Evolusi Anatomi Seiring Masa

Jawatankuasa Bapa-Bapa Penunggu Luar Pagar Sekolah dah bersidang semula semalam. Macam biasa sembang isu-isu penting negara — politik, ekonomi, politik, perempuan, politik, sosial, politik, agama, politik, bla bla bla… politik… bla bla bla… pagar berlubang… Hmmm… pagar berlubang. Salah senuah rumah besar dekat sekolah tempat AJK bersidai… eh… bersidang… eheks… pagarnya berlubang di bahagian bawah. Pintu untuk kucing atau orang curi jual kat besi buruk? Dan lubang di pagar tu bukan ke defeat the purpose kalau pencuri gunakan sebagai pintu dia orang juga selain kucing dan anjing?

“Budak sekolah boleh lepas ni,” kata sorang AJK. “Kalau kepala dia orang bolos, seluruh badan bolos sebab saiz kepala budak-budak memang besar.”

“Maknanya kita kompem bukan budak,” aku sampuk sambil menuding ke perut AJK seorang demi seorang. “Setakat kepala bolos tak lulus lagi bang!”

6 Respons to “Evolusi Anatomi Seiring Masa”

  1. “huahuahua….”

    tu je yang mampu gua komen…

  2. tak baik kutuk orang

  3. Seronok jadi budak.. apalagi kalu dapat bolos dari pagar sekolah, tak kira ler samada panjat or merangkak bawah..

    pastu dapat lak pedajjey makcik kantin yang sombong lagi kedekut tuh.. hahahaha…
    jom geng..!

    • Masa kat asrama dulu kita orang panggil lubang kat pagar belakang yang membawa ke kuil Hindu tu “lubang babi” sebab nak keluar situ kena menyondol. Keluar-keluar je disambut dek berhala besar dalam kuil… aiyaaarrrkkk…!

Tinggalkan Jawapan kepada fa-t Batal balasan