? Meh panggil PBPM buat fire rescue kat A380 yang tergelincir dan terbakar kat runway. Similarly, hantar AFRS buat fire rescue kat tingkat 88 KLCC. Anybody sanggup volunteer jadi mangsa yang terperangkap dalam salah satu senario tu pada masa tu…? Hehehehehe…

Dan… oya… sepanjang program IPPT memang kami dah sediakan PBSM just in case ada yang pengsan, pitam, sesak nafas atau perlu CPR… Eheks…! Dan nope… aku bukan mangsa pertama la weh! Tak jadi mangsa sesak nafas untuk membolehkan CPR pun, baik sengaja atau tak sengaja walaupun anggota PBSM yang dihantar tu amoy!

Perfume dan Topeng

Posted in Bencana, Gomen, Semasa, Sumber on 17 Disember 2013 by Najwa Aiman

Bermula malam ni hampir 1 juta penduduk Malaysia di KL dan Selangor putus bekalan air selama 6 hari. Kurang sehari je nak seminggu. Dan sebagai pemastautin yang dah seumur hidup tinggal kat Lembah Klang ni, biasanya bekalan air akan sampai setelah 3 hingga 8 jam daripada apa yang dijadualkan. Ye lorrr… Air tu nak ambil masa gak bergerak dari loji, lalu paip besar bawah tanah tu, dan akhirnya sampai ke paip rumah kan? Hmmm… Orang KL dan Selangor yang memang hari-hari naik LRT, RapidKL, Komuter, ERL, bla bla bla… kena beli perfume bebanyak kut? Dan tak lupa juga, topeng. Serkup hidung. Spray sikit topeng tu dengan perfume. In case ada yang memang tak biasa pakai perfume dalam public transport. Ramai weh… Bangun pagi tak mandi terus naik dan bergayut dalam LRT. Bau tilam jek…

Dan pagi tadi dengar kat radio hujan lebat akan mula turun semula di Pahang dan Pantai Timur Semenanjung untuk beberapa hari tak berhenti. Gelombang kedua banjir akan melanda nampaknya. Belah barat kering air sampai tak boleh nak mandi, belah timur berlambak air sampai bah… Seluruh negara ni diperintah dan ditadbir oleh satu kerajaan je kan? Bukan ke? Ke…?

Anyways… Errr… Ada sesiapa nak order mineral water? Berapa katon mahu? Nampaknya seminggu ni aku tak shave laaa… Kompem berjambang bermisai nih. Putih pula tu. Haaa… ada chance kerja part time kat mana-mana supermarket jadi Santa Claus nih!

Kita doakan Allah beri yang terbaik untuk kita semua buat ikhwan dan ikhwati sama ada di Pantai Timur yang bakal dilanda bah, begitu juga di Pantai Barat yang akan kemarau bekalan air. Moga Allah mengiringkan berkat dan rahmat di sebalik semua qada’ dan qadar ini… insyaAllah…

Kena Saman Pula Nanti Nih…!

Posted in Bencana, Hiburan, Semasa, Sumber on 16 Disember 2013 by Najwa Aiman

Terbaca kisah ni kat Ahad Metro tadi—

‘Semua sudah selesai’
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: “Semuanya sudah selesai. Kami tidak mahu komen apa-apa mengenai tuduhan Noraida dan suaminya yang ingin siasatan dijalankan semula. Bagi kami, semua sudah selesai dan kami menghormati keputusan pihak berkuasa,” kata isteri pelakon terkenal Adi Putra, Aida Yusof.

Aida yang juga pengurus kepada pelakon itu berkata, dia dan suaminya tidak berhasrat menyelesaikan kes terbabit di luar mahkamah.

Malah, kes pelakon terbabit yang dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang, Noraida Abd Mutalib, 30 juga sudah digugurkan…

Dalam laporan tu memetik—

…Adi dikatakan berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Instagram sebelum mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami Noraida, Amiruddin Osman, 56, berkata, dia berbuat demikian kerana percaya ada unsur berat sebelah dalam siasatan dijalankan polis…

Errr… Aku tak nak komen lebih-lebih. Nanti aku pula yang kena saman. Bini dia umur 30 tahun tau… Dan cun gak…! Aharks…

Hari-Hari Hari Raya…?

Posted in Ekonomi, Semasa, Sumber on 4 Disember 2013 by Najwa Aiman

Asalnya dapat dari Facebook. Dan aku pergi ke laman webnya. Ni extract daripada summary—

Hari-hari hari raya ke dia orang ni? Well, anyways, ke semuanya Tan Sri. Paling muda usianya 61, and that’s good enough. Dan yes, yang paling kaya antara ialah yang paling tua — 90 tahun meh…

What will he do with all those money at that age…? Kalau akukaya, aku bagi kat bakal-bakal haji yang tak ada duit nak pergi haji. Sekarang ni la aku fikir camni. Tapi kalau aku betul-betul kaya dengan nilai dekat 40 billion camtu… hmmm… entah-entah… hmmm…

Syukur alhamdulillah dengan apa yang ada. Kalau nilai aku berbillion belum tentu aku pegang iman kut? Dalam keadaan tak kaya pun kadng-kadang lingkup juga, inikan pula… adoi laaa…

Yang Kat Atas Nampak Tak?

Posted in Semasa on 22 Julai 2013 by Najwa Aiman

Ni gambar pagi tadi. Ni jerebu atau kabus erk? Tapi sepanjang lebuh raya menghala ke lokasi dalam gambar tu memang nampak wap-wap putih terapung-apung atas tanah kat semak-samun dan belukar tepi lebuh raya tu. Kabus atau jerebu? Anyways, harap-harapnya kabuslah sebab ni kawasan airport kan? Atau at least kat atas sana visual lebih clear kut berbanding di bawah ni? Kalau kat bawah ni macam tak berapa nampak, pilot aircraft kat atas sana nampak tak? Kengkawan pilot Capt. B dan Capt. E yang kemudi A380 nampak tak?

Kalau jerebu, maknanya puncanya datang dari negara sendirilah erk? Ke bukan? Masih kena pakai topeng ke? Lemaslah weh… Macam mana nak comolot nih…

KLIA Kat Mana?

Posted in Hiburan, Semasa on 21 Julai 2013 by Najwa Aiman

Bebaru ni masuk media pasal warga mana entah yang stranded kat airport kita kan? Lima puluh hari stranded. Aku dibagi tahu al-kisahnya sebab visa dia mati. Nak masuk Malaysia tak boleh. Nak masuk negara asal semula pun tak boleh. Ye ke camtu ceritanya? Entahlah… aku bukan kerja dengan Imigresen. Manalah aku tahu.

Teringat kisah yang sama yang Steven Spielberg filemkan dulu — The Terminal. Kalau aku yang stranded kat KLIA, aku nak tidur dan berkenalan dengan siapa untuk buat kawan rapat? Definitely bukan pramugari Catherine Zeta Jones le. Tapi may be dengan pekerja kedai coklat KLIA tu… yang manis-manis tu… emmm… manis-manis…. manis… manis…

Coklatlah! Coklat tu yang manis weh! Ceh…