Arkib untuk Jun, 2009

Makhluk Pelik Bukan Mustahil

Posted in Islam on 30 Jun 2009 by Najwa Aiman

Memang aku ni malas nak ke supermarket. Kalau aku ke supermarket, lebih-lebih lagi kalau tiba ke bahagian aksesori kereta, hardware atau toys… perghhh…! Memang secara tiba-tiba je nafsu nak membeli tu mencanak-canak seperti anu mencanak-canak bila stim. Kompem masa tu Zalituun dah serbu aku beramai-ramai dengan bala tentera yang diketuai Jeneral Turus Angkatan Tinggi dia orang. Adoi laaa…

Anyways, bebaru ni ada kisah tentang ikan raksasa dalam Tasik Kenyir. Katanya ikan arapaima. Ye ke? Kalau arapaima memang le besar. Gambar yang aku kidnap dari National Geographic kat atas tu (ya, dari National Geographic, bukan dari Harian Metro) speaks for itself. Res ipsa loquitor… ekekekeke… Aku pernah tengok yang real life punya hampir sepuluh tahun dulu kat Subang Jaya ni. Kat Sunway Lagoon. Betullah! Kat pintu masuk Sunway Lagoon tu ada parit buatan kecil yang ada jambatan dan air pancut. Dalam parit tu ada beberapa ekor arapaima. Memang besar gedabak! Kecut kemaluan aku sekejap bila tengok ikan tu berenang kat bawah jambatan tempat aku berpijak tu. Eeeiii…!

Tapi makhluk pelik dan bersaiz gergasi atau raksasa bukan benda mustahil. Dalam Quran (an-Naml ayat 82) ada sebut bahawa salah satu tanda kiamat nanti ialah munculnya Daabbatul Ardhi.

عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. ~ An-Naml : 82

Dari himpunan riwayat, gambaran makhluk ni secara ringkas ialah bentuk badannya seperti himar yang panjangnya 60 hasta, berbulu halus dan berjalur seperti bulu dan jalur harimau, berkaki empat, ada dua sayap seperti sayap kelawar, kepalanya macam kepala sapi dengan dua tanduk di kepala, matanya macam mata babi, telinga macam telinga unta, ekornya seperti ekor kibas.

Sesiapa yang terserempak dengan makhluk ni sila uar-uarkan segera. Kiamat dah nak tiba!

Atas Nama ‘Adab’

Posted in Budaya, Islam on 30 Jun 2009 by Najwa Aiman

Personally aku tak ambil kisah sangat tentang attire atau pakaian ni. Asalkan selesa dan aku tak rasa macam telanjang, okey jek. Tapi sesetengah tempat macam hotel dan kelab memang strict gak dengan peraturan dan errr… adab (really?) berpakaian ni kan? Misalnya sesetengah kolam renang tak boleh dimasuki meainkan dengan pakaian renang yang betul yakni swimsuit. Kalau lelaki, setakat pakai spender terjun tiruk masuk kolam renang tu tak boleh walaupun dari segi design dan saiz macam tak ada beza pun spentot lelaki denan swimsuit tu kan? Adoi laaa…

Sesetengah restoran dan disko pun strict gak tentang pakaian ni — mesti pakai suit le, tak boleh pakai selipar le, mesti pakai tie le, t-shirt tak dibenarkan le… macam gampang… ekekekekeke… Pergi situ nak makan atau nak tayang fesyen? Hmmm…

Tu belum lagi masuk bab sudu garpu. Nak makan sup mesti guna sudu sup. Cedok sup mesti pastikan bontot sudu menghadap diri. Jenis sudu pula berderet. Mender ni? Sudu is sudulah! Aku sudukan karang baru tau… cet!

Mengingati Lagenda Michael Jackson

Posted in Hiburan, Muzik on 29 Jun 2009 by Najwa Aiman

Kepada yang belum tahu dan yang belum kenal Michael Jackson (dan yang bertanya kenapa aku adalah antara jutaan orang yang mengaguminya), boleh cuba kenali beliau di http://www.michaeljackson.com/

Selain daripada tu, boleh study tentang Michael Jackson di Wikipedia.

Rabu Ni Tak Ada CSI…

Posted in Fiqh, Perubatan, Semasa on 29 Jun 2009 by Najwa Aiman

…sebab dia orang semua sibuk.

Jacko ialah selebriti dunia dan kes kematiannya mesti dikategorikan sebagai high profile case. Teori daripada pihak polis Las Vegas menyebut wujudnya elemen homicide dalam kematian Michael Jackson.

Maka Catherine Willows dan pasukannya mesti dok tengah sibuk sekarang ni. Resah berangkali. Satu dunia nak tau apa yang dah berlaku pada Jacko! Nick Stoke yang pernah ada fesyen rambut pelik tu agaknya sekarang ni sibuk berdandan nak buat fesyen rambut Michael sempena proses mengutip setiap bukti di mahligai sewaan Michael di Beverly Hills. Captain Jim Brass mungkin ditegah daripada menyiasat kes lain selagi fail kes Michael belum ditutup. Dr. Robbins mungkin dok terdengkut-dengkut memeriksa dari hujung rambut sampai hujung kaki sekujur tubuh Michael, memotong dan membelah kulit, daging dan otot tubuh yang kini kaku. Entah bagaimana keadaannya tubuh Michael nanti selepas setiap daging dan kulit dijahit semula tanpa silikon yang memenuhi ruang tatkala hidupnya dulu.

David Hodges pula secara tiba-tiba menjadi seorang yang maha tahu tentang setiap muzik, lagu dan album yang dikeluarkan oleh Michael. Siap hafal lirik, penerbit serta tahun terbitan album-album tu lagi. Tahun dan lokasi konsert Michael sepanjang hidupnya pun dihafalnya. Justeru cerita dalam setiap lagu yang dinyanyikan Michael pun boleh diceritakan sepanjang sebuah novel epik.

Dr. Raymond Langston yang baru jadi anggota setelah meninggalkan dunia akademik barangkali menyiasat dalam emosi nostalgia. Mindanya mungkin sendat dengan wajah-wajah bekas-bekas awex yang dia pernah date sewaktu zaman kolej dulu. Kenangan bercanda di bilik asrama awek dia, atau di atas bumbung kereta, atau di tempat duduk belakang kereta sambil diiringi lagu Thriller atau Beat It bla bla bla kembali menerawang di fikiran pada setiap langkahnya di dalam mahligai sewaan Michael di Beverly Hills tu.

Nampaknya Catherine mungkin terpaksa panggil semula Grissom dan Sara Sidle kembali ke CSI bagi menolong kes ni. Setidak-tidaknya buat sementara waktu.

Dan walau apa pun tanggapan orang terhadap kes kematian Michael Jackson, fadilat daripada keterpaksaan mayatnya dibedahsiasat bererti silikon dan sebarang bendasing yang terdapat dalam tubuhnya (yang tidak mungkin dikeluarkan melalui kaedah mandi jenazah yang biasa) dapat dinyahkan dan dibuang sebelum jenazahnya disemadikan untuk menghadap Ilahi.

Wallaahu a’lam…

Rezeki Tempias Artis

Posted in Ekonomi, Hiburan, Kapitalis, Santap on 27 Jun 2009 by Najwa Aiman

Semasa Amerika serang Iraq, tetiba menu kat kedai-kedai kita ada – amongst others – Nasi Goreng Scud… ekekekeke… pernah jumpa? Tu in addition to Nasi Goreng USA le tu. Sensasi… sensasi… Dulu bila orang tau Rubiah Suparman buka restoran kat Brickfields, semua orang nak try makan kat situ dengan harapan dapat jumpa Rubiah Suparman. Errr… kau orang yang baru sunat dan baru baligh serta baru termengandung ni semua tak kenal Rubiah Suparman ek? Tak pe la… tak pe la…

Bila Yusuf Haslam buka Restoran Haslam pun semua orang nak makan kat situ sebab nak jumpa Yusuf Haslam. Bila orang tau My Mum’s Chicken Rice tu Linda Onn punya, pun semua orang berharap dapat jumpa dan mengurat Linda Onn kat situ. Restoran kepunyaan Amy Search ada ramai pelanggan dari kalangan rockers tak? Golongan keparat dan yang berminat nak jadi keparat pun sibuk nak makan kat The Loaf dulu dengan harapan nak jumpa Tun Dr. Mahathir… ekekekeke… Tu belum Inul Daratista (betul ke ejaan ni) buka kedai hotdog atau kedai burger lagi tu. Kalau dia buka SPA lagi le meletup-letup dinding dan bumbung bangunan SPA tu kena serbu gamaknya.

Ada sesiapa nak offer Nasi Goreng Michael Jackson atau Kueh Teow Ladna Farrah Fawcett lepas ni? ABC Beat It ke… Tauhu Bakar Charlie’s Angels ke… tak ada ke? Errr… Bila nak buat Surihani Health Resort atau Diana Danielle Tinkle Bake?

Michael Jackson Tak Sempat Baca Novel Dewa Melayu

Posted in Bahasa, Hiburan, Semasa on 27 Jun 2009 by Najwa Aiman

Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’unnn… Apa pun persepsi dan tanggapan orang pada Michael Jackson, bakatnya jelas, dan transformasinya terhadap dunia muzik dan tarian juga jelas. Yup, I was his fan. Aku suka muziknya. Semua muziknya. Ingat lagi suatu masa dulu bila artis-artis barat bergabung tenaga nyanyi lagu ‘We Are the World’? Ingat lagi lagu ‘Man in the Mirror’? lagu ‘Black or White’? My most favourite ‘Heal the World’? Banyak lagi lagu-lagu Michael Jackson yang lebih kurang begitu konsepnya – keamanan dan kemanusiaan. Penyanyi lain pun bawa lagu keamanan dan kemanusiaan tapi sebab olahan dan persembahannya tak hebat, maka orang tak perasan… eheks…

Biasanya orang yang begini sedar bahawa sekelilingnya diselubungi benda-benda yang tak benar, kan? Lantas dia sentiasa mencari-cari kebenaran. Oleh kerana dia seorang seniman, maka pencariannya tu tampak dalam hasil karyanya. Sayang sekali dia tak ditakdirkan ketemu apa yang dicari… or… did he? Jeng jeng jeng…!

Anyways, kalau dia mati dalam kufur, kita yang Muslim ni terpaksa bersiap sedia menjawab dakwaan Michael Jackson di akhirat nanti… Kalau Michael Jackson jenis suka baca novel mesti dia dah pernah baca novel-novel dakwah dan penuh Islamik hasil karya dewa-dewa sastera yang bijak dan dipuja disembah selama-lamanya tu kan? Kan? Takkan le Michael Jackson tak reti baca novel bahasa Melayu… Bahasa Melayu tu bahasa ilmu kan? Bahasa Nusantara antarabangsa kan? Bahasa Islam kan? Bahasa dewa-dewa kan? Kan? Kan? Daripada belajar bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Korea tu semua maka lebih baik belajar bahasa Melayu, kan? Sebab orang yang tahu bahasa Melayu maka dia dapat menguasai ilmu dalam dunia ni kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough For The Living
Make A Better Place For You And For Me

Bukan Tuhan

Posted in Hiburan, Semasa on 27 Jun 2009 by Najwa Aiman

Habis satu dunia bercerita tentang perginya seorang patriot. Eh? Bukan ek? Perginya seorang pejuang kebebasan? Seorang pendakwah Islam? Seorang pengumpul hadis? Seorang al-hafiz? Tuhan? Anyways, semua orang sibuk bercerita tentang hal ni, kan? kecuali Farrah Fawcett, Michael Jackson mati pada malam Jumaat ek? Tu kira mati baik kan? Kan? Kalau dia mukmin le kan? Kan?

Kalau dia mukmin, barangkali dia pun tak mahu dianggap tuhan. Apatah lagi dianggap dewa… lagi-lagi dia takkan mahu jadi dewa. Tapi dia tahu bahawa hasil karyanya selama ni akan dipuja 0rang sampai kiamat. Dia sudah berjaya jadi dewa… hehehehe…

Wanita dan bahkan lelaki pun pernah anggap dia Tuhan. Tetapi… dia bukan Tuhan sebab dia mati. Dihidupkan dan dimatikan Allah SWT dalam dua warna yang berbeza, tetapi tetap bangsa yang sama.

Bagi wanita jelita ni, lelaki sanggup jadikan dia Tuhan. Tetapi… dia bukan tuhan, sebab antara penyembahnya masih ada  yang bernafas sedangkan Tuhan yang disembahnya sudah pun mati.

Semua orang akan pulang… termasuklah para dewa. Michael Jackson dah buktikan bahawa sampai mati pun dia takkan dapat mengubah bangsanya. Farrah Fawcett membuktikan bahawa kalau dia terus hidup beratus tahun pun, dia takkan dapat menghalang perubahan pada bentuk tubuhnya. Dan semua manusia tak perlu bukti bahawa satu-satunya yang boleh diubah oleh manusia sebelum mati ialah agamanya.

Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji’uun.
Sesungguhnya daripada Allah ia datang, dan kepada Allah ia pulang.

Muzik Panas Tentang Durian Bogel

Posted in Bebel on 27 Jun 2009 by Najwa Aiman

Yup… kekadang aku gunakan muzik juga untuk tolong adunkan suasana dan emosi aku semasa menulis. Tapi jarang sangatlah beb. Bila aku gunakan muzik sekali pun, selalunya aku akan hasilkan nothing sebab aku akan jadi lebih sibuk mencari-cari lagu yang aku rasa aku nak dengar masa tu daripada mencari lagu-lagu yang sepatutnya boleh create feeling yang dikehendaki semasa menulis tu… ekekekeke…

Maka sebab tu le aku jarang sangat gunakan pendekatan muzik semasa menulis. Bukan le tak pernah langsung. Pernah juga. Sesekali tu kekadang menjadi gak… eheks…

Merepek apa pula ni ek? Tak ada apa… saja nak extend jawapan kepada salah satu soalan dalam e-mel hari ni.

Anyways, hari ni aku bawa balik sembilan biji durian! Perghhh…! Seperti yang dijangka, kereta aku jadi wangi. Lepas ni, bilik air aku pula yang wangi. Mesti kepanasan malam ni… hmmm… haruskah aku telanjang…? Dan dia…? Telanjang juga? Oh… sama-sama bogel… ekekekekeke… Aiyaaarrrkkk…!

Qunut Nazilah Atas Sebab Wabak Penyakit

Posted in Bencana, Islam, Nostalgia, Perubatan on 25 Jun 2009 by Najwa Aiman

Semasa Iraq diserang Amerika dulu, masjid-masjid pernah diarahkan buat qunut nazilah. Dalam keadaan penyularan influenza babi ni, tak ada qunut nazilah ke?

Tingkatan satu dulu aku masuk asrama dan setiap fardu Subuh kami berjemaah di dewan sembahyang asrama berimamkan Ustaz Jailani. Masa tu le pertama kali aku dengar qunut yang ada ayat tambahan daripada qunut yang biasa orang buat sewaktu solat Subuh. Dengan Ustaz Jailani, doa qunut Subuhnya ada ayat extra—

“Allaahummak-syif ‘an-naa minal balaa’-i wal wabaa’-i wal fahsyaa’-i wal munkari wal watiina wal fitani maa laa yaksyifuhu ghairuk”

Sebagai makmum, aku ambil peluang mendengar teliti dan menghayati bacaan doa Ustaz Jailani tu sambil langsung menghafalnya. Dari sebahagian istilah dan perkataan Arab dalam doa tu aku dapat decipher bahawa doa tu meminta supaya dijauhkan dari – antaranya – bala bencana, kejahatan, wabak penyakit, fitnah etc. Sampai sekarang aku amalkan dalam setiap qunut Subuh aku. Begitu aku ajarkan juga kepada Permaisuri dan Putera Puteri aku.

p/s: Kepada yang fasih dan familiar tentang doa kat atas tu, kalau ada kesilapan tolong betulkan ek. Sebabnya aku belajar doa tu dari pendengaran saja. Maceh…

“Lisa Surihani! Lari Sayang! Ada Pocong!”

Posted in Semasa, Sihir on 24 Jun 2009 by Najwa Aiman

Dalam Kosmo hari ni ada cerita pasal hantu pocong weh!—

Demam nampak pocong – Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih
Oleh AZELI ALI

BAYAN LEPAS – Dalam keadaan semakin ramai warga Lembah Klang bimbang dan demam kerana wabak influenza A (H1N1), situasi yang sama dialami penduduk dua buah kampung di sini, bezanya mereka bukan takut virus selesema babi itu tetapi lembaga putih yang didakwa pocong.

Beberapa penduduk mendakwa pocong itu mula dilihat di Kampung Masjid di Teluk Kumbar, di sini dan Kampung Baru Sungai Ara yang terletak kira-kira 15 kilometer dari situ sejak bulan lalu…

…Di Kampung Masjid, pocong itu didakwa pertama kali muncul bulan lalu tidak jauh dari kawasan kubur kira-kira pukul 3 pagi.

Ia disusuli dengan cerita penduduk lain yang turut ternampak lembaga yang sama di sekitar kawasan itu pada lewat malam dan awal pagi…

Gambar kat atas tu aku ambil dari berita Kosmo tu. Petua terakhir tu kata “Mangsa usikan perlu berlari bersilang-silang dan melucutkan pakaian untuk mengelakkan diri daripada diganggu.” Lari bersilang dalam keadan bogel telanjang gitu ek? Ekekekekeke… Errr.. ada sesiapa yang kau orang mahu sesangat agar diganggu pocong tak? Kalau aku ajak Lisa Surihani pergi ke Kampung Masjid tu dia mahu tak? Ekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!

Anyways… Cepat! Somebody! Pergi telefon P.I.S.A.N.G!