Arkib untuk Ogos, 2010

Bookfest Terbesar Asia

Posted in Bahasa, Iklan on 30 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Baru sat tadi dimaklumkan oleh rakan ofis yang comel ayu tetapi dah jadi bini orang (adusss… kecewa…) tentang hal ni—

Katanya di Dewan 1 – 6 KLCC. Rasa-rasanya KLCC tu ialah Kuala Lumpur Convention Centre kut? Kan? Bukan ke? Ke?

Susun Sampai Sakit Semua Sendi

Posted in Bebel on 29 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Pernah dengar tentang konsep 5-S? Asal dari Jepun. Ringkasnya, konsep susun atur setiap sesuatu dalam ruang tertentu supaya lebih sistematik dan organized. Hasilnya ialah supaya suasana nampak lebih teratur, cantik, dan yang paling penting, document retrieval lebih efficient dan pantas dengan kesilapan paling minima.

Aku ke Kementerian Kewangan hari tu disebabkan lawatan nak melihat macam mana 5-S ni dilaksanakan di sana. Dari proses Sisih sampai ke proses Sentiasa Amalkan. Perlu masa, sumber manusia, tenaga yang bukan calang-calang. Sanggup invest setiap tahun untuk tujuan ni?

Susunlah Sampai Sakit Semua Sendi.

Mandikan Aku

Posted in Bahasa, Famili on 29 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Baru saja lagi berkecimpung dalam dunia membasuh kereta di kedai. Sebelum ni self-service je. Tapi agaknya disebabkan faktor umur kut…? Dan juga sebab ‘kereta’ aku tu sebenarnya standard ‘bas pekerja’. Tak kuasa nak panjat bangku lagi dah.

Semalam Putera Puteri aku sibuk nak ikut. Angkut sekali. Ada peluang tunjuk kat dia orang style karangan zaman aku belum baligh dulu — “Aku Sebuah Kereta.” Dan kali ni “aku dibawa oleh tuan aku ke kedai cuci kereta. Badan logamku disembur air sejuk yang bercampur buih sabun berwarna putih. Aku rasa seolah-olah aku berada di negara Eropah dikerumuni salji yang turun dari langit. Bla bla bla…”

Kau orang habiskan sendiri ajalah karangan zaman aku belum baligh tu… Aku nak sediakan udang nak buat masak mee udang untuk iftar petang ni.

SéLáMáT BéRíFTáR DéNGáN KéSYúKúRáN…

Bulan Dunia

Posted in Islam, Puisi on 29 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Berbagai Faces in Facebook

Posted in Bencana, Feminin, Maskulin, Matang on 29 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Macam-macam orang letak dalam Facebook. Sejak kebelakangan ni memang aku lebih selalu daripada biasa masuk ke FB sebab sejak kebelakangan ni banyak pula email notification daripada FB aku. Dan sejak kebelakangan ni juga sentiasa ada satu iklan kat sebelah kanan tu tentang . Biasanya memang aku tak ambil peduli apa jua pun iklan kat sidebar kanan FB tu tapi setiap kali aku masuk FB, iklan The Bank Club ni sentiasa muncul di samping iklan lain. Gambarnya pun sungguh menggoda gitu. Maka tadi aku klik juga akhirnya. (AMARAN: Kalau kau orang berpuasa, jangan… I repeat… JANGAN klik sehingga dah iftar!)

Well… gambar dalam entri ni aku kidnap dari situlah. It’s an executive club di Thailand rupa-rupanya. Tak pasti ada kena mengena dengan banking sector atau tak sebab aku lebih sibuk menonton gambar-gambarnya dan videonya daripada membaca teksnya yang semuanya dalam bahasa Thai. Boleh ek buka FB page macam ni? Dan iklankan pula lagi?

Boleh tak kalau nak iklankan pusat pelacuran? Dan… oh ya… Kau orang memang defil kan? Kau orang klik juga ya? Tak sabar ya? Tak tahan godaan ya? Nak join the club? Nak join aku? Cet…! Aku tak bertanggungjawab atas sebab terbatalnya pahala puasa kau orang tau! Ekekekekek… adoi laaa…

“Pakcik Sanggup Memukul Aziz!”

Posted in Bencana, Bodoh, Sosial on 28 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Ingat tak filem Bujang Lapok? Yang tak ingat tu bermakna generasi baru baligh le tu… Adegan bapa tiri Safiah datang nak lanyak Aziz sebab Aziz curi anak dia. As usual, Ramlee jadi hero penyelamat keadaan. Dusyum! Dan bapa Safiah tergolek. Dan aku suka kata-kata Ramlee; “Perbuatan pakcik ini membiakkan persundalan di dalam masyarakat!” Angkaranya si pakcik tu menggadaikan dara anak tirinya akibat kalah judi.

Gambaran Allahyarham P. Ramlee dalam filem tu melampaui realiti ke? Baca ni

Gadai tunang langsai hutang
Oleh Alias Abd Rani
2010/08/27

BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi… (baca habis)

Dalam Bujang Lapok, modus operandi yang digunakan Pakcik tu lebih kurang je pula dengan apa yang dilaporkan Harian Metro ni—

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Ni antara contoh kesilapan dalam proses talent identification. Jantan tu tak campin dalam berjudi. Dia sebenarnya bakal bapak ayam tu… Kalau grooming dengan betul boleh jadi bapak ayam tersohor dan paling berjaya tu… Dia kena tukar karier daripada bidang perjudian ke bidang persundalan sebenarnya… kan? Bukan ke? Ke?

Sendiri Belajar…

Posted in Estetika on 27 Ogos 2010 by Najwa Aiman

http://www.wastelandmovie.com/

“Kita belajar apa yang kita belajar, bukan apa yang diajar,” ~ Najwa Aiman

Api Yang Membakar Diri – Gambar dan Video

Posted in Bencana, Semasa on 26 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Info: Untuk melihat gambar rumahnya setelah terbakar dan video ketika ia terbakar.

Update: Sahabat itu telah kembali ke Rahmatullaah lebih kurang jam 4:30 pagi tadi. Jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor di Cheras Baru, insya-Allah. Panjangkanlah al-Fatihah kepada Allahyarham Azman Mohd Karim

Selepas tarawih (lebih kurang 10:21 PM) 21 Ogos 2010: Latest news as of malam tadi aku diberitahu bahawa dia sangat kritikal. Sebelah paru-parunya rosak kerana dimasuki gas (maklumat menyatakan bahawa rumah dia meletup disebabkan kebocoran paip gas dan letupan tu agak kuat sampai gril rumahnya boleh melayang terpelanting hingga ke tangga). Kaum keluarganya dah dipanggil hospital malam tadi untuk stand by dan dibenarkan masuk sekaligus untuk baca Yasin.

Kita doakan agar Allah SWT memberi yang terbaik untuk mereka dan semoga dipermudahkan segala urusan… Amiin…

(Entri asal yang diposkan pada 21 Ogos 2010) Aku rasa, ni tak berlaku setiap hari dalam kehidupan normal. Jadi bila ia berlaku, aku terkedu. Tak tau nak kata apa. Tak tau nak buat apa. Sekadar mendoakan yang terbaik kepadanya dan sesiapa juga yang berkaitan dengannya. Awal pagi tadi beberapa orang sahabat lama memberitahu bahawa rumah kepunyaan seorang lagi sahabat lama terbakar malam tadi. Muka dan badannya juga turut terbakar dan mengalami third degree burns. Third degree burns ialah peringkat terbakar 100%. Saraf telah musnah dan tak dapat menyampaikan mesej kesakitan, tetapi sebelum sampai ke peringkat third degree, mangsa kebakaran terpaksa melalui peringkat first dan second degree dulu. Ketika ni saraf belum musnah lagi.

Jadi apa yang aku harus kata? Apa yang aku harus buat? Aku sejujurnya tak tahu. Aku terkedu. Lidah kelu. Bahkan aku ambil masa agak lama sebelum dapat membalas SMS yang pertama masuk tu. Sungguh ujian Allah SWT amat berat. Mudah-mudahan dia lulus ujian tu. Semoga Allah SWT memberikan apa yang terbaik baginya. Insya-Allah… Amiin Ya Allah…

Jangan Terjun Lagi…!

Posted in Fiqh on 25 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Dalam rakaat terakhir witir, selepas i’tidal, tetiba terdengar grup grap gedebuk gedebak gedebuak! Walawehhh…!!! Ni dah lepas malam 15 daaa…! Jangan terjun lagi! Qunut dulu beb!

Jangan Lupa Zakat Fitrah

Posted in Bencana, Fiqh, Islam, Sosial on 25 Ogos 2010 by Najwa Aiman

Dalam lagu raya tak banyak sebut tentang zakat fitrah berbanding seruan untuk pakai baju baru, makan ketupat rendang sampai muntah, bersalam-salaman dengan sanak saudara tanpa mengira muhrim dan ajnabi, bergembira, melawat handai taulan, bla bla bla… Melawat kubur ada tak?

Anyways, jangan lupa bayar zakat fitrah. Wajib tu. Ada yang memerlukan, macam laporan Metro ni—

Makanan harian dicatu
Oleh Nazdy Harun
2010/08/21

KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan tidak mempunyai pilihan melainkan mencatu makanan seharian untuk dirinya dan dua anaknya akibat kesempitan hidup…

Lelaki malang itu, Azman Sulong, 39, dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di sini berkata, keperitan hidup itu bermula apabila isterinya meninggal dunia pada awal Ramadan dua tahun lalu akibat penyakit batu karang dalam hempedu…

…Azman berkata, dalam sebulan dia mampu meraih pendapatan sekitar RM150 saja dan jumlah itu memang tidak mencukupi menyara anaknya, Hafizan, 9 dan Maslina, 10… (baca habis)

Dan rumah anak-anak yatim berserta penghuninya sekarang ni pun cukup sibuk. Penuh jadual. Setiap hari pergi merata-rata atas jemputan pelbagai organisasi yang nak “beri sedekah” dan “buat amal ibadat”. Baru aku tahu rupa-rupanya organisasi juga akan diadili di mahkamah Allah SWT di akhirat kelak dan ada kelayakan masuk syurga atau neraka. Macam mana tu ek?

1MDB, PPZ agih bubur
2010/08/21

KUALA LUMPUR: Pengagihan bubur lambuk oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pekarangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Bangunan Daruzzakah di Jalan Chow Kit, di sini, semalam menerima sambutan menggalakkan di kalangan orang ramai.

Ini dapat dilihat apabila orang ramai mula memenuhi pekarangan bangunan seawal jam 5 petang untuk mendapatkan bubur lambuk sebelum ia diagihkan kira-kira jam 5.20 petang kepada orang ramai…(baca habis)

Patutlah tak ada pegawai zakat terjumpa Azman Sulong dan keluarganya. Depa semua sibuk agih bubur kat orang ramai yang barangkali datang ke bangunan Daruzzakah tu untuk ambil bubur selepas bayar tambang LRT, RapidKL, teksi, bla bla bla… Ada tak yang datang dengan Mercedez, Harrier, Mitsubishi Evo, bla bla bla…?