Sengkuang Sambal dan Aiskrim Malaysia

Mana pergi menu sengkuang sambal yang aku selalu singgah beli lepas balik dari mengaji kat rumah Makcik Bedah dulu ek? On the way balik dari rumah Makcik Bedah ada sebuah rumah kat baris hujung sekali. Makcik tu jual sengkuang sambal macam dalam gambar tu. (By the way, gambar tu aku kidnap dari blog Cangkir Biru… eheks… Sowi ek tuan rumahnya… ) Makcik tu juga jual aiskrim Malaysia berperisa kacang dan asam boi. Aiskrim kacang ada kacang merah di dalamnya. Yang asam boi ada marijuana… eheks… dah tentulah ada asam aboi! Bingai…

Sengkuang sambal makcik tu memang lazat! Satu memang tak cukup, tapi tak boleh beli ebih daripada tu sebab masa tu belum ada duit sendiri… eheks… Kan best kalau sengkuang sambal dan aiskrim kacang dan aiskrim asam boi boleh didapati dengam mudah merata-rata macam dulu. Kalau tak pun, at least ada orang yang masih sudi nak jual.

But then again, apa alasan tak boleh buat benda-benda tu sendiri kat rumah ek?

Kalau minat sengkuang sambal (atau sengkuang calit) tu, baca selanjutnya di entri Cangkir Biru di sini. Nak buat aiskrim Malaysia boleh ke entri My Receipe Book di sini. Gambar aiskrim yang… masya-Allaah… sangat menyelerakan tu pun aku kidnap dari blog My Receipe Book. Pun minta ya ampun gak dari tuan punya blog ek… ekekekeke…

Dan ya, Pye… nostalgia lagik… ekekekekeke…

14 Respons to “Sengkuang Sambal dan Aiskrim Malaysia”

  1. eh betul la dulu2 masa kecik2 selalu melantak sengkuang tuh. kat mana ada jual eh ?

  2. aah la. cube try tengok kat depan skolah rendah? ade lagi tak van2 bergerak tu?

    • Sekolah rendah aku dulu tak ada van yang jual jajan atau makanan camni singgah. Yang ada cuma penjual eskrem… eheks… Tapi kat sekolah Putera dan pUteri beta ni, walaupun ada orang singgah berjualan, tak ada juga yang jual sengkuang sambal ni. Ngidam betul…

  3. […] the way, agak-agak bubbles tu tahu tak kat mana aku boleh dapatkan sengkuang sambal dan aiskrim asam boi tu? Adoi laaa… masih ngidam […]

  4. Kalau aku ngidam nak makan sengkuang ngan sos plum tu, aku slalu gi beli kat gerai terletak antara padang sekolah rendah st john ngan Citibank sambil cuci mata tengok aweks CBN…erk. Kalu naik KL ko cuba le cari kat situ waktu lunch or waktu petang just before budak balik sekolah.

    • Huh? Ada ek? Alahai… kenapa lokasinya kat tempat yang sungguh tak berbaloi nak dapatkan sekadar sengkuang sambal tu. Berapa harganya? Kalau dah alang-alang ke situ, mahu aku sampai ke tingkat atas Ampang Park tu nanti… aiyaaarrrkkk…!

  5. […] Belum Dapat Kulum Malam tadi aku bercerita dengan Permaisuri aku tentang entri sengkuang dan aiskrim aku tu. Dia gelak. Dia tahu! Dia tahu tentang sengkuang tu, katanya. Dulu masa dia baru baligh dulu […]

  6. huhu….nasib la kt rumah aku ade jual sengkuang tp bkn aku jual tp kawan baik aku yg jual.

    buat bisnes skit2 la kte kan… tp kan die nyer sengkuang ade prise bole pilih2 perasa lg tp x bole lwan la yg original nyer kan..die ade jgk yg ori nyer..ori yg die buat tu mmg sdp belaka laaa…. x yah susah2 cri kt dpan skolah atau kt pasaraya kerr……..

  7. skrang kan da maju jadi prise sengkuang pon da transformasi daaa….iaitu prise sengkuang yg sya penah rse ialah:-
    1) sengkuang prise strawberi
    2) ” ” ” prise kopi
    3) ” ” ” prise sos pon ade (yg ni yang pling sdp
    4) prise ori punye mne bole lwan

Tinggalkan komen