Archive for the Uncategorized Category
Nilai Lirik Lagu?
Posted in Hiburan, SíPúT, Uncategorized on 28 April 2012 by Najwa AimanPernah ada orang popular approach aku untuk tulis lirik untuk satu lagu yang baru diciptanya. Alamak! Lirik lagu? Kena ada cerita kan dalam lirik tu? Ya ke? Mendengar iramanya secara kasar, aku tahu cerita lagu tu mesti heavy. Tak boleh sekadar cinta-cinta ringan, apatah lagi cinta ringan-ringan. Hmmm… But then again, identify your capabilities. Mahu ambil risiko ni? Well… kalau risikonya aku sorang tanggung, fine. Tapi kalau ada orang lain pun terpaksa tanggung risiko akibat perbuatan aku… Adoi laaa… Maka aku terpaksa decline dengan sopan santun lagi penuh budi bahasa yang lemak manja ayu gitu… May be next time.
Tapi betul kan lirik yang bagus mesti ada cerita? Mesti ada makna? Especially kalau tepat sasarannya pada kisah hidup sebahagian pendengar? Entahlah… Yang aku tahu, memang ada beberapa lagu dulu dan terkini yang bila aku dengar, aku dapat tangkap cerita di dalamnya. Iramanya pun best di telinga aku. Telinga akulah! Telinga kau orang, kau orang sendiri koreklah dan decide le… Kan? Kan?
Dan antara lagu-lagu yang aku minat tu memang aku jadikan sumber inspirasi. Sebahagiannya untuk menulis. Sebahagiannya sekadar menikmati iramanya. Sebahagiannya sekadar menghayati ceritanya. Tapi sebahagiannya yang aku sampai buat koleksi istimewa ialah bila cerita dan iramanya terkandung signifikan erti penuh makna (ni contoh ayat yang sungguh tak ekonomi… ekekekeke…) Setiap lagu tu ada cerita. Dan setiap cerita ada sentuhan di hati dan diri. Dan setiap sentuhan tu boleh sama ada menyemai harapan, membaja impian hingga menitiskan air mata bila tak kesampaian…
Aku tabik hormat spring melantun-lantun kepada karyawan yang mencipta irama dan lirik lagu-lagu yang penuh signifikan erti penuh makna yang bisa menyentuh naluri dan diri ni—
Yup… mesti buat koleksi. Mesti jadi signifikasi kisah hidup alam nyata dan bukan sekadar mimpi dan fantasi. Mesti jadi sebuah legenda hikayat mengejar cinta dan bahagia. Hanya Tuhan yang tahu dan akan menentukan kesudahannya…
Rindu nak makan menu yang macam siput kat Delicious Bangsar…
Once…
Posted in Uncategorized on 15 Januari 2012 by Najwa AimanBetul Ke…?
Posted in Matang, Quips, Uncategorized on 8 Jun 2011 by Najwa AimanDah lama sebenarnya terima gambar ni melalui emel kengkawan. Dah lama nak tanya tapi tak ingat. Betul ke memang ada iklan ni kat negara Eropah nun? Atau superimpose je ni…?