Archive for the Bencana Category

Walau Apa Pun, Bersedia Sajalah…

Posted in Bencana, Islam, Pendidikan, Semasa on 26 Disember 2013 by Najwa Aiman

Isu fenomena cuaca kat Johor ni dah reda kan? Atau belum? Anyways, pakar kaji cuaca kata ni bukan tornado. Bukan puting beliung. Ni hanya watersprout. Belalai air. Pelik juga istilah bahasa Melayu untuk fenomena cuaca ni erk? Puting la… Belalai laaa… Belalai air tak sama dengan belalai berair kan? Bukan ke? Ke…? aiyaaarrrkkksss…!

Tapi suatu ketika dulu pernah baca artikel kat bawah ni. Klik atas gambar tu untuk besarkan. Pernah baca dulu pasal khutub bumi berubah bukan perkara pelik. Katanya memang pernah berlaku ribuan atau mungkin jutaan tahun dulu dan tak mustahil akan berlaku lagi. Penyebabnya paksi bumi berubah. Bumi terpusing dari paksi sekarang. Antara tanda-tanda perubahan kutub ni yang aku baca tu ialah perubahan cuaca yang mendadak. Patutlah turun salji di Vietnam hari tu. Kan? Kan…?

Dan puting serta belalai ni? Gempa bumi di tempat yang sebelum ni tak pernah gempa? Gunung berapi meletup di tempat yang asalnya tak ada gunung berapi? Tsunami yang semakin kerap?

Atau kiamat…? Walau apa pun, bersedia ajelah kan? Kalau tak kiamat pun tak semestinya kita takkan mati…

Perfume dan Topeng

Posted in Bencana, Gomen, Semasa, Sumber on 17 Disember 2013 by Najwa Aiman

Bermula malam ni hampir 1 juta penduduk Malaysia di KL dan Selangor putus bekalan air selama 6 hari. Kurang sehari je nak seminggu. Dan sebagai pemastautin yang dah seumur hidup tinggal kat Lembah Klang ni, biasanya bekalan air akan sampai setelah 3 hingga 8 jam daripada apa yang dijadualkan. Ye lorrr… Air tu nak ambil masa gak bergerak dari loji, lalu paip besar bawah tanah tu, dan akhirnya sampai ke paip rumah kan? Hmmm… Orang KL dan Selangor yang memang hari-hari naik LRT, RapidKL, Komuter, ERL, bla bla bla… kena beli perfume bebanyak kut? Dan tak lupa juga, topeng. Serkup hidung. Spray sikit topeng tu dengan perfume. In case ada yang memang tak biasa pakai perfume dalam public transport. Ramai weh… Bangun pagi tak mandi terus naik dan bergayut dalam LRT. Bau tilam jek…

Dan pagi tadi dengar kat radio hujan lebat akan mula turun semula di Pahang dan Pantai Timur Semenanjung untuk beberapa hari tak berhenti. Gelombang kedua banjir akan melanda nampaknya. Belah barat kering air sampai tak boleh nak mandi, belah timur berlambak air sampai bah… Seluruh negara ni diperintah dan ditadbir oleh satu kerajaan je kan? Bukan ke? Ke…?

Anyways… Errr… Ada sesiapa nak order mineral water? Berapa katon mahu? Nampaknya seminggu ni aku tak shave laaa… Kompem berjambang bermisai nih. Putih pula tu. Haaa… ada chance kerja part time kat mana-mana supermarket jadi Santa Claus nih!

Kita doakan Allah beri yang terbaik untuk kita semua buat ikhwan dan ikhwati sama ada di Pantai Timur yang bakal dilanda bah, begitu juga di Pantai Barat yang akan kemarau bekalan air. Moga Allah mengiringkan berkat dan rahmat di sebalik semua qada’ dan qadar ini… insyaAllah…

Kena Saman Pula Nanti Nih…!

Posted in Bencana, Hiburan, Semasa, Sumber on 16 Disember 2013 by Najwa Aiman

Terbaca kisah ni kat Ahad Metro tadi—

‘Semua sudah selesai’
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: “Semuanya sudah selesai. Kami tidak mahu komen apa-apa mengenai tuduhan Noraida dan suaminya yang ingin siasatan dijalankan semula. Bagi kami, semua sudah selesai dan kami menghormati keputusan pihak berkuasa,” kata isteri pelakon terkenal Adi Putra, Aida Yusof.

Aida yang juga pengurus kepada pelakon itu berkata, dia dan suaminya tidak berhasrat menyelesaikan kes terbabit di luar mahkamah.

Malah, kes pelakon terbabit yang dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang, Noraida Abd Mutalib, 30 juga sudah digugurkan…

Dalam laporan tu memetik—

…Adi dikatakan berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Instagram sebelum mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami Noraida, Amiruddin Osman, 56, berkata, dia berbuat demikian kerana percaya ada unsur berat sebelah dalam siasatan dijalankan polis…

Errr… Aku tak nak komen lebih-lebih. Nanti aku pula yang kena saman. Bini dia umur 30 tahun tau… Dan cun gak…! Aharks…

Jangan!

Posted in Bencana, Sosial on 10 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, kan? Tahun ni pun dah berlaku, kan? Zaman aku belum baligh dulu orang main mercun dari bandar sampai ke kampung sampai ke hutan. Kebanyakan mercun lebih kurang sama dengan apa yang ada sekarang. Tapi dulu ada tak kes orang cedera parah atau mati sebab mercun? Mungkin ada tapi tak masuk paper kut? Entah…

Tapi sekarang banyak kes orang mati atau cedera parah sebab mercun kan? Mercun pun dah macam-macam jenis. Lapar pula rasanya bila tengok kes-kes orang cedera parah dan mati sebab mercun ni. Eh jap… lapar ni pasal puasalah! Bukan pasal tengok orang cedera parah main mercun! Adoi laaa…

Agaknya mercun zaman sekarang ni kurang kualiti dari segi keselamatan ke? Atau sebab bebudak zaman kini tak sehandal dan sehebat bebudak zaman aku handle mercun? Atau bebudak zaman kini terdedah dengan lebih banyak material canggih yang lebih mudah dan mampu diperolehi untuk buat mercun sendiri?

Betul Ke…?

Posted in Bencana, Bodoh, Budaya, Islam, Sosial on 8 Mac 2012 by Najwa Aiman

Bayangkan runtuhnya persahabatan disebabkan salah seorang sahabat mendengar khabar angin daripada orang ketiga. Bercerai suami dan isteri disebabkan salah seorang percaya kepada khabar yang berdusta. Retaknya organisasi disebabkan khabar yang tak berpaksi nyata. Musnahnya masyarakat akibat lidah yang nista berbicara. Dan terbunuhnya manusia semata-mata kerana mulut yang menjaja cerita.

Lebih malang lagi, semua perkhabaran itu tidak satu pun padanya ada fakta yang pernah dibuktikan. Sekadar lidah yang tak bertulang membawa khabar dari telinga ke telinga. Lantas telinga yang mendengar bulat-bulat mempercayai setiap kata-kata. Kata-kata yang tak boleh disentuh apatah lagi dipegang. Yang dibawa masuk ke rongga telinga lantas hilang, hanya kekal dalam fikiran perasaan mereka yang takut bertanya tentang sahih benarnya cerita.

Dan kata-kata itulah yang mengakibatkan nilai nyawa dan maruah manusia menjadi sebegitu amat hina tak berharga.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat, ayat 6)

Sayang sungguh andai hendak membina sesuatu yang amat teguh dan gagah kesucian dan keluhurannya, runtuh berkecai sebelum sempat tertegak akibat angin yang membawa khabar dusta yang tidak diperiksa. Tiadakah terasa walau secubit kesal betapa ruginya kehilangan mahligai yang suci semata-mata kerana percaya pada lidah pendengki yang mengadu domba?

Janganlah dihinakan kasih sayang yang sesuci kain putih dengan menarafnya sama seperti fitnah nista dan dusta… Sungguh amat dikesali kerugiannya nanti… Semoga Allah SWT menunjukkan kebenaran yang sebenar…

VZV

Posted in Bencana, Perubatan on 1 Mac 2012 by Najwa Aiman

Yup… aku kena attack dek varicella zoster virus. VZV. Maka dapatlah aku cuti sakit selama sepuluh hari. Excuse me? Sungguh amat tak best tau bercuti lama macam tu tapi sakit. Sakitlah weh! Sakit seluruh badan. Especially dah tua-tua macam ni (Ya! Aku dah tua!).

Dan dengan segala macam jenis ubat yang aku kena ambil. Dan salah satunya ubat sapu yang buat aku nampak macam Red Indian kalau pun tak macam makcik yang biasa pakai bedak sejuk malam-malam sebelum tidur. Come to think of it, orang kata perempuan yang pakai bedak sejuk tu sebab nak bagi muka nampak cantik sentiasa. Tapi cantik untuk siapa sebenarnya kalau pakai malam-malam bila nak tidur dengan suami dalam keadaan muka macam tepung gomak gitu?

Melalut dah aku ni…

“Puasa Khuluk”? Ada ke…?

Posted in Bencana, Hiburan, Semasa on 24 Ogos 2011 by Najwa Aiman

Dah mood raya ke?Yalah kut agaknya ek? Ofis kau orang semua dah gantung kad raya dan ketupat reben ek? Sesetengah pejabat sia buat pertandingan you…! Hadiah macam-macam — daripada duit sampai ke trofi. Yalah! Tak tipu! Trofi beb! Aharks… Dan, anak Amy Search – Nabila Huda – tuntut cerai. Talak khuluk. Tebus talak.

Anyways, ni tak ada kena mengena dengan Nabila. Saja terfikir. Talak khuluk ni berlaku bila suami isteri memang dah tak boleh hidup bersama, tapi suami tak mahu ceraikan isteri dia atas sebab-sebab yang… well… walau apa pun sebabnya, tetap bodoh belakalah tu… eheks…! So bila suami tak mahu jugak-jugak ceraikan isteri, maka alternatif lain bagi isteri ialah tebus talak — tuntut diceraikan dengan dibayar pampasan kepada suami. Kiranya macam beli talaklah. Ni memang dihalalkan dalam syariah.

Tapi jenuh gak memikirkan situasi tebus talak ni. Yalah… Dah kalau isteri tak mahu sangat-sangat dah nak teruskan hidup bersama, yang si suami berat sangat nak lepaskan tu kenapa? Apatah lagi kalau alasan isteri tak mahu teruskan hidup bersama tu ialah sebab dah berubah hati kat lelaki lain, tak gitu? Maksudnya, suami dia tu lebih rela isteri dia berzina dan bergelumang dosa nusyuz terhadap dia daripada melepaskan wanita tu agar dapat melalui proses pernikahan yang sah dan tak lagi hidup dalam derhaka terhadap suami. Boleh ke dianggap suami jenis gitu sayangkan bini? Atau sebenarnya jenis pentingkan diri sendiri? Hmmm…

Anyways, puasa so far lengkap dan sempurna tak? Cukup tak? Kalau tak cukup, lepas ni ada yang kena puasa khuluk ni…

Dan Adzan Tidak Lagi Berkumandang

Posted in Bencana, Islam, Politik on 30 Julai 2011 by Najwa Aiman

Sempena RáMáDáN ál-MúBáRáK yang akan menjelang, tasbih dan tahmid akan berkumandang setiap malam dari masjid-masjid dengan alunan yang syahdu dan menginsafkan selepas Isyak. Mukminin dan mukminah — sama ada ketika tu berada di masjid, di rumah atau di mana-mana ajelah — rasa-rasanya mungkin tersentuh gak kalau tak banyak pun sikit hati-hati mereka bila alunan tasbih dan tahmid terawih tu sampai ke corong telinga.

Tapi tahun ni entahlah… Masjid Bukit Damansara tempat aku suka solat Jumaat tu pun dah kena sound dengan penduduk setempat sebab adzannya terlalu kuat dan menjadi audio nuisance kepada dia orang. Maka pihak masjid pun lower sikit volume adzan tu. Ni bukan kali pertama dan masjid pertama yang kena tempuh pengalaman gini. Dah banyak masjid di Malaysia yang terpaksa lalui desakan macam tu sebelum ni sejak bertahun-tahun dulu — sama ada bawah mana-mana kerajaan atau wakil rakyat pun. Macam mana dengan tasbih dan tahmid terawih nanti ek…?

Hati Lelaki Seorang Suami

Posted in Bencana on 25 Julai 2011 by Najwa Aiman

Dalam perceraian, rata-rata orang akan berbicara tentang perasaan dan emosi isteri. Tentang penderitaannya. Tentang bebanannya. Tentang kelemahannya. Dan tentang kezaliman bekas suaminya.

Sedang tidak siapa yang tahu bahawasanya apabila rumahtangga itu roboh, emosi dan perasaan suami seakan runtuh berkecai bersama-sama serpih dan debu rumahtangga yang sekian lama dibinanya dengan perit-jerih dan susah payah. Betapa tidak luluh hati si suami melihat mahligai yang dibina atas kederat dan pengorbanan, yang dihias dengan sulaman kasih sayang dan cinta yang tiada tandingan, sedemikian ia berkecai menjadi sampah-sarap.

Sungguh… lelaki juga merasa amat pedih dalam menempuh kegagalan… Dan kegagalan mempertahankan mahligainya yang dibina atas pengorbanan dan kasih sayang menjadi bebanan seumur hidup, kini ditimpakan ke atasnya pula kegagalan untuk membina apa pun jua mahligai yang kalau pun tidak lebih indah, setidak-tidaknya seindah mahligai yang itu… Maka jadilah hidupnya sekosong tapak sujud yang tiada orang bersujud…

Dan bukan lelaki sebenarnya insan yang paling kejam dan jahat di atas muka bumi ini… Bukan lelaki…

Kuning Biru Merah

Posted in Bencana, Bodoh, Ekonomi, Politik on 9 Julai 2011 by Najwa Aiman

Gambar ni aku kidnap daripada blog Fa-T (tapi aku suspek dia kidnap gambar ni dari akhbar The Sun ek? Ekekekeke… Bukan ke…?)

Anyways, ni gambar perhimpunan kebersihan siang tadi. Gafaro yang pergi tengok perhimpunan kebersihan secara live siang tadi sehingga merasa dibelai dan diulit gas pemedih mata dan badan kata perhimpunan tu berada di beberapa kawasan lain juga sekitar KL. Tengok pada gambar kat atas tu, agak-agak berapa ribu orang tu?

Yang di atas ni pula gambar dari blog Hishamudin Rais di Tukar Tiub.

Dan kalau tanpa sekatan di lebuh raya, jalan raya dan stesen kenderaan awam, rasa-rasanya berapa ramai lagi ek…?