Archive for the Uncategorized Category

Maaf

Posted in Orkid, Uncategorized on 3 Julai 2016 by Najwa Aiman

Tanggal

Posted in Uncategorized on 18 April 2015 by Najwa Aiman

Hari ini
tiga tahun lalu
kita ketemu
kucupan bertamu
dan aku
tertipu…

Kenapa Masih…?

Posted in Uncategorized on 3 Jun 2014 by Najwa Aiman

gurney-hotelMelintas lagi kat sini. Kusangkakan dah buang habis dan terlupa. Kusangkakan dah menjadi benci. Tapi tetiba dalam memori ia kembali. Lantas pilu dan risau hadir di hati…

Sungguh… Aku mahu kau pergi. Pergi… Pergi…

Aku Tak Layaklah

Posted in Uncategorized on 8 Mei 2013 by Najwa Aiman

Entah apa punya perangai daaa… Dah tiga malam aku layan cerita hantu kat TV. Sorang-sorang le. Dah tu nak layan dengan siapa malam-malam buta kat rumah macam tu? Cerita hantu orang puteh, hantu Melayu, hantu Indon dan hantu Siam. The best so far — hantu Siam. Pakar pasal hantu dia orang ni… Atau pakar menakutan orang?

Anyways, orang Siam lawa-lawa kan? Dan variasi. Sebab orang Thailand ada yang rupa Cina, rupa Melayu, dan rupa Serani. Walau apa pun etnik dia orang tu, tetap cun belaka. Dan bila dia orang bercakap, perghhh…! Cair… Cair…

Dan aku hanya layak jadi kawan sahaja kepada orang Siam. Tak lebih daripada tu. Tak boleh nak bercinta dengan orang Siam. Aku tak cukup layak. Tak ada darah Siam. Tak cukup caring dan bertanggungjawab. Hmmm… mungkin betul. Do I need to improve?

Well… improvement is just skin deep. Lagipun I am what I am. Ni soal hati. Hati berbisik tak hendak, kehebatan tak relevan lagi. Apatah lagi kalau orang macam aku yang memang tak hebat langsung. Aku hanyalah seorang Melayu yang kalau memandu dalam kereta sendiri pun orang tak nampak. Huh? Wow! Tu dah ada kebolehan buat cerita hantu kereta yang bergerak sendiri tanpa pemandu tu! Dah ada sikit ciri-ciri Siam tu! Ekekekekekeke… Adoi laaa… Ya… Hakikat tetap tak berubah… Aku tak layaklah…

Jangan Putus Asa Dengan Cinta

Posted in Puisi, SíPúT, Uncategorized on 25 Februari 2013 by Najwa Aiman


15 Januari

Posted in Uncategorized on 15 Januari 2013 by Najwa Aiman

Dan pada tanggal (tarikh, bukan buka pakaian) 15 Januari dalam tahun—

1970

Muammar Gaddafi ditabalkan sebagai pemerintah Libya

1973

Presiden Nixon mengisytiharkan gencatan senjata di Vietnam Utara

1991

Bermulalah Ops Desert Storm dan serangan PBB ke atas Kuwait

1992

Slovenia dan Croatia merdeka daripada Yugoslavia

2007

Bekas Ketua Perisikan Iraq, dan bekas Ketua Hakim Mahkamah Revolusi Iraq dihukum gantung sampai mati

2013

Umur aku pendek setahun lagi, dan semakin hampir dengan mati.

Pendapat aku yang tak pandai macam orang lain ni, berdasarkan pengalaman hidup, semakin meningkat usia, semakin perit cubaan dan dugaan yang Tuhan beri. Barangkali kerana Tuhan atas ihsanNya Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya mahu membersihkan dosa-dosa yang semakin tebal dan naik berdaki memandangkan tempoh hidup di dunia semakin singkat. Mudah-mudahan hambaNya ini insaf dan bertaubat agar terlepas azab akhirat setelah redho dan pasrah dengan seksa dan derita dunia fana ni. Entahlah…

Anyways… semasa bahagia, aku sendiri tak pernah ingat tarikh lahir aku sehingga orang lain wish. As if macam tak penting je tarikh  lahir ni. Tapi dalam sengsara, aku ingat tarikh lahir aku sebab mengharapkan orang lain wish… Gitu ke…? Dengan orang wish kita birthday boleh buat kita bahagia ke? Well… it’s the thought isn’t it? Kebahagiaan tiba sebab kita tahu adaorang ingat, kasih dan ambil kisah tentang kita, kan? Bukan ke…? Hmmm… Tapi kalau orang tak wish…? Padanlah muka… ekekekekekeke…

Jangan Biarku Keseorangan

Posted in Puisi, Uncategorized on 29 Julai 2012 by Najwa Aiman