RáMáDáN ál-MúBáRáK

MáHá SúCí ÄLLÄH
Yáng Mémbérí ízínNyá
Búát Kítá Ménémpúh Rámádán
Déngán Ráhmát Dán MághfíráhNyá
Atás Ségálá Yáng Khíláf
Atás Ségálá Kétérlánjúrán
Atás Sémúá Yáng Kúmínúm Dán Mákán
Hálálkánláh Atás Námá RézékíNyá
Ampúnkán Dán Mááfkán Séíkhlásnyá
Bíár Rámádán Kálí Iní
Tídák Dípérsíákán Lágí…

Súbhánálláhi Wálhámdúlílláhi Wálá Iláhá Illálláhu Wálláhúákbár!

Bulan Dunia

Bagaimana mungkin
dianugerahi keajaiban seribu bulan
sedang aku tetap leka
memuja kehebatan harta dunia

Fasa Kedua Ramadan

Telah berlalu limpahan rahmat
entahkan tidak aku sempat
mengejar purnama Ramadan

Sudah tiba taburan maghfirah
entahkan mungkin diampunkan Allah
bermandi rahmat Ramadan

Ya Rabbul ‘Aalamiin…
tidak Engkau bebani kami
melainkan dengan apa yang termampu
lantas demi keagunganMu
redakanlah pengabdianku
dan demi kesempurnaanMu
ampunilah kelemahanku…

Moga Usia Sempat Bersisa

Masih kau tersengih
sedang Sya’aban sudah purnama
dan Ramadan bakal tiba
lantas beruntunglah manusia
yang usianya masih bersisa
tatkala Ramadan menjelma…

Ramadan Akan Kembali

Titiskan air mata
Sebagai tanda kesyukuran
Dalam doa dan harapan penuh ehsan
Kerana usia masih bersisa
Dan semoga terus bernyawa
Hingga dia tiba

Layakkah kutebus segunung dosa
Sedang dalam Ramadhan yang mulia
Akan dirantai iblis dan syaitan
Dan yang tinggal nafsu semata

Ramadan akan kembali
Dengan ganjaran seribu bulan
Moga tidak dipersiakan ia lagi
Ya Tuhan Ya Rahman
Semoga baki usiaku yang tersisa
Kau lanjutkan sepurnama
Agar dapat kutebus segala dosa
Dalam Ramadhan yang menjadi kurnia

Campakkan Walau Setitis

Ya Tuhan Penerima Taubat
betapa timbunan dosa-dosaku
dan betapa janji-janjiMu
maka campakkanlah walau setitis
di hatiku yang kian hitam
rasa gentar kepada dosa
rasa takut pada neraka

Ya Tuhan Penerima Taubat
begitu banyak dugaan syaitan
menyiram subur benih kesesatan
maka campakkanlah walau setitis
di hatiku yang kian hitam
kelazatan kepada iman
kerinduan pada amalan

Ya Tuhan Penerima Taubat
ada sinar di hujung jalan
dan ada keliru di persimpangan
maka campakkanlah walau setitis
di hatiku yang kian hitam
hidayahMu yang bercahaya
agar bisa kucari dan kutemui
jalan kembali yang Kau reda

Masihkah Hati Kepada Ramadan

Baru seminggu berlalu
belum puas rakaat dihitung
belum kering rezeki di karung
namun sinar panjut sudah memancar
berkilau di hati yang gusar
menitip risau menanti Syawal
dan setiap pahala yang berkerumun
langsai terjual

Ramadan Akan Pergi

Langit malam sudah terang menyala
kerana dihiasi purnama
dan Ramadan separuh yang berlalu pergi
tak mungkin berganti

Lalu sudahkah dihitung amalan
sepanjang separuh bulan
dan sudahkan dihitung dosa
yang ditebus dengan pahala?

Sesungguhnya aku dalam kerugian
dan kerugian itu sangat nyata
andai Izrail datang bertandang
apakah yang bakal kubawa pulang
sedang Ramadan tahun ini
sudah terbentang menghampar peluang?

Ramadan Semakin Pergi

Ramadan semakin pergi
dan aku ditinggalkan
masih begini

Syaitan akan bebas
sedang iman masih rapuh
dan nafsu terus puas

Ada gembira di hati
menyambut aidil fitri
dan melihat Ramadan pergi
itukah tanda hati suci?

Semoga segala keberkatan
terkumpul sepanjang Ramadan
menjadi perisai dan persediaan
sepanjang kehidupan

Dahaga

Beratkah dosa yang tergalas ini
hingga Ramadan yang berlalu
seakan tidak bertamu?

Keringkah air mata di bahang noda
hingga kesyahduan ayat Tuhan
tidak mengalirkan keinsafan?

Bebalkah sudah akal dan hati
hingga peluang amalan yang terbentang
seakan tidak mengundang?

Semakin jauhkah syurga Firdausi
hingga panas neraka
seakan dekat terasa?

Wahai Tuhan yang memegang nyawaku
janganlah kau matikan aku
dan jangan matikan isteri dan anak-anakku
selagi belum mengalir dari tubuh kami
darah yang pekat dengan taubat kepadaMu

Ramadan Budaya

Ramadan telah tiba
gemerlapan rumah dan singgahsana
banyak sungguh panjut dan pelita
masjid masih gelap-gelita

Ada ajnabi berkucupan
ada makhluk mabuk berkeliaran
ada sawang menyelimut Quran
belum dirantaikah iblis dan syaitan?

Si musafir tak boleh menjamu dahaga
nanti seluruh negara berita dijaja
jadi togoklah arak penuh di meja
yang nampak diam yang tahu selamba

Ramadan ini bulan perpaduan
masjid dan disko bersefahaman
pabila pintu masjid dikunci
pintu disko dibuka sebagai ganti

Ramadan Yang Tampan

Bukankah yang kutahan ini
angin perut yang sendat sekali
yang sentiasa nak break free
yang letusannya sentiasa berbunyi?

Dan kenapa mereka semua
gemar benar menayang muka
sehingga aku sering dalam terpaksa
mengekang angin yang keras kepala?

Mungkin berkat Ramadan
menjadikan aku semakin tampan
kerana hanya di bulan ini
pejabatku semakin kerap dikunjungi
oleh mereka yang gemar berjenaka
barangkali sebab tak ada kerja

Aku nak blah cepat
dan kutakungkan dalam pejabat
angin perut yang pekat
biar di hidung mereka ia melekat!

Hitung

Setiap yang bernyawa
pasti akan mati
dan setiap yang mati
akan diadili

Lalu yang dihitung
membawa seribu erti
dan yang beruntung
menanti ajal berkunjung

Lalu yang digalas
membawa seribu seksa
sedang masih di dunia
terasa panasnya neraka

7 Respons to “RáMáDáN ál-MúBáRáK”

  1. Dear Najwa Aiman,
    After reading your poem, etc. something came into my mind. Horrible. You know it is frightening seeing the demon. But then I realize I have to be closer to Alloh SWT, the most garciouse and merciful.

    You are really good at writing I guess. Congratulation and have a nice Ramadhan. Say hello to your family, friends, etc.

    Soca

    • Dear Soca (or is it Soni?)

      Actually, and I believe everybody already knew, I am not sure whether that is exactly how the demon looks like after all. Anyway, I’m not sure that “really good at writing” is the most critieria that suits me but I cannot say that I’m not flattered by your compliment (it was meant as compiment, right? Hehehehe…)

      Thanks for visiting and reading! By the way, never been to Indonesia, but I’ve come to know at least five Indonesians in person. Two of whom were my former classmates during my primary and secondary schools respectively. The one in my secondary school was my best friend. wish I knew where he is now and what he’s doing.

      The other three were my maids. They my maids are not from Bali but they are very friendly, polite, courteous and they love my children. I really miss them.

  2. […] Puisi-puisi Ramadan di Khayal […]

  3. August Paloh Says:

    lumayan untuk dihayati puisi-puisi religius Mbak Najwa Aiman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: