Archive for the Sumber Category

Manifesto Manifesoto

Posted in Bodoh, Ekonomi, Gomen, Politik, Sumber on 29 Disember 2013 by Najwa Aiman

Dapat ni dari FB sahabat, dan aku share kat FB aku. Memang betul ke ada laporn ni dulu? Rasa-rasanya macam pernah dengar antara statement ni dalam kempen puak-puak BN dulu. Well… syukur alhamdulillah Tuhan bayar cash… kan? Bukan ke? Ke…? By the way, klik atas gamabr kat atas tu kalau nak saiz besar sikit.

Perfume dan Topeng

Posted in Bencana, Gomen, Semasa, Sumber on 17 Disember 2013 by Najwa Aiman

Bermula malam ni hampir 1 juta penduduk Malaysia di KL dan Selangor putus bekalan air selama 6 hari. Kurang sehari je nak seminggu. Dan sebagai pemastautin yang dah seumur hidup tinggal kat Lembah Klang ni, biasanya bekalan air akan sampai setelah 3 hingga 8 jam daripada apa yang dijadualkan. Ye lorrr… Air tu nak ambil masa gak bergerak dari loji, lalu paip besar bawah tanah tu, dan akhirnya sampai ke paip rumah kan? Hmmm… Orang KL dan Selangor yang memang hari-hari naik LRT, RapidKL, Komuter, ERL, bla bla bla… kena beli perfume bebanyak kut? Dan tak lupa juga, topeng. Serkup hidung. Spray sikit topeng tu dengan perfume. In case ada yang memang tak biasa pakai perfume dalam public transport. Ramai weh… Bangun pagi tak mandi terus naik dan bergayut dalam LRT. Bau tilam jek…

Dan pagi tadi dengar kat radio hujan lebat akan mula turun semula di Pahang dan Pantai Timur Semenanjung untuk beberapa hari tak berhenti. Gelombang kedua banjir akan melanda nampaknya. Belah barat kering air sampai tak boleh nak mandi, belah timur berlambak air sampai bah… Seluruh negara ni diperintah dan ditadbir oleh satu kerajaan je kan? Bukan ke? Ke…?

Anyways… Errr… Ada sesiapa nak order mineral water? Berapa katon mahu? Nampaknya seminggu ni aku tak shave laaa… Kompem berjambang bermisai nih. Putih pula tu. Haaa… ada chance kerja part time kat mana-mana supermarket jadi Santa Claus nih!

Kita doakan Allah beri yang terbaik untuk kita semua buat ikhwan dan ikhwati sama ada di Pantai Timur yang bakal dilanda bah, begitu juga di Pantai Barat yang akan kemarau bekalan air. Moga Allah mengiringkan berkat dan rahmat di sebalik semua qada’ dan qadar ini… insyaAllah…

Kena Saman Pula Nanti Nih…!

Posted in Bencana, Hiburan, Semasa, Sumber on 16 Disember 2013 by Najwa Aiman

Terbaca kisah ni kat Ahad Metro tadi—

‘Semua sudah selesai’
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: “Semuanya sudah selesai. Kami tidak mahu komen apa-apa mengenai tuduhan Noraida dan suaminya yang ingin siasatan dijalankan semula. Bagi kami, semua sudah selesai dan kami menghormati keputusan pihak berkuasa,” kata isteri pelakon terkenal Adi Putra, Aida Yusof.

Aida yang juga pengurus kepada pelakon itu berkata, dia dan suaminya tidak berhasrat menyelesaikan kes terbabit di luar mahkamah.

Malah, kes pelakon terbabit yang dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang, Noraida Abd Mutalib, 30 juga sudah digugurkan…

Dalam laporan tu memetik—

…Adi dikatakan berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Instagram sebelum mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami Noraida, Amiruddin Osman, 56, berkata, dia berbuat demikian kerana percaya ada unsur berat sebelah dalam siasatan dijalankan polis…

Errr… Aku tak nak komen lebih-lebih. Nanti aku pula yang kena saman. Bini dia umur 30 tahun tau… Dan cun gak…! Aharks…

Hari-Hari Hari Raya…?

Posted in Ekonomi, Semasa, Sumber on 4 Disember 2013 by Najwa Aiman

Asalnya dapat dari Facebook. Dan aku pergi ke laman webnya. Ni extract daripada summary—

Hari-hari hari raya ke dia orang ni? Well, anyways, ke semuanya Tan Sri. Paling muda usianya 61, and that’s good enough. Dan yes, yang paling kaya antara ialah yang paling tua — 90 tahun meh…

What will he do with all those money at that age…? Kalau akukaya, aku bagi kat bakal-bakal haji yang tak ada duit nak pergi haji. Sekarang ni la aku fikir camni. Tapi kalau aku betul-betul kaya dengan nilai dekat 40 billion camtu… hmmm… entah-entah… hmmm…

Syukur alhamdulillah dengan apa yang ada. Kalau nilai aku berbillion belum tentu aku pegang iman kut? Dalam keadaan tak kaya pun kadng-kadang lingkup juga, inikan pula… adoi laaa…

Awek Tu Nyamuk Beb…

Posted in Bebel, Bodoh, Semasa, Sumber on 15 Oktober 2011 by Najwa Aiman

Kau orang mesti ada baca berita kat Harian Metro ni kan?

Kerat alat kelamin akibat putus cinta
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah… (baca habis)

Ngeri pula membacanya. Kerat bahagian lain tak boleh ke? Kenapa mesti kat situ…? Kenapa bakar kelambu bila marah nyamuk? Tapi apa-apa hal pun, ni pengajaran tau… NOTE: Buat yang opposite – kasi asah tambah panjang, keras dan mantap. Jangan kasi. Faham? Jangan “KASI”… Dan remember: awek lain masih mahu pakai benda tu. Dan zaman sekarang ni, balak lain pun ada yang berminat nak pakai benda tu… adoi laaa…

Kita Tetap Disayangi Dalam Tidur

Posted in Islam, Pendidikan, Perubatan, Sumber on 20 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dalam fasa terakhir RáMáDáN ál-MúBáRáK ni, Rasulullah SAW dah mula tak tidur malam. Baginda beribadat sepanjang malam untuk dapatkan keredaan Allah SWT masuk ke syurgaNya — walaupun baginda memang dah kompem akan masuk punya. Tak tidur selama 10 hari? Mampu ke kita…? Kajian sains perubatan kata semakin tua semakin banyak lena dan semakin susah nak bangun tidur. Patutlah orang muda lebih banyak aktiviti malam hari ek…? Eheks…

Anyways, makin susah nak bangun dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah SWT, maka dikira makin beratlah dugaannya tu kan? Kan? Dan makin berat dugaannya, kira makin besarlah ganjaran kan? Satu dugaan yang amat ringaa bagi orang muda tetapi amat berat bagi orang tua (yang pada masa tu dianggap semakin dekat dengan mati). Subhanallah! Sungguh Allah Maha Pengasih dan amat-amat menyayangi hamba-hambaNya…! Subhanallaah…!

Petik

Posted in Idea, Nostalgia, Sumber on 8 Mei 2011 by Najwa Aiman

Kegemaran mengumpul quotation atau kata-kata yang aku anggap best ni memang dah lama. Sejak awal 1990’an lagi. Tapi oleh kerana ciri-ciri quotation aku ialah—

  • Pendek
  • Catchy
  • Emotional

Maka jumah yang aku dah kumpul adalah berbelas je. Tak banyak. Aku tak suka quotation yang panjang-panjang. Biarlah ringkas, padat, sendat. Best!

Quotation terakhir yang aku masukkan dalam koleksi aku ditemui sejak tahun lepas rasa-rasanya. Aku suka banget dan so far belum jumpa lagi quotation baru yang menepati ciri-ciri koleksi. So aku nak kongsi quotation terakhir yang aku jumpa tu, dalam Google Talk sahabat aku yang dikasihi (lebih kurang aje sebab aku petik ni dari memori sebab sekarang ni dia tak online dan aku tak nampak status dia tu)—

“Don’t let someone becomes a priority in your life when you are just an option in their lives.”

Amacam? Best, kan? Ada lagi sambungan dia tapi kalau sambung dah tak menepati ciri-ciri quotation yang aku suka. Thanks Teddy for such a very… hmmm… rejuvenating quotation. Sesungguhnya petikan tu sungguh amat menyedarkan… Amat sangat… Thanks!

Dulu, Kini, Tadi

Posted in Bencana, Sejarah, Sumber on 14 Mac 2011 by Najwa Aiman

Petang tadi dapat mesej ni—

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It’s acid rain. Don’t let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.”

Mesti kau orang pun dapat gak, kan? Aku percaya tentang explosion tu betul. Besar atau kecil ia tetap letupan yang membocorkan radiasi ke udara, kan?

Tapi part hujan tu macam mana ek? Bom atom yang jatuh di Hiroshima dan Nagasaki tu dulu sama ke kesannya dengan kebocoran nuklear ni? Maybe kesan bom atom tu pernah melanda Tanah Melayu dulu dan menjadikan sebahagian orang kat Tanah Melayu serta keturunannya mutant.

Dan barangkali sebahagian mutant tu sekarang dah jadi wakil Parlimen dan ADUN! Tak pun jadi Ketua Pengarah di mana-mana. Maybe jadi pengarah filem atau artis. Tak pun menulis novel dan blog…! Tadi petang hujan amat lebat dan aku terkena hujan tu. Lepas ni kepala aku jadi macam Vin Diesel. Bertambah macholah aku…

Dalam bergurau, kita berharap semoga keluarga mereka di Jepun yang ditimpa musibah Tsunami ni mendapat sabar… Dengar cerita angka kematian dan kehilangan mencecah empat digit. Ibarat ‘Tsunami’ pulang ke Jepun. Dari Jepun datang istilahnya, ke Jepun ia kembali melanda… Tak… Aku bukan bergurau ni…

Bird’s Eye View

Posted in Ekonomi, Sosial, Sumber on 27 Mei 2010 by Najwa Aiman

Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan Air Asia hari tu, aku terperasan muka bumi kat bawah ni. Aku tak sure sama ada tu muka bumi Kelantan atau bukan, tapi sebab masa tu memang dah dekat nak landing, aku agak kat bawah tu negeri Kelantan le kut?

Tertarik tengok sungai tu. Cantik banget! Tu sungai le kan? Yang panjang warna kuning teh tarik berlingkar-lingkar tu sungai le kan? Sungai apa tu ek? Sungai Kelantan ek? Tapi yang kuning-kuning kat daratan tu haper ek? Pembalakan ke atau pembangunan? Apa-apa pun, sumber muka bumi tu semua dah tentu digunakan untuk manfaat.

Mari Bersetubuh Selalu

Posted in Feminin, Matang, Perubatan, Sumber on 28 April 2010 by Najwa Aiman

Sahabat lama hantar emel dengan petikan berita dari Telegraph UK. Kena baca tau! Seks, persetubuhan, romen-romen, jimak, tu semua aktiviti yang menyihatkan tau. Aku letak laporan penuh kat sini. Amik ko—

Brazilians told to have more sexual intercourse to avoid illness
Brazilians can fight off chronic illness by engaging regularly in physical exercise, and particularly in sexual intercourse, the country’s health minister said.
Published: 12:38AM BST 27 Apr 2010

“People need to be active. A weekend football game must not be the only physical activity for a Brazilian. Adults need to do exercise: walk, dance and have safe sex,” said Jose Gomes Temporao.

The minister gave the advice as he launched a campaign to prevent high blood pressure, which afflicts a quarter of Brazil’s 190-million strong population.

“It’s not a joke. It’s serious. Having regular physical exercises also means sex, always with protection of course,” he said.

“Dancing, having sex, keeping weight under control, changing dietary habits, doing physical exercise” all help keep blood pressure down, he said.

He added that he believed there was a health “time bomb” ticking in Brazil, which within 20 years could see a “gigantic percentage” of the population suffering chronic illnesses, high blood pressure, diabetes and high cholesterol.

Orang perempuan memang secara semula jadinya rajin — buat kerja pejabat, buat kerja rumah, jaga anak, bla bla bla — orang perempuan sendiri yang cakap macam tu. Di peringkat student pun, orang perempuian lebih rajin, tu sebeb dia orang lebih pandai dan ramai masuk IPT, kan? Kan?

Tapi orang lelaki? Hmmm… that is the because orang lelaki kena poligami. Kalau “tak ada masa” nak pergi gym atau bersukan, at least setiap malam boleh bersetubuh kan? Kan? Bukan ke? Ke?