Semua Orang Buat Majlis Raya

Dah selesai dah Majlis Salam Aidilfitri kompeni hari tu. Meriah gak. Tempat baru. Dewan baru. Parking tak cukuplah tapi. Dewan pun macam kecil sikit. Sound system masih okey pada awalnya tapi bila dah nak ke akhir speaker macam dah pecah. Kuat sangat Pak Jabit menjerit kut sebab terlalu teruja? Entahlah…

Bukan Three Stooges mahupun Bujang Lapok apatah lagi Da Di Du. Errr… Jebon pun bukan kecuali yang berbaju hitam… eheks…! Ada artis tau… Ada Shila anak ND Lala yang manis comel cute tu tau…! Dia datang dengan mak mentua aku lagi. Jangan marah tau… Hmmm… Kalau terus ke Pejabat Tok Qadhi pun okey tak..?

Anyways… enjoy gak hari tu kecuali makan tak berapa nak selera sebab tak sedap. Bukan aku sorang je yang kata tak sedap tau. Hari tu aku tak kata apa-apa pasal makanan tu sebab aku fikir tekak aku je yang rasa macam tak sedap. Rupa-rupanya hari ni ramai dok kata yang sama. Nasib baiklah ada Shila dan Jay Jay… Errr… Ifa Raziah pun ada tapi tewaslah sebab ada Shila. Ada ke patut dia kata aku Wahid Satay? Kurang asam glukos betul… Nasib baiklah dia artis yang menguasai mikrofon masa tu. Abon pun ada, Adam & VIP pun ada, Najwa Aiman pun ada… aharks!

Ni le Ifa Raziah. Dahsyat gak mekapnya. Tapi aku lebih suka bergambar dengan awek-awek comel yang bukan selebriti. Tak susah nak berebut sangat, kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Awek ni memang comel banget! Kan? Hep! Jangan kacau dia! Dia tak suka tau… Sebab aku jaga dia elok-elok tau… Teka tangan aku kat mana…? Ehem…

16 Respons to “Semua Orang Buat Majlis Raya”

  1. sedara nampak kurus iye. ada buat health screening baru-baru ni?

  2. a ah, nmpk kurus sgt

  3. anda kelihatan “wahid satay”

    ***mungkin ifa merujuk kekurusan anda….

  4. …dasat….dasat….. meeeemang cekap….!!! Tangan tu nanti boleh letak kat muzium Belive It Or Not……hi..hi..hi…

  5. hehehe…woo, memasing berebut nak amik gambar ngn gadis baru ek?hehehe…

  6. Baju putih tu cam versi Liyana Jasmay first-first dia femes dulu.

    By the way, sila update link ye, saya telah kembali ke Kampung WordPress (yes, sungguh gatal nak gi tukar blog kengkonon.Women.Pfft)

    Raye ni saya makan lemang bakar pakai aluminium foil lam oven.Sedih.Buluh tak cukup sebab smua kasi makan panda(berjuta-juta dollar untuk dapatkan panda-panda tersebut dari China.Bijak orang China buat bisnes) kat Adelaide Zoo.

  7. Ntah kenapa la… bila nengok Najwa Aiman pakai baju Melayu siap dgn sampin ni, wa rasa mcm nengok budak baru masuk Jawi… just nak tanya la kan… how tall is Aiman Zulkifli?

Tinggalkan Jawapan kepada ajimeek Batal balasan