Hang Tuah: Lima Bersaudara Atau Tujuh?

Apa kata kali ni kita serius sikit? Sikit je tau tapi. Boleh? Okey…

Yup… aku memang minat sejarah. Dan yes, aku juga minat kisah-kisah Hang Tuah. Tapi please jangan salah faham — aku memang tak pernah anggap Hang Tuah lima bersaudara tu semua sebagai sejarah. Adakah dia orang tu wujud? Mungkinlah kut sebab lima bersaudara tu disebut di dalam buku Hikayat hang Tuah dan Sejarah Melayu yang pengarang bagi kedua-duanya adalah orang yang berbeza. Adakah kedua-dua buku tu diiktiraf sebagai buku sejarah? Well… entah… Tetapi, nama Hang Tuah memang termasuk di dalam senarai pahlawan Melayu di laman Perpustakaan Negara Malaysia.

Dan sekarang sebenarnya dah ada macam-macam kajian dan teori tentang Hang Tuah lima bersaudara, kan? Especially zaman blog ni. Antaranya kajian dan teori berdasarkan kaedah tulen. Kebanyakannya pula… hmmm… aku pun tak tau nak describe macam mana — sumber dari mimpi berjumpa Hang Tuah atau Hang Jebat; sumber dari makrifat; sumber dari pengembaraan ke alam roh… bla bla bla… Nak anggap sebagai apa kajian dan teori yang jenis macam tu?

Ada juga teori tentang Hang Tuah lima bersaudara tu sebenarnya berbangsa Cina — Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, yang setelah mereka memeluk Islam menukarkan nama mereka dari segi sebutannya (sebab zaman tu orang kita belum gunakan tulisan rumi) kepada apa yang kita kenal sekarang. Dan Hang Kasturi? Hipotesis yang sedia ada menyimpulkan bahawa nama asalnya dalam sebutan Cina sangat susah disebut dek lidah Melayu, maka masayarakat Melayu zaman tu memberi nama Melayu terus kepada Hang Kasturi. Hipotesis alternatif menyimpulkan bahawa Hang Kasturi ialah seorang Melayu bernama Kasturi yang bersahabat akrab dengan lima bersaudara sehingga lima bersaudara memberi gelaran ‘Hang’ di hadapan namanya. (Baca di SuaraAnum.com.)

Ada banyak sangat teori, hipotesis, andaian, tokok tambah, legenda, riwayat, hikayat… bla bla bla… tentang Hang Tuah lima bersaudara ni. Yang manakah yang benar? Pada pandangan aku yang rabun ni, tak ada satu pun teori dan hipotesis tu benar, melainkan jika Hang Tuah lima bersaudara tu memang kisah benar to begin with.

Jadi, walaupun aku gemar mendengar, membaca, mengikuti, malah kekadang menghayati semua teori dan hipotesis ni (dan kekadang tu pula aku pun suka-suka menyampuk mencelah buat teori dan hipotesis aku sendiri), aku lebih suka anggap bahawa Hang Tuah lima bersaudara hanyalah satu hikayat yang belum dibuktikan benar sebagai fakta sejarah. Sesiapa yang masih terus ingin menggali bukti, aku sokong dan aku harap ada pihak yang sudi membiaya, sebab kisah Hang Tuah lima bersaudara mesti dicari closure. Kalau tak, sampai kiamat le Hang Tuah lima bersaudara tinggal sebagai hikayat semata-mata… at least kepada aku.

Tapi yang ni mesti dikongsi — perspektif alternatif tentang pertarungan legenda antara Tuah dan Jebat setelah baginda Sultan menitahkan Tuah untuk membunuh Jebat. Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah Tuah bunuh Jebat? Baca perspektif alternatif yang bagi aku sangat menarik di blog Dr. Izham Nayan.

Dan aku teringat joke sahabat dari Kedah. Katanya pihak Muzium Negara terjumpa bahan bukti baru yang menunjukkan bahawa selama ni kita tersilap. Bahan bukti tu menunjukkan Hang Tuah bukanlah lima bersaudara, tetapi TUJUH bersaudara. Muzium Negara berjaya jumpa bukti tentang kewujudan dua lagi ‘Hang’. Siapakah dua ‘Hang’ ini?

Sahabat aku yang dari utara tu jawab; Hang tanya, hang bodoh.”

Hang celaka! Loklaq hang!

32 Respons to “Hang Tuah: Lima Bersaudara Atau Tujuh?”

  1. buat masa ini, anggap saja kisah hang tuah hanyalah sebuah kisah untuk kita jadikan tauladan. macam cerita ahmad albab, nujum pak belalang dan 3 abdul. boleh?

    • Malaysia memang semua boleh beb! Ekekekekekeke…

    • fariman_man@yahoo.com Says:

      PEMBURU

      sjarah hang tuah merupakan pahlawan yang agung..mgkin bagi kte sbagai hikayat dogeng…tpi apa yg sy tulis di sini aggap lh stu perbincangan dn tidak lebih dari itu…baginda nabi muhammad ya rasullullah merupakn seorg panglima perang,baginda berguru dgn jibrail a.s,ada 4 sahabat,ada pedang zulfakar,pedang zulfakar dpt bergilir hnya dgn saidina ali r.a,x lut dek senjata,menewaskn musuh 1:30,berjaya mengangkat martabat bumi arab,dn berjnji akan zahir di akhir zaman,,,,manakala hang tuah juga panglima perang,berguru dgn adi putra,ada 4 sahabat,ada keris taming sari,hanya dpt bergilir dgn hang jebat,x lut dek snjata,menewaskn tentera majapahit 1:30,berjaya mengankat martabat bumi melayu,dn berjanji akan zahir smula stelah kerisnya timbul….aaaaaah x kn sma nabi muhammad dgn hang tuah….sbb nabi muhammad pembawa ajaran islam….namun hang tuah tiada apa yg di bawanya…tpi apa slhnya kte renungkn sjenak mgapa mereka di berdua di takdirkn seakan2 sama dgn jln ceritanya…wsl

      • Prima facie, Tun Sri Lanang buat apa yang Faisal Tehrani buat – reenacting history dalam versi baru. Kalau benar demikian, maka ia satu pengesahan bahawa Hikayat Hang Tuah adalah fiksyen yang bersandarkan sirah Rasulullah SAW. Wallaahu a’lam…

  2. dimanakah letaknya kekuatan hang tuah? di kerisnya ka atau kekuatannya..(ehh..ye ke dialog cerita nujum pak belalang mcm ni..?)

    • Aku rasa dialognya gini: “Di manakah letaknya kekuatan Laksamana Hang Tuah? Di kerisnyakah? Atau di tenaganyakah?” Lepas tu buat mimik muka cebik, kepal kedua-dua penumbuk, kembangkan kedua-dua tangan, jeling manja bercampur makrifat kat Sultan, pastu buat thumbs up… ekekekekeke….

  3. I have read another one. Asalnya Hikayat Hang Tuah ni dari satu karya ditulis dalam tulisan jawi. Hang Tuah tu cuma 3 bersaudara… Tuah, Kasturi dan Lekir.
    Tetapi menjadi 5 bersaudara due to “transliteration” from jawi to rumi. Could you believe it? Tuah remains as the main character. Kasturi becomes Jebat after dia menderhaka, sebab “kasturi” yang harum tak sesuai dengan character jahatnya, maka ditukar to something smelly i.e. musang jebat. Lekir was spelt “Ha Nga Lam Kaf Ya Ra” but in some parts of the writings “looked” like “Ha Nga Lam Kaf Ya Wau” read: Lekiu.
    So the transliterator having seen 5 names, had mistakenly assumed that the writer was referring to 5 people.
    The prefix “Hang” wasn’t there in the original jawi text but added on as the common gelaran for hulubalang Melaka instead of just calling them by first name or “Si” which is of lowly position. Something like “Esquire” if in English.
    I think this was logic.

  4. sejarah kita dah banyak kena spin….salah satu tukang spin dulu dulu munsyi abdullah…..

    melaka empayar gah takkan perang dulu guna keris dan tombak lawan muskerat portugis….melaka bukan aztec atau inca tapi pusat perdagangan dunia…..

    adakah logik laksamana melaka adalah orang luar negara?adakah bodoh orang orang istana mendengar kata kata orang luar?pernah dengar panglima awang ?adakah ia lagenda?kubur jebat dan kasturi dipahat penderhaka,adakah itu lagenda?

    janganlah terpedaya dengan kata kata `buat jarum pun tak tahu’ padahal bangsa kita pernah berdiri sama hebat dengan portugis dan belanda,jatuh melaka kerana pembelot,silap silap jatuh malaysia kerana pembelot

  5. sori agak emosi….

  6. sejarah mungkin berulang…pisang pun ada yang berbuah 2 kali…

  7. I’ve read the original article in Izham Nayan’s blog. Very interesting, kan? Kalau Bendahara boleh tipu Sultan about Tuah’s death, why not Tuah buat yang sama on Jebat. Very logical indeed.
    And as for the word “karya” which I mentioned, it may or may not denote that it was a historical writing. Macam Hikayat Hang Tuah juga, is it a history book? I really cannot remember where I read this but will let you know if I found it again.
    And as for the “undisclosed stories” of the malay sultanate, actually biasalah cerita2 pasal ambil anak orang, isteri orang, rogol pompuan, incest, gays, bribery, murder, booze, khianat… semua ada la… mcm yang ada sekarang ni… cuma taknak la portray sultan melayu ni hampeh dari segi way of life….

  8. Irwin Abidin Says:

    Aq juga seorang y’ minat ngan subjek sejarah ney…especially y’ berkaitan dengan cerita phlawan2 zman dhulu…tpi kisah Hang Tuah Lima Bersaudara sebenarnya x wjud langsung…setakat ini tiada bukti yang cukup untuk memastikan bhawa kisah ini benar2 wujud..
    bagi saya kisah sejarah yang betul2 wujud dan mempunyai bukti yang jelas dan boleh dipercayai ialah Kisah Lima Bugis Bersaudara(Daeng Marewah, Daeng Celak, Daeng Perani, yang dua lagi tu aq x ingta dh)

  9. lucy novianti Says:

    Saya tak setuju sebab hang tuah dan kawan2nya tu disebut bangsa China..
    sebab, ditempat saya (Riau, Indonesia) pun banyak pahlawan2 melayu yang bernama macam hang Nadim, dan hang.. lainnya lah.. takkanlah mereka semua tu pun bangsa China Kan?
    Bangsa Melayu punya sejarah sendiri tentang kepahlawanan, itu yang betol!

  10. dinriver Says:

    kalu diikutkan bacaanku daripada buku sulalatus salatin hasil karangan Tun Sri Lanang memang ada menyatakan lima bersaudara ‘Hang” dari Melaka. masakan boleh disalah tanslatekan.

  11. hang tuah lima bersaudara memang wujud. kalau mereka tak wujud, aku pun tak wujud lah. sebab aku ni cucu cicit keturunan dia.

  12. ini adalah mitos yg mengatakan Hang Tuah wujud

  13. siapakah nama pahlawan melayu ,saye kene vbt buku skrap nanti dapat RM50.00 cikgu bagi dalam satu group ade lime orang

  14. pada pandangan saya,hang tuah mungkin tidak wujud kerana saya percaya orang tua dahulu kala memang pandai mewujudkan watak-watak tertentu yang mempunyai dan membawa maksud semangat perjuangan yang tinggi untuk dijadikan teladan kepada anak bangsa Melayu pada ketika itu dan yang akan datang supaya berani mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah dan menjadikan bangsa Melayu dihormati serta disegani sehingga akhir zaman. jika benar hang tuah itu wujud, mengapa tiada diceritakan didalam al-quran dan mengapa tiada kuburnya dan sebarang bukti atau perlambangan hang tuah yang pernah dimiliki olehnya?kalau pun keris taming sari itu diyakini dan dikatakan oleh kebanyakan orang ianya milik hang tuah, apa buktinya? saya yakin hang tuah tidak wujud didunia sebagai seorang manusia tetapi watak dan semangat hang tuah yang dicipta dan digambarkan sebagaimana wataknya itu wujud dalam jiwa kita orang-orang Melayu yakni semangat untuk mempertahankan maruah bangsa Melayu dan Negeri tanah tumpah darah kita dari dijajah….saya tertarik dengan pepatah hang tuah ini “takkan Melayu hilang didunia” yang masih digenggam erat dalam diri setiap orang-orang Melayu walaupun kewujudannya masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini. anggap saja wujudnya hang tuah hanyalah melalui semangat dan kata-kata keramatnya “takkan Melayu hilang didunia” yang diciptakan oleh orang-orang tua dahulu sebagai semangat perjuangan dan pengajaran kepada kita dalam menempuh kehidupan seharian yang penuh dengan rintangan dan cabaran dalam pelbagai aspek seperti agama,bangsa dan negara. – “takkan Melayu hilang didunia”…

  15. pada saya, apabila kita taksub pada sesuatu watak yang tak wujud tetapi dipercayai kewujudannya….maka syaitan akan mengambil kesempatan mengaburi anak-anak adam yang kononnya dialah watak itu dan wujud dengan menyerupai rupa paras watak itu yang entah bagaimana tah rupanya kita pun tak pernah melhat dan tak pernah tahu dan diperbodohkan dan yang kononnya dialah pahlawan Melaka yang perkatakan selama ini didalam mimpi ataupun alam-alam ghaib atau didalam apa-apa pun majlis ritual yang kononnya boleh memanggil roh-roh wali-wali atau pahlawan dahulu kala untuk berinteraksi dengan kita. tetapi pada saya tidak salah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah hang tuah ini sebagai panduan hidup. hang tuah hanyalah mitos semata-mata.

  16. “Takkan melayu hilang di dunia ” mak aku selalu cakap yang maksud ayat tu sebenarnya : takkan hilang sifat hasad dengki orang melayu tu, bukan nya melayu itu sendiri yang takkan hilang , hehe . . Just nak bagitau apa mak aku selalu ckp je, xberniat bergaduh huhu

Tinggalkan Jawapan kepada Najwa Aiman Batal balasan