Telanjang Yang Pertama

Semenjak akil baligh, bila kali pertama telanjang depan perempuan? Isy isy isy… Depan mak sendiri pun dah tak mahu telanjang, kan? Inikan pula depan perempuan yang tak ada kena mengena, yang bukan muhrim, yang ajnabi.

Dan kenapa nak telanjang depan perempuan yang ajnabi? Well… kau orang punya reason sendiri le. Tapi sepanjang yang aku ingat, aku telanjang depan perempuan ajnabi atas dua sebab je — sebab kesihatan, dan sebab syahwat… hehehehehehe…

Kali pertama telanjang depan perempuan ajnabi setelah aku akil baligh dan serabai atas bawah, seingat aku, ialah semasa kena buat medical checkup untuk ke A-Level, rasa-rasanya. Kat HBKL (sekarang HKL). Masa doktor buat pemeriksaan kat meja dia, ada sorang misi yang teramat comel lagi putih melepak dok tolong dia. Sebab tubuh badan dia yang kecil molek, dia nampak muda banget, atau mungkin sememangnya dia muda. Dalam awal dua puluhan gitu. Atau mungkin akhir belasan tahun macam lepas SPM. Agak-agak sebaya aku kalau pun tak lebih tua dalam setahun dua daripada aku.

Masa doktor dok periksa aku, mata aku dok periksa dia. Sesekali bertembung gak tenungan mata kita orang. Aku terus senyum aje kat dia, tapi dia cepat-cepat alih pandangan tempat lain. Muka serius je. Tapi lepas tiga empat kali mata bertentang dan aku dok asyik senyum kat dia, dia pun mula senyum kat aku balik. Lepas tu start jeling-jeling pula. Maka senyuman aku pun makin lebar le. Ada chance nih!

Sehinggalah, berapa punya sialan, doktor suruh aku ke katil kecil dalam klinik tu, dan lucutkan seluar! Aiyark!!! Biar betul doktor ni? Okeylah… aku pun pergi ke tepi katil kecil tu dan aku tarik tirai keliling katil tu. Maka aku pun lucutkan seluar. Tinggal seluar dalam je. Kena le pula masa tu aku pakai seluar dalam yang getah sebelah kananya dah koyak, so ada lubang sepanjang hampir seinci menampakkan bahagian tepi badan aku yang masa tu masih boleh dianggap seksi. Tetiba tirai tu diselak dan doktor melangkah masuk.

“Underwear,” kata doktor sambil menuding ke arah spentot aku yang masih tersarung dengan mengisyaratkan agar spentot tu pun dilucutkan juga. Alahai doktor ni… Time aku belum potong dan trim bulu ari-ari ni pulalah dia sibuk nak suruh aku telanjang. Putu mayam al putu piring punya doktor ayam! Tak apalah… dia jantan. Sama je rupanya. Saiz je lain-lain… eheks…!

Elok-elok je spentot aku dah sampai ke lutut, dalam keadaan aku menonggeng tu, tetiba misi kecil molek yang manis tu melangkah masuk ke situ! Celaka! Lahabau! Lahanat! Bangsat! Apa ke jadahnya weh…!!! Alamak aiii…! Aku patut tarik naik atas semula spentot ni atau terus je ke bawah ni? Dan dalam keadaan menonggeng ni??? Kalau aku berdiri tegak kompem misi tu akan nampak belukar pokok renek lebat yang belum trim berserta sebuah karavan (ehem… excuse me…) yang bertayar pancit sedang parking kat situ! Hello…masa tu memang tak plan nak buat perjalanan, okey! So tayar tak perlu kembang la weh!

“Tanggal terus!” doktor bagi arahan dengan garang. Pundeklah doktor ni… Kulit muka aku dah naik 13 sentimeter ni tau. Yang si misi ni apa ke jadahnya pula berdiri tercegat sebelah doktor tu sambil pandang aku ni? Woi! Keluarlah woi!

“Cepat!” arah doktor lagi. Yalah! Yalah! Doktor ni pula tak sabar-sabar nak tengok kemaluan aku ni kenapa? Aku pun tanggal habis. Pelan-pelan aku berdiri tegak. Adusss… misi tu masih pandang aku! Dan dia masih senyum kat aku macam tadi! Wallaweh! Ni lu senyum apa sebenarnya ni haaa…???

Maka aku pun disuruh berbaring mengiring atas katil tu. Sebelah kaki bengkok sampai lutut kena dada. Misi dan doktor datang dekat ke katil.. alahai… Rupa-rupanya misi tu datang situ sebab tolong bawakan sarung tangan getah untuk doktor tu. Bongok punya doktor! Sarung tangan getah tu pun tak reti-reti nak bawa sendiri ke? Tu pun nak harapkan misi comel tu bawa? Bodoh! Bangang! Bahalul! Badigol!

Dan apa yang doktor nak buat dengan sarung tangan tu? Perlu ke aku cerita? Perlu ke? Adoi…!!! Ngilu! Ngilu! Ngilulah sialll…!!!

Dan itulah kali pertama aku telanjang — secara terpaksa — di depan awek ajnabi. Alahai… dan it had to be awek yang comel, cute, kecil molek lagi manis dan putih melepak teramat. Dan awek tu berbalas-balas senyuman dengan aku pula! Alahai…

10 Respons to “Telanjang Yang Pertama”

  1. Kidmatmetal Says:

    Wa rasa nurse tu dah beratus kali tengok mini yg tayar flat tu.. Tapi satu soalan kenapa dia senyum senyum.. Mini tu ada defect ke..? Kwang3x… Wa tak nak tahu.. Biarla rahsia…

    • Dia mungkin dah beratus kali tapi wa baru first time tayang kat awek beb!

      Dia bukan senyum kat tayar flat laaa.. dan bukan Mini okey! Cet! Wa kata karavan okey! Dan dia senyum pada wa sebelum telanjang lagi okey! Ciszzzz…..!

  2. epic betul kisah lu..

  3. nurse tu dah bese tgok benda2 macam tu dah tak heran lain la kalau kau punya saiz tu macam negro. [18SX] Polis Rakam Pelacur dalam Keadaan TELANJANG BULAT!

  4. aizuddinazhari Says:

    hmm, daripada post ni rasanya ni prosedur untuk prostate exam. memang wajib ke? rasanya dalam askar xde

Tinggalkan komen