Arkib untuk Ogos, 2011

Apa Formula Matematik Ni…?

Posted in Famili on 29 Ogos 2011 by Najwa Aiman

By the way… ada sesiapa ingat matematik lubang cangkuk langsir jenis macam ni tak? Nasib baik langsir rumah ni bukan jenis yang ada khas special edition hari raya setahun sekali. Rotate aja langsir tu ikut dan. Kalau tak jenuhlah nak eksperimen semula setiap tahun formula matematik lubang cangkuk langsir tu…! Perghhh…! Berjaya disiapkan dalam tempoh tak sampai 20 minit untuk 7 tingkap dan 1 pintu kaca tiga pintu. Errr… tu dikira hebat atau masih lambat…?

Hari Jumaat sudah cedera kepala. Terbuka kulit kepala sampai kena tiga jahit. Benang ala tangsi warna biru kat kepala tu pun masih elok lagi. Setiap hari aku apply ubat kat jahitan tu. Tapi sejak selepas dijahit kepala, pada hari Jumaat tu juga dia dah buas semula. Kdembali jadi beruang… adoi laaa… Alhamdulillah…! Hari ni Ummi kena bawa Azizy pergi hospital tanpa beta ek… Doktor nak tengok luka tu semula. Tengok saja okey kut? Selepas dua tiga hari baru nak buka jahit. Alamak…! Beruang cukup kuat untuk tahan kesakitan kan? Kan? Bukan ke? Ke…? Sakit juga kan nak buka jahitan ni? Kau orang jantan ingat lagi ke rasa nak buka jahitan berkhatan dulu-dulu…? Atau kau orang jantan yang belum berkhatan? Atau kau orang jantan yang tak berkhatan? Wallaweh!!!

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá

SáLáM AíDíLFíTRí

Posted in Famili on 28 Ogos 2011 by Najwa Aiman

SéLáMáT TíBá Dí KáMPúNG HáLáMáN
DáN KáLáú MéRCúN TáK MéLéTúP Dí TáNGáN,
DáPáTLáH SúSúN SéPúLúH JáRí,
MóHóN áMPúN SéíKHLáS HáTí;
SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí

p/s: Grafik Salam Aidilfitri yang rupa macam Jawi kat atas tu aku kidnap dari blog Awang Purba Typography. You must see it!

“Raya Ni Tak Pakai Songkok”

Posted in Famili on 27 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Semalam, aku iftar kat luar lagi. Menu? Buah kurma tiga biji + air kopi panas vending machine… eheks…! Sebab? Well… lampu tembok yang besar dan berat tu sudah jatuh atas kepala Aiman Azizy. Darah keluar membuak-buak macam visual FX Hollywood dalam adegan ganas brutal kategori SG18. Azizy punya menangis menjerit-jerit… Maka Permaisuri dan beta pun bergegas meredah trafik petang Jumaat Ramadan jam 6:00 PM yang sesak macam setan terlepas rantai tu untuk ke hospital. Misi-misi yang (apalah nasib… dah kahwin daaa…) on duty petang hari tu pun buat dressing dan mencukur sebahagian rambut Azizy yang hensem macam Ayahanda dia tu (ehem… Uhuk!) dengan berhati-hati penuh profesional. Senyap pula Si Azizy ni. Boleh sembang-sembang lagi. Tak sakit ek…? Pulok…

Panjang gak luka tu kan? Misi kata nampak macam tak dalam tapi sebenarnya luka tu dalam keadaan tertutup dan boleh dibuka lagi. Weh! Tak payahlah buka! “Aku tutup sekarang?” “Nanti!” “Aku tutup?!” “Nanti!” Begitu kata Labu dan Labi di depan Haji Hitler Kemetot semasa nak meminang Cikgu Morni untuk Haji Bakhil… kan? Kan?

Adinda dan Ayahanda beta hantar SMS tanya status Azizy. Aku pun kirimkan gambar kat atas tu. “Raya ni tak payah pakai songkok,” balas Adinda aku. “Pakai serban je.” Adoi laaa… Ada ke patut semasa doktor sibuk jahit kepala dia, Si Azizy sibuk menyanyi-nyanyi. Boleh pula sambil-sambil tu komen “Sakitlah doktor ni buat!” Bila doktor kata “Sorry… sorry…” Azizy tanya doktor tu; “Kena otak saya tak?” Adakah…???

“Macam anak Pakistan!” kata Permaisuri semasa aku pakaikan serban ni kat Azizy hari tu. Okeylah tu sebab ada perkataan “macam”…  Kat aku dia kata macam Taliban!

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá

Apa Itu Mood Raya?

Posted in Budaya, Sosial on 26 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Mana le aku tahu… Terasa layan je emosi bila dengar lagu-lagu hari raya? Hati dan perasaan dah tak ada kat tempat di mana kita sedang berada tetapi berada di mana kita imaginasikan kita nak sambut raya? Dah tak hirau sangat sama ada juadah berbuka puasa mewah dan lazat atau tak? Dah tak pergi masjid berterawih lagi dah? Dah tak mengaji dan bertadarus lagi dah?

Dan selalunya mood raya ni bertahan berapa lama ek? Sehingga selepas solat sunat Aidilfitri? Masuk raya kedua? Seminggu? Sebulan? Sehingga kompeni buat jamuan raya? Selagi masih boleh terasa duit setiap kali tangan menyeluk poket dan dompet? Aharks… tahun ni aku dapat banyak sampul angpau raya kosong, tapi rasa-rasanya akan lebih banyak tinggal kosong daripada berisi… adoi laaa… Tak ada ke saintis bijak pandai nak cipta sampul raya yang kalau isi dua puluh sen pun terasa dari luar macam berisi duit kertas? Hmmm…?

Dan tahun ni Salleh Yaakob beraya kat mana ek…?

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá

Bukan Kampung Je Beraya

Posted in Budaya, Etnik, Sosial on 25 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap dari blog Jalan-Jalan Cari Objek. Suka banget gambar-gambar kat dalam blog tu!

Pagi ni bilangan kenderaan macam kurang je daripada biasa. Dah ramai makhluk yang bercuti ke? Kau orang semua dah balik kampung ek? Best kan? Tahun ni kat KL je. Bukan Kuala Lipis daaa… Tu Datuk K yang beraya kat sana. Bukan Kuala Langat gak. Kuala Lumpur le…

Dulu-dulu beraya kat KL ni lengang sunyi jek. Boleh bersetubuh kat tengah-tengah Jalan TAR tu sampai 15 kali multiple orgasm kan? Tapi sekarang hari raya pun KL sesak dengan Indon, Myanmar, Bangla, dan entah-entah sekarang ni Vietnam, Eskimo, Russia, Korea pun ada agaknya ek…? Eloklah beraya di kampung. Tak apalah berebut-rebut antara 20 orang tua dan bebudak di pagi raya nak guna jamban dan bilik air. Tidur berhimpit-himpit dengan kaki tangan bersilang atas muka kepala orang lain. Setidak-tidaknya keluarga sendiri. Atau kau orang nak berebut-rebut dan bersilang kaki dengan pemastautin KL yang berasal dari negara lain? Kalau berlainan jantina, aku okey jek… Aharks… Aiyaaarrrkkksss…! Puasa belum habis lagi ek…? Aiyaaarrrkkksss…!!!

SéLáMáT MéRáíKáN áíDíL FíTRí
BéRHáTí-HáTí Dí JáLáN RáYá

Sempat Lagi Ke Nak “Khuluk Dosa”?

Posted in Fiqh, Gomen, Islam on 24 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Merata-ratalah pula lagu-lagu raya sekarang ek? Tak ada ke pihak berkuasa tempatan ke, persekutuan ke, Bangsa-Bangsa Bersatu ke, haper ke, nak menghukumkan haram pasang lagu raya sekarang ni? Ada tak? Yang nak menghukumkan haram bertakbir raya sekarang ni sebelum tiba 1 Syawal ada tak? Ada? Hah… berfatwalah kalian mengejar nama… Aharks…!

Ada lebih kurang lima atau enam kali terawih lagi ni kan? Moga usia kita Allah SWT lanjutkan sampai ke saat terakhir Ramadan. Banyak nak dikejar ni, tapi masa makin suntuk, kudrat makin kering. Tapi kalau ditakdirkan Allah kita mati sebelum berakhir Ramadan, biarlah di saat-saat terakhir Ramadan masih bersisa supaya kita tetap dapat berkat dan fadilat Ramadan ni, dan supaya mati kita tak menyusahkan waris kita… insyaAllah…

“Puasa Khuluk”? Ada ke…?

Posted in Bencana, Hiburan, Semasa on 24 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dah mood raya ke?Yalah kut agaknya ek? Ofis kau orang semua dah gantung kad raya dan ketupat reben ek? Sesetengah pejabat sia buat pertandingan you…! Hadiah macam-macam — daripada duit sampai ke trofi. Yalah! Tak tipu! Trofi beb! Aharks… Dan, anak Amy Search – Nabila Huda – tuntut cerai. Talak khuluk. Tebus talak.

Anyways, ni tak ada kena mengena dengan Nabila. Saja terfikir. Talak khuluk ni berlaku bila suami isteri memang dah tak boleh hidup bersama, tapi suami tak mahu ceraikan isteri dia atas sebab-sebab yang… well… walau apa pun sebabnya, tetap bodoh belakalah tu… eheks…! So bila suami tak mahu jugak-jugak ceraikan isteri, maka alternatif lain bagi isteri ialah tebus talak — tuntut diceraikan dengan dibayar pampasan kepada suami. Kiranya macam beli talaklah. Ni memang dihalalkan dalam syariah.

Tapi jenuh gak memikirkan situasi tebus talak ni. Yalah… Dah kalau isteri tak mahu sangat-sangat dah nak teruskan hidup bersama, yang si suami berat sangat nak lepaskan tu kenapa? Apatah lagi kalau alasan isteri tak mahu teruskan hidup bersama tu ialah sebab dah berubah hati kat lelaki lain, tak gitu? Maksudnya, suami dia tu lebih rela isteri dia berzina dan bergelumang dosa nusyuz terhadap dia daripada melepaskan wanita tu agar dapat melalui proses pernikahan yang sah dan tak lagi hidup dalam derhaka terhadap suami. Boleh ke dianggap suami jenis gitu sayangkan bini? Atau sebenarnya jenis pentingkan diri sendiri? Hmmm…

Anyways, puasa so far lengkap dan sempurna tak? Cukup tak? Kalau tak cukup, lepas ni ada yang kena puasa khuluk ni…

Cuba Teka Siapa Saya

Posted in Hiburan, Quips on 21 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Kalau berani, lu tekalah. Siapa artis-artis yang ditunjukkan dalam gambar kulit album ni? Eheks…


Kita Tetap Disayangi Dalam Tidur

Posted in Islam, Pendidikan, Perubatan, Sumber on 20 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dalam fasa terakhir RáMáDáN ál-MúBáRáK ni, Rasulullah SAW dah mula tak tidur malam. Baginda beribadat sepanjang malam untuk dapatkan keredaan Allah SWT masuk ke syurgaNya — walaupun baginda memang dah kompem akan masuk punya. Tak tidur selama 10 hari? Mampu ke kita…? Kajian sains perubatan kata semakin tua semakin banyak lena dan semakin susah nak bangun tidur. Patutlah orang muda lebih banyak aktiviti malam hari ek…? Eheks…

Anyways, makin susah nak bangun dan berjaga malam untuk beribadat kepada Allah SWT, maka dikira makin beratlah dugaannya tu kan? Kan? Dan makin berat dugaannya, kira makin besarlah ganjaran kan? Satu dugaan yang amat ringaa bagi orang muda tetapi amat berat bagi orang tua (yang pada masa tu dianggap semakin dekat dengan mati). Subhanallah! Sungguh Allah Maha Pengasih dan amat-amat menyayangi hamba-hambaNya…! Subhanallaah…!

Reti Anyam Ketupat…?

Posted in Budaya on 20 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Antara khazanah seni yang ditinggalkan budaya Melayu, kan? Reti tak nak anyam ketupat? Dah lama nak belajar. Seronok banget! Kat ofis hari tu aku tanya dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh orang staf perempuan. Sorang pun tak reti. Akhirnya dua orang staf lelaki yang ajar aku menganyam ketupat. Aharks…! But then again… kenapa mesti orang perempuan yang aku tanya ek? Kenapa aku assume orang perempuan mesti reti anyam ketupat ek? Adoi laaa… aku masihi seksis rupa-rupanya dalam bab anyam ketupat ni. Sungguh ketupat betul…

Ada satu laman web yang aku syak dari Singapura yang aku terjumpa mengajar kaedah menganyam ni. But then again, bahagian paling kritikal dalam menganyam ni bagi aku bukanlah anyamannya, tapi penyudahnya — macam mana nak matikan anyaman tu. Kau orang yang tak reti bolehlah cuba. Ni skil dan kemahiran Melayu yang dah makin pupus tau…