Tahun Empat

Dan hari ni, staf beta yang kesemuanya sahabat-sahabat beta buat surprise pulok. Adeh… Kenapa? Kenapa? Timkaiiii…? Nasib baik aku macho dan tak nangis… Ekekekekeke…

Tahun ni tahun empat. 2014 dan 44. Kalau ikut prophecy Cina, ni banyak sangat nombor mati ni. Aku mati dalam tahun ni ke? Entahlah… Adoi… Cukup ke bekalan? Dah dimaafkan ke semua dosa oleh manusia? Dah memaafkan ke dosa-dosa manusia ke atas aku? Dah diampunkan ke dosa-dosa aku terhadap Allah SWT? Entahlah… Yang pasti yang nombor dua tu. Aku belum memaafkan semua orang. Belum!

Terima kasih para sahabat sebab belikan kek tu. Sedap! Mana kau orang tahu bahawasanya aku suka — inter-alia — kek blueberry? Aku pernah kasi tahu ke? Macam tak pernah jek… Tapi kau orang tahu gak! Uks… Bahaya betullah kau orang ni. Takut aku! Anyways tengkiyu my frenz. Aku makan sikit je, as you all know.

It was fun! Walaupun surprise tu sebenarnya dah kurang thrill sebab aku macam dah agak ada sesuatu yang menanti. Kau orang belum cukup terer nak cover line. Tahu macam mana aku boleh syak? Pigi dah… Nak celen orang IR sezen macam aku erk. Ni kau orang punya blow—

  1. Selalunya kereta dah sampai depan masjid KLIA pun masih lagi tak berjawab soalan “Nak makan kat mana ni? Nak makan apa?” Tapi hari ni decision dah dibuat SEBELUM keluar ofis aku lagi! “Kita makan kat Al-Fidha la bos erk,” kata Radi. Erk…? Tetiba buat decision pantas tanpa ada sesiapa pun tanya… Choyyyy….!
  2. Nurul Maisara yang memang kalau dunia dah nak kiamat pun takkan ikut pergi breakfast atau lunch sebab takut bapak dia marah, tetiba hari ni join! Errr… ada mental problem ke dia atau… Hmmm… Something’s fishy…
  3. Semua… I repeat… SEMUA staf IR pergi lunch di luar, SERENTAK dan di tempat yang SAMA! Sanggup konvoi dua kereta lagi! Ni cuma akan berlaku bila IR ada official function je.
  4. Link to clue number 1 above. Tak pernah-pernah selama aku kerja kat sini, Radi buat keputusan tentang lokasi nak makan. Tak pernah beb! Dia akan biar orang lain decide kat mana nak makan. Tapi hari ni, tanpa bertanya sesiapa, out of the blue, dia pula yang buat keputusan! Ekekekekeke…

Lain kali nak cover line tanya akulah caranya weh! Sebab aku gemar tak nak cover line sendiri. Bukan tak reti, tapi tak thrill la cover line. Pengecut je yang suka cover line ketat-ketat macam Zahrain… Keluar dinner dengan bini orang staf Dept lain dan fikir orang tak tahu. Kat ofis buat macam tak kenal. Tapi dalam BBM, messaging, email, perghhh….! “Ayunya dia berbaju kurung..” Pigi dah! Ekekekekeke…

Anyways frenz… thank you so much sebab remind yang aku dah tua. Choy! Wokeh! You are the best! 400 over cases for the whole last year and you all managed with just 3 + 1 personnel! And that includes investigation, documentation and prosecution. Plus handling punishments and appeals. Wow! Average 100 cases per person. Frenz, kita cuma ada 365 days in a year (tu termasuk weekends, public holidays, rest days and off-days taw!) and you all thrived with 400 over cases! You are the best!

My friends, as of now I don’t just support you. I salute you!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: