Arkib untuk November, 2013

Selesai Sudah Bah Di Sini Ituk…

Posted in Bebel, Sosial on 30 November 2013 by Najwa Aiman

Terbang lagi ke Kota Kinabalu petang Khamis hari tu. Dua malam aku kat sana. Hotel best. Pan Pacific Sutera Harbour. Ke Sutera Harbour Pan Pacific? Eh? Pan Sutera Pacific Harbour? Harbour Pan Sutera Pacific? Sutera Pan Harbour Pacific? Alah… apa-apa ajelah… Eheks…

So what did I learn? Kalau nak tinggal kat hotel Sutera Harbour ni, make sure sewa kereta. Nak pergi makan malam tu aku jalan kaki pergi dan balik. By the time aku balik hotel dah lapar semula. Adoi laaa… Dan duit? Hmmm… Kena lebat. At least credit card. Dan apa yang dicari? Layanan mesra dan bagus? Ekekekekekekeke… advice: pergi makan kat restoran halal dan murah tepi hotel Megah d’Aru and you’ll wonder why the heck hotel ni tak ambil je bebudak restoran ni kerja kat situ instead of yang sedia ada tu…. Puwihhh…!

Oya… aku suka swimming pool sini. Tepi laut. Buka sampai jam 9:00 malam. Tapi keliling pool pub jual arak. So, dah mabuk, terjun kolam. Kalau tak terjun kolam, naik ke bilik beromen… Aharks!

Aku akan datang semula? Well… ingat aku ni orang kaya ke haper? Kalau duduk sini free tak apa… hehehehehe… Walaupun salah sorang sahabat aku berprinsip takkan ambil barang free, katanya. Tak apa, kalau dia dapat, pass kat aku je. Prinsip aku, the cheaper, the better, and the cheapest you can get is free…

Evolusi Bahasa… Ahah!

Posted in Bahasa on 30 November 2013 by Najwa Aiman

Kau orang dah dapat gambar-gambar ni. Menarik cara dia orang eja perkataan harian kita, kan? Bukan ke? Ke? Ekekekeke… Pakar  bahasa (ya ke pakar?) dan pencinta bahasa (ya ke cinta?) mesti sangat marah punya ni… Hmmm…

Anyways, kaedah dia orang ni ada linguistic rules yang baru — sebutan yang terbuka yang mengikuti atau menuruti satu sebutan terbuka yang lain, maka sebutan terbuka yang menuruti itu dimulai dengan “V”. Dan setiap perkataan yang dimulai dengan “T” mesti disebut dengan lidah terjelir keluar sikit melalui gigi menjadi “th”. Misalnya, “teh – o” = “thevo”. Ekekekekeke… Apa lagi? “Thadivamat mau thevovais thapivamat thada doit. Saiya thumbuk mukavamat laaa sampaivamat vera-vera thapi kincin thada juga…”.

Dan ya, aku tak pernah dakwa aku pakar mahupun pencinta bahasa, tapi aku amat suka bahasa yang sentiasa berubah dan berevolusi sehingga kaya budaya… Best tau!

Lord of the Runways

Posted in Budaya, Santap, Sosial on 27 November 2013 by Najwa Aiman

Ala-ala Lord of the Rings: The Two Towers. Ni air control tower KLIA. Yang hujung sana nun air control tower KLIA2. Katanya KLIA2 tu control tower paling tinggi. Hati-hati jangan tinggi sangat. Nanti dilanggar pesawat.

Dan hari tu pergi ke Hilton KL. Antara bangunan yang tinggi juga kat KL Sentral tu. Ada makan ofkoz. No wonder lemak keliling pinggang di dah nampak macam hos paip bomba. Kompeni dapat award. Ooo… award ni erk? Janji aku dapat makan favourite food! Ekekekeke… Tah haper-haper aku ni.

Tu! Hujung sana tu Gunung Kinabalu. Nampak tak? Yang kau orang heran tengok plate kereta KL kat KK tu kenapa? Abjad K datang dulu sebelum L kan?

Anyways, hari ni kena fly lagi. Kota Kinabalu BKI. Nanti hari Jumaat aku balik sini erk. Adoi laaa… pergi dan balik nak cross Laut China Selatan tu… Adoi… Adoi… Adoi laaa…! Tinggi weh! Tinggi tak apa… yang bawah tu. Dalam weh! Entah ada apalah kat dalam tu…

Kut-kut kat KK nanti boleh dinner kat sini lagi. But then again, dinner kat mana pun tak kisahlah kat KK tu. Honestly cita rasa makanan kat belah-belah sana tak menepati cita rasa aku. Tak boleh cari bini orang Sabah la kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Anyways, kali ni ke BKI untuk kerja yang aku tak pernah buat sebelum ni. Don’t really know what to expect, but then, that’s the interesting part, isn’t it? Harapnya things go smoothly. Dua tiga kepala dah aad kat sana. Kau orang jangan buat sesuatu yang akan buat kau orang menyesal di kemudian hari tau. Maka tunggulah aku sama, nescaya kau orang takkan menyesal… ekekekeke… Aiyaaarrrkkksss…!!!

Rezeki Tu Ada… Sabar…

Posted in Santap on 27 November 2013 by Najwa Aiman

Dapat coklat tu semalam. Seronok giler orang bagi coklat sampai giler khinzirlah aku. Tu coklat mahal tu weh! Kalau aku nak beli sendiri dalam keadaan sekarang ni, maaflah erk. Kalau beri kat orang istimewa tu bolehlah, tapi selepas dua tahun simpan duit. Sekali hadap tak sampai tiga minit. Ada tiga ketul je dalam tu. Tapi rasanya sungguh di tahap kelazatan yang mampu mencacatkan kalau dimakan semasa memandu pada kelajuan 150 km sejam.

Kejar Atas… Huh?

Posted in Budaya, Santap, Sosial on 27 November 2013 by Najwa Aiman

Ni signboard jalan keluar dari LTAB Langkawi LGK. Yup… Memang ada Kg. Pandan kat Langkawi… hehehehe…

Kawasan ni mesti baru tambak ni. aknanya Langkawi makin besarlah kan? Membesar pada kadar yang lebih cepat daripada tumbesaran semulajadinya. Dan setahu aku Langkawi ialah pulau hidup. Secara semula jadi Langkawi ‘naik’ dari paras laut beberapa milimeter.

Memang pernah ke Langkawi sebelum ni tapi belum pernah duduk kat hotel sini. Banyak pula jenama ni kat pekan Kuah tu. Ada apa-apa ke? Dulu taukenya kerja sebagai engineer dengan LADA erk? Lepas tu…? Erm… Anyways, hotel jenama ni je aku nampak at least dua. Tu baru hotel. Belum lagi travel agency, bla bla bla…

Macam pekan koboi la. Baru buka ni. Apa entah nama tempat ni aku lupa laaa… Tengok kat FB aku. Kat sana aku upload immediately hari tu.

Nak meuju ke bilik hotel… Errr…. Kau orang tak nampak apa-apa yang pelik yang bukan semua orang boleh nampak dalam gambar ni kan? Kan…? Kan…?

Lubuk duit sebenarnya Langkawi ni. Antara nak berlaku adil atau tak je kan? Yang tu lebih baik tanya diri sendiri laaa… Kalau tanya orang lain karang boleh buat novel jawapan dia orang. Kalau tanya musuh boleh buat novel cerita ganas ngeri. Kalau tanya tukang bodek boleh buat novel motivasi. Kalau tanya aku… ermmm… aku rasa aku akan buat novel picisan je… eheks… Najwa Aiman je kannn… Kannnn….? Bukan ke? Ke?

Ni restoran steamboat. Masa ni RM100 satu set untuk berapa orang makan entah, tak ingat. Ofkoz aku tak makan kat sini… Mana mampu weh!

Dan di tengah pembangunan moden pekan Kuah, ni sungainya, dan tu semua alat utama meneruskan hidup diri dan anak-anak para penghuni asal Langkawi yang bertungkus-lumus menyalurkan rezeki kepada pelancing-pelancong kaya yang makan kat kedai-kedai macam kat gambar yang kat atas tu… Adoi laaa…

Tapi makanan tarak komplen punya. Akulah yang tarak komplen. Kau orang nak komplen ke nak haper ke, suka hatilah. Ada aku kisah? Aiyaaarrrkkksss…! Ekekekekeke… Lidah aku memang suka rasa utara. Eh jap… Oh ya laaa… Bukan lidah aku je yang suka rasa utara. Ada bahagian anatomi lain pun suka rasa utara gak… uhuk!

Ni kat Hammerbay Penang. Tu marka aku tengah makan dengan parka dia… ekekekeke… Menepati cita rasa… Mmm… Makananya la weh! Makanannya menepati cita rasa! Hangpa dok pikiaq apa?

Dari tingkat 15 ni. Masih teringat lagi jam 12:00 malam lebih aku masih kat tingkat 13 Wisma TNB, dan masa tu le terjadinya first Tsunami dulu. Weh! Tak boleh lupa itu pengalaman dalam building tinggi ketika Tsunami weh! Dan sekarang aku kat Penang gak. Tingkat 15 pulak…!!! Adeh…

Dan cakap pasal utara, hari tu pergi Penang juga. Dinner kat Hammerbay. First time makan kat situ. Ofkoz la memang nampak awek yang menepati cita rasa. Adeh! Dan ofkoz kalau aku ke Penang, never never ever lepaskan peluang untuk makan kari. Yeszzzz… Kari kari nasi kandar popodom. Kari Penang is still the bestest! Boleh ketagih wooo… Ada daun agaknya dalam kari tu erk?